"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Sunday, January 6, 2013

Perjalanan Masih Panjang

This. New Year. A new beginning. To create a new ending......

Anda tahu? anda tahu? taak, anda tak tahuu. sila geleng kepala sekarang.... ha ha ha
haisyh...... tahun baru, muncul satu benda yang baru. satu masalah baru. Sama macam tahun lepas. dah la orang baru set azam. tiba tiba nak jugak memunculkan diri dalam hidup orang.

Maka, bila masalah ini menimpa saya, muncul dalam hidup saya, mengejar saya.. ia membuatkan saya berhenti. dan berfikir sejenak.

"kenapa? mengapa? bagaimana? bila? berapa? siapa?" dan macam macam lagi soalan muncul dalam benak..
Jawapannya hanya satu,


"Apakah kamu mengira bahawa setiap orang beriman itu tidak akan diuji?"

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


Masalah masalah ini membuatkan saya sedar, punca masalah masalah itu..
Ya, semestinya Allah yang mendatangkan masalah itu, mengatur, merancang perjalanan hidup kita.. Tak, saya tak kata "Allah lah yang buat hidup saya bermasalah macam ni". Tidak! Tetapi apa yang ingin saya katakan ialah, Allah merancang perjalanan hidup saya, dan menyelitkan permasalahan di situ. Dan masalah itu adalah tanda kerinduan-Nya untuk mendengar rintihan si hamba dan untuk menguatkan saya. Itulah puncanya.. saya perlu dekatkan lagi diri dengan Allah :)

Lagi satu, datangnya masalah untuk menguji dan menguatkan. Sama ada dengan kemunculan masalah itu seseorang itu akan menjadi lebih lemah atau kuat. dan terbukti.. saya lemah. Setelah sekian lamanya saya diuji.. saya gagal. Kini ujian itu datang untuk kali kedua, untuk menguji dan menguatkan lagi diri saya. Saya takut saya akan tewas untuk kali kedua.

Punca saya tewas dalam ujian itu pada mulanya ialah, lemahnya iman. Baru saya sedar. Iman saya rapuh, lemah. Sebab tu saya mudah putus asa, kecewa, tewas. Astagfirullah.


"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah"

image
"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2 : 153)


Sungguh, disebalik sesuatu pasti ada hikmah.

Maka, misi 'top-up iman' akan segera dilancarkan! Apa guna setiap hari duk menghadap buku Top-Up English kalau iman kita tak pernah nak top-up top-up? SPM pun SPM juga, jangan lupa Si Pemberi Result SPM iaitu Allah.

Selamat tahun baru. Selamat berazam baru. Selamat berubah! :)
Assalamualaikum

Friday, January 4, 2013

Ku Berlari - Firdaus ft Cat Farish & Akbar


Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu
Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan
Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati
Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi..
Berlari...

Lagi ni ada kat playlist di atas. Try lah dengar eh~ oh & hayati maksud disebaliknya ^^

It's 2012 and 2013!

Assalamualaikum.

So, it's 2013 already... dan latest post saya ialah pasal wafa. bermakna............. dah terlalu lama saya tak main blogging. hehe. sebenarnya takdelah mana mana pun. tapi bagi saya itu dikira lama.

Padahal banyak je benda yang saya nak cerita. Siap buat draft tajuk lagi. Belambak oo. Tapi disebabkan cuti haritu tak cuti pun sangat, jadi idea idea tu semua pun berterbangan hilang~ tata! manakala sebab yang lagi satu ialah..  sebab post Wafa. HAHAHAHAHA. Ni semua sebab post panjang gila berjela jela ala esei universiti punya pasallah ni. muahahaha. Habis hilang terus segala mood dan idea nak post untuk lebih kurang setengah bulan. har har har. Tapi bagus jugak sebenarnya bila mood tu hilang.. sebab saya tak boleh nak buat post dalam keadaan 'feelingless' :P  lagipun tahun ni kene fokus untuk SPM hmm.. kita mestilah beremosi dalam setiap post, supaya setiap orang yang baca pun akan feeling sama. lol. HAHAHAHA. takdelah.. 

Actually, sebenarnya, for your information, saya nak sangat sangat sangat sangat sangat buat post pasal lawatan kelas Bio ke Hutan Paya(Perak), lawatan kelab masakan ke Cameron Highland & lawatan kelas 4 Salahuddin Al-Ayubi ke Melaka. Sangat sangat sangat nak buat. Walaupun dah basi dah pun cerita tu. Sebab kalau boleh, saya nak rakamkan setiap kenangan saya sepanjang hidup kat blog ni. Lagi lagi bila saya tak ada kamera. At least boleh lah saya ingat setiap apa yang berlaku waktu zaman sekolah menengah dulu.. segala kenangan, memori.. Sebab tu saya sanggup tulis berjela jela panjangnya post pasal wafa. Sebab saya tahu, suatu hari nanti saya akan rindu untuk ingat semua kenangan kenangan tu.

Ahah! dan rasanya, cuma saya seorang sahaja yang pergi kesemua lawatan lawatan tu dan wafa. HAHAHAHAHAHA. cuti sakan oh~

Ah, sebenarnya boleh je kalau saya nak buat tiga tiga post tu sekarang. Saya ada gambar gambar dia dalam phone abang saya. Masalahnya..... MASALAHNYA, wayar usb tu mengada nak rosak time tu jugak ades..

Cuti ni serious cuti paling best sekali! Sebab sambil menyelam minum air~ Melawat sambil belajar sambil bercuti! yeay~ 3 in 1~  Yang bestnya bila kita cuti dengan kawan kawan. Sebab tu kalau boleh setiap program anjuran sekolah saya tak nak miss. Kenangan tu. Sambil bercuti dapat eratkan silaturrahim, dapat tambah ilmu~ ^^

Anyway, this is my Azam for 2013
1. Banyakkan puasa sunat. (diet diet! hahaha :P)
2. Banyakkan solat malam
3. Dapat tambah at least 2 juzuk untuk 1/2 tahun ni
4. Dapat urus masa dengan sebaiknya
5. Study setiap minggu
6. Siapkan kerja on time
7. Fokus on SPM! (no play play~ :P)

Bila baca balik, tak nampak macam azam pun sebenarnya kan? hehe. oh, dan insyaAllah, saya akan deactivate segala akaun saya by bulan 6. eceh, demi menunggu wish pada 11 haribulan 5 lol. hahahahaha. jangan lupa birthday saya! hehe. lambat sangat ke? saya pasti ada lagi budak form 5 tahun ni yang lambat deactivate fb tahun ni eheh. time PMR pun ada yang siap bukak fb lagi. haha

Anyway, selamat tahun baru! Semoga tahun ni lebih baik dari tahun tahun sebelumnya! Ianya bergantung pada anda. Hadapilah segala ujian hidup ini dengan tenang dan banyakkan bersabar. Peringatan buat diri ini juga :) 

Marilah kita sama sama buka buku baru pada tahun baru ini. Eh, eh, bukan muka buku laa. Buku novel pun bukan bukan. Lembaran baru~ Buku teks.. hahaha. Takdelah, hidup baru la maksudnya. haha. macam korang ni tak faham je :P







InsyaAllah kalau ada masa saya akan cuba post pasal kelab baru~ 5 Suhaib Ar-Rumi


 
2013. A new year. A new beginning. New challenges. Same journey. Life still goes on :)