Bismillah...
Sedar tak sedar. emm, saya memang tak sedar.. yang sebenarnya saya dah semakin besar, semakin tua(ceh :P). Kenapa? memandangkan adik beradik saya ramai dan saya adalah anak yg tengah. betul betul tengah. So saya ada kakak, abang dan adik. Semenjak dulu lagi, biasanya memang kalau ada apa apa, memang kakak kakak dan abang abang saya yang akan disuruh untuk buat sesuatu. Contohnya, memasak, bawak adik adik pergi tandas, pergi kedai beli barang... hinggalah dah besar sikit, time tu saya macam dah sekolah rendah rasanya. kakak saya hantar dan ambik kitorang ulang-alik dari rumah ke sekolah.
Semakin besar, saya dah masuk sekolah menengah dan pemikiran semakin matang dari dulu. tapi saya masih ada kakak kakak dan abang abang yang tolong jaga kitorang. Saya masih merasa yang saya adalah 'adik', dan bukan 'kakak' kepada 4 lagi adik saya. Rasa macam takde tanggungjawab lah jugak sebab saya pun 'adik' jugak.
Masuk form 4, dah 16 tahun. Abang saya kahwin. Abang yang betul betul atas saya. Langkah bendul kakak kakak dan abang saya yang sorang lagi. Waktu tu, rasa dah besar sikit. Tapi masih belum rasa cukup 'besar'.
Tahun seterusnya, 2013. Saya dah jadi 'senior' yang paling tua di alam persekolahan. 17 tahun dah. Tapi, ya.. masih tak terasa diri dah besar. Kadang kadang terasa jugak macam sekolah tu kita yang punya. Mentang-mentang dah besar kan.. haha. waktu ni dah takde rasa takut sangat macam dulu. Kalau dulu, disebabkan masih ada senior kat atas, dia macam.... macamana eh.. macam, takut jugak lah nak cakap dengan diorang. tp bila dah form 5, boleh jugak lah cakap dgn banat banat al amin yang lain. contohnya waktu Liqa' haritu. Bila cakap depan orang yg semuanya 'junior', takdelah rasa nervous sgt. itu first time cakap depan semua banat. haha. Dan akhirnya.... saya menduduki SPM dengan kawan kawan...
Habis SPM, macam tak percaya yang saya dah ambik SPM. Macam tak percaya saya tak akan jumpa kawan kawan saya dalam baju sekolah lagi, macam tak percaya saya tak akan pakai baju sekolah lagi, macam tak percaya saya bakal jadi mahasiswa, macam tak percaya. Ya, saya tak percaya. Sebab tu sampai sekarang, saya masih lagi tak rasa rindu dengan sekolah, rindu, kawan kawan.. Sebab saya tak percaya dan saya tahu yang kita belum betul betul berpisah. Yelah, tak ambik result SPM lagi, tak masuk universiti lagi. Lagipun daurah dan outing ada. So..... saya masih macam ni. Tapi kadang kadang tu, adalah rindu atau sebak sikit bila tgk video mpt5 ke tgk gambar lama ke.
Dan ya.... saya baru sedar yang saya sebenarnya dah 'besar'. Sebab selama ni semua benda kakak kakak dan abang abang saya yang buat. Dan saya hidup sebagai seorang 'adik'. Tapi bila tiba tiba start macam hujung tahun lepas, saya disuruh memasak sendiri, pernah ditinggalkan seorang diri kat rumah(sekejap je. dan kalau saya taknak ikut) dan..... macam macam lagi. Lagi lagi bila kakak kakak saya kahwin tahun lepas. Bila kakak kakak saya kahwin, dua dua pindah. Dah ada rumah sendiri. Abang abang saya pulak, belajar. Sorang kat sana. Sorang kat situ. Jadi anak yang paling tua kat rumah ialah saya. Dan waktu tu kalau ada apa apa memang saya kene ikut sekali. Kenduri ke apa ke kalau budak budak tu ikut, saya pun kene ikut. Tolong mak jaga diorang. Waktu tu baru saya sedar.... sebenarnya saya dah besar.. Saya dah jadi 'kakak' kepada adik adik saya. Dan saya kene jadi macam 'kakak sulung' kat situ. Sayalah yang kene masak, yang kene tolong ini dan itu. Sayalah yang kene jaga mereka. Sayalah yang kene jadi driver dorang nanti.
Dan disebabkan saya dibesarkan macam ni lah, saya jadi macam ni. Saya tak berani cakap dgn orang yg tak kenal, saya tak reti memasak, tak reti apa lagi... hmm. Sebab saya tak biasa berurusan dgn orang luar dari kecik lagi. Biasa semua benda orang lain yang buat.
Kalau korang perasan, memang biasanya yang berani, banyak cakap, bersifat kepimpinan ialah anak pertama, kedua, takpun bongsu atau anak kedua terakhir. Sebab kalau yang sulung ni dialah yang mak akan suruh jaga adik, uruskan benda benda lain sejak kecik. Kalau yang bongsu, bila dia membesar, kakak kakak abang abang dia semua dah besar, masuk u, so dia kene buat banyak benda sendiri. That's why..
Maka, masa untuk belajar berdikari. Belajar untuk berdiri atas kaki sendiri. Belajar untuk menjadi seorang 'kakak'. Lagi lagi bila masuk U nanti. hmm. Biasa kalau ada apa apa saya akan tanya pada kakak, abang, takpun kawan kawan. Nanti masuk U, kene belajar utk buat kawan sendiri. Dah takde dah jumpa budak al-amin. Tapi harapnya adalah at least sorang. hmm
But, you know what? Saya rasa saya nak belajar menjadi seorang 'kakak' yang baik dan bertanggungjawab dan saya nak enjoy menjadi 'kakak' kepada adik adik saya :)
Hmm. Dah besar rupanya diri ni. tak sedar diri. haha.
"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)
Thursday, January 23, 2014
Tuesday, December 31, 2013
Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa jam lagi 2013 bakal melambaikan tangannya ditukar ganti dengan si 2014 yang dah tak sabar sabar untuk berlari lari dan membuka tirainya. menyingkap seribu satu kisah kehidupan kita yang telah pun ditakdirkan untuk kita. Entah apa yang bakal kita lalui tahun depan..
Tahun baru, bermakna buku baru, pintu baru, hidup baru, muka baru, segala galanya baru. Segala yang dah berlalu tak mungkin akan dapat diputar kembali, ia akan berlalu dan terus berlalu, makin jauh...

Rabithah - Ku Ingin Berubah | Official Lyric Video
KU INGIN BERUBAH - Rabithah
Lirik dan lagu : Adninroslan
Muzik : Adninroslan & Syafiqkzaman
Mixing & Mastering : Usamah Kamaruzaman
Lirik dan lagu : Adninroslan
Muzik : Adninroslan & Syafiqkzaman
Mixing & Mastering : Usamah Kamaruzaman
Allah,entah sampai bila?
ku di ulit gelisah,
diriku seakan rebah,
bagai tiada arah,
ku di ulit gelisah,
diriku seakan rebah,
bagai tiada arah,
Allah, aku mengakui,
aku hamba hina,
penuh dengan dosa,
namun sampai bila?
aku hamba hina,
penuh dengan dosa,
namun sampai bila?
KORUS:
Allah ku ingin berubah,
namun amat payah,
kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
betapa seksanya,
tikaku berdosa,
di ulit resah gelisah...
Allah ku ingin berubah,
namun amat payah,
kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
betapa seksanya,
tikaku berdosa,
di ulit resah gelisah...
Oh,aku pernah cuba
namun tak berjaya,
ku masih ulangi,
dosa dosaku lagi.
namun tak berjaya,
ku masih ulangi,
dosa dosaku lagi.
Allah,entah sampai bila?
ku rebah bangkit rebah bangkit
ku ingin bangkit selamanya!
tiada lagi rebah!
ku rebah bangkit rebah bangkit
ku ingin bangkit selamanya!
tiada lagi rebah!
KORUS 2:
Allah ku ingin berubah,
namun amat payah,
kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Di sudut hatiku,
ku cinta dirimu,
hatiku rindu padamu..
Allah ku ingin berubah,
namun amat payah,
kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Di sudut hatiku,
ku cinta dirimu,
hatiku rindu padamu..
Aku tidak tenang,
selagi ku tak berlinang,
air mata keinsafan...
selagi ku tak berlinang,
air mata keinsafan...
Monday, August 12, 2013
Raya
Bismillahirrahmanirrahim :)
Alhamdulillah, kita dah berjaya melepasi suatu bulan yang penuh keberkatan :) Anyway, macamana dengan Ramadhan anda? Saya harap Ramadhan yang ada tak disia siakan. Aduh, formal sangat lah pulak :P hahaha. Dah lama tak blogging punya pasal. Pfttttttttttttttt xP
Ramadhan kali ni, alhamdulillah, prestasi saya, ada peningkatan...... dan pengurangan. eheh. okay la jugak. Beberapa azam sepanjang Ramadhan dapat dicapai, alhamdulillah..
Selamat Hari Raya semua :) dan saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki :P kalau saya ada buat silap dan salah sepanjang saya hidup di muka bumi ini :P Oh, ucapan ni ditujukan khas untuk semua yang mengenali diri ini, tak kisah lah sesiapa..
Okay, disebabkan dah jarang sangat tak post, dan idea asyik kering je.. huh. I'll share something with you then. hehe..
Watch this!

*KRIK KRIK KRIK*
Okay, disebabkan dah jarang sangat tak post, dan idea asyik kering je.. huh. I'll share something with you then. hehe..
Watch this!
oh, dan ni~
baca post latest, kalau rajin lah. dana kalau terasa bosan. hee :D
hehehehehehehehehehehe. :P
Saturday, June 22, 2013
Tok Penghulu nak datang....!
Marhaban Ya Ramadhan Al-Karim :)
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya. Pada bulan ini, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat. Juga pada bulan ini terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa yang tidak memperoleh kebaikannya, mak dia tidak memperoleh apa-apa"
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)
17 hari lagi, kita akan memasuki 'Madrasah Tarbiyyah Ramadhan'.
bersediakah kita?
barangsiapa yang tidak membuat persediaan yang rapi dan mencukupi, maka akan terasa lemah lah segala sendi otot untuk terus bertahan dalam madrasah ini. Apatah lagi ketika melalui 'penapis' Madrasah Ramadhan yang sungguh haybat!
Oleh itu, persediaan rapi & semat mestilah dibuat :) Actually, kita.. tak, saya sorang mungkin.. Patut start buat preparation waktu Rejab lagi~ Aduh~ Tapi takpe, insyaAllah masih boleh cuba istiqamah ni haa. InsyaAllah insyaAllah. Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin.
Anyway, seperti biasa. InsyaAllah saya akan puasa fb, twitter,blog & segala bagai account saya... InsyaAllah :) Mungkin kah ini Ramadhan terakhir? Sempatkah untuk kita bertemu Ramadhan kali ini? Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amiiiiiiiiiiiin :)
Kali ni tak boleh nak cakap banyak banyak sebab dah ngantuk dan tak cukup idea sebab dah lama sangat tak mencurah idea, so otak macam 'dah tepu' dan..... macam tu lah. hehe
Sekian, jumpa lagi!
Assalamualaikum :)
Thursday, May 30, 2013
Hari Hari
Assalamualaikum.
Fuhhhh~
Dah terlalu lama saya menahan rasa rindu.. Rindu untuk menulis panjang lebar sambil membebel dalam blog kesayangan ni <3 hehehe
Alhamdulillah, hari ni saya diberi kesempatan untuk menulis lagi dalam blog yang dah berhabuk dan mula dihuni labah labah. hahaha. Dah mula dah dengan hiperbola tu~ hahaha. Dah jadi hobi, nak buat macamana. heee.
Alhamdulillah jugak sebab saya dah berjaya melaksanakan agenda 'puasa internet' saya dengan grade A-! yeay! hahahaha. Okay, perasan~ :P Seperti yang saya nyatakan pada post saya yang terakhir tak silap, saya ada tulis yang saya akan cuba untuk 'puasa internet' start dari cuti sem 1 sampailah cuuti tengah sem yang sekarang ni sebab saya nak fokus pada pembelajaran saya, kononnya. lol. haha. So, saya bagi grade A minus sebab saya dah berjaya tak bukak blog langsung, twitter bukak dua kali je & fb.......... 5 kali tak silap. Alhamdulillah~ :) Pencapaian yang memuaskan. hehe. Boleh lah. Bukak fb pun nak dapat info dan contact orang yang tak dapat detect, lol. hahaha. Sebab tu lah rasa rindu semacam nak post kat blog ni. mehehehe. selama ni kalau bukak pun, tak sign in dan saya cuma tengok dari jauh je.. (berdiri jauh dari laptop sambil tengok blog) lol, hahaha :P
Hmm. Anyway, macamana dengan cuti korang setakat ni? Sejujurnya, cuti saya agak teruk.. Entah kenapa, saya masih lagi tak boleh nak belajar walaupun exam dah habis, walaupun tak ada tekanan. Lepas tu pulak, kalau saya nak buat sesuatu macam belajar atau buat homework, atau guna komputer sekalipun, saya mesti, MESTI kena tolong mak saya dulu. kalau saya tak tolong, mesti kerja tu tak jadi atau apa yang saya belajar tak masuk. serious. Yelah, bukan ke redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa? kalau mak ayah tak redha, apa yang kita buat mesti tak jadi. So, benda ni sebenarnya buat saya agak stress lah sebab saya tak berapa reti nak bahagi masa, disiplin/paksa diri dan kawal emosi. Kerja harian saya senang terganggu bila saya ada masalah. Waktu tu lah kepala akan berserabut, jam dan stress sangat. tapi alhamdulillah, ada beberapa ketika yang saya dapat kawal fikiran saya.
Bila saya cuti saya akan lebih susah nak buat kerja sebab waktu cuti jadual tak padat. So, segala benda, masalah semua akan berebut nak masuk dalam kepala. serious. haha. Sampai setiap hari mesti je mimpi. Dah la semua benda saya nak mimpi. Pasal exam, sekolah, rumah, semua masuk. haha.
Yes, post panjang lebar lagi. hehehe. Sorry la kalau saya membuang masa kat sini, membebel dan bercerita pasal hari hari kat sekolah yang semakin hari macam semakin membosankan....
Ini lah hakikatnya. Hari hari kat sekolah semakin hari terasa semakin memenatkan dan membosankan. Terasa hidup kadang kala seperti robot..
Suatu hari, kita akan sedar tujuan sebenar kita ditakdirkan untuk menjalani hari hari yang semakin lama semakin memenatkan dan membosankan.
2013, tahun terakhir. Tahun SPM. tahun meninggalkan sekolah. tahun meninggalkan alam persekolahan. tahun perpisahan dengan mereka.

Hakikat yang mesti ditelan hidup hidup.
Sunday, March 31, 2013
Keputusan SPM
Bismillah,
21 Mac, tarikh keluarnya keputusan SPM untuk generasi yang lahir pada tahun 1995.
Hari Rabu. Waktu result tu keluar, kebetulan cg Tahirah terlibat sekali dalam pengambilan result SPM tu. So, time Bio cg takde. Dan kitorang dibenarkan untuk keluar tengok sekali abang dan kakak kakak yang ambik result SPM.
Mula mula memang kitorang bercadang nak tengok, last last tak jadi. Sebab macam sikit je orang yang nak tengok. Dan akhirnya saya tertidur dengan buku fizik menjadi bantal~ Ya, kitorang ada test fizik pada haritu.
Anyway, dengan keluarnya keputusan SPM pada tahun ini, maka para guru pun sibuk menberitahu kami tentang result SPM. SPM. suatu perkataan yang saya tak pernah nak kisah sebelum ni. Walaupun abang saya ambik result SPM dulu, saya tak pernah kisah. Tapi bila tahun ni 3 huruf tu dah jadi macam penting dalam hidup saya sampai kat blog pun letak jugak 3 huruf tu. hahaha.
Bila dengar result SPM.. terasa macam susah sangat je SPM ni. lagi lagi bila ada cikgu yang kata SPM tu lebih susah daripada degree ke apa ke... OMG! yeke? dan diorang kata kalau nak cari kerja, dia akan tanya result SPM. bukan dapat degree atau apa apa selain SPM. adakah itu suatu kebenaran? tidaaaaaak. SPM penting untuk masa depan~~~~`
Tak silap saya, tak ada orang dalam family saya yang pernah dapat straight A's. paling tinggi pun 8A kot. *gulp* Nampaknya saya kena berusaha betul betul dan betulkan niat kerana Allah. kalau kita berusaha sekuat mana pun, tapi niat tak betul apa gunanya kan? Oh, dan saya rasa lepas ni maybe saya akan bukak segala account saya sewaktu cuti pertengahan semester, mungkin? kalau bukak pun maybe sekali sebulan je dan hanya untuk check updates kat fb.
Anyway, jangan lupa dalam menghadapi peperangan besar ni, kita kena buat preparation yang besar juga lah :)
1. Betulkan niat kerana Allah
(sesungguhnya suatu amalan itu bergantung pada niatnya!)
2. Perbaiki hubungan kita dengan Allah
(bukankah Allah itu si pemberi keputusan yang sebenar?)
3. Perbaiki hubungan kita dengan manusia
(minta maaf dengan cikgu, kawan kawan, mak ayah, keluarga, etc..)
4. Berikan hak manusia yang sepatutnya
(kalau mak minta tolong kemas rumah etc, try to spent some times to help, nanti dapat berkat tu berkat!)
5. Usaha
(Dalam belajar, kita perlukan pengorbanan dan usaha yang banyak untuk berjaya. Chayyok!)
6. Doa
(Doa senjata mukmin!)
7. Tawakkal!
(Percaya dan berserah pada Allah)
Berkat & Redha pun penting jugak dalam menghadapi SPM :)
Kalau tiba tiba mak ayah mintak tolong buat sesuatu, berhenti dan luangkan masa untuk tolong sekejap. Bila, kita dah tolong tu, kita dapat pahala dan redha mak ayah kita. Bila mak ayah kita redha, Allah pun akan redha. Lepastu kita akan dapat doa daripada mak ayah kita :) Bukan ke doa mak tu antara doa yang makbul? Dan kita jugak dapat keberkatan. Kita akan sedar keberkatan tu bila suatu keadaan berlaku. Contohnya, senang masuk apa yang cikgu ajar/tak sempat nak study pun tapi dapat A bila exam/tiba tiba cikgu tunda waktu submit homework.. etc. Kita cuma kena yakin je yang Allah sentiasa bantu kita :)
Benda ni pernah berlaku kat saya sendiri. kalau korang ada ingat rahsia kejayaan kak Diyana Nas Tamimi waktu dia cakap time perhimpunan, salah satunya ialah dia luangkan masa untuk tolong mak dia setiap hari. Dia bahagikan masa.
Walau sibuk macamana pun, kita kena jugak spent time untuk orang yang berhak dapat masa untuk diluangkan bersama kita kan? Sedangkan mak ayah kita lagi sibuk dari kita. Lagi lagi kalau ada adik yang kecik lagi. Hargailah masa kita bersama mereka. Kita tak tahu bila nyawa mereka akan diambil semula. Jangan pulak menyesal di kemudian hari sebab tak spent masa dengan diorang :)
Ya Allah panjangnya post. hehehe. InsyAllah ni adalah post terakhir sebelum cuti pertengahan tahun nanti. SPM candidates 2013, berusaha! jangan asyik dengan laptop/komputer/handphone anda yang melekakan tu eh~

Subscribe to:
Posts (Atom)