Saturday, January 16, 2016
Self-Upgrade List
2 0 1 6
Bermakna angka depan akan bertukar tak lama lagi.. hmm masih tak rasa diri ni besar sangat lah. maksud saya, tua..
Layout blog dah di'update'. Sebab rasanya dah lama sgt biar blog ni. Setahun lepas kot update layout dengan segala benda transformer tu.. ke dua tahun lepas??!!! alamak! hehe.. Tapi ubah sikit je benda yang rasa macam childish dan tak diperlukan dan tepape.. sebab suka sangat background dia, dan fishy fishy tu, dan kucing yang mengintai tu dan perkataan yang keliling cursor tu. haha. walaupun kadang-kadang rasa annoying je benda tu xD
Disebabkan rasa rindu nak menulis, tapi takde idea... So haritu baca-baca balik je post-post lepas. Rasa kelakar sangat. Kelako. How childish am I xD padahal sebenarnya masih lagi macamtu. Cuma macam kelakar baca ayat-ayat tu.. haha
Hmm, sebab takde idea nak tulis apa.. cuma nak melakarkan harapan untuk 2016.
1. Dapat kembalikan habit ulat buku
2. Dapat kembalikan habit murajaah hafazan (lama)
3. Dapat jadikan memasak sebagai 1 hobi (atau at least ada lah skill tu)
4. Dapat 'upgrade' mutabaah amal
5. Dapat jadi seorang yang cakna isu semasa
6. Dapat jadi seorang yang planner yang berjaya-tersusun urusannya (taknak bazir masa, menyesal, menyesal!)
7. Dapat lesen!
List ni secara general je sbb list panjang-panjang akan disimpan :)
Mostly list tu adalah benda yang saya kena improve. seriously. 100rius.
Aiming to write benda yang beneficial to ponder upon lepasni. bukan sekadar cerita kosong untuk dikongsi, insyaAllah :)
"Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamu dan ketaatan kepadamu"
Kita meracang,
Allah juga merancang,
& Allah adalah sebaik-baik perancang
:)
Friday, January 15, 2016
The Light - Mo Sabri
[Hook]
And I will walk beside you
Forever, we will fight through
In darkness, the light will guide you home
[Verse 1]
Have you ever felt lost and alone like
Nobody is ever calling your phone I
Know how that feels cause I was in the darkness, no light
But I've been there, now I'm past that
Hip-hop was dead, I'm bringing rap back
No backpack, no snapback, just Walter White in a Hazmat
Because I'm Breaking Bad
I've done a lot of things that made me sad
I said a lot of things -- I can't take them back
I'm just stating facts
But my soul ain't something that Satan has
I strayed the path, I wasn't humble
Got fame too fast but sometimes we stumble
Just take me hand, we'll walk now until
We find the light at the end of the tunnel
[Hook]
In darkness, I will find you
And I will walk beside you
Forever, we will fight through
In darkness, the light will guide you home
[Verse 2]
Maybe your friends stopped being friendly
Maybe you're broke and counting pennies
Maybe your heart is feeling heavy
Just listen to this song when you're feeling empty
I've been through it
This world is cold like an Inuit
And I'm sick of it
But you won't find bliss in Ignorance
So put down those barbiturates
Now go outside, sing with this
Feel the light in your skin
Close your eyes and feel the sun go in your blood like insulin
You've been searching
Let your pain be gone with the wind
Listen my friend, it's your life
Start it again
Just take a deep breath...let it begin
[Hook]
In darkness, I will find you
And I will walk beside you
Forever, we will fight through
In darkness, the light will guide you home
[Guitar Solo]
[Hook]
In darkness, I will find you
And I will walk beside you
Forever, we will fight through
In darkness, the light will guide you home
Sunday, November 15, 2015
Tak. Awak tak faham. Saya pun tak faham
Saturday, May 30, 2015
Hidup
Bismillah.
Hidup ni ibarat sebuah perjalanan.
Perjalanan yang bermula dari bawah,
menaiki satu persatu tangga(bayangkan tangga kat Batu Caves tu)
untuk sampai ke satu tempat kat hujung tangga sana tu,
Syurga.
Dan seseorang tu akan mudah jatuh, tergolek, terguling, tersadung, stuck,
Bila dia tak buang bebanan yg ada kat belakang dia(jahiliyyah)
Kan dah dipesan kalau nak mendaki, bawak bekalan yg perlu je. Taqwa.
Baru mudah & laju nak sampai ke atas.
Jahiliyyah vs Taqwa.
............................
Satu persatu harapan diletakkan,
Lagi dan lagi
Menangis.
Rasa tak mampu.
Kakak kakak dah grad..
Nak harapkan siapa?
Jangan kata hanya disebabkan background aku macam ni, itu faktor aku dilabel sebagai harapan
Hakikatnya, masih banyak benda aku perlu perbaiki
Kat situ mungkin nampak mcm buat banyak gila kerja
Balik rumah, aku masih aku
Rupanya Allah nak bimbing aku
Supaya terus ke depan..
Tanpa henti...
Terus lagi,
Jatuh
Terus lagi,
Jatuh
Terus lagi,
Dan lagi...
Teringat kata kata naqibah dlm usrah, Musab bin Umair waktu dihantar dakwah kat Madinah takde bagi alasan pun, lemah semangat(futur) sbb Nabi takde. Sbb pergantungan dia pd Allah kuat
Itu sorang diri, aku dikelilingi ramai.. tapi still ada rasa futur..
Lepas tu tersedar, hubungan aku dgn Allah, longgar lagi rupanya
Jumpa satu video,
Orang-orang yg Allah tolong adalah hambanya yg Dia 'cinta'
& mereka jauh dr dosa
Patutlah.
Ada banyak lagi dosa.
Ada lagi bebanan Jahiliyah yang belum dilepaskan..
Bekalan pun takde
Itu yg Allah nak ajar rupanya.
Astaghfirullah
اللهما باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
19 days to go, Ramadhan waiting
Azam : Jahiliyyah --> Taqwa
& nak jadi hamba yang di'Cinta'i
Doakan :')
Saturday, February 21, 2015
Pening
...............
Lots and lots of things in my mind.
Too much thinking, yet little work done.
Huaaaaaaaaaaaa
They say,
"Olives are pressed for oil
Fruits are pressed for juice
Flowers are pressed for perfume"
"Pressure are put on to make the best out of it"
(فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا)
Sesungguhnya bersama kesusahan, ada kesenangan.
(Al-Insyirah : 5)
Iman kene tough. Mutabaah kene up sikit ni. Up up, and awayyy~
Rasa bersalah duduk kat rumah ni lama lama *nanges*
Tuesday, November 4, 2014
sungguh lapang
12 bulan berlalu.... saya tinggalkan sekolah...
dan harini, SPM bermula untuk batch seterusnya.....
dalam tempoh setahun ni, entah apa yg saya dah buat, setahun lepas, 5 tahun sekolah menengah kat Al-Amin, entah apa yg saya dah buat, apa yang saya tinggalkan?
haha. rasa macam saya ni tak capai pun benda tu. tak 'menjadi' pun macam bentuk 'acuan' yang sepatutnya saya jadi bila saya jejakkan kaki meninggalkan Al-Amin. hahahaha. diri rasa dah baik dari dulu. takde rasa nak perbaiki diri. rasa diri dah cukup baik untuk 'masuk syurga'. hahahaha. sedangkan tanggunggajawab sebagai Abid & Khalifah entah ke mana. hahahahahahahahahahaha.
sebenarnya, rasa diri ni teruk cuti ni... setelah satu sem yg agak sibuk dgn macam macam benda.. dan waktu tu saya punya masa alhamdulillah, dapat disusun dgn baik.. dan tiba tiba cuti...
jadi konon konon nak rehat kejap, sekali....... malas, makin malas dan semakin malas malas.. mungkin sebab berhenti dari bebanan kerja secara mendadak.. tiba tiba macam tak sibuk..
haha rasa tak layak dgn apa yang saya dapat selama ni..
Doakan saya tak malas, doakan saya kuat, doakan saya........................... :)
Sila usaha wahai diri, Allah takkan ubah keadaan anda selagi diri sendiri tak cuba ubah keadaan tu.
kene perkuatkan lagi Tarbiyyah Dzatiah la ni nampaknya. kan dah besar, takkan masih nak disuap kan?
Rabbi yassir wala tu 'assir.
Optimis...
Tuesday, June 10, 2014
A Letter for You (UPDATED)
Thinking of writing something for my dearest beloved friends :)
Here is a letter-like post for all of my friends. (letter lah sangat)
Semenjak habis spm, explorace.. saya akui, memang saya susah sangat sangat nak rindu sesiapa. kalau rindu pun, rindu macam tu je dan hanya sekadar takat kata-kata. bukan rindu yang membuak-buak. bunyi macam kejam je "sekadar kata-kata" tu. haha.
sampailah suatu hari, di hari guru. batch kita turun ramai-ramai walaupun tak ramai mana, tapi terasa la kemeriahannya berbanding kesunyian........... sampai waktu tu, bila seorang demi seorang hilang.. ada yang hilang tak sempat nak salam, ada hilang dan sempat nak salam... saya mula terasa........ "eh, betul ke lepas ni kita takkan jumpa dah?", "betul ke kita akan masuk U?", "betul ke kita akan berpisah?".
.................................................
walau bagaimanapun, saya masih belum rindu yang betul-betul punya rindu.... sebab... ya, masih ada yang belum masuk U. hahaha. jadi, kesunyian tu taklah ketara apatah lagi diorang baru je start belajar dan tak sibuk mana. so WhatsApp masih lagi bising ditambah lagi dgn orang-orang yang baru mula guna WhatsApp. jadi tak sunyi pun sebenarnya. haha
hmm. penat jugak asyik cakap pasal sunyi tak sunyi rindu tak rindu... jadi saya teruskan dengan apa yang saya nak sampaikan :)
Saya, sebagai seorang manusia, kawan, nak bagi beberapa pesanan untuk korang semua :)
1. Rancang hidup betul-betul.
- buat timeline hidup biar nampak matlamat. biar jelas apa yang kita nak kejar sebenarnya.
- jangan lupa hidup kene seimbang dunia & akhirat :) kita kejar dunia untuk akhirat.
- & yang penting, semua tu kita buat utk dapat redha Allah, utk dapat syurga. takde maknanya pulun buat sesuatu tp bukan sebab nak Allah redha kat kita. sia-sia je semuanya
- belajar lah bersungguh-sungguh utk capai apa yang sepatutnya. buat 'planning'.
sedangkan syaitan pun buat masterplan, backup plan segala nak hancurkan hidup kita, kita macamana?
2. Tarbiyyah Dzatiyyah
boleh tengok link ni kalau nak tau lebih lanjut pasal Tarbiyyah Dzatiyah ni. sebab saya just nak cakap se'simple' mungkin.
mungkin ramai yang lupa maksud Tarbiyyah Dzatiyah. dulu waktu sekolah menengah tamrin kita ada pasal tajuk ni. tak ingat form berapa.
Tarbiyyah Dzatiyyah maksudnya pendidikan diri. mendidik diri. lebih kurang macam tu lah. Bila kita keluar ke dunia luar, yang luar daripada 'Zon Selesa', kita tak tahu(saya yg tak masuk lg lah yg tak tau. haha) apa jenis keadaan yang kita akan hadapi. boleh jadi kita tak kuat, dan kita akan jatuh.
sebelum ni bila dengar pasal senior yang masuk U yang dulunya dikenali dgn jawatan dia kat sekolah, tiba tiba berubah... saya rasa risau. risau bila masuk U saya jadi sama macam tu. bila saya belajar, belajar dan belajar, barulah saya tau apa yang membezakan keteguhan seseorang tu bila dia dicampak ke mana-mana. rupanya sebab 'Iman'. Iman tu lah yang jaga kita. ye lah selama ni belajar mana nak menghayati betul-betul apa yang saya belajar.. hmm.
kalau kita buat Tarbiyyah Dzatiyyah = didik diri.maka, Iman kita pun akan terjaga dan akan meningkat. bila iman terjaga & meningkat, kita akan mudah buat benda baik & tinggalkan kemungkaran.
secara mudahnya, Tarbiyyah Dzatiyyah ni boleh dibuat dgn sediakan borang Mutabaah Amal utk kita buat setiap hari. buat at least selama 40 hari beturut-turut utk sesuatu target tu. bila dah 40 hari buat tanpa henti, benda tu akan jadi rutin dan insyaAllah kita akan sentiasa buat benda tu. kalau kita tak buat sehari, rasa macam pelik dan rasa kene buat jugak :) tapi kita kene buat sikit-sikit lah, jangan mendadak letak target yang hmmmph hebat gila! slow slow. sikit-sikit lama-lama jadi jugak bukit ;)
Allah lebih sukakan amalan yang kita istiqamah buat daripada amalan yang buat banyak tapi tak berterusan. yang Allah tengok kualiti :)
Dariapad Aisyah r.ha., Nabi S.A.W. bersabda : "wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup, utnuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun"
boleh tengok link pasal 'istiqamah' kat sini.
contoh mutabaah amal :
kadang-kadang bila kita buat amalan yang kita tak biasa rasa cam tak ikhlas je.. kalau macam tu buat je.. sebab lambat laun keikhlasan tu akan datang dengan sendiri insyaAllah. tapi eloknya buatlah kajian pasal amalam yang kita nak buat tu biar kita tau apa kelebihan dia dr segi saintifik etc suapya kita lebih yakin dan lagi senang dan bersemangat nak buat amal tu. kalau kita rasa malas/susah nak buat sesuatu tu, tandanya kita belum cukup yakin dgn kebaikan benda tu. jadi, baca lah pasal benda tu supaya bertambah keyakinan kita insyaAllah :)
oh anyway, saya nak share 1 apps yang saya jumpa kat Play Store. apps ni sangat bagus utk nak buat Mutabaah Amal. kalau tengah tengah tak tau nak buat apa sementara tunggu orang, tengok apa benda yg kita belum buat lagi dalam checklist tu... boleh letak, tolong orang ke, senyum ke, bagi salam ke, etc...
kalau sesiapa ada jumpa checklist macamni yang lagi best tolonglah bagitau saya.... hehehe.
dan yang paling penting sekali, mulakan hari anda dengan sesuatu yang baik. contoh, baca AQ, tak tidur lepas subuh. bila permulaan hari kita tu baik, insyaAllah sepanjang hari performances kita akan okay :)
gunakan peluang Ramadhan utk ubah diri 180 darjah! tapi nak masuk Universiti Ramadhan pun kene ada preparation & plan yang mantap jugak! latih diri sebelum ramadhan supaya Ramadhan nanti kita tak dikalahkan dengan nafsu ;)
Salam alaikum <3




.jpg)

.jpg)