"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Saturday, December 10, 2011

Jom !

Assalamualaikum :)


 Saya di sini dengan sukacitanya.. (formal gila :P) nak ajak anda semua menggunakan internet ni sebagai salah satu medium dakwah. Senang je. Guna Facebook, Twitter, Blog dan apa apa sahaja. hehe. Tak, maksud saya, sambil sambil korang guna tulah. Lagi pon, belum confirm lagi setiap apa yang kita tulis tu orang nak baca betul tak? At least takdelah buang masa je. Boleh dapat pahala lagi. Tapi kalau tak nak pon takpe, saya tak paksa sebab tu akaun korang. Jadi saya tak berhak nak paksa paksa. Sebenarnya saya terdetik nak buat post macam ni lepas baca entry kat bawah ni. Dah baca? Kalau belum rajinkanlah diri anda untuk membaca ya. Penting sangat benda tu. Saya pon akan berusaha untuk buat benda tu. Lagi pon tujuan kita hidup ni bukan ke untuk beribadah kepada Allah? Lagi satu, manusia ni sebenarnya kerugian.. Dalam Al-Qur'an pon Allah ada sebut..

"Demi masa. Sesengguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh" 
(surah Al-Asr : 1-3)



Jadi, jom sahut cabaran saya dan buat perubahan :)


p/s : Perasan tak masa post ni kene tulis? hahaha. Tak boleh tidur sebenarnya. hehe. Serious tak ngantuk langsung. Saya post ni bukan bertujuan untuk berlagak alim atau baik, cuma nak mengingatkan semua termasuk diri saya sendiri yang banyak buat dosa dan selalu leka. & kalau ade yang terasa saya minta maaf. mana tau ade yang terasa ke. kalau ade lah. hehe.

Please Take Note !

Assalamualaikum.


Sorry pasal post sebelum ni sebab ade salah faham. Sebenarnya saya sendiri tak tahu kesahihan benda yang saya post tu. Kakak saya kata benda tu tak betul jadi saya delete balek post tu. Kalau sesiapa yang dah susah susah sebarkan benda tu maaf. Saya terburu buru



Friday, December 9, 2011

Cuti Cuti Sekolah :D

Assalamualaikum.

hmm.. Sekarang ni kan musim cuti sekolah kan, so mesti ramai orang tengah busy dengan aktiviti masing masing. Saya pon. Rasenye cuti tahun ni lagi baek dari cuti sekolah tahun lepas sebab tahun lepas cuti sekolah duduk rumah je memanjang.

tahun ni, minggu first cuti dah start tahfiz sampai lah minggu ni. khamis tu ada outing banat nineteen96. Tapi sebenarnya benda tu salah faham. Malas lah nak cerita apa yang salah faham tu. haha. minggu kedua ada ekspedisi remaja kental (xrek). sabtu tu pulak tak silap ada reunion banat SRIAAG. Patutnya saya datang tapi last minute tiba tiba takde transport pulak. Lagi pon benda tu tak jadi pon sebab sepatutnya diorang maen bowling kat Wangsa Walk tapi diorang berpecah sebab tempat tu dah kene book. Ada yang stay ada yang pegi Jaya Jusco naik LRT. haha.

Sabtu ni ada gathering banat nineteen96 kat rumah Fana~ (Farhana, jangan marah tau ana tulis nama nti macam tu. hihi) yeay! Rindu gila dekat diorang semua. hehe. Patu rabu depan saya, Bii dengan Fana nak pegi Gua Tempurung~ yeay! benda ni sebenarnya program Ikram Teens. yang xrek tu pon sama.

Lepas tu nak jumpa kawan lama, Mahirah. Tapi tak tau lagi bilaaa. hmmm :S  Lepas tu reunion SRIAAG lagi. Dan..... result PMR keluar. takut la nak ambek.. Lepas tu bukak sekolah. Time tu agak agaknya apa dah jadi kat sekolah. Ntah ntah bangunan baru tu dah siap. Serious, tahun depan mesti rasa pelik kat sekolah tu sebab kemungkinan ramai yang pindah. Kalau ramai pindah mesti la ramai budak baru kan? Lagi lagi ada bangunan baru. Kelas pon mesti tambah. Aaaah, tak boleh bayangkan. At  least Alya dengan Aqilah tak pindah kan, kan, kan? Kalau tak sunyi kelas. haha. Harap harap lah tahun depan kelas sama tak ubah orang dia. Tak biasa dengan banin kelas laen sebab banin kelas laen macam dah matang. hahahaha. yeke? :P  hmm, dah laa. Sebenarnya tengah pening kepala ni tapi boleh lagi post. hehe. Assalamualaikum :)

Saturday, December 3, 2011

Tagging Game #3

Soalan daripada Wany~
1- First time jumpa saya , apa reaksi pertama ? jujur kay .
peramah gila budak ni~


2- Bila stress , apa benda yang korang buat ?
hmm. jerit, kadang kadang. tak pon tulis kat atas kertas perasaan time tu


3-Bagi huruf first nama crush korang hehe :) Nama betul eh . Taknak tipu tipu .
A. hehe. wany tau kan~


4- Pernah Imagine kehidupan korang dengan crush korang bila dah kahwin ? haaa mengaku cepat . HAHA
haha. yelah, yelah. pernah :P


5- Korang anak manja ke tak ? rapat dengan mak or dengan ayah ?
agak laa. takdela manja sangat. hehe. tak tau mana satu lagi rapat. tapi dua dua rapat :)


6- Saya gedik ? hmm cakaplah betul ke tidak -.- tapi dgn cara yg lembut . Nanti saya menangis karang HEHE
taaaaaaaaaaaaaaak langsung :)


7- Bagi Tajuk lagu yang mengingatkan korang dekat crush korang ? haha
super junior-no other. lagu lagu jiwang laen pon ade jugak. soalan ni entah untuk yang ke berapa kali nti tanya dan ana bagi jawapan yang sama. haha


8-Korang paling addicted dengan apa ? 
tak pasti. facebook tak sangat. blog, twitter. hmm, entah. tapi yang penting addict dengan interet lah. haha. tapi, chocolate maybe :P


9-Korang pernah menangis sebab crush korang haa ? cepat mengaku .
tak


10- Bagi 10 nama kawan yg korang rasa penting bagi hidup korang :) Susun ikut betapa pentingnya dia okay .
Alya Nabilah, Nurdina Aqilah, Basitah, Mahirah, Latifah, Huda, Hanis, Husna, Sarah Nizar, Nashua. tak pasti lah betul ke tak sebenarnya. hehe. kalau nti tak letak limit, kalau boleh semua banat 3 Syafie ana nak masukkan. haha


11- Beri komen tentang saya , benda yg anda suka atau tidak suka . Saya sedia menerima :B kot .
biasa je. okay, baik, peramah, sporting. ana tak suka judge orang. hehe
 

Tagging Game #2

Soalan dari Min~
- apa reaksi anda,kalau nmpk sampah?di mana-mana je..
hmm. Ambik and buang. tapi biasanya ana tak perasan sebab ana jalan tak suka pandang bawah, ana suka pandang atas. haha :P

2-apa anda akn buat,kalau anda sedihh?kawann?ibu?ayah?adek?ABANGG?
hmm. biasanya fikir dulu nak cerita ke tak. kalau nak biasanya orang pertama yang tau. hmm.. kadang kadang adek dulu.. kadang kadang bestfriend. hehe

3-apa anda akan buat,kalau anda buat salahhh?anda akan....MENJERITTT??haha
takuuuuuuut. hehe

4-fevereeett subjecctt??
science~ bio~ hihi <3

5-something yg buat awk teruujaa??:D
nampak orang tu, nampak makanan sedap, nampak kucing, nampak budak kecik, nampak permandangan yang cantik, benda comel, benda yang ceria, kawan kawan kat sekolah dengan sekolah pon :D  tu je kot

6-apa awk akan buat sekiranya org yang PALING awk syg,TERR sakitkan hati,awk?>.<
selidik dulu.. patu cuba selesaikan

7-suukaa tak,org "take" gamba awk?xD
tak berapa suka. hehe. sebab saya tak reti  senyum depan camera sebenarnya. hehehe

8-awakk suukaaaa nombo brp?haha
nombor ganjil! nombor 3, 9, 5. tapi takde yang spesifik. hehe

9-sukaaaa gila dan gila warna apa?
biruuuuuuuuuuuuu. kalau tak biru, merah, tak pon purple. kalau tak pon warna yang ceria :)

10-apa yg awk akn buat,sekiraannyaaa anda gila-gila bengang dn marah?><
kadang kadang jerit, menangis, tulis kat atas kertas. haha

11-siapaaakkahhh orgg yg anda paling kagummm?hehe
Nabi Muhammad lah. and mak dan ayah saya. heee :D

Thursday, November 10, 2011

Tagging Game


Soalan dari Alya :)


Rules
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged him/her.
6. No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you are reading this' you legitimately have to tag 11 people.

11 things about me

1. Saya seorang yang sangat sangat pendiam. Tapi kalau dengan orang yang rapat jadi bising pulak. Tapi takde lah bising sangat :P

2. Warna favourite biruuuuuuuu

3. Saya suka budak-budak

4. Saya suka kucing. Saya tak boleh tahan tengok kucing. Comel sangat x)

5. Saya 'nature lover'. Saya suka tengok pelangi dengan langit terutamanya bila tengah panas sebab time tu biasanya langit cantik. #oneofmyfavouritethingstodo

6. Saya ada banyak rahsia ;)

7. I love science, bio, chemistry~ kecuali fizik :P

8. Kalau saya menangis tak lama, sekejap je dah okay balek 

9. Waktu sekolah rendah saya tak pendiam macam sekarang. Sekarang saya dah baik. haha :P

10. Sebenarnya saya tak biasa membahasakan diri saya sebagai 'saya'. Tapi disebabkan saya post dalam blog, jadi saya guna jelah saya. haha

11. Orang susah nak dengar suara saya

Questions from Alya :)
1. Justin Bieber/ Logan Lerman? Pilih ikut ke-handsome-an k \rotfl/
handsome? hmm. Logan Lerman lah



2. Pernah tak nangis sorang-sorang dalam tandas? #lolwhat
mesti lah tak. haha



3. Le animal you hate the most {Binatang buas such as tiger/ lion tak kira}
cicak, katak, lipas terbang



4. Your first crush? Hahahahahahah memang akan bgtahu sebenarnya kan. Actor or penyanyi jelah ni.

first crush? haha. tu saya suka die waktu darjah dua kot. haha. time tu tak matang lagi lah. hahaha


5. Sejarah and geografi/ Science and maths?
hmm. dulu tak suka sejarah & geografi. tapi sekarang macam dah suka pulak. haha. science dengan math? mestilah science :)



6. Selena Gomez/ Miley Cyrus?
dua dua tak



7. Are you good in ketip-ing your kuku? Wo soalan cepumas pfttt.
mestilah :)



8. Who's your bestfriend? Link please :>
Alya Nabilah. Nurdina Aqilah. Ainul Basitah. Mahirah. Latifah Maisarah. Huda Hasanah



9. Face that describe you the most. Pink one--------------> :D :> :') :) :/ :| :( :'( :3 :B 
:3

  
10. Kalau La Liga sokong club apa? Kalau BPL sokong club apa? 
tak minat.



11. Pernah rasa aku annoying? Truth please. I won't bite :B
Pernah. Banyak kali. Haha. gurau je. mestilah tak :)  You're my bestfriend kan :)


Questions from me~
1. Apa warna favourite?
2. Apa benda yang ada kat korang, tapi orang lain tak ada?
3. Pernah jatuh cinta? hehhehe (takde idea~)
4. Prefer facebook/twitter/tumblr/blog?
5. Lagu favourite? 
6. Am I annoyying? hehe
7. Pilih satu huruf antara A sampai Z? ;)
8. Kat rumah biasanya buat apa?
9. Tahun depan nak ambek apa? Bio? Akaun? :?
10. Besar nanti nak jadi apa?
11. Orang yang paling sayang sekali lepas family?


11 people to be tag by me~ hihi
Alya Nabilah Norazam 
Ikhwani Husna Kamarudin 
Minhatul Mardhiah Annur
Nabila Natasya 
Maryam Nabihah 
Nabila Tajuddin 
Sumaiyah 
Nurdina Aqilah 
Anyone 
Anybody 
Sesiapa 


hehe. good luck ye :)



Tuesday, November 8, 2011

Kelantan

Assalamualaikum,
ye, saya tau korang nak cakap lambat gila saya post kan? haha. Biar jelah. 
sebenarnye malas nak buat post pasal Jaulah ni. 
tapi sebab ade rasa nak buat, so buat jugak post ni


First day, kitorang solat subuh dekat Masjid Pulau Melaka yang diimamkan Tok Guru Nik Aziz tak silap. lepas tu check-in hotel & pergi ke tapak ceramah Tok Guru. Ade orang kata Tok Guru takde pon kat situ. Banin beruntung lah sebab dapat nampak Tok Guru. Kitorang tak nampak die langsung. Time kat masjid tu tempat untuk muslimah tertutup. So memang tak nampak lelaki langsung. Kitorang pegi kat tapak ceramah tu jalan kaki je. Time nak lintas jalan kitorang sempat lagi tangkap gambar kat traffic light, dah la kitorang last sekali. haha. Tapi yang peliknya kitorang dah tekan butang untuk pejalan kaki nak lintas tu. Tapi tak menyala pon. Rupa-rupanya rosak. Haha. Penat je tunggu. Sampai-sampai kat situ ramai gila orang. Ceramah tu diorang buat kat tengah-tengah jalan. Lepas tu diorang letak khemah and bentang tikar untuk orang duduk kat situ. Yang mengagumkannya, dari jauh lagi ade orang yang bentang surat khabar dan duduk sebelah gerai dorang untuk dengar ceramah tu. sebab dekat dekat situ ade gerai-gerai. Lagi satu diorang letak speaker kat mana mana. Kitorang yang dekat traffic light tu pon boleh dengar ceramah tu dengan jelas. Time ceramah tu pulak, tiba tiba hujan. Jadi kitorang berdiri dekat depan kedai-kedai. Waktu tu saya tak dapat nak tumpukan perhatian sebab saya rasa tak sihat. so, saya dapat sikit je daripada ceramah tu. Time kat situ, semua orang berdiri sepanjang masa sebab hujan. Saya rasa macam nak patah pinggang pun ade jugak. Haha. 


10.30, cikgu bagi kebebasan nak buat apa sampai pukul 4 petang. so, kitorang pergi cari makan sebab time kat Masjid Pulau Melaka tu kitorang tak makan. Hehe. So, kitorang pegi Parkson. masuk-masuk, ade kakak tarik Husna. Die buat demo kat Husna dengan Aqilah. Lepas tu kitorang cari tempat makan, tapi tak siap lagi. Lepas tu kitorang pergi makan kat A&W. Lepas makan, kitorang pegi bakery jap pastu balek. Time tu saya dah tak larat dah nak jalan. Sampai kat hotel, saya terus baring. Lepas tu saya demam. Dah agak dah. Lagipun kalau saya selsema saya cepat kene demam. 


Pukul 2 cikgu cakap siapa nak pegi Pasar Siti Khadijah pegi sendiri. Saya nak pergi tapi bila fikir balek, nanti mesti jadi lagi teruk. Dah la saya memang tak larat nak jalan. Aqilah pegi dengan Husna. Alya duduk bilik, temankan saya. Bila dorang pegi tu saya tidur je. Bangun-bangun, saya mesej Husna suruh belikan ubat dengan air mineral. Tak lama lepastu diorang sampai. Husna beli banyak gila asam masam manis yang saya suka tu. saya ingatkan benda tu ade kat Terengganu je. Husna kata ubat sampai kejap lagi. Tak lama lepas tu Fatin, sarah K, Izzah dengan Ummu sampai. Saya ambik masa lama untuk telan ubat tu tau tak. Terseksa. dah la saya tak pandai telan ubat. Tapi, Alhamdulillah lepas makan Panadol petang tu terus okay :)  tu pun tambah tidur sekali. Kalau cikgu tak bagi masa free, tak taulah apa jadi. Boleh jadi semua  orang pegi sana sini, saya sorang duduk kat hotel. Haha




Pukul 4, kami bertolak ke Pantai Cahaya Bulan. Ade orang kata PCB tu Pantai Cinta Berakhir, kot. Waktu kitorang sampai tu matahari tengah terbenam. Kat situ kitorang makan Radix Fried Chicken,  tangkap gambar. Lepastu kitorang pegi SRI Aman. Sepatutnya pegi pejabat Ikram Kelantan, tapi tak muat. Lepastu balek hotel.




Hari Kedua, bertolak ke Kolej Jaiputra. Kat situ tempat makan & padang je, orangnye takde. Rasenye tempat diorang belajar kat tempat laen kot. Lepastu bertolak ke Maa'had Al-Manar. Kat situ jumpa Munirah, kawan lama, junior dengan alumni SRIAAG yang dah jadi cikgu kat sana pon ade. Maa'had tu kat kawasan pedalaman. Time kitorang nak pegi sana kene naik bas sekolah. 




Lepas tu, check-out dari hotel & pegi Pengkalan Kubor beli belah. Tu nama tempat tau. Haha. Time kat situ nak cari key-chain. Tapi ade satu jenis je. Tu pun tak lawa. Pastu baru menyesal tak pegi Pasar Siti Khadijah. Kat situ banyak barang. Kat Pengkalan Kubor ni sikit je, tu pun baju je belambak. So, saya beli asam masam manis je banyak dengan asam ape ntah. Haha. takde benda lain dah nak beli. Lepas tu kitorang pegi SMI Aman. Sampai kat situ malam. cikgu cakap diorang tunggu dari tengahari lagi. Kesian diorang. Kitorang lambat sebab lama sangat perjalanan. Kat situ kitorang jumpa Muallimah Hasmah :)  Lepas solat & makan, diorang ajak kitorang pegi kelas diorang. kat situ, kitorang bergambar lepas tu ada ice breaking. Saya ingat sikit-sikit je nama diorang, Jazmeena, Hajar, Anis.. Oh, yang lain dah lupa. Haha. Tapi yang ada time tu sikit je. Diorang tak sempat buat persiapan sebab diorang baru je balek dari Melaka malam semalam tu tak silap. Ada yang tukar-tukar nombor. Malam tu happy sangat sangat. Ade peristiwa berlaku malam tu (rahsia :P) & Aqilah buat saya tak berhenti gelak. Tak habes habes kecek Kelantan die tu yang die maen reka je. Haha. Lepas tu, bertolak balek KL. 


Kitorang tidur dalam bas 2 malam. Setiap 2 orang kene buat hirasah (duduk seat depan sekali belah kiri, dan buatlah apa apa yang buatkan driver tu tak tido) selama 30 minit. Sepatutnya kitorang yang jadi guard, tak boleh tido. Ni tak, duduk depan, sambung tidur. Haha. Malam pertama tidur dalam bas tak lena sebab bas tu asyik bump je. Lepastu kadang kadang bas tu keluarkan bunyi apa ntah sampai saya terjaga. Ingatkan hantu menjerit. haha. Malam kedua dalam bas tu dah boleh tidur lena dah :)  Tapi saya pelik dengan orang sebelah saya, Alya, lena gila die tidur! Haha. Saya pon tak tau macamana die boleh lena. haha




Jaulah kali ni banyak makna, banyak kenangan :)
Ukhuwwah dalam batch kita semakin rapat :)  Terutamanya waktu saya demam. Nampak sangat mereka sangat ambik berat pasal kawan walaupun kitorang bukannye 'bestfriend' pon :)  So, saya nak ucapkan 'THANK YOU banyak banyak' kepada Sarah Kamaruddin, Fatin Nabilah, Nurul Izzah dan Ummu Wahidah. Opppps! Lupa pulak room-mate sendiri. haha. Alya Nabilah, yang menemani saya, Nurdina Aqilah, yang buat saya ketawa sampai dah tak boleh tahan & Husna Apandi, yang membantu saya. Yang lain lain pon, yang tanye okay ke tak, Hanis Fatini, yang tolong suapkan saya walaupun saya dah sihat dah pon waktu tu. Haha. Semua orang lah, terima kasih banyak banyak. Itulah specialnya Al-Amin. Ukhuwwah kitorang rapat sangat. Sayang Al-Amin :)


Dulu, sebelum nak pegi Jaulah, saya rasa tak best Jaulah kali ni sebab pegi Kelantan. Tapi bila sampai kat sana, seronok lah jugak. Suasana dia tak sama macam KL dan negeri-negeri lain. Satu benda yang saya sangat kagum bila berada kat situ, saya tak pernah nampak lagi sorang pon perempuan yang tak pakai tudung! budak adelah. Hebat betul diorang. Tengoklah siapa pemimpin dia, Tok Guru.


Okay, cukup lah tu. Saya rasa macam buat karangan pon ada. tapi kalau time nak buat karangan takdelah sampai panjang macam ni pulak. haha. Gambar saya upload nanti lah. InsyaAllah :)


Assalamualikum :)