"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Thursday, June 16, 2016

Hati Lapar

Bismillah


"Allah s.w.t. menjadikan ilmu bagi hati laksana air hujan bagi tanah.
Sebagaimana tanah/bumi tidak akan hidup kecuali dengan curahan air hujan, maka demikian pula tidak ada kehidupan bagi hati kecuali dengan ilmu"

- Imam Ibnul Qayyim -


baca benda ni buat diri terfikir, mungkin sebab ni lah kadang rasa kosong je. walaupun kita buat je mutabaah amal macam biasa, tapi still rasa macam kosong je. macam ada something hilang...

benda ni dia makin teruk semenjak duduk kat gombak ni sebab bila duduk rumah tapi tak duduk kampus dia jadi mood lain. mood relax je banyak. lagi lagi wifi laju & free. bila terasa kosong dan terus menerus rasa macam tu dan tak tau nak buat apa, so mula lah cari benda benda merepek untuk buat. main game kat phone, stalk orang etc etc. astaghfirullah

sedangkan boleh je baca buku ke, (which is the solution jugak sebenarnya! hilangkan kebosanan & hilangkan kekosongan sekaligus!) itu yang patut buat sebenarnya huhuhuhu. tapi apa nak buaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat bila novel pun kita malas nak bacaaaaaaa. uwaaaaaaaaaaaaaa.

sedangkan amal tu perlu pada ilmu. saling lengkap-melengkapi. Orang yang berilmu tu boleh jd lg tinggi darjat dia drpd orang yang beramal tp tak banyak ilmu. huhu. Sebab tu lah kot kalau kita beramal tp kadang-kadang still rasa kosong... sob sob..


seriously lah, rasa macam tak tergolong pun dalam golongan orang yang cinta ilmu. belajar je. tu pun sebab memang kena belajar kat uia tu haaaaaaaaaa. kenapa keadaan diri ni sangat sangat lah menyedihkan! wuwuwu


1. Dapat kembalikan habit ulat buku
2. Dapat kembalikan habit murajaah hafazan (lama)
3. Dapat jadikan memasak sebagai 1 hobi (atau at least ada lah skill tu)
4. Dapat 'upgrade' mutabaah amal
5. Dapat jadi seorang yang cakna isu semasa
6. Dapat jadi seorang yang planner yang berjaya-tersusun urusannya (taknak bazir masa, menyesal, menyesal!)
7. Dapat lesen!

dalam banyak banyak atas tu, no 7 tu je yang dah berjaya accomplish. tu pun tak parktis pun lagi sbb masih ramai driver yang berguna kat rumah ni hmmmmmm hmmmmmmm.




Image result for knowledge and heart




Hakikatnya, hati manusia bukan perlukan ibadah je banyak, hakikatnya perlu jugak pada ilmu..... untuk terus HIDUP








seriously rasa macam perlukan sangat sangat tips untuk jadi ulat buku huhuhu.
Moga dapat jadi orang yang belajar dengan niat yang betul dan jd antara orang yang cintakan ilmu. huhuhu

No comments:

Post a Comment