"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Saturday, December 3, 2011

Tagging Game #2

Soalan dari Min~
- apa reaksi anda,kalau nmpk sampah?di mana-mana je..
hmm. Ambik and buang. tapi biasanya ana tak perasan sebab ana jalan tak suka pandang bawah, ana suka pandang atas. haha :P

2-apa anda akn buat,kalau anda sedihh?kawann?ibu?ayah?adek?ABANGG?
hmm. biasanya fikir dulu nak cerita ke tak. kalau nak biasanya orang pertama yang tau. hmm.. kadang kadang adek dulu.. kadang kadang bestfriend. hehe

3-apa anda akan buat,kalau anda buat salahhh?anda akan....MENJERITTT??haha
takuuuuuuut. hehe

4-fevereeett subjecctt??
science~ bio~ hihi <3

5-something yg buat awk teruujaa??:D
nampak orang tu, nampak makanan sedap, nampak kucing, nampak budak kecik, nampak permandangan yang cantik, benda comel, benda yang ceria, kawan kawan kat sekolah dengan sekolah pon :D  tu je kot

6-apa awk akan buat sekiranya org yang PALING awk syg,TERR sakitkan hati,awk?>.<
selidik dulu.. patu cuba selesaikan

7-suukaa tak,org "take" gamba awk?xD
tak berapa suka. hehe. sebab saya tak reti  senyum depan camera sebenarnya. hehehe

8-awakk suukaaaa nombo brp?haha
nombor ganjil! nombor 3, 9, 5. tapi takde yang spesifik. hehe

9-sukaaaa gila dan gila warna apa?
biruuuuuuuuuuuuu. kalau tak biru, merah, tak pon purple. kalau tak pon warna yang ceria :)

10-apa yg awk akn buat,sekiraannyaaa anda gila-gila bengang dn marah?><
kadang kadang jerit, menangis, tulis kat atas kertas. haha

11-siapaaakkahhh orgg yg anda paling kagummm?hehe
Nabi Muhammad lah. and mak dan ayah saya. heee :D

Thursday, November 10, 2011

Tagging Game


Soalan dari Alya :)


Rules
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you are reading this' you legitimately have to tag 11 people.

11 things about me

1. Saya seorang yang sangat sangat pendiam. Tapi kalau dengan orang yang rapat jadi bising pulak. Tapi takde lah bising sangat :P

2. Warna favourite biruuuuuuuu

3. Saya suka budak-budak

4. Saya suka kucing. Saya tak boleh tahan tengok kucing. Comel sangat x)

5. Saya 'nature lover'. Saya suka tengok pelangi dengan langit terutamanya bila tengah panas sebab time tu biasanya langit cantik. #oneofmyfavouritethingstodo

6. Saya ada banyak rahsia ;)

7. I love science, bio, chemistry~ kecuali fizik :P

8. Kalau saya menangis tak lama, sekejap je dah okay balek 

9. Waktu sekolah rendah saya tak pendiam macam sekarang. Sekarang saya dah baik. haha :P

10. Sebenarnya saya tak biasa membahasakan diri saya sebagai 'saya'. Tapi disebabkan saya post dalam blog, jadi saya guna jelah saya. haha

11. Orang susah nak dengar suara saya

Questions from Alya :)
1. Justin Bieber/ Logan Lerman? Pilih ikut ke-handsome-an k \rotfl/
handsome? hmm. Logan Lerman lah



2. Pernah tak nangis sorang-sorang dalam tandas? #lolwhat
mesti lah tak. haha



3. Le animal you hate the most {Binatang buas such as tiger/ lion tak kira}
cicak, katak, lipas terbang



4. Your first crush? Hahahahahahah memang akan bgtahu sebenarnya kan. Actor or penyanyi jelah ni.

first crush? haha. tu saya suka die waktu darjah dua kot. haha. time tu tak matang lagi lah. hahaha


5. Sejarah and geografi/ Science and maths?
hmm. dulu tak suka sejarah & geografi. tapi sekarang macam dah suka pulak. haha. science dengan math? mestilah science :)



6. Selena Gomez/ Miley Cyrus?
dua dua tak



7. Are you good in ketip-ing your kuku? Wo soalan cepumas pfttt.
mestilah :)



8. Who's your bestfriend? Link please :>
Alya Nabilah. Nurdina Aqilah. Ainul Basitah. Mahirah. Latifah Maisarah. Huda Hasanah



9. Face that describe you the most. Pink one--------------> :D :> :') :) :/ :| :( :'( :3 :B 
:3

  
10. Kalau La Liga sokong club apa? Kalau BPL sokong club apa? 
tak minat.



11. Pernah rasa aku annoying? Truth please. I won't bite :B
Pernah. Banyak kali. Haha. gurau je. mestilah tak :)  You're my bestfriend kan :)


Questions from me~
1. Apa warna favourite?
2. Apa benda yang ada kat korang, tapi orang lain tak ada?
3. Pernah jatuh cinta? hehhehe (takde idea~)
4. Prefer facebook/twitter/tumblr/blog?
5. Lagu favourite? 
6. Am I annoyying? hehe
7. Pilih satu huruf antara A sampai Z? ;)
8. Kat rumah biasanya buat apa?
9. Tahun depan nak ambek apa? Bio? Akaun? :?
10. Besar nanti nak jadi apa?
11. Orang yang paling sayang sekali lepas family?


11 people to be tag by me~ hihi
Alya Nabilah Norazam 
Ikhwani Husna Kamarudin 
Minhatul Mardhiah Annur
Nabila Natasya 
Maryam Nabihah 
Nabila Tajuddin 
Sumaiyah 
Nurdina Aqilah 
Anyone 
Anybody 
Sesiapa 


hehe. good luck ye :)



Tuesday, November 8, 2011

Kelantan

Assalamualaikum,
ye, saya tau korang nak cakap lambat gila saya post kan? haha. Biar jelah. 
sebenarnye malas nak buat post pasal Jaulah ni. 
tapi sebab ade rasa nak buat, so buat jugak post ni


First day, kitorang solat subuh dekat Masjid Pulau Melaka yang diimamkan Tok Guru Nik Aziz tak silap. lepas tu check-in hotel & pergi ke tapak ceramah Tok Guru. Ade orang kata Tok Guru takde pon kat situ. Banin beruntung lah sebab dapat nampak Tok Guru. Kitorang tak nampak die langsung. Time kat masjid tu tempat untuk muslimah tertutup. So memang tak nampak lelaki langsung. Kitorang pegi kat tapak ceramah tu jalan kaki je. Time nak lintas jalan kitorang sempat lagi tangkap gambar kat traffic light, dah la kitorang last sekali. haha. Tapi yang peliknya kitorang dah tekan butang untuk pejalan kaki nak lintas tu. Tapi tak menyala pon. Rupa-rupanya rosak. Haha. Penat je tunggu. Sampai-sampai kat situ ramai gila orang. Ceramah tu diorang buat kat tengah-tengah jalan. Lepas tu diorang letak khemah and bentang tikar untuk orang duduk kat situ. Yang mengagumkannya, dari jauh lagi ade orang yang bentang surat khabar dan duduk sebelah gerai dorang untuk dengar ceramah tu. sebab dekat dekat situ ade gerai-gerai. Lagi satu diorang letak speaker kat mana mana. Kitorang yang dekat traffic light tu pon boleh dengar ceramah tu dengan jelas. Time ceramah tu pulak, tiba tiba hujan. Jadi kitorang berdiri dekat depan kedai-kedai. Waktu tu saya tak dapat nak tumpukan perhatian sebab saya rasa tak sihat. so, saya dapat sikit je daripada ceramah tu. Time kat situ, semua orang berdiri sepanjang masa sebab hujan. Saya rasa macam nak patah pinggang pun ade jugak. Haha. 


10.30, cikgu bagi kebebasan nak buat apa sampai pukul 4 petang. so, kitorang pergi cari makan sebab time kat Masjid Pulau Melaka tu kitorang tak makan. Hehe. So, kitorang pegi Parkson. masuk-masuk, ade kakak tarik Husna. Die buat demo kat Husna dengan Aqilah. Lepas tu kitorang cari tempat makan, tapi tak siap lagi. Lepas tu kitorang pergi makan kat A&W. Lepas makan, kitorang pegi bakery jap pastu balek. Time tu saya dah tak larat dah nak jalan. Sampai kat hotel, saya terus baring. Lepas tu saya demam. Dah agak dah. Lagipun kalau saya selsema saya cepat kene demam. 


Pukul 2 cikgu cakap siapa nak pegi Pasar Siti Khadijah pegi sendiri. Saya nak pergi tapi bila fikir balek, nanti mesti jadi lagi teruk. Dah la saya memang tak larat nak jalan. Aqilah pegi dengan Husna. Alya duduk bilik, temankan saya. Bila dorang pegi tu saya tidur je. Bangun-bangun, saya mesej Husna suruh belikan ubat dengan air mineral. Tak lama lepastu diorang sampai. Husna beli banyak gila asam masam manis yang saya suka tu. saya ingatkan benda tu ade kat Terengganu je. Husna kata ubat sampai kejap lagi. Tak lama lepas tu Fatin, sarah K, Izzah dengan Ummu sampai. Saya ambik masa lama untuk telan ubat tu tau tak. Terseksa. dah la saya tak pandai telan ubat. Tapi, Alhamdulillah lepas makan Panadol petang tu terus okay :)  tu pun tambah tidur sekali. Kalau cikgu tak bagi masa free, tak taulah apa jadi. Boleh jadi semua  orang pegi sana sini, saya sorang duduk kat hotel. Haha




Pukul 4, kami bertolak ke Pantai Cahaya Bulan. Ade orang kata PCB tu Pantai Cinta Berakhir, kot. Waktu kitorang sampai tu matahari tengah terbenam. Kat situ kitorang makan Radix Fried Chicken,  tangkap gambar. Lepastu kitorang pegi SRI Aman. Sepatutnya pegi pejabat Ikram Kelantan, tapi tak muat. Lepastu balek hotel.




Hari Kedua, bertolak ke Kolej Jaiputra. Kat situ tempat makan & padang je, orangnye takde. Rasenye tempat diorang belajar kat tempat laen kot. Lepastu bertolak ke Maa'had Al-Manar. Kat situ jumpa Munirah, kawan lama, junior dengan alumni SRIAAG yang dah jadi cikgu kat sana pon ade. Maa'had tu kat kawasan pedalaman. Time kitorang nak pegi sana kene naik bas sekolah. 




Lepas tu, check-out dari hotel & pegi Pengkalan Kubor beli belah. Tu nama tempat tau. Haha. Time kat situ nak cari key-chain. Tapi ade satu jenis je. Tu pun tak lawa. Pastu baru menyesal tak pegi Pasar Siti Khadijah. Kat situ banyak barang. Kat Pengkalan Kubor ni sikit je, tu pun baju je belambak. So, saya beli asam masam manis je banyak dengan asam ape ntah. Haha. takde benda lain dah nak beli. Lepas tu kitorang pegi SMI Aman. Sampai kat situ malam. cikgu cakap diorang tunggu dari tengahari lagi. Kesian diorang. Kitorang lambat sebab lama sangat perjalanan. Kat situ kitorang jumpa Muallimah Hasmah :)  Lepas solat & makan, diorang ajak kitorang pegi kelas diorang. kat situ, kitorang bergambar lepas tu ada ice breaking. Saya ingat sikit-sikit je nama diorang, Jazmeena, Hajar, Anis.. Oh, yang lain dah lupa. Haha. Tapi yang ada time tu sikit je. Diorang tak sempat buat persiapan sebab diorang baru je balek dari Melaka malam semalam tu tak silap. Ada yang tukar-tukar nombor. Malam tu happy sangat sangat. Ade peristiwa berlaku malam tu (rahsia :P) & Aqilah buat saya tak berhenti gelak. Tak habes habes kecek Kelantan die tu yang die maen reka je. Haha. Lepas tu, bertolak balek KL. 


Kitorang tidur dalam bas 2 malam. Setiap 2 orang kene buat hirasah (duduk seat depan sekali belah kiri, dan buatlah apa apa yang buatkan driver tu tak tido) selama 30 minit. Sepatutnya kitorang yang jadi guard, tak boleh tido. Ni tak, duduk depan, sambung tidur. Haha. Malam pertama tidur dalam bas tak lena sebab bas tu asyik bump je. Lepastu kadang kadang bas tu keluarkan bunyi apa ntah sampai saya terjaga. Ingatkan hantu menjerit. haha. Malam kedua dalam bas tu dah boleh tidur lena dah :)  Tapi saya pelik dengan orang sebelah saya, Alya, lena gila die tidur! Haha. Saya pon tak tau macamana die boleh lena. haha




Jaulah kali ni banyak makna, banyak kenangan :)
Ukhuwwah dalam batch kita semakin rapat :)  Terutamanya waktu saya demam. Nampak sangat mereka sangat ambik berat pasal kawan walaupun kitorang bukannye 'bestfriend' pon :)  So, saya nak ucapkan 'THANK YOU banyak banyak' kepada Sarah Kamaruddin, Fatin Nabilah, Nurul Izzah dan Ummu Wahidah. Opppps! Lupa pulak room-mate sendiri. haha. Alya Nabilah, yang menemani saya, Nurdina Aqilah, yang buat saya ketawa sampai dah tak boleh tahan & Husna Apandi, yang membantu saya. Yang lain lain pon, yang tanye okay ke tak, Hanis Fatini, yang tolong suapkan saya walaupun saya dah sihat dah pon waktu tu. Haha. Semua orang lah, terima kasih banyak banyak. Itulah specialnya Al-Amin. Ukhuwwah kitorang rapat sangat. Sayang Al-Amin :)


Dulu, sebelum nak pegi Jaulah, saya rasa tak best Jaulah kali ni sebab pegi Kelantan. Tapi bila sampai kat sana, seronok lah jugak. Suasana dia tak sama macam KL dan negeri-negeri lain. Satu benda yang saya sangat kagum bila berada kat situ, saya tak pernah nampak lagi sorang pon perempuan yang tak pakai tudung! budak adelah. Hebat betul diorang. Tengoklah siapa pemimpin dia, Tok Guru.


Okay, cukup lah tu. Saya rasa macam buat karangan pon ada. tapi kalau time nak buat karangan takdelah sampai panjang macam ni pulak. haha. Gambar saya upload nanti lah. InsyaAllah :)


Assalamualikum :)

Sunday, October 16, 2011

graduation

Assalamualaikum,
oh ye. lupe pulak nak post pasal benda ni.
sebenrnye hari Ahad yang lepas, my sister graduated :)
yang sulung, hehe
kebetulan pulak, haritu birthday dia,
and kebetulan lagi satu.. :P
my tahfiz teacher pon graduate hari tu jugak
and, diorang dua memang kenal pon
dan, dua-dua graduate as bachelor of economics~ kot :P
hehe. oh ye, congratulations :)
lepas tu, hari last PMR kitorang pegi tangkap gambar
and makan.. and balek~ hee

semalam birthday abang saya
oh ye, tak wish lagi. jahat tak :P
lagi pun die dah balek U dah. hehe.
takpela, wish laen kali (malas) x)

minggu depan PMRI.. :(
oh, esok lah kan? :O
seriously~ tak study betul-betul pun :(
disebabkan time PMR haritu dah tak boleh nak menghadap buku,
so, saya buat slide gune power point pasal Tasawwur. hehe
rajin tak? hehe
sebenanye tak rajin pon, sebab nota ustaz dah bagi..
so, tinggal tules je lah. hee :D
tapi tak tau sempat ke tak ni :s
(banyak gila emoticons oh. haha)

dah laa. sempat lagi post. nak sambung balek buat nota.
bye. Assalamualaikum :)












 

Thursday, October 13, 2011

oh, dah habes eh? xD

Assalamualaikum,
hari ni hari kedua lepas tamatnya PMR.
yeay!! it"s time to open facebook and close textbook! xD
hahaha. tapi kan, mana boleh -,-
PMRI ada lagi~

jap, budak manalah yang haritu kata nak bukak facebook lepas PMRI
sapelah tu kan xD alaaa, takpela. at least PMR dah habes..
haritu sebelum PMR punyelah sedih tak dapat baca novel
lepas PMR dah tak kisah langsung pasal novel novel tu
ni mesti sebab time PMR haritu 24 jam menghadap buku je.
tengok novel pon dah malas nak baca
dah muak dah asyik menghadap buku je :P

semua orang lepas PMR habes je nak enjoy,
haha. padahal PMRI tak pass lagi
oh, nak kene tidur dah. bye
Assalamualaikum :)

Saturday, September 10, 2011

ehem, ehem

Assalamualaikum.

hehhehe. haritu cakap tanak on facebook, blog and twitter lagi dah. tapi tengok lah.. bukak balek. haisyh. bila bukak laptop, konon-konon nak study sambil dengar lagu. tapi sebab sekolah baru je buat jamuan raya, patu terfikir nak bukak fb ke tak? bukak, tak, bukak, tak. bukak jelaa. lepas tu, bukak lagi. sampai bilalah nak macam ni. #addictedtofacebook. lagi 25 hari je tinggal sampai PMR dan saya masih lagi tak prepare betul betul. so, saya decide nak suruh adik saya tukar SEMUA password account saya kat internet. termasuk e-mail sebab benda tu pon boleh buat saya buang masa.

syaitan sentiasa ambik peluang untuk lalaikan saya daripada study. haih. account facebook baru je tukar password tadi. fuhh, lega. lepas ni nak tukar password blog ni, blog lama, twitter dengan e-mail. senang hidup. haha. insyaAllah benda ni menjadi lah kot. harap-harap jadilah :)  so, lepas ni semua account saya takkan dibukak lagi. hehe. kalau ade sesapa nampak saya on facebook ke apa ke. tu hantu lah tu. walaupun tu sebenarnye saya. hahah. tapi insyaAllah tak kot. sebab saya tak tau password baru tu. haha x)

 so, goodbye internet

Wednesday, September 7, 2011

byebye muka buku, hai buku teks

Assalamualaikum.








okay, PMR tinggal lebih kurang 27 hari lagi.
so, good luck for PMR
and, selamat hari raya jugak! hehe
kalau ada salah silap harap dimaafkan.
sebenarnye post ni pon sebab nak buat advertisement je
yang semua account yang ade kene mengena dengan internet 
akan ditutup sampai habes PMR and PMRI
account facebook akan di'deactivate'kan,
twitter takkan dibukak (macam lah boleh :P),
and, blog takkan disentuh.
so, (so lagi :P) kalau nak contact ke apa ke
kene call lah. tapi pakai phone rumah la
sebab phone dah lama tak guna sebab rosak
tak pun, kat sekolah je. haha

sekian, terima kasih.
oh ye, byebye internet. i love you xD