"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Saturday, June 22, 2013

Tok Penghulu nak datang....!

Marhaban Ya Ramadhan Al-Karim :)


"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya. Pada bulan ini, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat. Juga pada bulan ini terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa yang tidak memperoleh kebaikannya, mak dia tidak memperoleh apa-apa"


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim) 


17 hari lagi, kita akan memasuki 'Madrasah Tarbiyyah Ramadhan'.
bersediakah kita?

barangsiapa yang tidak membuat persediaan yang rapi dan mencukupi, maka akan terasa lemah lah segala sendi otot untuk terus bertahan dalam madrasah ini. Apatah lagi ketika melalui 'penapis' Madrasah Ramadhan yang sungguh haybat! 

Oleh itu, persediaan rapi & semat mestilah dibuat :)  Actually, kita.. tak, saya sorang mungkin.. Patut start buat preparation waktu Rejab lagi~ Aduh~ Tapi takpe, insyaAllah masih boleh cuba istiqamah ni haa. InsyaAllah insyaAllah. Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin. 

Anyway, seperti biasa. InsyaAllah saya akan puasa fb, twitter,blog & segala bagai account saya... InsyaAllah :)  Mungkin kah ini Ramadhan terakhir? Sempatkah untuk kita bertemu Ramadhan kali ini? Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amiiiiiiiiiiiin :)

Kali ni tak boleh nak cakap banyak banyak sebab dah ngantuk dan tak cukup idea sebab dah lama sangat tak mencurah idea, so otak macam 'dah tepu' dan..... macam tu lah. hehe

Sekian, jumpa lagi!
Assalamualaikum :)