"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Sunday, January 6, 2013

Perjalanan Masih Panjang

This. New Year. A new beginning. To create a new ending......

Anda tahu? anda tahu? taak, anda tak tahuu. sila geleng kepala sekarang.... ha ha ha
haisyh...... tahun baru, muncul satu benda yang baru. satu masalah baru. Sama macam tahun lepas. dah la orang baru set azam. tiba tiba nak jugak memunculkan diri dalam hidup orang.

Maka, bila masalah ini menimpa saya, muncul dalam hidup saya, mengejar saya.. ia membuatkan saya berhenti. dan berfikir sejenak.

"kenapa? mengapa? bagaimana? bila? berapa? siapa?" dan macam macam lagi soalan muncul dalam benak..
Jawapannya hanya satu,


"Apakah kamu mengira bahawa setiap orang beriman itu tidak akan diuji?"

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


Masalah masalah ini membuatkan saya sedar, punca masalah masalah itu..
Ya, semestinya Allah yang mendatangkan masalah itu, mengatur, merancang perjalanan hidup kita.. Tak, saya tak kata "Allah lah yang buat hidup saya bermasalah macam ni". Tidak! Tetapi apa yang ingin saya katakan ialah, Allah merancang perjalanan hidup saya, dan menyelitkan permasalahan di situ. Dan masalah itu adalah tanda kerinduan-Nya untuk mendengar rintihan si hamba dan untuk menguatkan saya. Itulah puncanya.. saya perlu dekatkan lagi diri dengan Allah :)

Lagi satu, datangnya masalah untuk menguji dan menguatkan. Sama ada dengan kemunculan masalah itu seseorang itu akan menjadi lebih lemah atau kuat. dan terbukti.. saya lemah. Setelah sekian lamanya saya diuji.. saya gagal. Kini ujian itu datang untuk kali kedua, untuk menguji dan menguatkan lagi diri saya. Saya takut saya akan tewas untuk kali kedua.

Punca saya tewas dalam ujian itu pada mulanya ialah, lemahnya iman. Baru saya sedar. Iman saya rapuh, lemah. Sebab tu saya mudah putus asa, kecewa, tewas. Astagfirullah.


"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah"

image
"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2 : 153)


Sungguh, disebalik sesuatu pasti ada hikmah.

Maka, misi 'top-up iman' akan segera dilancarkan! Apa guna setiap hari duk menghadap buku Top-Up English kalau iman kita tak pernah nak top-up top-up? SPM pun SPM juga, jangan lupa Si Pemberi Result SPM iaitu Allah.

Selamat tahun baru. Selamat berazam baru. Selamat berubah! :)
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment