"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Sunday, September 16, 2012

Mencari Pelangi


Google-ing pelangi? Ha'ah laa, Google kan ada..

Dah lama saya tunggu pelangi muncul.. Dah terlalu lama.. 
Asyik asyik panas dan hujan..
Suatu hari, dalam perjalanan balik kampung,
Saya nampak pelangi! Akhirnya..
Tapi, pelangi tu samar samar je.... Tak berapa nampak..
Kalau tengok betul betul baru nampak.. 


 
Selalunya bila hujan waktu tengah cerah, saya akan tunggu pelangi muncul..
Tapi, pelangi tak muncul muncul jugak..

Saya harap, suatu hari nanti..
Pelangi tu akan muncul dengan gahnya,
menunjukkan warna warnanya..
menghiasi hari yang kian suram..
mengindahkan langit ilahi.. 
Menceriakan hari hari..
Agar dapat ku tempuh jalan penuh duri..
hmm
:)

Dilema Delima?

Sebenarnya semenjak tahun ni... ...? tahun ni kot. Saya berada di dalam buah delima. Oh lawak. Sebenarnya dilema ye. Dilema apa.. Cuba lah teka.. delima cinta? salah.. delima, ciku, manggis? lagi lah salah... delima cita cita? yeeeee, salah -,- dilema bukan delima. Ya, dilema cita cita. Kenapa? Disebabkan saya ada masalah untuk mencapai cita cita tu, jadi saya tukar cita cita.. hehehe. Itupun tak confirm lagi sebenarnya. Oh, baru teringat! Buat apa saya nak bagitau korang kan.................. hahaha.

Takpelah, biar saya bagitau conclusion je. Jadi, saya ambil keputusan untuk meninggalkan cita cita yang saya minati sebab.. Adalah sebab dia. Itupun saya buat keputusan setelah bertanya pendapat orang lain. Takpelah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba hamba-Nya. Jadi, yang penting saya hanya perlu berusaha untuk mendapatkan markah merit yang tinggi ye. Hehehe.

Sebenarnya, saya memang tengah nak tulis tapi... not in the mood.


Saturday, September 1, 2012

Kesilapan

Masa.. berlalu terlalu pantas.
Berlalu dengan segala salah silap manusia.
Masa yang berlalu, tetap akan berlalu
Masa tak akan berhenti dan berputar untuk kita

Selama saya hidup,
terlalu banyak perkara yang berlaku
Suka duka, pahit manis,

Tahnu ni, 2012..
Tahun yang paling banyak perkara berlaku
Masalah datang & pergi..
Macam air pasang surut..

Dan saya terlalu banyak mengeluh,
Saya tak bersyukur..
saya lupa untuk pandang orang yang lebih susah daripada saya
saya lupa ada orang yang hidup dia macam dah tak ada masa depan

Apa apa pun,
saya bersyukur lahir sebagai seorang muslim,
dapat belajar kat Al-Amin,
kenal tarbiyah,
dikelilingi kawan kawan yang baik, sentiasa tegur
lahir daalam keluarga yang mengamalkan islam

Terlalu banyak dosa dosa yang saya lakukan
Astaghfirullah..

Friday, August 24, 2012

Syawal - Hari Kemenangan

Assalamualaikum :)

Dah lama tak post kat blog ni. hehe. Rasa pelik bila tiba tiba post......... haha.
Apa apa pun,  

Selamat Hari Raya Aidilfitri! 
dan, 
Maaf Zahir & Batin ye. 

Saya tau saya banyak buat salah kan kan kan? hehe. Kalau baik hati maafkan lah~ hee

Syawal - Bulan kemenangan kan?
Sebenarnya wujudnya hari raya adalah untuk meraikan kemenangan umat Islam yang berjaya berpuasa penuh & melawan hawa nafsu selama sebulan. Tapi, yang paling diraikan semestinya orang orang yang berjaya menuai buah daripada kebun Ramadhan iaitu TAKWA yang merupakan bekalan untuk akhirat nanti :)  Beruntunglah sesiapa yang mendapat ketakwaan dan celakalah  sesiapa yang masuk pada bulan ramadhan akan tetapi dosa dosanya tidak diampunkan. Semoga kita semua tak termasuk golongan yang celaka. Amin.

Jadi sebenarnya, layakkah kita untuk menyambut ramadhan kalau kita tak berjaya keluar daripada universiti Ramadhan dengan membawa segulung ijazah? Saya rasa Ramadhan kali ini tak sebaik Ramadhan tahun lepas sebab saya tak prepare betul betul dari segi rohani, jasmani, mental, material & lain lain. Terutamanya jasmani. Awal ramadhan tu saya asyik minum air sejuk je. Lepas tu sakit tekak + selsema + ulser + takde suara + apa ntah lagi.. tapi memang combo pack lah.. akhir Ramadhan pulak pening kepala yang berpanjangan~ terbaik lah. tambah exam lagi. dan akhirnya, jeng jeng jeng... saya tak sempat khatam Qur'an. sungguh bagus sekali.. tahun lepas dapat. sedih jee. tapi takpelah, biar jadi pengajaran suapaya tahun depan saya prepare betul betul untuk Ramadhan. Harap harap tahun depan ada lagi Ramadhan. Amin :)

Semua orang pun tau kan, kalau

puasa sebulan Ramadhan + 6 hari Syawal = pahala puasa selama setahun. 

Sebenarnye saya nak bagitau macamana boleh jadi macam tu. Kalau tak silap macam ni,

puasa sebulan Ramadhan (pahalanya digandakan) = pahala puasa setahun tapi kurang 6 hari. 

pahala puasa 6 hari + pahala puasa Ramadhan (yang digandakan tadi) = pahala puasa selama setahun :)

Sebenarnya tujuan puasa 6 adalah supaya kita istiqamah dalam beribadah & supaya kita tak jadi hamba Ramadhan :)

Raya Mood On! Astaghfirullah. Betulkan niat anda ye :D
Selamat beraya~ Jangan lupa puasa 6. Jom puasa 6! :D
Salam alaikum~

Friday, July 20, 2012

Invitation

Assalamualaikum

There's a lot of request pending for all of you :)




And, a question..



And a sign up request too



A Ramadhan-checklist



You're signing up? Great.
Okay, your application is undergoing a process
 .......................................................................................................


Congratulations! You are in the University Of Ramadhan by this maghrib!
 


 Okay, it's briefing time
This is what the University of Tarbiyyah is about..





And this is the du'a for those three parts of Ramadhan :)



In this month, those Syaitanirrajim were tied and given holiday for the whole month so that we can do lots and lots of ibadah calmly 



This is the month full of blessings, rewards and many other good and great things!
This is some of it

 


In this month, there are 3 types of fast. Which one do you want to be and which one is you?



 There are many important events too such as Nuzul Qur'an, Lailatul Qadr and others. And I hope we can do our best this month! :)



And for this month of glory, let us fight our nafs for it ;)


Ambillah peluang yang ada di depan mata kita. Ingat! Ini bulan ibadah, bulan special, bulan Al-Qur'an. Muliakan lah bulan ni dengan meninggalkan segala perkara lagha yang biasa kita buat dan menggantikannya dengan banyakkan membaca dan mentadabbur al-Qur'an. Sebulan ni je kita tinggalkan semua benda benda tu. Tapi janganlah pulak sampai jadi hamba Ramadhan. Hamba Allah dia tak buat semua ibadah ibadah tu bila bulan Ramadhan je. Bila habis Ramadhan habis semua amalam amalan tu kene tinggal. Yang penting ikhlas dan istiqamah. Rebutlah peluang keemasan ni. Kita tak tahu tahun depan kita sempat tak masuk Ramadhan. Gunakan bulan ni dengan sebaik baiknya! Syaitan dah tak ada, tinggal nafsu je.

Sempena  bulan yang mulia ni, marilah kita berpuasa dengan bersungguh sungguh. Bukan puasa menahan lapar dan dahaga je, tapi puasa mata, kaki, tangan, hidung, lidah, telinga dan hati. Oh, dan ada puasa tambahan, puasa facebook, twitter, tumblr, blog, skype, game, internet etc.. Untuk bulan Ramadhan tahun ni insyaAllah saya akan berpuasa facebook, twitter, blog & internet. InsyaAllah. Tapi saya tak dapat puasa internet keseluruhan 30 hari sebab ada kerja yang perlu diselesaikan seperti wafa, etc. hehe.

Sebelum terlupa, sepanjang saya hidup ni, saya tahu saya ada banyak buat salah. Makin besar, makin banyak dosa. Jadi saya nak memohon maaf kepada anda semua atas segala salah silap dan kekurangan saya. Sorry tau :/

Jom puasa internet! :)
Selamat beramal!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Saturday, June 23, 2012

The Result

Tengok blog Aqilah.
Okay, saya lupa nak update pasal result terbaru saya..
Jeng jeng jeng jeng...

Seperti yang disangka sangka dan tak disangka sangka..
(Ayat apa tu? haha :P)
Result saya, yeah.. average je.. kot?
Sebenarnye average tu macamana?
hmm

Tapi result kali ni memang..
result paling buruk saya pernah dapat.
Hampir semua gred ada kot.
Oh, dan Alhamdulillah..
Saya tak menangis sebab result tu..
kot lah, tak ingat ah..

Time hari kad laporan tu serious saya nak mak ayah saya datang
dan tengok result saya..
saya nak diorang tau yang saya tengah menurun sekarang ni..
Yeah, teruk kan?
Tapi diorang tak dapat datang :(

Serious saya kata, form 4 tak sama macam menengah rendah
TAK SAMA LANGSUNG!
Saya tak pernah dapat fail lebih daripada satu subjek

Tapi saya terima je lah,
Ada hikmahnya :)


Life has it's up and down
That's how it goes~


Just. Smile.
:)

Old Friend

Azan Isyak baru berkumandang sebentar tadi.
Sedang aku memakai kain solat, tiba tiba telefon rumahku berdering
'kring kring!'
Tiba tiba suara abangku yang sememangnya duduk di tepi telefon itu kedengaran memanggil namaku.
Kusangka Aqilah, rupanya bukan.

"Hello..?"
"Hello. Aseeyah" 
Macam ku kenal suara tu. Macam suara Husna..
"Ni siapa ni?"
"Mahirah"
"Mahirah?!" 
Rasa macam nak menjerit je waktu tu. Tapi tak boleh, nanti kene marah. hehe
"Ha'ah. Eh, rumah nti kat mana?" 
0.o
"Kenapa?"
"Ana kat kedai makan depan rumah nti ni"
"Eh?! Buat apa kat sana?"
"Makan lah"
"Ooh. Eh, datang lah sini"
"Tak nak lah. Malu"
"Eh takpelah. Nti tunggu kat luar rumah ana. Nak bagi benda"
"Okay"

Tukar baju. Telefon rumah berdering lagi. Aku berlari mendapatkan telefon.

"Hello?"
"Haa, ana dah ada kat depan rumah nti ni. Kot"
"Oooh, okay okay. Jap. Tengah nak tukar baju"

Masuk bilik. Tengok kat tingkap bilik.
Lari lari turun tangga. Ambik kunci rumah. Bukak pintu pagar.

Banyak benda kitorang bual. Tapi takdelah lama sangat. Sebab dia nak makan actually. Hehe
Oh, dan saya bagi hadiah birthday dia tahun lepas. Okay, lambat gila bagi~~

So, kesimpulannya.. Saya rindu sangat kat diaa. Lama gila tak jumpa. Dan, oh.. Tanpa disangka sangka.. Saya dah tinggi~ :O  Nampak macam saya lagi tinggi je dari dia. hehehe. Dan, dia kirim salam kat korang semua yang kenal dia :)

Ooh, dia kata dia dah dapat lesen motor.. Dan saya suruh dia datang rumah saya naik motor nanti. heheh. Dah lama tak naik motor~ Tapi naik motor serious menakutkan+best. hehe. Saya harap kita dapat berkumpul lagi macam dulu. Pergi keluar sama sama :D

Sampai sekarang saya asyik tersenyum jee :D

Eh, ayat kat atas tu macam novel tak? hahaha.
Okay lah, bye.
Assalamualaikum :D