"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Saturday, December 23, 2017

Kerja & Kerehatan

"Rasa macam...
teruk je performance sem ni
Rasa mcm hanyut, hampir tenggelam dalam masalah sendiri...
Nak lari dari masalah
Malas nak fikir.."




......................................................................................................................................




Kau tahu apa masalahnya?


SATU,
Kau lupa, bebanan kau dah bertambah,
dan akan terus bertambah



DUA,
Amal kau ke laut.
Amal kau yg sedia ada dah tak mampu lagi untuk menampung bebanan yg dah bertambah tu

Untuk itu,
Hubungan kau dengan sumber kekuatan pun perlu semakin kuat,
Allah

Tarbiah Dzatiah kena meningkat.
Baca banyak sikit buku, bagi faham.



TIGA,
Kau terlupa satu benda lagi..


"Ikhwah, kerehatan kita ada pada solat.."

"Dijadikan kerehatanku pada solat.."

"Nabi setiap kali ada masalah, dia pergi solat"


Kau lupa untuk "betul-betul" berehat..
Definisi rehat seorang Mukmin = Solat

Di mana hatimu di dalam solat?
Adakah khusyuk dlm berkomunikasi dgn-Nya hingga perhatianmu pada dunia seakan-akan hilang?
Atau adakah sambil "berehat" sambil fikir masalah dunia?


Sedangkan solat itu padanya kerehatan yang saaaaaaaaaaaangat besar.
Apatah lagi qiamullail.

Kerehatan spiritual dan emosi.
Tempat kebangkitan semangat.
Kerehatan yang tak kau peroleh di tempat lain.

Tempat kau curahkan segala masalah kau yang takkan difahami sepenuhnya oleh siapapun.
Kerana dari kerehatan itu, kau peroleh kekuatan yang luar biasa drpd Yang Maha Kuat.



...............................................................


Tapi kau abai semua tu,
Mana tak lemah,
Mana tak hanyut,
Mana tak..





hilang




Kerana apa yang kau ada, yang kau biasa buat selamat ni, dah tak cukup untuk tampung bebanan yg semakin banyak tu.


Sebab tu kau semakin melemah
Semakin hilang semangat




Dah tiba masanya,
Dah tiba masanya,

Untuk kau perbaiki niat,
Perkemas matlamat hidup,
Dan fokus semula utk perbaiki hubungan kau dengan Tuhan



Ikhlas & enjoy the process :'






إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yg Ada pada suatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yg Ada pada mereka"
[ 13 : 11]

No comments:

Post a Comment