"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Saturday, December 23, 2017

Kerja & Kerehatan

"Rasa macam...
teruk je performance sem ni
Rasa mcm hanyut, hampir tenggelam dalam masalah sendiri...
Nak lari dari masalah
Malas nak fikir.."




......................................................................................................................................




Kau tahu apa masalahnya?


SATU,
Kau lupa, bebanan kau dah bertambah,
dan akan terus bertambah



DUA,
Amal kau ke laut.
Amal kau yg sedia ada dah tak mampu lagi untuk menampung bebanan yg dah bertambah tu

Untuk itu,
Hubungan kau dengan sumber kekuatan pun perlu semakin kuat,
Allah

Tarbiah Dzatiah kena meningkat.
Baca banyak sikit buku, bagi faham.



TIGA,
Kau terlupa satu benda lagi..


"Ikhwah, kerehatan kita ada pada solat.."

"Dijadikan kerehatanku pada solat.."

"Nabi setiap kali ada masalah, dia pergi solat"


Kau lupa untuk "betul-betul" berehat..
Definisi rehat seorang Mukmin = Solat

Di mana hatimu di dalam solat?
Adakah khusyuk dlm berkomunikasi dgn-Nya hingga perhatianmu pada dunia seakan-akan hilang?
Atau adakah sambil "berehat" sambil fikir masalah dunia?


Sedangkan solat itu padanya kerehatan yang saaaaaaaaaaaangat besar.
Apatah lagi qiamullail.

Kerehatan spiritual dan emosi.
Tempat kebangkitan semangat.
Kerehatan yang tak kau peroleh di tempat lain.

Tempat kau curahkan segala masalah kau yang takkan difahami sepenuhnya oleh siapapun.
Kerana dari kerehatan itu, kau peroleh kekuatan yang luar biasa drpd Yang Maha Kuat.



...............................................................


Tapi kau abai semua tu,
Mana tak lemah,
Mana tak hanyut,
Mana tak..





hilang




Kerana apa yang kau ada, yang kau biasa buat selamat ni, dah tak cukup untuk tampung bebanan yg semakin banyak tu.


Sebab tu kau semakin melemah
Semakin hilang semangat




Dah tiba masanya,
Dah tiba masanya,

Untuk kau perbaiki niat,
Perkemas matlamat hidup,
Dan fokus semula utk perbaiki hubungan kau dengan Tuhan



Ikhlas & enjoy the process :'






إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yg Ada pada suatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yg Ada pada mereka"
[ 13 : 11]

Friday, December 22, 2017

Hidup & Kahwin ; Tujuan yang sama

Terima kasih pada masa,
Yang membuatkan aku membuka mata,
Yang mematangkan aku
Tentang hakikat,

Bahawa hidup ini signifikannya hanya satu,
Iaitu penghambaan pada-Nya

Hidup ini tidak lain tidak bukan,
Seluruhnya adalah tentang kau & Tuhan

Tentang mengesaakan-Nya.


إن صلاتي ونسوكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah utk Allah, tuhan sekalian alam.
[ Al-An'am : 162 ]



Apa yang aku maksudkan adalah,
Apa tujuan kau solat?
Untuk beribadah

Kenapa belajar?
Sebab ibadah

Kenapa makan?
Sebab ibadah


Kenapa berkahwin?
Sebab kebiasaan manusia?
Sebab itu adalah langkah seterusnya selepas belajar?

Tidak.
Tetapi untuk tujuan beribadah kepada Allah.
Itu tujuan utamanya.
Mencari bahagia, itu adalah makmumnya.


Coz the reason why you are created, at the first place, is to worship Him.
And the whole life that is given to us are meant to be ibadah (act of worship)

All of it!



And do you know what?
Even if we end up not getting married,
It doesn't mean that our life is not perfect..
Or, our life goal are not accomplished
Because our life will only be fully completed with Allah in it.
And our ultimate life goal is to worship him.
Your spouse is just a means of life companion, support for you to worship Him better


"Kesempurnaan kita berasal dari Tuhan dan dari hubungan kita dengan-Nya. Namun sejak saat kita masih kecil, sebagai perempuan kita diajarkan bahawa kita takkan pernah utuh sampai seorang lelaki datang untuk menyempurnakan kita. Seperti Cinderella, kita diajarkan bahawa kita tidak berdaya kecuali seorang pangeran datang untuk menyelamatkan kita. Seperti seorang Puteri Tidur, kita diberitahu bahawa hidup belum sepenuhnya dimulai sampai Pangeran Tampan mencium kita. Tapi ada satu hal: tidak ada satu pangeran yang dapat menyempurnakan anda. dan tidak ada kesatria yang dapat menyelamatkan anda. Hanya Tuhan yang bisa."

-Reclaim Your Heart, Yasmin Mogahed



Just look at how Maryam and Asiah's life that were not affected by the absence of spouse or even by the existence of a cruel husband.

Same goes to prophet Nuh and prophet Lut
whom their Iman are not affected by the existence of their disbelieving spouse.



How this worldly life is actually a means of worship.
And because of the fact that life is all about worshipping Him, we must prepare and do our best for everything we pursue, be it study, marriage, ibadah, etc..

So that we can make the best, in every single part of our "Life of Worship"


And in the end, life is all about you & your God.
Nothing else matters much more than it.




Remember that.













Persoalannya adalah ; Kau dah bersedia ke?

Tuesday, November 21, 2017

Reality and Memory

The memory is still there

Thou the reality today is so much far away from those memories back then

But still...
remaining in my mind through all the years.

Although there are though times and busy weeks and months,

Eventually..
It still remain stuck in my head






Friday, November 17, 2017

Difficulty and Ease

Salam...


Currently in the middle of week 9 and week 10 of 2nd year 2nd semester(bahasa mudahnya ; 4th semester in degree)

and currently writing here bcoz...........


so many things needed to be settled up,
and here i am
again,
every end/beginning of the week,
i'm stuck...

trying to sort things out but most of the time ended up only manage to sort things out
on the early days of the new week.


takleh tulis banyak
coz there's still many work to get done tho



Self reminder :


For indeed, with hardship [will be] ease.


Indeed, with hardship [will be] ease.



Within difficulties will there be ease.


Kenangku dalam doamu please
#Mohon Doa

Sunday, October 22, 2017

buku

sekarang ni..


rasa macam nak sangat menulis pulak.
nak hasilkan karya sendiri..




sebab bila fikir balik..

sayang tak gunakan pengalaman tu sebagai alat untuk berkarya..

pengalaman yang pernah aku rasa.
mungkin ada yang melalui apa yang aku lalui..
mungkin ada yang merasai..

mungkin juga ada yang tidak.
bahkan mungkin tak pernah terlintas ada manusia yang pernah melalui pengalaman sebegitu.



lagipun..

pengalaman tu mungkin tak akan datang lagi.
mungkin hanya sekali aku rasai.

atau mungkin, akan datang lebih berliku.


yang pasti,
aku nak bukukan memori tu,

gejolak emosi dan perasaan waktu tu.
segala apa yang terbuku di hati, dan yang bermain di fikiran..



pengalaman yang aku rasai suatu masa dulu,
tak bermakna aku akan dapat ingat kembali rasa tu


kadang ia hilang terus
sehingga aku lupa kepedihan, kegembiraan yang pernah aku rasa.












pengalaman yang sangat mahal
walau pedih












doakan :)

Tuesday, October 17, 2017

kecewa

Kecewa kan?

Bila kita cuba nak mengadu masalah kita,
orang tak memahami.

Bila kita cuba luah apa yang kita rasa,
orang tak layan sangat pun

Bila kita cuba untuk cerita,
orang tak faham..

dan memang tak akan dapat faham..
keseluruhan hidup kita




padahal.................










kita ni punyalah jenis orang yang bukan senang nak open up bercerita dengan orang..






dan bila dah rasa macam tu,
baru lah teringat Tuhan..

menangis, mengadu, bercerita pada Dia..




dan itu yang buat aku sedar lagi dan lagi.
hanya Allah yang Maha Mendengar.
hanya Dia yang Maha Mengetahui segala isi hati.
hanya dia yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata.

Hatta sehelai daun gugur ke bumi pun dalam pengetahuan-Nya.
apatah lagi lintasan hati kita



chill. Allah kan ada :')
He Knows..........
every single thing <3







Monday, July 31, 2017

me & lil siblings growing up

tadi,

saja tengok gambar lama parents & family dalam laptop..

tiba-tiba terasa sebak pulak tengok..
tengok muka mak ayah senyum..
tengok gambar adik-beradik beberapa tahun dulu..
mungkin gambar tu ada yang dah cecah 10 tahun..

sebelum-sebelum ni, kalau tengok gambar family takde pun nak sedih
tapi yang ni mungkin sebab terperasan,
betapa beza gambar 2, 3 tahun lepas dengan sekarang
even 1 tahun pun rupanya banyak beza! T_T
how big my little brothers and sister are now..

well, not little anymore..

banyak benda berubah dalam tempoh tu..
perubahan banyak berlaku, start semenjak zaman saya form 4
waktu tu, abang atas saya dah kahwin..
next year tu pulak, 2 kakak kahwin serentak..

lepas daripada tu..
saya masuk uni, dah dah mula sibuk dengan uni life..
sekarang.. baru saya sedar betapa banyaknya perubahan yang berlaku...

i mean,
dlm 2 tahun lepas, kecik je adik adik aku ni
tiba tiba dah besaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrr T_T
dah takde dah 'little' brothers & sister

even bila nak letak hanger kat baju pun, dah tak guna hanger kecik saiz budak budak dah untuk diorang...

huwaaaa, tak boleh lah..
tahun ni rasa macam sedih je sebab baru sedar diorang semua dah besaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaar
cara diorang fikir, dll pun, nampak lah, bukan budak kecik yang mcm dulu dah..
yang comel, yang innocent..

haaaaaaa ni dah kenapa dah gaya macam kakak sulung pulakkk
sebab saya selalu perasan orang yang selalu macam cerita/post pasal adik-beradik diorang ni biasanya anak sulung.. sebab dia nampak la kot eh perkembangan adik-adik dari kecik ke besar..

saya ni bukanlah jenis yang macamtu, tapi bila dah macam ni baru lah terasa macam ada feeling of 'kakak' tu..
haha dah la tu asyik cakap pasal benda benda ni je. 'kakak', 'matang', 'besar'... haha



btw, dah masuk 20-an, fasa dewasa ni, terasa lah pemikiran ni menuju ke arah kematangan sikit..
dan dah macam terasa aura darah muda tu.. haha
sebab sekarang ni asyik rasa tak puas hati dengan something, dan selalu mempersoalkan kenapa macamtu, bukan ke sepatutnya macam ni? (tapi yang ni dalam fikiran je lah, tak keluar pun sbb masih cuba menahan emosi yang membuak-buak tu, takut kalau ikutkan sangat, salah cara bila nak menyampaikan)


lepas peristiwa sebak tadi tu..
tiba-tiba rasa macam ada secebis kesedaran untuk berubah..
ubah diri jadi lebih matang..
lebih berdikari..
lebih jelas dan fokus pada matlamat hidup..
lebih bermanfaat pada semua..
bukan yang malas macam sekarang ni..
(actually dia bukan lah isu malas sangat pun tau, dia sebab benda lain.... - takleh nak brain apa sebabnya since dah tengah malam macam ni haha hmmm)


actually mmg nk ubah diri jadi lebih better..
tapi keazaman macam dulu tu takde..
tak tahu mana nak cari..
mana nak dapat..

dulu lepas SPM, entah macamana keazaman untuk berubah tu tinggi, sampailah alhamdulillah, dapat ubah diri ke arah yang lebih better sikit



sangat sangat perlukan doa, supaya keazaman tu datang balik & kesedaran tu datang supaya dapat istiqamah dalam improving diri sendiri :')


dan of course, it should start with myself...


"Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves."  [ar-Ra'd : 11]


should try my best.





yes, time do play role..
as time passes by,
we get to experience many things
and become more matured..

as time passes by,
may all of us become more matured by time,
through our experience of facing all those challenges in our life

cause time + the way we face things affects our maturity



rasanya tadi tiba-tiba sebak salah satu faktornya sebab dah masuk atau hampir pukul 12 malam.. so tiba tiba je mengalir air mata..


Image result for hombre con los brazos abiertos
moga diri ni jadi orang yang berguna untuk ummah..


mohon doa :')

Tuesday, July 4, 2017

Ramadhan, Raya at 21

Bismillah.






hari ni dah menginjak 21 tahun, 1 bulan, 3 minggu 3 hari
haha. tajuk pasal umur lagi..

kalau tahun lepas post sbb terasa mcm dah menginjak ke umur yang orang kata 'besar'..
tahun ni sbb terasa macam 'matured' sikit haha



Raya baru ni lah terasa macam besar sikit.
banyak sebab..


kalau tahun lepas, saya perasan cousin perempuan(semuanya pangkat adik) semua macam dah tak layan saya. maksud saya, macam tak masuk la..
waktu tu saya rasa macam, "eh, am I that old?"
(jap, jap. kenapa rasa mcm dah cerita benda ni dlm post lepas? xD  okay abaikan)
sebab biasanya macam okay je. main sama sama je lagi (tengok lah tu, dah besar panjang pun jiwa kebudak-budakan dia tak habis habis lagi haha)

tahun ni, dah sedia dgn benda tu sbb macam hmm yelah terima lah sikit diri ni dah besar..
tapi rupanya tahun ni bukan diorang je, tapi even adik-adik sendiri pun macam dengan diorang-diorang jeeeeeeee
(dalam hati : hei bukan kita berlima ke, kenapa berempat je ambik gambarrrrrrr)

haha tapi takdelah rasa sgt.. tak tahu lah tahun depan macamana T T
sedih pulak rasa bila dah makin besar ni hmm.
sebenarnya bila jadi camtu baru perasan, maybe sbb tu lah sblm ni diorg lebih banyak cakap dgn djah(adik bwh saya) drpd saya.... sbb gap umur. tapi saya tak lah tua sangat = ='  & the gap is not that wide (haha nak jugak menang)


ha lepastu, tahun ni orang tanya soalan pasal umur / masih sekolah ke uni..
biasa orang tak tanya, eh mcm tak pernah tanya..

sbb biasa raya ramai ramai kan..
ni bila dah 3 orang kahwin, nampak la makin sikitnya..
tapi pelik lah sbb pernah 1 tahun dalam tempoh 4 tahun ni yang kitorg beraya macamni jugak.. tapi takdelah ramai orang tanya ke apa pasal umur.. (sebenarnya saya pun mcm dah tak ingat raya tahun tu yang mana satu haha)

so raya tahun ni affected sikit bila orang tanya pasal umur..
sbb bila tau kita uni, tak dapat duit raya!
hahahaha takdelah bukan sbb tu pun. serious tak kisah sgt (konon dah matang hahaha. eh tp serius lah tak kisah sgt pun)
sebenarnya bila tanya mcmtu saya terfikir, adakah sbb muka saya nampak mcm matured 'sikit' / adik semua dah besar / gaya tudung ?

tak tau laaaaaa.

pasal duit tu, waktu lepas SPM dulu, kalau kawan post kt mana-mana pasal tak dpt duit raya, saya selalu pelik kenapa.. tak faham sbb saya dapat je duit raya sentiasa haha. sampai ke harini pun dapat lagi, unless orang tu tanya Uni/sekolah (tapi 2-3 je yg tanya pun sbb kitorg je yang besar tp belum kahwin haha)
lepastu, tahun ni baru lah faham relationnya hahahaha. i feel it haha


ha lepastu sebab tahun ni pun semua dah besar. tangkap gambar pun kelakar je. semua yang perempuan tinggi lebih kurang. lelaki dah besar besar kecuali yang last tu (tahun depan hmmmmmm besar mana lah agak agaknya)
dah tu bila beraya semua cakap "dah besar besar semua". pastu tanya mana Aica(adik bongsu)?
(dalam hati : oh yang bongsu je eh orang ingat nama :P )

lepastu part yang paling buat saya sedih bila dengar dialog ni..
pakcik/makcik : "besar-besar dah semua"
ayah : "nanti, 5 tahun lagi dah takde dah, semua besar-besar dah"

"............................................."

bila ayah saya cakap mcmtu rasa mcm........ baru tersedar..
betul lah saya dah besar..
it's already 4 years since i left school..
betul lah semua dah besar..
yang sekolah menengah tinggal 2, form 3 & 5
sekolah rendah sorang, darjah 6..

betul lah, 6 tahun lagi(6 tahun sepatutnya) semua dah besar
dah takde adik yang sekolah...
tinggal 3 adik yang sekolah tu dah masuk uni semuanya T T
dan waktu tu yang kat al-amin, anak sedaraaaa T T
waktu tu, mungkin saya sendiri dah ada anak dah pun.... (dah besarrrrrrrrr)

lepas dengar dialog tu, rasa sedih pulak...


tambah tambah, bila orang duk cakap topik kahwin huuuuuuuuuuuuu

Makcik : "ha lepas ni siapa pulak kahwin, nnti boleh lah turun KL. tu lah tiket nak pegi KL" *ketawa*
Adik f5 : "ni, ni" *tunjuk tunjuk kat saya*
(dalam hati : err ada lagi sorang abang yang tak lepas lagi, bagi can lah kat dia.. sian dia  #prayforhim)

time cakap pasal kahwin lagi sedih sbb sekarang ni pun raya ber'enam' (me & adik beradik) pun rasa mcm ada yang kurang.. apatah lagi dah kahwin nnti T T
dulu ingat lagi, naik kereta estima tu berhimpit la semua orang haha. bila tangkap gambar, penuh gambar dengan semua orang.
skrg ni semua mostly dah besar, so sorang satu seat pun rasa sempit hahaha



pasal Ramadhan pulak..


Ramadhan kali ni saya perasan saya lebih serious kejar makcik Laila (Lailatul Qadr haha) walau semangat datang lambat dan planning Ramadhan pun lambat.. tp alhamdulillah better lah overall.
walau ada je aspect yang kurang sikit huhu


Lepastu Ramadhan ni awal awal tu kakak duk rumah 2 minggu sbb cuti sekolah kan, lepastu dia pulak rajinnya lah memasak padahal pregnant #thankzsistur
lepastu dia balik tu, tiba tiba saya memasak.. (walau sbb kena suruh dgn kakak, tp not bad hmmm haha)

walaupun sebenarnya........... (ada satu insiden yang saya buat yang.... tak boleh cerita kat sini sbb nnti takde orang nak buat menantu lol hahahahaha *gelak guling guling keluar air mata*)
okay boleh abaikan hehe
so macam hmmm ada lah sikit sense of being "kakak" kat situ hehe



Oh ni cerita raya dengan kawan sekolah <3


Raya kali ni lama sikit & mcm tak jumpa ramai sangat orang walau dah banyak rumah pergi sbb balik raya pertama ooh lupa nak cerita pasal cerita balik kg.

29 Ramadhan

lepas subuh, pukul 7am bertolak dari rumah.. kitorang ramai ngantuk so tidur dalam kereta.. dalam perjalanan macam biasa terbangun sikit sikit *macam terdengar mak sebut "shh shhhh"*. *malas dan sambung tidur*

berhenti kat R&R, saya terbangun dan dengar mak sebut "shh shhh" sblm keluar kereta.
me : *tengok kanan, nampak kereta jam kat jalan yang nk pegi ke arah opposite dengan kitorg*

tanya ayah "kenapa jalan nak pegi KL tu jam?"
Ayah jawab dengan selambanya "yang nk pergi Terengganu yang jam tu"
"hah? pa cuba tgk sana tu. jalan tu lah. kan kita yang nk pegi Terengganu?"
Ayah "ye, mmg jalan situ yang jam. diorang nak pegi Terengganu..."
"hahhhhhhhhhh?! kenapa kita patah balik?"
"jam teruk sangat tempat yang boleh sampai 20 minit jadi 2 jam setengah so patah balik"

Mak masuk kereta lepastu ketawa
*sampai rumah*
Ayah "sampai dah, bangun semua"
adik f3 *bangun bangun nampak dinding putih. tengah pelik*
*gelak*

sedih jugak lah, 1st raya kt KL lagi hahaha(jarang raya KL/1st raya kt KL)


7 Syawal/1 Jun, Sabtu

plan nk tumpang geng Keramat pegi beraya kat Open House Syafiqah kat area Sri Gombak since dia drive & alang-alang lalu. plan nk sampai rumah tu pukul 3ptg

sebelum pukul 3 diorang kata lambat sikit. so tunggu. mesej Bii tanya diorang dah ambik dia belum (sbb dia kat WWM). beberapa kali mesej, diorang dah ambil Bii & tgh cari makan. 2, 3 kali jugak Izzah call tanya kat mana sbb dia kena balik Sepang haha kesian betul.

2 hours later.... baru ambik saya & sampai open house sbb Sushi King lambat ngat hmmm. waktu diorang sampai depan rumah, tersengeh sengeh sbb lama tak jumpa heee. lepastu Ummu peluk sbb dah lama tak jumpa haha omoo  :O
sampai sana terus tangkap gambar sebelum masuk sbb Izzah & Husna dah lama sampai & tunggu kitorang dan dah nak balik. Disebabkan lambat sampai, Shila Amzah dah balik so tak jumpa (haha saje nk tulis jugak nnti dah besar lupa). lepastu ada lah nampak penasyid UNIC tp kitorg biasa je takde lah nk bergambar ke apa haha

kitorg makan, borak, selfie. haha lama jugak lah tak jumpa diorang serious. sampai tak ingat bila last jumpa xD tahun lepas kot..
lately ni sejak tahun bila tah asyik susah tak dapat nak jumpa diorang sbb ada prog la apa la huuuu.
lepastu diorang kata saya makin kurus hahah tak tau betul ke tak sbb dah 2x kali perasan orang cakap kurus bila pakai jubah tu..
tapi kalau nak cakap kurus pun hmmmmmmm, mcm tak je walaupun turun 4kg Ramadhan haritu sbb makan supplement xD   hahaha sorry saya bukan nk iklan, cuma lately nk rajin nk sihatkan badan huehue.

Ramadhan baru ni pun plan iktikaf, tapi diri sendiri tak dapat join sbb sakit hmmm. hanya mampu suggest moreh ais krim kelapa je haha (eh tapi 100rius ais krim tu takleh resist! #LimitedEdition)

lepas ni plan nk pegi Bagan Terap. nak pegi sana. nak sawah, nak kampung. i mean, suasana yang mmg 'kampung'. sedih bila tanya ayah dia terus kata tak boleh. sbb dia kata tu jawapan standard, kalau nk jawapan yes kena spesifik adoi. dia patut tanya detail lagi huehue. *mati terus niat nak pegi sana buat sementara*  tapi nnti nak tanya lagi.

berharap dapatlah ziarah raya walau balik hari hmmmmmmmmmmmm :(
tapi, tapi........
tak tau Aqilah dapat join ke taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak





hmmmmm

entah lah saya rasa macam aura matang mula datang......................................... hahaha
pemikiran pun mula matang.
muka.... hmmmmmmmmm Bii (Nabihah) cakap saya sorang tak membesar hahaha
tapi ada lah masa masa jerawat naik sbb makan suplement, oh eye bag pun dah ada, bawah mata hitam hmmmmmmmmmmmmmmmmm macamtu lah haha #StudentLife


such big changes in a year! T T
semua adik dah besar
saya pun makin matang huhu







#prayforAqilah
#prayformybrothersemogadapatjpodohyangterbaik #kahwincepat
#semogadapatpegiBaganTerapamin


hahaha. pattern blogging sekarang, setahun 2, 3 kali, dan panjang panjang pulak ke? haha

Sunday, May 21, 2017

exam lusa..

tapi masih banyak lagi tak baca..

sedangkan ada banyak masa..




lately ni selalu rasa lemah, sedih memanjang..

study pun ke laut




tadi cuba study, tapi agak slow

sebab masih tak dapat berhenti dari fikirkan benda tu..



dengar lagu pun...

makin lembik



.............................................................................................................................



pegi bukak fb kejap,

*scroll sikit*

terjumpa satu status pasal lagu..





so sajalah buang masa nk baca..

"saya kurang gemar lagu/nasyid mendayu-dayu. Or tema cinta. Or lagu bising-bising. Even nasyid pun, kadang rasa meluat jugak. Huhu. Mungkin banyak sangat dengar lagu cinta buat jiwa pemuda jadi fragile? I don't know. Nampak cinta tu sweet memanjang je. Maybe. Huu."





habis baca,

baru tersedar..



memang pun, lately ni banyak dengar lagu yang buat diri makin lemah.....

dah tau tengah ada masalah, lg tambah masalah





penulisan yg simple.

tapi saya terkesan.







saya akui, semenjak dua menjak ni mmg pesen lagu yg saya dengar banyak berubah.,..

kalau dulu aku lah yg tak suka, sekarang aku pulak yg makin suka...

astaghfirullah T T










sebenarnya aku yang melemahkan lagi diri sendiri....

terima kasih sebab sedarkan





"At the end, anda yang mencorakkan hidup anda. You are what you read, what you listen."





Masa utk bangkitkan semangat!



sebab Allah tahu kau mampu :')