"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Thursday, December 29, 2011

Done



Satu benda dah selesai.. Lega sikit.. Benda tu saya buat pun sebab saya taknak
perkara tu berlarutan.. Saya dah penat.. dan sekarang saya dapat
berehat sekejap sebelum bukak sekolah.. Saya harap tahun
depan perkara macam tu dah tak berulang lagi.. Tu baru satu.. saya dah
penat nak layan.. Alhamdulillah dah selesai walaupun saya
tak berapa pasti betul betul selesai ke benda tu.. Korang tak faham tak
payah nak fahamkan apa yang saya merepek dekat sini eh..
haha.. Ni cuma luahan hati je.. Bye.. Salam Alaik 

Wednesday, December 28, 2011

Lonely ?

Assalamualaikum.

Tajuk post saya lonely bukan sebab saya lonely. Pendiam tak semestinya lonely kan? Tapi sebab saya nak tekankan kat sini (hamek kau -,-) bahawa kalau kita lonely, tak ada kawan sejenis.. tak bermakna kita boleh cari kawan yang berlainan jantina pulak.. mentang mentanglah time masuk alam remaja ni perempuan dan lelaki ni macam magnet. senang attracted dengan orang yang berlainan jantina.. SERIOUSLY, tak ada kawan BUKAN tiket untuk kita menjadikan orang yang tak sama jantina dengan kita sebagai kawan berbual, bersembang, bermain, study group.. kawan rapat apatah lagi.

Kalau macam tu bukan ke lebih baik kalau kita tak ada kawan langsung? kan? daripada kita dapat dosa. 

+kawan + dosa / -kawan +pahala

mana satu korang nak?

Sedar tak, kalau kita mesej dan chatting pun, benda tu still berdosa dan boleh bawa kepada fitnah. Mak saya kata zaman sekarang ni kat mana mana pun boleh berdua duaan, even guna internet sekali pun sebab time kita chat dengan 'orang tu' guna internet bukan ke kita bercakap berdua dengan orang tu.. Still berdua kan? Jadi, renung renungkanlah.. Wassalam


p/s : sorry emosional sikit. maaf kalau ada yang terasa, especially kawan kawan saya. serious, benda ni bukan pasal korang.. pasal orang lain.

Saturday, December 24, 2011

Super Duper Dad !

Assalamualaikum,

Haritu birthday ayah saya, (yeah, post lambat lagi. hahaha) He is sooooooooooooooooooooooooooooooooooo super duper dad! Sebab saya kata dia super duper dad ;

1. Dia bekerja keras untuk nak sara kitorang. Dah la adik beradik saya ramai gila. Kesian sangat. Dia selalu takde kat rumah. Sekejap fly sana, fly sini.. (see, i told you he is superb! he can fly! hahaha. joking) Tapi fly dalam Malaysia je. Sampai ada sekali tu setiap dua minggu sekali je kot dia balik. Walaupun satu dua hari je balik rumah, tapi dia tetap balik. Kalau dia tak balik alamatnya berbulan bulan lah tak jumpa. 

2. Dia boleh fly.. hahaha. joking. Setiap kali bila dia ada masa lapang dia akan gunakan untuk bawak kitorang jalan jalan pegi sana sini untuk menggembirakan kitorang. Walaupun dia tengah penat sekalipun waktu tu. Dah la dia asyik kene bagi talk sambil berdiri berjam jam. Kesian gila.

3. Apa yang kitorang nak, kalau mampu dia belikan. Adik adik kat rumah tu dah la suka mintak macam macam.

4. Dia selamatkan nyawa adik saya! Haritu time xrek, saya balek rumah. Sampai sampai mak, ayah and 3 orang adik saya takde. Diorang pergi mandi sungai. Tiba tiba kakak saya kata adik saya hampir mati lemas! Tapi Alhamdulillah ayah saya sempat selamatkan. Ayah saya kata air tu dalam sangat. Sampai paras leher orang dewasa kot tak silap. Kalau adik saya dah tenggelam mesti susah nak selamatkan. Adik saya kata waktu dia tenggelam tu mula mula dia struggle nak timbul, lepas tu dia macam rasa tengah mimpi, tiba tiba ada orang selamatkan.. Haisyh, dia ni pun jenis kalau mandi sungai suka pergi jauh jauh, nak tangkap ikan la, udang la. Kalau bawak balik tak pernah bertahan. Tak sampai sehari dah mati. Haa, ayah saya selamatkan dia sampai phone dia rosak sebab masuk air. Terpaksa dia beli phone baru. Serious, tak boleh bayangkan kalau ayah saya takde masa tu.. Tak boleh bayangkan kalau adik saya dah takde.. :(

5. Ayah saya memang seorang yang super duper awesome dad! hahaha

6. Sebab dia ada thousands of reason yang menjadikan dia super duper awesome dad! Terlalu banyak, takkan habis kalau nak tulis kat sini. hee

Oh, lupa. Saya nak wish sebenarnya. (Walaupun dia tak baca post ni) Happy birthday, pa. Semoga panjang umur. Semoga dirahmati Allah selalu. Semoga termasuk dalam golongan ahli syurga. Terima kasih untuk segala galanya. Saya tak mampu nak balas jasa dia. Terlalu banyak jasa dia. Terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk kami :')

Thank you Allah for giving me a dad, a super duper dad, a cool dad, a loving dad, a caring dad.. and the best dad i ever had :)


Salam Alaik :)

Thursday, December 22, 2011

Keputusan PMR (edited)

Assalamualaikum,

Pukul 12 tengahari tadi hingga pukul 2.30 petang tadi result PMR & PMRI keluar.. Alhamdulillah. Saya dapat apa yang saya nak.. sesuai dengan usaha saya :)  Saya tak sangka dapat macam tu. Sebelum ambik result saya asyik rasa takut je.. dan rasa takut tu berakhir dengan kegembiraan kedua ibu bapa saya. Sebelum ni bila fikir pasal result saya rasa gelisah, takut.. Tapi entah kenapa pagi tadi saya rasa happy nak ambik result.. Rupa rupanya result saya sangat menggembirakan :)  Terima kasih Ya Allah kerana telah memberikan keputusan yang baik.. walaupun saya rasa saya tak layak dapat result macam tu..

Percayalah apa yang Allah bagi tu terbaik untuk korang, percayalah.. Ada hikmah di sebalik semua ni

Lupa pulak, kejayaan saya ni bukan je atas usaha saya seorang, tapi disokong oleh anda semua :)   So, dikesempatan ini.. (ayat skema dah keluar dah.. :P) saya nak ucapkan berjuta juta juta juta juta terima kasih kepada anda semua. Ibu bapa saya yang sentiasa menyokong dan memahami saya. Cikgu cikgu semua.. Tanpa bantuan cikgu, saya tak akan dapat capai result sehebat macam ni. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang :')  Saya sangat sangat gembira bila dapat result tu sampai semua benda yang saya cadang nak buat waktu ambik result saya terlupa. Happy sangat. Kawan kawan saya yang yang sentiasa membantu saya, memberikan sokongan, menceriakan hari saya time belajar.. Adik beradik saya.. Terutamanya djah.. Dia banyak tolong saya.. Dia buatkan nota, buat itu ini. Dan sebagai balasan saya kata bila dia form 3 nanti saya tolong dia.. Padahal tahun tu kita kene ambik SPM. hahaha.

Kepada semua warga nineteen96 dana kawan kawan yang berjaya dapat keputusan yang baik, tahniah.. yang tak dapat tu, takpe.. usaha lagi.. PMR bukan lah segala galanya kan? Jadikan kegagalan sebagai motivasi untuk berusaha lebih lagi.  Jangan lah sedih sedih.. SENYUM! hee :D

Assalamualaikum :)

Bengkel

Assalamualaikum,

Beberapa hari sebelum result PMR keluar haritu, saya, adik saya, bii dan adik dia join bengkel Penulisan kat surau Al-Izzah, surau rumah bii~ Serious kalau korang baca mesti pelikkan kitorang join.. haha. Tapi bengkel ni untuk semua umur, even mak Bhah dengan pakcik pon join. Tapi kebanyakan peserta bengkel tu budak sekolah menengah. Budak Al-Amin pon ada.. Bengkel ni cg. Arasy dengan suami dia yang buat.. Haaa, for your information.. Cg. Arasy pun penulis jugak. Tapi cg baru hasilkan satu novel, Kasih Terpilih..

Bila bii ajak saya join bengkel ni saya excited nak pegi sebab saya minat novel dan teringin jugak nak buat novel.. Waktu dalam bengkel tu kitorang diberi tugasan. Dalam masa sejam, kitorang kene hasilkan satu cerpen, dengan sinopsis dia sekali.Dalam tempoh masa tu ada jugak yang sempat siapkan cerpen tu. Saya dengan adik saya baru siap sinopsis. haha.

Lepas join bengkel ni saya rasa bersemangat nak menulis.. Sampai rumah saya mula menulis.. Malam tu saya dapat idea nak buat jalan cerita cerpen tu.. Tapi masalahnya, jalan cerita tu terlalu panjang dan melebihi had cerpen. seriously, latar masa dia panjang sangat.. Dah la kene hantar kat cg.. Tapi cg tak kata wajib. hahaha. Jadi saya decide nak buat novel terus.. Kalau nak fikir jalan cerita untuk cerpen susah sebab dia pendek sangat. Dan biasanya kalau cerpen mesti ada pengajaran.. Satu lagi masalah, cerita tu last last dia macam takde konflik.. tiba tiba je happy ending.. pelik gilaa.. Konflik dia time awal awal je.. huh.. Susah jugak nak buat novel kan... Sekarang ni saya baru tulis beberapa page..

Nak tau tak.. Bila saya tulis novel.. Saya rasa happy.. dan macam dalam dunia sendiri.. Maksud saya, saya lupa masalah masalah saya. Even result PMR dah nak keluar pun saya boleh lupa. Lepastu bila mak saya ingatkan, saya terus.. takde mood nak sambung menulis.. So, saya rasa lepas ni, menulis akan jadi hobby baru saya.

Haa, kenal tak novel ni? Pernah nampak?



Tau tak, perempuan kat dalam gambar tu lah penulis novel 'single unavailable' tu. Percaya tak? Mula mula pun saya tak tau. Saya cuma pernah nampak novel tu je kat cover belakang majalah Asuh.. Tapi bila cg Arasy bagitau saya macam.. Waaaah.. Bagusnye budak ni.. Dia ni umur 14 tahun dah hasilkan novel. Saya ni baru je nak start. hehe.



:: Temubual bersama Nurina Izzati Mohmad Soib, penulis novel Tarbiah Remaja: Single Unavailable (S.U)

1. Apa yang mendorong saudari untuk menulis?

Pada awalnya saya memang minat menulis dari kecil, dan menulis hanya untuk suka-suka. Kemudian, saya mula cenderung ke arah penulisan dan giat menulis cerpen dan membukukannya lalu menyimpannya di rumah sahaja. Lama-kelamaan, ibu bapa dan para guru di sekolah menyuruh saya mencuba dalam penulisan novel. Ibu bapa, keluarga, guru-gura dan rakan-rakan memang banyak memberi galakan pada saya dalam bidang penulisan. Rakan-rakan pula memang suka membaca cerpen-cerpen saya dan kerap kali menyuruh saya sentiasa menghasilkan cerpen-cerpen terbaru. Setelah saya mula mengenali dunia blogging saya tergerak untuk berkongsi beberapa cerpen-cerpen saya dalam dunia maya, dan alhamdulillah rakan-rakan yang membaca akan memberi pandangan berkenaan cerpen saya. Setelah itu, saya menghantar proposal kepada beberapa syarikat penulisan termasuk GISB dan alhamdulillah GISB terima. Saya memilih GISB kerana cara layanan mereka yang mesra dan editor perolehannya, Encik Zakaria pula memberikan tips penulisan yang bagus. Dari situ saya mulai serius dalam bidang penulisan dan bertekad untuk mendedikasikan diri dalam bidang ini. Insya-Allah.

2. Mengapa menulis S.U.?
Single Unavailable tercetus daripada pergerakan kehidupan di sekitar saya sendiri. Mesej utama yang cuba saya bawa dalam novel ini berkenaan hukum berpasangan, khususnya di kalangan remaja zaman sekarang. Saya cuba menyampaikan bahawa pelajaran itu lebih penting daripada bercinta, kerana menurut saya remaja sekarang lebih mengejar cinta lelaki dan perempuan dibandingkan dengan cinta kepada Allah SWT, pemilik cinta yang sejati. Penulisan S.U. lebih kepada mengajak saudara-saudara saya di luar sana agar menyahut seruan cinta Ilahi dan meninggalkan kemungkaran yang sedang berleluasa kini. Jika bukan para remaja yang mengubah cara hidup mereka di dunia ini, siapa lagi?

3. S.U berkenaan?
Single Unavailable mengisarkan Taqiah, sebagai watak utama yang taat pada ajaran Islam dan tidak lalai dalam mengerjakan ibadah. Taqiah merupakan ketua pelajar di sekolahnya, yang berusaha untuk menjalankan amanah para guru dengan sebaik mungkin. Namun kehidupan Taqiah tidak lengkap dengan ujian dan musibah daripada Allah SWT, terutamanya apabila dia mengenali Latif Marwan, seorang pelajar yang agak nakal. Taqiah juga dibelenggu konflik apabila dipaksa memilih antara Marwan dan abangnya, sedangkan Taqiah sendiri nekad untuk tidak berpasangan. Perasaan cemburu dan iri hati akan keakraban Taqiah dan Marwan, sering membuatkan mereka dilanda konflik. Marwan pula cuba memenangi hati Taqiah, yang akhirnya sedar bahawa hati Taqiah tidak mungkin terbuka untuk berpasangan.

4. Kelebihan S.U.
S.U. menceritakan tentang kehidupan beberapa remaja di sebuah sekolah menengah, yang berlatarkan suasana yang sering juga melanda para remaja yang lain di luar sana. S.U juga sesuai dibaca oleh golongan yang lebih berusia supaya mereka juga memahami perjalanan kehidupan anak-anak muda kini, terutamanya di sekolah. Golongan remaja sendiri insya-Allah akan dapat menghayati jalan ceritanya. Selain itu, topik utama perbualan para remaja di sekolah, iaitu berpasangan (couple) juga dirungkai dalam novel ini sedikit sebanyak dan bagaimana sebenarnya erti suka dan bercinta yang sebenar. Para pembaca harapnya terkesan dengan watak Taqiah yang berpegang pada pendiriannya, iaitu mengutamakan pelajaran dan amanah dibandingkan dengan nafsu dan larangan.



Bidang penulisan pun salah satu medium untuk kita berdakwah. Sambil duit masuk, biarlah pahala mengiringi sekali. Tapi apa yang penting niat. Sebab kita buat sesuatu tu biarlah atas niat yang betul. Biarlah orang dapat mesej yang kita nak sampaikan. Kalau buku tu bertahan sampai bertahun tahun dan masih lagi digunakan orang walaupun kita dah mati, pahala kita akan sentiasa bertambah walaupun kita dah mati. Sebab waktu manusia mati, dia akan bawak sekali 3 perkara, pertama, doa anak soleh. Kedua, amal soleh. Ketiga, ilmu yang bermanfaat. Kalau hasil karya kita tu bermanfaat untuk orang lain, kita boleh dapat pahala.

(Kalau ada silap, tolong betulkan tau) Assalamualaikum :)

Penentuan

Assalamualaikum,

So, harini semua orang pun nak post pasal PMR.. kejap lagi result keluar.. Saya takut nak ambik result.. Takut kecewa.. Harap harap lah dapat 9A, Aminnnnnn. Pray for me. serious takut..

Special Post

Assalamualaikum :)

Post ni khas untuk 3 orang yang saya sayang :)
tau tak sapa? hehe. orang tu ialah........


Wan Nurul Mahirah Wan Nur Mazlan (160596)
Nurdina Aqilah bt Zainal  (231196)
Ainul Basitah Ahmad Nazri (221296)


HAPPY BELATED BIRTHDAY!!!! (except for Basitah)

(untuk Aqilah & Mahirah) sorry lah buat post ni lambat. Busy. hehehe. Ucapan tu malas nak buat panjang panjang. hehe. Nanti time kita jumpa ana bagi hadiah korang, insyaAllah. Dah lama dah hadiah tu duduk kat rumah ana. Tunggu nak bagi korang je. hehe. yang laen tu jangan kecik hati tau sebab tak buat post untuk korang. kalau sempat ana buatlah. insyaAllah :)

Ehem, ehem. Cakap apa? hehehe. Takdelah maen maen je. Tak baek buli birthday girl. haha x)
Dan yaa.. Good luck esok.. esok? maksud ana, nanti.. 9A insyaAllah.. Aminnnnnnn :)  ILY <3