"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Sunday, November 4, 2012

Exam... (akhirnya kau pergi jua!)

Pertama sekali, sekalung penghargaan saya tujukan buat Dato' Aqilah yang memberi cetusan inspirasi dan idea tajuk post ini melalui karya terbarunya, 'Husna... (akhirnya kau tewas jua!)'. saya akan sentiasa menyokong Dato' dalam pengeluaran buku buku terbaru Dato'. :)

Berbalik kepada topik.. (Okay, dah.. berhenti mengarut.) hahaha. *serious*

So...............................................
Exam kali ni.. ada aperubahan. Meningkat, menurun, steady, semua ada. Eheh. Musim exam memang musim merana. Semua orang pun tak cukup tidur lah apa lah. Siap ada yang kata tak sempat nak cuci muka segala bagai. Penangan exam lah katakan. Kecuali orang orang yang masih di awang awangan, awan nano nano, masih belum berpijak di bumi nyata. Ada ke? InsyaAllah batch kita tak ada. Harap semuanya tak jadi macam saya yang last minute baru terjaga dari lamunan, baru mendarat ke bumi dari entah planet mana. hahaha. Suka sangat letak personafikasi, hiperbola~ hehehe.

Sebenarnya entah kenapa saya suka sangat menggunakan kosa kata yang tinggi. Guna hiperbola, personafikasi.. dan latest, latest lah jugak.. Berbalas balas pantun bersama Dato' Aqilah, Dr. Insyirah & Puan Safwah. Walaupun dua rangkap pertama tak ada pembayang, dan bahasa pun tunggang langgang, tapi at least sedikit banyak saya dapat lah jugak try apply dan belajar nak buat pantun. Bab bab pantun ni lemah sikit. Time saya kecik dulu saya tak suka buat pantun sebab tak reti. Tapi sebenarnya belajar BM ni best jugak. Dan walaupun saya tak berapa suka, entah kenapa markah BM saya selalu tinggi tahun ni. Padahal time buat tus serious macam pakai hentam je. Tapi tinggi jugak markah.

Anyway, berbalik kepada exam. Seperti yang ditulis dalam post yang lepas, saya ada kata yang saya sangat sangat tension & stress dengan exam kan? Tapi last day exam, iaitu pada hari Selasa.. Time tu kan ada kelas Fizik. So, saya tanya kawan kawan saya. Tak stress ke exam. Diorang kata, "buat apa nak stress exam?" Saya pun terfikir. Betul jugak.. Kenapa nak stress? kalau stress pun bukannya kerja jalan pun. So, saya buat keputusan untuk berhenti rasa stress dan tenangkan diri. tapi untuk tenangkan diri bukan senang. Jadi, saya start study dan iringinya dengan alunan radio~ All the time~ dan Alhamdulillah, rasa stress tu dapat dibuang akhirnya.

Minggu first exam, okay lah. Sebab semua subjek bahasa je kan. Second week, malam study paper Kimia serious tak tidur langsung kecuali terlelap beberapa minit. Itu pun datang sekolah tertidur sambil duduk banyak kali. Nasib baiklah duduk depan sekali. Balik rumah terus terlelap sampai besok pagi. Terbaik~ bangun pun sekajap je. Lepastu bangun memang pening kepala sangat. Time tu memang tawakkal je la. Sampai sekolah baru nak study, itu pun masuk tak masuk je kepala Fizik tu. Dah la Fizik, bayangkan. Tapi time tu nak mengamuk, menangis semua pun tak guna dah. Lagipun tengah pening kepala, tak boleh nak buat apa pun. Time tu memang bergantung pada apa yang saya fokus time cikgu mengajar je lah. Third week, math okay lah jugak. Sempat study sikit sikit. Bio ehm, tak boleh nak masuk. Ntah kenapa, mungkin sebab terlalu banyak fakta..? PQS dengan Sejarah aisyh.. Teruk la jugak. Baca sikit je. Add Math, ehehe. Paling teruk sekali dan confirm fail. Time paper 2, masuk masuk kelas, nampak kertas kajang. "Eh, pahal tebbal semacam kertas ni" Rupa rupanya ada 5 helai. eheh, ni memang nak suruh orang pulun ni. Time buat tu memang 90% hentam. tapi at least tinggal kosong sikit je. Memang time tu rasa macam nak telan je kertas tu biar hilang. hahaha. tapi disebabkan perasaan belas kasihan pada kertas exam tu, niat tu terpaksa dibatalkan demi menjaga hak hak kertas exam. hehehe. Oh, dah paper ni paling teruk sekali sebab dua dua paper saya tidur lebih dari setengah jam dek kebuntuan dan kepeningan kepala. hihi. Serious, minggu ketiga paling teruk, dah la cuti minggu kedua yang empat hari tu sibuk prepare abang kahwin. Tapi takpe, saya tak salahkan benda tu. Lagipun saya bahagia tengok abang kahwin :)

Exam kali ni lain daripada yang lain. Saya belajar untuk tenangkan diri menghadapi exam, saya belajar untuk ambil pengajaran dari apa yang berlaku. Belajar yang semua tu mesti ada hikmahnya. Lagipun gagal sekali tak bermakna gagal selama lamanya kan? Dan yang paling penting, saya belajar untuk tawakkal :)  Walaupun doa belum, tapi saya dah skip tawakkal sebab saya selalu lupa nak doa pasal exam. hehehe. Kalau dulu saya selalu stress sampai rasa nak menjerit sebab tension tak buat elok elok time exam. haha. Sekarang, Alhamdulillah saya tak macam tu dah. Macam time Fizik tu saya takde lah nak sedih sangat :)

Bukan kah Allah itu sebaik baik perancang? Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :)


bersama post ini, saya selitkan sebuah video. Moga dapat manfaat. enjoy this video~


Semoga kita semua dapat result yang terbaik sesuai dengan usaha kita. (Terbaik di sini bukan bermaksud cemerlang, tapi sesuai dengan hikmah yang terselit di sebaliknya)

Assalamualaikum :)

Sunday, October 28, 2012

Senyum Hingga Ke Telinga

Assalamualaikum :)

hehe. Harini ialah hari yang bersejarah dalam family saya :)  Nak tau apa? jeng jeng jeng... Abang saya kahwin! hehehe. Alhamdulillah pagi tadi dua pasangan pengantin telah selamat diijab kabulkan. Satu, abang saya, Abu Bakr & kak 'Atifah. Pasangan kedua, Kak Syakirah & Abang Zulkarnain :)  Kak Syakirah dengan Kak 'Atifah ni adik beradik. Kiranya kahwin serentak lah. Majlis belah kitorang dengan pengantin perempuan pun sekali tadi lepas akad nikah :)  Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Time akad nikah tu terharu, rasa nak nangis pun ada. (Ceh, padahal orang tak lafazkan lagi dah terharu. haha :P)  Lepas tu bila dah habis tu tengok diorang solat kat kawasan yang tertutup. Menghendap eheh :P  Part kawan dia tangkap gambar time tu tak boleh tahan. Ada ke semua pakat tangkap gambar sorok sorok dari celah celah tu. haha. Lepastu memang lawak lah. Nampak sangat kekok. Tapi tu yang sweeeeeeeeeeeeeet sangat tu! Sebab tu la orang kata bercinta lepas nikah lagi indah kan? :)  hmm. Lepas ni Abu dah takde dah. Tinggallah 8 of the siblings at home~ Dah la kalau hari hari biasa pun saya je lah adik beradik yang paling tua yang setia di rumah. huhu. Tak sangka kot secepat macam ni.

Anyway, hari yang memenatkan dan amat membahagiakan :)
Saya sangat gembira dapat kakak ipar, yeay!
Nanti time diorang dating nak kacau daun lah, bak kata Pakcik Nazri a.k.a. ayah Basitah.
hehehe. Next post, tunggu nest week eh? Post raya haji pun tak kesampaian nak post. Terlalu busy sampai tak sempat nak study pon. Besok Math & Tajwid. hmm. Saya akan cuba study apa yang mampu, eheh. Lagipun ustaz Hafiz pun ada kot time kenduri tu. Ustaz mesti faham kan~ hehehe. Chiayyok!


Do the best nineteenth96s' :D
Salam alaikum.

Monday, October 15, 2012

Stressed Out!

"Here I come~ hehehe"
"Aiyaa, why you still come although no one misses you?"
"Because I will and I like.. ha ha ha ha"


Dialog between me and the exam. eh? Bole pulak~
Exam oh exam. Benda yang sama berlaku setiap kali exam nak datang. Dia akan bawak sekali bestfriend dia si tension dan si stress. Sakit hati betul. Dah la datang mengejut! (mengejut la sangat..)  Saya selalu macam ni. Kalau stress otak jadi jam. Semua benda tak jadi.. Ya Allah. Dan saya TAK BOLEH STUDY KAT RUMAH. tolong~ Saya kene study dalam keadaan tenang, aman, damai dan harmoni~ Contohnya kat pdang rumput yang luas~ Okay, melampau. Nanti termenung tak habis habis sampai tak perasan lembu kat sebelah. hahaha.

Serious, kalau buku teks ditransform menjadi novel.. mesti saya dah khatam dah sebelum bukak sekolah lagi~ Tapi masalahnya bukunya tebal, tak berwarna pulak tu, faktanya pulak berlambak.. Tapi kalau jadi novel pun, fakta fakta tu tak dijamin 100% la masuk. hehehe

Pergilah stress,
Pergilah tension,
Bawak pergi sekali exam,
Pergilah exam~
-,-

Masih tak berpijak di bumi nyata.
Masih melayang entah ke mana
Masih tak sedar, exam sedang memanggil manggil, menghulurkan tangannya.
Err..







insyaAllah saya akan cuba berpuasa internet sepanjang exam.
Bye.



One Thing


"Dah lama ana nak bagitau benda ni.. Cuma tunggu masa je.."

That. Seriously curious. or. Curiosly serious. haha..
Bila dia kata macam tu, saya cuma senyum. Tak tahu apa yang nak diberitahu. Tak tahu apa lagi yang tertinggal, yang diri ini belum mengetahuinya. Tak tahu apa yang disembunyikan sekian lama. & tak tahu sama ada ia akan menyakitkan, melukakan atau.. entah lah. Saya cuma tunggu dan akan tunggu bila dia nak bagitau perkara tu. Tapi kalau benda tu menyakitkan, saya harap janganlah bagitau waktu waktu macam ni. Musim exam. Lagipun sekarang ni saya tengah berserabut fikir pasal exam. Tension sangat tau tak? Takpelah, at least satu hari nanti saya akan tau jugak kan..? Dan yang penting, saya takkan tanya pasal benda tu buat masa sekarang. Saya tak tau apa lagi yang akan jadi lepas ni. Yang pasti sekarang benda tu memang masih lagi menyakitkan hati, tapi pasal orang tu. Serious dah tak kisah langsung, cuma sakit hati je. Dan yang menambahkan masam di muka setiap hari adalah sebab sakit hati dengan benda lain pulak + sakit hati tengok anda tu yang bergembira, bergelak ketawa dengan orang lain. Ingat orang tak ada perasaan ke apa? Sebenarnya, salah saya jugak.. Terlalu lama membisu.  


:')

Bahagia

"Dapat tak mesej ana?"
"Bila anti mesej?"
"Semalam"
"Ana tak ada phone lah.."
"Eh, kenapa tak ada pulak?"
"Hilang. Dah lama dah.."
"Apesal tak beli phone?"
"malas........"

Dialog yang selalu berlaku antara saya dan mereka. Kenapa pulak tajuk saya bahagia? hehehe. Jawapannya.. sebab saya bahagia bila tak ada phone~ Nak tau kenapa? Sebab, bila saya tak ada phone, saya tak ada kredit(memanglah~), bila tak ada phone, tak boleh nak contact orang, bila ada kerja yang perlukan muamalat antara banin dan banat, diorang tak akan dapat nombor saya, sebab.. saya tak ada phone! hehehe. jalan pintas untuk mengelakkan daripada nombor sampai kepada mana mana banin~ peace! :D  Sebab tu bila orang tanya bila nak beli, saya kata malas =)  Sebenarnya rindu jugak nak main mesej mesej ni, forward forward mesej. hmm.  

Tapi malangnya.. Tak lama lagi semuanya akan hilang~ kebahagiaan tu tetap akan terbang~ sebab saya akan beli sim card dan pakai phone yang dah ada. habis lah.. habis lah.. Dah la nanti ada kerja wafa yang sekali dengan banin. Nasib baiklah saya cumalah anak buah sahaja, bukan ketua.. Jadi macam okay jugak lah kan. Boleh tak nanti kalau diorang mintak nombor nak bagi alasan lagi...? hehehe. Lagipun logistik je pun~ bukannye kena contact sangat~ Sebab nombor ni mahal sikit, sekali dapat kat banin, boleh main pass pass lagi. huh, memang bahaya..

Anyway, doakan lah nombor saya selamat oh dan saya jugak :D
Sayangilah handset anda.. :P



Monday, October 1, 2012

Segenggam Tabah - In Team

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

:)

Chakk!

Selama ni pelangi ada rupa rupanya,
Cuma dia suka sangat main sorok sorok dengan saya.
Oooo, nak main sorok sorok eh..
Takpe, kita tengok siapa jumpa siapa dulu nanti.
hehehe

Mungkin dia tengah tunggu waktu yang sesuai untuk keluar,
Waktu tu.. bila segalanya dah selesai..
hmm

Dah la muncul kat Al-Amin time Mabit form 1,
orang ada jugak kat situ..
Tapi apesal tak sedar pun?
Pandai dia menyorok
:P



gambar yang dicilok daripada group andalus. heheh x)