"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Thursday, May 30, 2013

Hari Hari

Assalamualaikum.

Fuhhhh~
Dah terlalu lama saya menahan rasa rindu.. Rindu untuk menulis panjang lebar sambil membebel dalam blog kesayangan ni <3 hehehe

Alhamdulillah, hari ni saya diberi kesempatan untuk menulis lagi dalam blog yang dah berhabuk dan mula dihuni labah labah. hahaha. Dah mula dah dengan hiperbola tu~ hahaha. Dah jadi hobi, nak buat macamana. heee.

Alhamdulillah jugak sebab saya dah berjaya melaksanakan agenda 'puasa internet' saya dengan grade A-! yeay! hahahaha. Okay, perasan~ :P  Seperti yang saya nyatakan pada post saya yang terakhir tak silap, saya  ada tulis yang saya akan cuba untuk 'puasa internet' start dari cuti sem 1 sampailah cuuti tengah sem yang sekarang ni sebab saya nak fokus pada pembelajaran saya, kononnya. lol. haha. So, saya bagi grade A minus sebab saya dah berjaya tak bukak blog langsung, twitter bukak dua kali je & fb.......... 5 kali tak silap. Alhamdulillah~  :)  Pencapaian yang memuaskan. hehe. Boleh lah. Bukak fb pun nak dapat info dan contact orang yang tak dapat detect, lol. hahaha. Sebab tu lah rasa rindu semacam nak post kat blog ni. mehehehe. selama ni kalau bukak pun, tak sign in dan saya cuma tengok dari jauh je.. (berdiri jauh dari laptop sambil tengok blog) lol, hahaha :P

Hmm. Anyway, macamana dengan cuti korang setakat ni? Sejujurnya, cuti saya agak teruk.. Entah kenapa, saya masih lagi tak boleh nak belajar walaupun exam dah habis, walaupun tak ada tekanan. Lepas tu pulak, kalau saya nak buat sesuatu macam belajar atau buat homework, atau guna komputer sekalipun, saya mesti, MESTI kena tolong mak saya dulu. kalau saya tak tolong, mesti kerja tu tak jadi atau apa yang saya belajar tak masuk. serious. Yelah, bukan ke redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa? kalau mak ayah tak redha, apa yang kita buat mesti tak jadi. So, benda ni sebenarnya buat saya agak stress lah sebab saya tak berapa reti nak bahagi masa, disiplin/paksa diri dan kawal emosi. Kerja harian saya senang terganggu bila saya ada masalah. Waktu tu lah kepala akan berserabut, jam dan stress sangat. tapi alhamdulillah, ada beberapa ketika yang saya dapat kawal fikiran saya.

Bila saya cuti saya akan lebih susah nak buat kerja sebab waktu cuti jadual tak padat. So, segala benda, masalah semua akan berebut nak masuk dalam kepala. serious. haha. Sampai setiap hari mesti je mimpi. Dah la semua benda saya nak mimpi. Pasal exam, sekolah, rumah, semua masuk. haha. 

Yes, post panjang lebar lagi. hehehe. Sorry la kalau saya membuang masa kat sini, membebel dan bercerita pasal hari hari kat sekolah yang semakin hari macam semakin membosankan....

Ini lah hakikatnya. Hari hari kat sekolah semakin hari terasa semakin memenatkan dan membosankan. Terasa hidup kadang kala seperti robot..



Suatu hari, kita akan sedar tujuan sebenar kita ditakdirkan untuk menjalani hari hari yang semakin lama semakin memenatkan dan membosankan.

2013, tahun terakhir. Tahun SPM. tahun meninggalkan sekolah. tahun meninggalkan alam persekolahan. tahun perpisahan dengan mereka.

Hakikat yang mesti ditelan hidup hidup.