Assalamualaikum.
So, it's 2013 already... dan latest post saya ialah pasal wafa. bermakna............. dah terlalu lama saya tak main blogging. hehe. sebenarnya takdelah mana mana pun. tapi bagi saya itu dikira lama.
Padahal banyak je benda yang saya nak cerita. Siap buat draft tajuk lagi. Belambak oo. Tapi disebabkan cuti haritu tak cuti pun sangat, jadi idea idea tu semua pun berterbangan hilang~ tata! manakala sebab yang lagi satu ialah.. sebab post Wafa. HAHAHAHAHA. Ni semua sebab post panjang gila berjela jela ala esei universiti punya pasallah ni. muahahaha. Habis hilang terus segala mood dan idea nak post untuk lebih kurang setengah bulan. har har har. Tapi bagus jugak sebenarnya bila mood tu hilang.. sebab saya tak boleh nak buat post dalam keadaan 'feelingless' :P lagipun tahun ni kene fokus untuk SPM hmm.. kita mestilah beremosi dalam setiap post, supaya setiap orang yang baca pun akan feeling sama. lol. HAHAHAHA. takdelah..
Actually, sebenarnya, for your information, saya nak sangat sangat sangat sangat sangat buat post pasal lawatan kelas Bio ke Hutan Paya(Perak), lawatan kelab masakan ke Cameron Highland & lawatan kelas 4 Salahuddin Al-Ayubi ke Melaka. Sangat sangat sangat nak buat. Walaupun dah basi dah pun cerita tu. Sebab kalau boleh, saya nak rakamkan setiap kenangan saya sepanjang hidup kat blog ni. Lagi lagi bila saya tak ada kamera. At least boleh lah saya ingat setiap apa yang berlaku waktu zaman sekolah menengah dulu.. segala kenangan, memori.. Sebab tu saya sanggup tulis berjela jela panjangnya post pasal wafa. Sebab saya tahu, suatu hari nanti saya akan rindu untuk ingat semua kenangan kenangan tu.
Ahah! dan rasanya, cuma saya seorang sahaja yang pergi kesemua lawatan lawatan tu dan wafa. HAHAHAHAHAHA. cuti sakan oh~
Ah, sebenarnya boleh je kalau saya nak buat tiga tiga post tu sekarang. Saya ada gambar gambar dia dalam phone abang saya. Masalahnya..... MASALAHNYA, wayar usb tu mengada nak rosak time tu jugak ades..
Cuti ni serious cuti paling best sekali! Sebab sambil menyelam minum air~ Melawat sambil belajar sambil bercuti! yeay~ 3 in 1~ Yang bestnya bila kita cuti dengan kawan kawan. Sebab tu kalau boleh setiap program anjuran sekolah saya tak nak miss. Kenangan tu. Sambil bercuti dapat eratkan silaturrahim, dapat tambah ilmu~ ^^
Anyway, this is my Azam for 2013
1. Banyakkan puasa sunat. (diet diet! hahaha :P)
2. Banyakkan solat malam
3. Dapat tambah at least 2 juzuk untuk 1/2 tahun ni
4. Dapat urus masa dengan sebaiknya
5. Study setiap minggu
6. Siapkan kerja on time
7. Fokus on SPM! (no play play~ :P)
Bila baca balik, tak nampak macam azam pun sebenarnya kan? hehe. oh, dan insyaAllah, saya akan deactivate segala akaun saya by bulan 6. eceh, demi menunggu wish pada 11 haribulan 5 lol. hahahahaha. jangan lupa birthday saya! hehe. lambat sangat ke? saya pasti ada lagi budak form 5 tahun ni yang lambat deactivate fb tahun ni eheh. time PMR pun ada yang siap bukak fb lagi. haha
Anyway, selamat tahun baru! Semoga tahun ni lebih baik dari tahun tahun sebelumnya! Ianya bergantung pada anda. Hadapilah segala ujian hidup ini dengan tenang dan banyakkan bersabar. Peringatan buat diri ini juga :)
Marilah kita sama sama buka buku baru pada tahun baru ini. Eh, eh, bukan muka buku laa. Buku novel pun bukan bukan. Lembaran baru~ Buku teks.. hahaha. Takdelah, hidup baru la maksudnya. haha. macam korang ni tak faham je :P
InsyaAllah kalau ada masa saya akan cuba post pasal kelab baru~ 5 Suhaib Ar-Rumi
2013. A new year. A new beginning. New challenges. Same journey. Life still goes on :)
No comments:
Post a Comment