"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Tuesday, November 4, 2014

sungguh lapang

Bismillah...








12 bulan berlalu.... saya tinggalkan sekolah...
dan harini, SPM bermula untuk batch seterusnya.....
dalam tempoh setahun ni, entah apa yg saya dah buat, setahun lepas, 5 tahun sekolah menengah kat Al-Amin, entah apa yg saya dah buat, apa yang saya tinggalkan?


"Membetuk Pelajar Soleh Wa Musleh"


haha. rasa macam saya ni tak capai pun benda tu. tak 'menjadi' pun macam bentuk 'acuan' yang sepatutnya saya jadi bila saya jejakkan kaki meninggalkan Al-Amin. hahahaha. diri rasa dah baik dari dulu. takde rasa nak perbaiki diri. rasa diri dah cukup baik untuk 'masuk syurga'. hahahaha. sedangkan tanggunggajawab sebagai Abid & Khalifah entah ke mana. hahahahahahahahahahaha.

sebenarnya, rasa diri ni teruk cuti ni... setelah satu sem yg agak sibuk dgn macam macam benda.. dan waktu tu saya punya masa alhamdulillah, dapat disusun dgn baik.. dan tiba tiba cuti...
jadi konon konon nak rehat kejap, sekali....... malas, makin malas dan semakin malas malas.. mungkin sebab berhenti dari bebanan kerja secara mendadak.. tiba tiba macam tak sibuk..

haha rasa tak layak dgn apa yang saya dapat selama ni..




Pernahkah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya (bahwa ia tidak layak lagi memperoleh petunjuk), serta Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan di atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mau ingat?


(Al-Jatsiyah : 23)




         Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

        Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).

(Az-Zumar 39:53-54)




bila fikir balik, ini memang titik kelemahan saya, masa lapang tanpa bebanan kerja. dan memang, Allah akan uji pada titik kelemahan seseorang, bukan titik kekuatan.. supaya bila kita diuji, kita akana usaha hadapi & akhirnya jadi orang yg lebih baik. 

Doakan saya tak malas, doakan saya kuat, doakan saya........................... :)
Sila usaha wahai diri, Allah takkan ubah keadaan anda selagi diri sendiri tak cuba ubah keadaan tu.



kene perkuatkan lagi Tarbiyyah Dzatiah la ni nampaknya. kan dah besar, takkan masih nak disuap kan?



Rabbi yassir wala tu 'assir.

Optimis...

Tuesday, June 10, 2014

A Letter for You (UPDATED)

Bismillah.

Thinking of writing something for my dearest beloved friends :)

Here is a letter-like post for all of my friends. (letter lah sangat)


Semenjak habis spm, explorace.. saya akui, memang saya susah sangat sangat nak rindu sesiapa. kalau rindu pun, rindu macam tu je dan hanya sekadar takat kata-kata. bukan rindu yang membuak-buak. bunyi macam kejam je "sekadar kata-kata" tu. haha.

sampailah suatu hari, di hari guru. batch kita turun ramai-ramai walaupun tak ramai mana, tapi terasa la kemeriahannya berbanding kesunyian........... sampai waktu tu, bila seorang demi seorang hilang.. ada yang hilang tak sempat nak salam, ada hilang dan sempat nak salam... saya mula terasa........ "eh, betul ke lepas ni kita takkan jumpa dah?", "betul ke kita akan masuk U?", "betul ke kita akan berpisah?".

.................................................

walau bagaimanapun, saya masih belum rindu yang betul-betul punya rindu.... sebab... ya, masih ada yang belum masuk U. hahaha. jadi, kesunyian tu taklah ketara apatah lagi diorang baru je start belajar dan tak sibuk mana. so WhatsApp masih lagi bising ditambah lagi dgn orang-orang yang baru mula guna WhatsApp. jadi tak sunyi pun sebenarnya. haha

hmm. penat jugak asyik cakap pasal sunyi tak sunyi rindu tak rindu... jadi saya teruskan dengan apa yang saya nak sampaikan :)



Saya, sebagai seorang manusia, kawan, nak bagi beberapa pesanan untuk korang semua :)

1. Rancang hidup betul-betul. 

- buat timeline hidup biar nampak matlamat. biar jelas apa yang kita nak kejar sebenarnya.
- jangan lupa hidup kene seimbang dunia & akhirat :)  kita kejar dunia untuk akhirat.




- & yang penting, semua tu kita buat utk dapat redha Allah, utk dapat syurga. takde maknanya pulun buat sesuatu tp bukan sebab nak Allah redha kat kita. sia-sia je semuanya
- belajar lah bersungguh-sungguh utk capai apa yang sepatutnya. buat 'planning'.


"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun" - Saidina Ali


sedangkan syaitan pun buat masterplan, backup plan segala nak hancurkan hidup kita, kita macamana?



2. Tarbiyyah Dzatiyyah


boleh tengok link ni kalau nak tau lebih lanjut pasal Tarbiyyah Dzatiyah ni. sebab saya just nak cakap se'simple' mungkin.

mungkin ramai yang lupa maksud Tarbiyyah Dzatiyah. dulu waktu sekolah menengah tamrin kita ada pasal tajuk ni. tak ingat form berapa.

Tarbiyyah Dzatiyyah maksudnya pendidikan diri. mendidik diri. lebih kurang macam tu lah. Bila kita keluar ke dunia luar, yang luar daripada 'Zon Selesa', kita tak tahu(saya yg tak masuk lg lah yg tak tau. haha) apa jenis keadaan yang kita akan hadapi. boleh jadi kita tak kuat, dan kita akan jatuh.

sebelum ni bila dengar pasal senior yang masuk U yang dulunya dikenali dgn jawatan dia kat sekolah, tiba tiba berubah... saya rasa risau. risau bila masuk U saya jadi sama macam tu. bila saya belajar, belajar dan belajar, barulah saya tau apa yang membezakan keteguhan seseorang tu bila dia dicampak ke mana-mana. rupanya sebab 'Iman'. Iman tu lah yang jaga kita. ye lah selama ni belajar mana nak menghayati betul-betul apa yang saya belajar.. hmm.


"Iman yang ditanam di dalam diri manusia seumpama polis pengawal yang menggerakkannya untuk beramal dan menggalakkannya untuk mentaati perintah-perintah Allah" -Imam Maududi


so kaitan Iman dengan Tarbiyyah Dzatiyah ni ialah...
kalau kita buat Tarbiyyah Dzatiyyah = didik diri.maka, Iman kita pun akan terjaga dan akan meningkat. bila iman terjaga & meningkat, kita akan mudah buat benda baik & tinggalkan kemungkaran.

secara mudahnya, Tarbiyyah Dzatiyyah ni boleh dibuat dgn sediakan borang Mutabaah Amal utk kita buat setiap hari. buat at least selama 40 hari beturut-turut utk sesuatu target tu. bila dah 40 hari buat tanpa henti, benda tu akan jadi rutin dan insyaAllah kita akan sentiasa buat benda tu. kalau kita tak buat sehari, rasa macam pelik dan rasa kene buat jugak :)  tapi kita kene buat sikit-sikit lah, jangan mendadak letak target yang hmmmph hebat gila!  slow slow. sikit-sikit lama-lama jadi jugak bukit ;)

Allah lebih sukakan amalan yang kita istiqamah buat daripada amalan yang buat banyak tapi tak berterusan. yang Allah tengok kualiti :)


Dariapad Aisyah r.ha., Nabi S.A.W. bersabda : "wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
(HR Bukhari dan Muslim)


"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup, utnuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun"
(67 : 2)


boleh tengok link pasal 'istiqamah' kat sini.

contoh mutabaah amal :



kadang-kadang bila kita buat amalan yang kita tak biasa rasa cam tak ikhlas je.. kalau macam tu buat je.. sebab lambat laun keikhlasan tu akan datang dengan sendiri insyaAllah. tapi eloknya buatlah kajian pasal amalam yang kita nak buat tu biar kita tau apa kelebihan dia dr segi saintifik etc suapya kita lebih yakin dan lagi senang dan bersemangat nak buat amal tu. kalau kita rasa malas/susah nak buat sesuatu tu, tandanya kita belum cukup yakin dgn kebaikan benda tu. jadi, baca lah pasal benda tu supaya bertambah keyakinan kita insyaAllah :)

oh anyway, saya nak share 1 apps yang saya jumpa kat Play Store. apps ni sangat bagus utk nak buat Mutabaah Amal. kalau tengah tengah tak tau nak buat apa sementara tunggu orang, tengok apa benda yg kita belum buat lagi dalam checklist tu... boleh letak, tolong orang ke, senyum ke, bagi salam ke, etc...


Daily Success Checklist :


gambar dia macam ni, cuma takde tanda '+' tu



gambar yang ni dalam tab version rasanya.







kalau sesiapa ada jumpa checklist macamni yang lagi best tolonglah bagitau saya.... hehehe.

dan yang paling penting sekali, mulakan hari anda dengan sesuatu yang baik. contoh, baca AQ, tak tidur lepas subuh. bila permulaan hari kita tu baik, insyaAllah sepanjang hari performances kita akan okay :)

gunakan peluang Ramadhan utk ubah diri 180 darjah! tapi nak masuk Universiti Ramadhan pun kene ada preparation & plan yang mantap jugak! latih diri sebelum ramadhan supaya Ramadhan nanti kita tak dikalahkan dengan nafsu ;)

Salam alaikum <3


Wednesday, April 16, 2014

Kawan. kerana apa?

Bismillah.

Cuti ni banyak mengajar saya :)
Dan ada satu perkara yang saya belajar, yang saya rasa benda tu sangat bermakna buat saya.

Suatu hari, kawan saya share satu post yg pada mulanya di'share' oleh kawan saya lagi sorang..



Salaam. Just felt like sharing something (that was initially shared by..... *kawan lg sorg*)..
*
Dalam setiap hubungan,
Allah akan uji dan uji dan uji.
Hinggalah tertapisnya segala niat yang terpesong,
dan juga segala kepentingan yang bernafsu.
Ia akan berterusan,
hinggalah yang tinggal hanyalah lillahi taala.
Dan pada ketika itulah,
kenikmatan yang sebenar akan menjelma,
membawa bersama hingga ke Jannah.
***
afiqsazlan.
0910.
23022014.
*
So what I got was this:
What does your relationship stand on? What is it tied with? The same interests? Debate? Classmates? Love?
And I question myself. What happens when our interests changes? When I quit debate? When I'm not anymore your classmate? Who is that love for? From where does it come from? How long will it last?
These uncertainties eats you up alive.
But what's certain is that, the only tie that won't break is when it's tied because of Him.
Erm, so jom reflect balik semua kawan2 yang kita ada ni dibina atas dasar apa. And wouldn't it be great if we could all meet in Heaven?



.................................................................


T___T


bila saya baca benda ni..... saya terfikir.. eh? kenapa saya berkawan dengan kawan saya selama ni eh?

sebab dia yang start tegur dulu.
sebab saya takde kawan
sebab dari sekolah rendah sama sekolah
sebab dah kenal dari kecik
sebab sama kelas
sebab sama kelas
sebab sama rumah sukan
sebab sama usrah
sebab dia baik
sebab dia friendly
sebab sama umur?
sebab sama tingkatan, sama batch?
sebab kebetulan saya ada masalah dengan kawan baik
sebab kawan saya dah ada kawan baru
sebab dia yang nak kawan dengan saya
sebab kitorang selalu cerita sama sama
sebab sebab...


uhh. baru saya sedar. selama ni saya berkawan bukan sebab Allah. tapi sebab benda benda duniawi. hmm. Jadi selama ni, dari saya kecik, sampailah besar macam ni, saya berkawan dengan kawan kawan saya bukan sebab Allah. Jadi..... sia-sialah kan apa yang saya buat selama ni? segala persahabatan selama ni sia sia je. SIA SIA!

dan saya baru sedar, disebabkan saya berkawan dgn manusia kerana duniawi jugak lah, banyak kali hubungan saya dengan kawan saya terputus... macam tu aje.. sebab, takde something yang kukuh yang dapat kekalkan hubungan tu.. ya, kerana Allah. itulah satu satunya benda yang boleh kekalkan hubungan kita sesama manusia.

dan ini jugalah yang insyaAllah dapat kekalkan hubungan kita sesama kawan se-batch kita, kawan kawan lama atau kawan kawan baru. walau jauh di mata, tapi dekat di hati. terbanglah ke mana pelusuk dunia pun, hubungan tu still tak putus. sebab semuanya kerana Allah. terasa tautan hati. walau lama tak jumpa, still contact, tanya khabar.

macam kawan saya yang satu sekolah rendah dengan saya dulu. ada je yang saya jumpa cuti ni, dan teruja lah bila jumpa. padahal, kalau bukak fb on je, tapi tak tegur. hurmm. dan saya agak sedih la bila nampak ramai kawan yang pindah dari Al-Amin, berubah. memang bila jumpa tu kecewa, sedih. ada yang macam tak nak jumpa je. tapi salah siapa? saya jugak. takde pulak nak contact, tanya khabar. aisyh, saya yang dapat tarbiyyah, saya pulak yang berdiam diri. hmm.

dari dulu, saya selalu tukar kawan baik (takde lah selalu sangat), sebab ada masalah. dan bila saya lalui benda ni banyak kali, saya kata kat diri saya, "kenapa jadi macam ni? saya tak layak ke dapat kawan?".  saya baru sedar kenapa.

saya teringat satu cerita yang saya pernah saya baca. Buku Sinergi, karya Hilal Asyraf. dalam buku tu cerita dia ada dua orang lelaki ni yang belajar kat Jordan dan mereka sangat rapat sampai mereka digelar kembar Irbid. Irbid tu nama tempat kat Jordan tu. Ukhuwwah dorang sangat rapat. dan dalam buku tu ada cerita yang dulu, salah satu daripada dorang ada cakap, "jom perbaharui persahabatan kita, kerana Allah". lebih kurang macam tu lah. waktu tu saya tak berapa faham. dan sekarang, saya dah faham apa maksudnya.






maybe kita masih kurang faham dengan maksud, 'berkawan kerana Allah'. dulu saya pun tak faham jugak apa maksudnya. "apa maksudnya?", "saya berkawan dengan dia kerana Allah?". maksudnya ialah, kita berkawan dengan dia, sebab something, contoh sebab nak ajak dia jadi lebih baik. dan kenapa kita nak ajak dia jadi lebih baik? sebab kita nak dia diredhai Allah. dan itu adalah kerana Allah yang suruh kita. itulah yang dimaksudkan kerana Allah. maksudnya, apa yang kita buat tu niat dia, berbalik kepada Allah semula :)

ukhuwah fillah, bersahabat kerana Allah. hubungan seperti ini yang akan mewujudkan sahabat sejati, yang sentiasa membimbing kita ke arah kebaikan dan mencegah kita daripada mnelakukan kemungkaran :)  persahabatan yang tak akan terputus hingga ke syurga :)


Pada hari itu sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengah yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) (Az Zukhruf: 64)


dan itulah satu satunya hubungan yang kita buat dapat pahala. kerana Allah.
tapi, walaupun saya dah tau, saya rasa agak susah untuk saya cuba perbaiki niat saya bila kawan dengan orang. Tapi insyaAllah saya akan cuba jugak. biiznillah :)

ni antara chechlist yang kita perlu check balik sama ada pada diri kita, atau kawan kita :)









Doa Rabithah - doa yang kita amalkan dalam bacaan ma'thurat, doa supaya ada tautan hati antara kita :)

maaf andai selama ni saya tak menjadi kawan yang baik kepada anda semua. saya tak buat amar makruf nahi mungkar. maaf sangat sangat. tapi insyaAllah saya akan cuba.

semoga hari hari kita selepas ni, lebih bermakna, dengan hubungan sesama manusia kerana Allah. persahabatan kerana Allah.

*sebenarnya dah lama saya nak post benda ni, tapi malas lah pulak. hehe.


Uhibbukunna fillah, kawan kawanku <3



Hai. hehe.

Bismillah.

Dah lama. sangat lama. saya tak jenguk blog ni. oh blog orang lain pun. Ntah kenapa saya tak rasa nak tulis. Idea memang ada, cuma, tak macam dulu. Perasaan nak menulis tu membuak buak dan sangat excited nak menulis kat blog ni. hehe.

I'll try to change what I'm going to write, why I'm writing it......

Biiznillah :)

Thursday, January 23, 2014

Masa itu Nyawa

Bismillah..

I'm thinking of sharing something :)

Memandangkan kita dapat nikmat cuti yang begitu panjang ni, maka sukalah saya untuk share beberapa perkara boleh kita buat time cuti ni. haha (sungguh skema sekali :P)

First nak share video yang kitorg tgk time daurah 1 haritu utk siapa yg tak berkesempatan join.


Video ni bagus dan korang patut tgk!


Okay. Benda yang saya rasa perlu untuk seseorang tu buat time cuti panjang ni ialah prepare yourself! Prepare utk apa? Of course untuk masuk universiti. Dan semestinya prepare utk semua aspek. Mental, fizikal & rohani. Material tu nanti pun boleh. tapi apa yang saya nak tekankan kat sini ialah pasal Iman. hmm. macam ceramah lah pulak.

Pernah dgr budak sekolah agama yg dulu elok je, masuk U tiba tiba jadi makin teruk? Saya tak katalah budak al amin ke, tapi maksudkan umum. tapi mmg ada pun lah. Dan...... disebabkan saya risau dgn keadaan korang jugak lah saya tergerak hati nak post benda ni. Bimbang kalau masuk U nanti tiba tiba jumpa... eh? perangai dia dah lain, perwatakan dia, pemakaian dia..... hmm. kalau berubah makin okay tu takpe. tapi kalau sebaliknya?

Sebab kita kat al-amin, hidup dalam 'Zon Selesa' yang teramat. Tak mustahil disebabkan culture shock, seseorang tu boleh berubah sekelip mata. Walau banyak mana jawatan pun yang dia pegang dulu, walau hebat mana pun dia, tapi kalau iman dia tak kuat.... hmmmmm. bahaya.....

Sebenarnya saya terfikir pasal benda ni sebab saya pernah dengar pasal seseorang ni yg dulu dia ada jawatan itu ini kat sekolah, memang orang kenal dia lah, tapi masuk U tiba tiba... couple dsb.. So, saya terfikir.. macamana orang yang bagus macam tu.. boleh terpengaruh dgn persekitaran dia? sedangkan orang orang lain yang masuk universiti jenis macam tu pun still macam dulu. tak terpengaruh pun?  Dan..... akhirnya saya dapat jawapannya. Imanlah jawapannya. Saya taklah kata orang tu iman dia cetek. Tapi mungkin iman dia turun mendadak ke. Iman kan ada turun naiknya. Sebab tu kene ada amalan yang kita istiqamah buat supaya iman kalau tak naik pun, at least maintain~

Saya ada terbaca benda ni kat fb haritu.

Menurut Imam al-Maududi, "Iman yang ditanam di dalam diri manusia seumpama polis pengawal yg menggerakkannya untuk beramal dan menggalakkannya untuk mentaati perintah-perintah Allah"

Nampak tak peranan Iman kat situ? (Haiysh, baru perasan. Ni dah sah tak fokus & tak mengahayati PQS ni. kantoi pulek :P)

So, masa ni lah nak ubah diri ke arah yang makin baik~ Kalau dah baik, baikkan lagi diri. haha. Nasihat untuk diri sendiri sebenarnya :P  Sebab kalau perasan, kat 'Zon Selesa' yang teramat tu pun boleh ada yang tak merasai tarbiyah tu, yang sampai terikut ikut trend yang tak sepatutnya dan sebagainya. Apatah lagi kat U nanti? Mungkin ada yang akan masuk ke 'Zon Bahaya' mungkin?

So, how? Buat perkara yang boleh tambah iman. Sikit sikit. lama lama jadi bukit. Yang penting istiqamah. Contoh, tambah ilmu. Kalau malas gila nak baca buku, bukak IKIM habis cerita. belambak benda menarik. Alah, ambik buku buku simple pun boleh je.


  

Contoh, Muslim Teens. Adik beradik Ana Muslim, Adik Muslim & Sayang Muslim. Buku ni best! Rasanya ramai tak tahu lagi kewujudan buku ni. Jan ni baru keluaran ke 22. Tapi nak cari susah sikit lah. Kadang kadang jumpa kat Petronas kat Highway ke. Kat kedai runcit susah sikit nak jumpa walaupun kat situ adik beradik dia semua ada, lengkap :P  Senang langgan je terus! 


  

Takpun. Majalah Jom!. Sape ada Ipad lagi senang, download Ipad newsstand, patu download je lah majalah majalah jom. hahaha. Dah jadi macam promoter lah pulek. hee :D


Kalau boleh biasakan buat mana mana aktiviti yang berfaedah terutama yang menambahkan ilmu & iman :) Biasakan dari sekarang sampai U nanti. Tak kisah la nak buat apa apa pun. Baca buku ke, dengar radio ke, asalkan ada :)

Sementara cuti ni biasakan diri dgn benda yang kita nak time U nanti kita still dapat buat benda tu. Contoh, baca buku ilmiah. Hidup kene seimbang kan? ;)  Saya pun tengah berusaha nak ikut jadual. Yaaaaaaaaaaaaaaaa, meeeeeeeeeeeeeeeeeeeeemang susah nak berubah. Fuhh. Takpe takpe, biasakan dari sekarang. hehe.


"Sesungguhnya aku menasihatimu bukan bererti aku lah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" Al-Imam Hasan Al-Basr.


'Preparation' ni bukan untuk masuk U je, tapi untuk masuk Syurga jugak kan?

"Tegakkan Islam di dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu"


Masa untuk berdikari. Berdiri di atas kaki sendiri. Kita dah besar. Selama ni asyik harapkan cikgu, kawan kawan, sekolah je. Takkan nak kene 'suap' lagi?

Hargailah masa tu seolah olah masa itu nyawa kita  :)
Jom transform! Henshin!


Besar

Bismillah...

Sedar tak sedar. emm, saya memang tak sedar.. yang sebenarnya saya dah semakin besar, semakin tua(ceh :P). Kenapa? memandangkan adik beradik saya ramai dan saya adalah anak yg tengah. betul betul tengah. So saya ada kakak, abang dan adik. Semenjak dulu lagi, biasanya memang kalau ada apa apa, memang kakak kakak dan abang abang saya yang akan disuruh untuk buat sesuatu. Contohnya, memasak, bawak adik adik pergi tandas, pergi kedai beli barang... hinggalah dah besar sikit, time tu saya macam dah sekolah rendah rasanya. kakak saya hantar dan ambik kitorang ulang-alik dari rumah ke sekolah.

Semakin besar, saya dah masuk sekolah menengah dan pemikiran semakin matang dari dulu. tapi saya masih ada kakak kakak dan abang abang yang tolong jaga kitorang. Saya masih merasa yang saya adalah 'adik', dan bukan 'kakak' kepada 4 lagi adik saya. Rasa macam takde tanggungjawab lah jugak sebab saya pun 'adik' jugak.

Masuk form 4, dah 16 tahun. Abang saya kahwin. Abang yang betul betul atas saya. Langkah bendul kakak kakak dan abang saya yang sorang lagi. Waktu tu, rasa dah besar sikit. Tapi masih belum rasa cukup 'besar'.

Tahun seterusnya, 2013. Saya dah jadi 'senior' yang paling tua di alam persekolahan. 17 tahun dah. Tapi, ya.. masih tak terasa diri dah besar. Kadang kadang terasa jugak macam sekolah tu kita yang punya. Mentang-mentang dah besar kan.. haha. waktu ni dah takde rasa takut sangat macam dulu. Kalau dulu, disebabkan masih ada senior kat atas, dia macam.... macamana eh.. macam, takut jugak lah nak cakap dengan diorang. tp bila dah form 5, boleh jugak lah cakap dgn banat banat al amin yang lain. contohnya waktu Liqa' haritu. Bila cakap depan orang yg semuanya 'junior', takdelah rasa nervous sgt. itu first time cakap depan semua banat. haha. Dan akhirnya.... saya menduduki SPM dengan kawan kawan...

Habis SPM, macam tak percaya yang saya dah ambik SPM. Macam tak percaya saya tak akan jumpa kawan kawan saya dalam baju sekolah lagi, macam tak percaya saya tak akan pakai baju sekolah lagi, macam tak percaya saya bakal jadi mahasiswa, macam tak percaya. Ya, saya tak percaya. Sebab tu sampai sekarang, saya masih lagi tak rasa rindu dengan sekolah, rindu, kawan kawan.. Sebab saya tak percaya dan saya tahu yang kita belum betul betul berpisah. Yelah, tak ambik result SPM lagi, tak masuk universiti lagi. Lagipun daurah dan outing ada. So..... saya masih macam ni. Tapi kadang kadang tu, adalah rindu atau sebak sikit bila tgk video mpt5 ke tgk gambar lama ke.

Dan ya.... saya baru sedar yang saya sebenarnya dah 'besar'. Sebab selama ni semua benda kakak kakak dan abang abang saya yang buat. Dan saya hidup sebagai seorang 'adik'. Tapi bila tiba tiba start macam hujung tahun lepas, saya disuruh memasak sendiri, pernah ditinggalkan seorang diri kat rumah(sekejap je. dan kalau saya taknak ikut) dan..... macam macam lagi. Lagi lagi bila kakak kakak saya kahwin tahun lepas. Bila kakak kakak saya kahwin, dua dua pindah. Dah ada rumah sendiri. Abang abang saya pulak, belajar. Sorang kat sana. Sorang kat situ. Jadi anak yang paling tua kat rumah ialah saya. Dan waktu tu kalau ada apa apa memang saya kene ikut sekali. Kenduri ke apa ke kalau budak budak tu ikut, saya pun kene ikut. Tolong mak jaga diorang. Waktu tu baru saya sedar.... sebenarnya saya dah besar.. Saya dah jadi 'kakak' kepada adik adik saya. Dan saya kene jadi macam 'kakak sulung' kat situ. Sayalah yang kene masak, yang kene tolong ini dan itu. Sayalah yang kene jaga mereka. Sayalah yang kene jadi driver dorang nanti.

Dan disebabkan saya dibesarkan macam ni lah, saya jadi macam ni. Saya tak berani cakap dgn orang yg tak kenal, saya tak reti memasak, tak reti apa lagi... hmm. Sebab saya tak biasa berurusan dgn orang luar dari kecik lagi. Biasa semua benda orang lain yang buat.

Kalau korang perasan, memang biasanya yang berani, banyak cakap, bersifat kepimpinan ialah anak pertama, kedua, takpun bongsu atau anak kedua terakhir. Sebab kalau yang sulung ni dialah yang mak akan suruh jaga adik, uruskan benda benda lain sejak kecik. Kalau yang bongsu, bila dia membesar, kakak kakak abang abang dia semua dah besar, masuk u, so dia kene buat banyak benda sendiri. That's why..

Maka, masa untuk belajar berdikari. Belajar untuk berdiri atas kaki sendiri. Belajar untuk menjadi seorang 'kakak'. Lagi lagi bila masuk U nanti. hmm. Biasa kalau ada apa apa saya akan tanya pada kakak, abang, takpun kawan kawan. Nanti masuk U, kene belajar utk buat kawan sendiri. Dah takde dah jumpa budak al-amin. Tapi harapnya adalah at least sorang. hmm

But, you know what? Saya rasa saya nak belajar menjadi seorang 'kakak' yang baik dan bertanggungjawab dan saya nak enjoy menjadi 'kakak' kepada adik adik saya :)

Hmm. Dah besar rupanya diri ni. tak sedar diri. haha.