I'm thinking of sharing something :)
Memandangkan kita dapat nikmat cuti yang begitu panjang ni, maka sukalah saya untuk share beberapa perkara boleh kita buat time cuti ni. haha (sungguh skema sekali :P)
First nak share video yang kitorg tgk time daurah 1 haritu utk siapa yg tak berkesempatan join.
Video ni bagus dan korang patut tgk!
Okay. Benda yang saya rasa perlu untuk seseorang tu buat time cuti panjang ni ialah prepare yourself! Prepare utk apa? Of course untuk masuk universiti. Dan semestinya prepare utk semua aspek. Mental, fizikal & rohani. Material tu nanti pun boleh. tapi apa yang saya nak tekankan kat sini ialah pasal Iman. hmm. macam ceramah lah pulak.
Pernah dgr budak sekolah agama yg dulu elok je, masuk U tiba tiba jadi makin teruk? Saya tak katalah budak al amin ke, tapi maksudkan umum. tapi mmg ada pun lah. Dan...... disebabkan saya risau dgn keadaan korang jugak lah saya tergerak hati nak post benda ni. Bimbang kalau masuk U nanti tiba tiba jumpa... eh? perangai dia dah lain, perwatakan dia, pemakaian dia..... hmm. kalau berubah makin okay tu takpe. tapi kalau sebaliknya?
Sebab kita kat al-amin, hidup dalam 'Zon Selesa' yang teramat. Tak mustahil disebabkan culture shock, seseorang tu boleh berubah sekelip mata. Walau banyak mana jawatan pun yang dia pegang dulu, walau hebat mana pun dia, tapi kalau iman dia tak kuat.... hmmmmm. bahaya.....
Sebenarnya saya terfikir pasal benda ni sebab saya pernah dengar pasal seseorang ni yg dulu dia ada jawatan itu ini kat sekolah, memang orang kenal dia lah, tapi masuk U tiba tiba... couple dsb.. So, saya terfikir.. macamana orang yang bagus macam tu.. boleh terpengaruh dgn persekitaran dia? sedangkan orang orang lain yang masuk universiti jenis macam tu pun still macam dulu. tak terpengaruh pun? Dan..... akhirnya saya dapat jawapannya. Imanlah jawapannya. Saya taklah kata orang tu iman dia cetek. Tapi mungkin iman dia turun mendadak ke. Iman kan ada turun naiknya. Sebab tu kene ada amalan yang kita istiqamah buat supaya iman kalau tak naik pun, at least maintain~
Saya ada terbaca benda ni kat fb haritu.
Menurut Imam al-Maududi, "Iman yang ditanam di dalam diri manusia seumpama polis pengawal yg menggerakkannya untuk beramal dan menggalakkannya untuk mentaati perintah-perintah Allah"
Nampak tak peranan Iman kat situ? (Haiysh, baru perasan. Ni dah sah tak fokus & tak mengahayati PQS ni. kantoi pulek :P)
So, masa ni lah nak ubah diri ke arah yang makin baik~ Kalau dah baik, baikkan lagi diri. haha. Nasihat untuk diri sendiri sebenarnya :P Sebab kalau perasan, kat 'Zon Selesa' yang teramat tu pun boleh ada yang tak merasai tarbiyah tu, yang sampai terikut ikut trend yang tak sepatutnya dan sebagainya. Apatah lagi kat U nanti? Mungkin ada yang akan masuk ke 'Zon Bahaya' mungkin?
So, how? Buat perkara yang boleh tambah iman. Sikit sikit. lama lama jadi bukit. Yang penting istiqamah. Contoh, tambah ilmu. Kalau malas gila nak baca buku, bukak IKIM habis cerita. belambak benda menarik. Alah, ambik buku buku simple pun boleh je.
Contoh, Muslim Teens. Adik beradik Ana Muslim, Adik Muslim & Sayang Muslim. Buku ni best! Rasanya ramai tak tahu lagi kewujudan buku ni. Jan ni baru keluaran ke 22. Tapi nak cari susah sikit lah. Kadang kadang jumpa kat Petronas kat Highway ke. Kat kedai runcit susah sikit nak jumpa walaupun kat situ adik beradik dia semua ada, lengkap :P Senang langgan je terus!
Takpun. Majalah Jom!. Sape ada Ipad lagi senang, download Ipad newsstand, patu download je lah majalah majalah jom. hahaha. Dah jadi macam promoter lah pulek. hee :D
Kalau boleh biasakan buat mana mana aktiviti yang berfaedah terutama yang menambahkan ilmu & iman :) Biasakan dari sekarang sampai U nanti. Tak kisah la nak buat apa apa pun. Baca buku ke, dengar radio ke, asalkan ada :)
"Sesungguhnya aku menasihatimu bukan bererti aku lah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan" Al-Imam Hasan Al-Basr.
'Preparation' ni bukan untuk masuk U je, tapi untuk masuk Syurga jugak kan?
"Tegakkan Islam di dalam dirimu, nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu"
Masa untuk berdikari. Berdiri di atas kaki sendiri. Kita dah besar. Selama ni asyik harapkan cikgu, kawan kawan, sekolah je. Takkan nak kene 'suap' lagi?
Hargailah masa tu seolah olah masa itu nyawa kita :)
Jom transform! Henshin!
No comments:
Post a Comment