"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Friday, August 24, 2012

Syawal - Hari Kemenangan

Assalamualaikum :)

Dah lama tak post kat blog ni. hehe. Rasa pelik bila tiba tiba post......... haha.
Apa apa pun,  

Selamat Hari Raya Aidilfitri! 
dan, 
Maaf Zahir & Batin ye. 

Saya tau saya banyak buat salah kan kan kan? hehe. Kalau baik hati maafkan lah~ hee

Syawal - Bulan kemenangan kan?
Sebenarnya wujudnya hari raya adalah untuk meraikan kemenangan umat Islam yang berjaya berpuasa penuh & melawan hawa nafsu selama sebulan. Tapi, yang paling diraikan semestinya orang orang yang berjaya menuai buah daripada kebun Ramadhan iaitu TAKWA yang merupakan bekalan untuk akhirat nanti :)  Beruntunglah sesiapa yang mendapat ketakwaan dan celakalah  sesiapa yang masuk pada bulan ramadhan akan tetapi dosa dosanya tidak diampunkan. Semoga kita semua tak termasuk golongan yang celaka. Amin.

Jadi sebenarnya, layakkah kita untuk menyambut ramadhan kalau kita tak berjaya keluar daripada universiti Ramadhan dengan membawa segulung ijazah? Saya rasa Ramadhan kali ini tak sebaik Ramadhan tahun lepas sebab saya tak prepare betul betul dari segi rohani, jasmani, mental, material & lain lain. Terutamanya jasmani. Awal ramadhan tu saya asyik minum air sejuk je. Lepas tu sakit tekak + selsema + ulser + takde suara + apa ntah lagi.. tapi memang combo pack lah.. akhir Ramadhan pulak pening kepala yang berpanjangan~ terbaik lah. tambah exam lagi. dan akhirnya, jeng jeng jeng... saya tak sempat khatam Qur'an. sungguh bagus sekali.. tahun lepas dapat. sedih jee. tapi takpelah, biar jadi pengajaran suapaya tahun depan saya prepare betul betul untuk Ramadhan. Harap harap tahun depan ada lagi Ramadhan. Amin :)

Semua orang pun tau kan, kalau

puasa sebulan Ramadhan + 6 hari Syawal = pahala puasa selama setahun. 

Sebenarnye saya nak bagitau macamana boleh jadi macam tu. Kalau tak silap macam ni,

puasa sebulan Ramadhan (pahalanya digandakan) = pahala puasa setahun tapi kurang 6 hari. 

pahala puasa 6 hari + pahala puasa Ramadhan (yang digandakan tadi) = pahala puasa selama setahun :)

Sebenarnya tujuan puasa 6 adalah supaya kita istiqamah dalam beribadah & supaya kita tak jadi hamba Ramadhan :)

Raya Mood On! Astaghfirullah. Betulkan niat anda ye :D
Selamat beraya~ Jangan lupa puasa 6. Jom puasa 6! :D
Salam alaikum~

No comments:

Post a Comment