"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Saturday, April 30, 2011

Pemuda yang Ikhlas dengan Cinta



Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

Saya tak tau kenapa tiba-tiba rasa nak post benda ni~ takpelah, sebagai tazkirah dan peringatan buat semua. Semua orang nak kahwin dengan orang yang baik, soleh/ah. betul tak? tapi kita tak boleh lah cuma mengharap je. kalau kita nak dapat orang yang macam tu kita kenalah berusaha ke arah tu juga. dalam Qur'an ada ayat yang mengatakan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya. jadi, kalau kita pon tak ubah diri, jangan haraplah nak dapat lelaki yang baik. and lagi satu, kalau suka seseorang tu, kalau boleh. simpan lah. Tak perlu bagitau orang lain. Tapi saya sendiri, err.. haha. masih perlu perbaiki diri

dipetik dari http://iluvislam.com/


any question?? ask me

http://www.formspring.me/hayeesa

Esok~


Esok, esok, esok.. esok ada apa? 1 Mei.. yaaa, Mei dah datang.. beramakna f3 akan menjadi bertambah busy sebab kene prepare untuk exam, ujian hafazan, tilawah, persembahan hari guru.. lepas tu ada uji cekap, kem tahfiz, tahfiz, pui, percubaan PMR, puasa, raya dan PMR !  haaaaaaaaa? cepatnya masa berlalu. err.. lepastu nanti tiba-tiba kitorang kene handle MPT5 lepastu cuti.. tahun depan ada yang nak pidah.. sedihnyaa, rasa tak puas jumpa 3 tahun. kenapa ramai nak pindah... latifah dgn alya nak pindah.. huda, mungkin ye mungkin tak.. nabila natasya insyaAllah ye, bhah mungkin ye mungkin tak.. alaaaaa, tanak berpisah dengan dorang.. :(

tapi, setiap pertemuan ada perpisahan
dan, setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya

so, kenalah terima.. :(

Friday, April 29, 2011

29 April~

hari ni tak tau kenapa sentiasa happy. Tadi subjek first sekali Tilawah. Lepas Tilawah kitorang buat jamuan  birthday Cg. Latipah kat belakang surau.. Sebenarnya birthday cg hari rabu, tapi cg ada hal. so, terpaksa tunda.  time tgh tgh makan tu tetibe bunyi 'Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing!'  lepastu kitorang masuk kelas lambat. Time tu subjek English, cg Yus.. naseb baek cg tak datang.. patu time tu kitorang takde keje nak buat. bila takde keje.. mulalah.. ambik cawan kertas yang lebih pastu conteng-conteng. haha. Banin pulak buat bising. Lepastu disebabkan takde keje, dorang pegi tutup suis kipas. pastu, macam biasa. diorang gaduh. ada yang ambik banat punya air.. saja nak kacau = =  tiba-tiba Aqilah kata "Eh, kenapa dari semalam lagi pengawas lalu lalang kat kelas kite?" Saya pon baru perasan. Tapi yang semalam tu tak ingatlah nampak ke tak. Pastu hanis kata "hari ni ada pelawat datang.. so, pengawas kene jaga laah. takut bising.." patutlah.. lepastu tiba-tiba kak Sakinah Najid masuk.. die jaga kelas kitorang kejap. time die masuk je semua kata "assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, kakak.." haha. pastu kak sakinah gelak. haritu tu pon sama, time math mini test. Waktu tu cg Masniah takde.. so, kak Jamilah dgn Kak Inas jaga kelas kitorang. time diorang jaga kelas kitorang, kak Sakinah bagi tazkirah pasal ikhtilat dengan fb. Kitorang kat belakang dengar sambil conteng cawan kertas.. haha. Tengah conteng-conteng.. tiba tiba Alya mintak cawan.. Saya pon tanyalah sambil ambik cawan kertas dan polysterine "nak yang mana? yang ni ke yang ni? " Tiba tiba, Woooosh! habes tudung dengan baju basah.. Saya terlupa cawan polysterine tu ada air lagi.. waktu nak ambek tu tercampak, habes basah.. naseb baek air gas tu warna putih.. kalau warna pink macamana? haha. buat malu je. Tak tau lah ade banin perasan tak. Kak Sakinah dgn kak inas tak perasan kot. sebab dorang macam biasa je. tapi yang bestnye air tu terpancut kat orang belakang sekali. belakang saya Hanis. Tapi bukan dia yang kene, orang sebelah dia yang kene, Alya. haha. sian die. Tapi die tak kene banyak  sangat. kene tudung sikit je. meja je yang banyak. haha. oklah, disebabkan saya bersalah.. Jadi saya nak mintak maaf kat Alya Nabilah Norazam sebab dah buat meja dan tudung basah. haha. Sorry ye xP

p/s : gamba cawan tu upload nanti lah. haha

Tuesday, April 26, 2011

Sejarah~


Tadi kat sekolah time sejarah belajar pasal Kemerdekaan Tanah Melayu.

Cg. Sabariah : Apa perasaan lepas negara kita merdeka? (lebih kurang camtu lah kot, tak ingat :P)
3 Asy : Takde pape perasaan pon
Cg. Sabariah : Ya Allah, sepatutnya kita bersyukur lah negara kita dah merdeka. Awak cuba bayangkan kalau tiba-tiba bom jatuh kat sini. Habis Al-Amin..

tiba-tiba... BOOOOOOOOOOOOM! Bunyi benda meletup dari Lab kat bawah.. siap ade cahaya warna kuning lagi tuhh. semua terkejut. haha.

Cg Sabariah : Ha, tengok, tu baru je sikit. Awak cuba bayangkan kalau bom betul. Habes hancur semua.

pastu cg tanye..

Cg Sabariah : Sekarang dah rase bersyukur sebab merdeka?
3 Asy : ha'ah...

haha xD


Cg Sabariah : Ok. Jom nyanyi lagu merdeka sama-sama
3 Asy : Tanggal tiga puluh satuu.. bulan lapan........... (sambung sendiri. haha)

Kitorang nyanyi kuat kot. haha. Kelas sebelah ade yang dengar. haha. Tapi ade jugak yang tak dengar.. Fokus, bak kata Tahani. haha xD

Moral : Bersyukurlah dengan kemerdekaan yang kita ada sekarang. (betul ke ayat?)
dan, rajin-rajinlah belajar sejarah~ haha

Akhir sekali, selamat menduduki peperiksaan semester 1, semoga berjaya :)





Sunday, April 24, 2011

Library~



Saya ni budak nerd~ haha. yelatuu. mana ada lah. semalam saya, Huda, Hanis dengan Tpah pegi perpustakaan negara nak buat kerja kursus. lepastu kat situ, ade beberapa komputer je yang ade  Microsoft Word. So, saya duduk kat tempat yang ada Microsoft. Mula mula duduk belah kiri hujung sekali. Huda duduk sebelah kanan. Lepas tu pegi makan and solat kejap. Bila datang balek... ada pakcik dah ambek tempat tuu. padahal dah ;letak dah barang kat situ. Takpelah. Redha jelaah. haha. Pastu sebelah kanan Huda ade sorang. Sebelah dia kosong. Saya pon letaklah barang-barang kat situ. Pastu pegi gune komputer laen kejap nak bukak FB sebab komputer tu takde internet~ Tiba-tiba sebelah tempat saya tu ade budak sekolah luar duduk kat situ. LELAKI. Saya pon macam = =   Aaaah~ nak pegi ke taknak, nak ke taknak? err, tapi disebabkan dah takde pilihan laen duduk jelah kat situ. Tapi jarak la sikit. Time tengah buat keje pulak terdengar lagu korea~ Wonder Girls-Oh . Saya pon tercari-cari sapa yang bukak tu. Rupa-rupanya budak sebelah tu bukak. Lelaki minat korea? pelik.. Tapi kat Al-Amin pon ade.. Pelik nye~ haha. Oh, ye. Sebelum tu orang yang duduk sebelah diantara saya dan Huda tanya Huda,

Orang tuu : Kak, akak form berapa?
Huda : Form three..
Orang tuu : ooh. tengah buat kerja kursus eh?
Huda : ha'ah, akak form three berape?
Orang tuu : form three jugak. Al-Amin eh?
Huda : ha'ah

famous jugak Al-Amin.. haha
tak lama lepas orang tu dah pegi..

Lagi sorang (india) : Akak, ada orang tak?
Saya : aah? takde, takde

kenape semua orang panggil kitorang akak? haha. macam lawak je.. padahal dorang semua form three xD

Saturday, April 23, 2011

Blog~

Assalamualaikm :D

Akhirnya dapat pun kemaskini blog yang dah berhabuk ni. Walaupun takde laa update sangat pon. Baru update sikit-sikit. hehe. At last~ x)