"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Sunday, April 28, 2019

tentang Usaha dan Kebergantungan

Harini aku diuji lagi,


Entah macamana, aku boleh terlupa utk mulakan hari dengan perkara yang paling penting.
Padahal dah biasa buat

Bila sibuk macamtulah, terus lupa segala benda
Mungkin juga sebab aku banyak melagha sikit beberapa hari ni
Sampai tak ingat langsung kena buat apa


....................................................................


Kadang manusia ni,
Terlalu bergantung pada diri sendiri
Rasa yakin boleh siapkan assignment on time, etc
Rasa senang je assignment tu
Senang je nak cari bahan, etc
Boleh siapkan dalam masa yang singkat..

Tapi siapa tahu,
Tiba-tiba sakit ke,
Phone/laptop down,
Tiba-tiba emotionally unstable,
Ada problem mendadak,
Ada orang buat hal dengan kita,
Kena tolong orang,
Assignment/pendrive hilang
dan...
seribu satu kemungkinan lagi yang boleh jadi..


Lepastu bila jadi apa-apa,
baru teringat nak doa
bila org remind, baru teringat
"Allah yang takdirkan benda tu untuk berlaku"
"Semuanya dah tertulis sebelum kita dilahirkan lagi. Maktub"
Tinggal kita je lah, nak hadap dan react macamana bila berlaku setiap situasi tu


Eh, haah kan?
Sepatutnya bila dah tau benda mcmtu possible je jadi,
Kena banyak doa
Malah sentiasa berdoa
Sebelum, semasa, selepas buat sesuatu

Kadang, kita terlupa,
bersama-sama usaha kita, kena ada doa & tawakkal juga
bukan sekadar usaha & tawakkal

doa, semoga Allah permudahkan setiap apa yg bakal, atau akan dilalui


Bila fikir balik,
selalu je fikir benda-benda on duniawi-level
maksudnya, selalu fikir benda dengan pemikiran yang terhad ni
contoh bila hantar assignment lambat sbb jadi benda yang tak dapat nak elak,
kadang rasa nak putus asa je, taknak submit sbb dah lambat sangat,
memang sampai dah nangis bagai,

tapi berbulan selepas tu, dapat tahu lecturer tu tunjuk video kitorg sebagai contoh kat students lain T______T


itulah,
kuasa Allah kan
kita boleh fikir based on apa possibilities yang kita rasa boleh jadi je
tapi kita lupa,
ada yang lebih mengetahui
ada Yang Maha Kuasa
yang menguasai hati-hati manusia
yang boleh je bolak balikkan hati manusia,
walau strict macamana pun orang tu


eh even benda yang mustahil pun boleh jadi
just by saying "!كن، فيكن"
Bila Allah kata jadi, maka jadilah ia!

Kadang kita terlupa benda tu,
Lupa ada yang berkuasa untuk ubah takdir,



Teringat haritu waktu baca page pertama surah Maryam,
terkedu, bila baca doa Nabi Zakaria :

"Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku!
Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku,
dan telah putih melepaklah uban kepalaku;

dan aku
- wahai Tuhanku -
tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu."

[Maryam : 4]



😭😭😭😭😭

Waktu baca ayat tu, rasa macam jauhhhhhh sangat diri ni dengan sifat Nabi Zakaria.
Cepatnya aku putus asa, padahal tak besar mana pun ujian tu.

Nabi Zakaria, walaupun dia nak anak dlm keadaan yang nampak sangat impossible, sbb dia dah tersangat tua & isteri dia mandul, tapi dia tetap tak berputus asa merayu apa yang dia nak. Padahal bagi kita benda tu macam mustahil gila kot. Even bila Nabi dapat berita dia akan dapat anak, dia pun terkejut 😭😭😭

sedihnya cerita diaaaaa 😭



.....................

Mungkin ni satu teguran untuk aku,
yang dah lama kehilangan "kaca mata akhirat" tu

dah la rabun, (visi syurga tak cukup jelas lagi)
tak pakai spek pulak, (tak baca Quran)
lawak ke?
macamana nak lalui hidup ni kalau takde kaca mata yang akan bantu awak untuk hidup?

*nangis berjemaah UwU *


..............

sebab tu kena usaha untuk selalu ingat hakikat yang......
"Allah kan ada"

mungkin sebab tu lah kot ada ayat yang kata "orang beriman tak takut dan tak bersedih hati"
sebab diorg tahu dan diorang ingat yang Allah tu sentiasa ada

Allah boleh buat benda impossible jadi possible


terpulang pada kita je nak percaya/tak



so, macamana nak sampai tahap tu?
tahap yang boleh yakin sangat Allah ada,
dan mampu buat semua yang impossible jadi possible?

kena usaha untuk bina keimanan/keyakinan setinggi tu
macamana? dengan memahami al-Quran

sebab Quran is apa what really shapes you,
kan orang kata "you are what you consume/read"

Quran boleh build that kind of mindset, believe
It could give you that "kaca mata akhirat"
Kaca mata yang once you have it
Everything else seems petty
Nothing to worry,
nothing to be afraid of,

Sebab, hey semuanya Allah dah tetapkan sejak azali yang awak akan lalui semua benda-benda tu
Since Dia dah tetapkan mcmtu, bermaksud awak mampu
and He knows you are capable of it,
even if you feel you don't
So, no need to be worry,
because Allah is with you,
if you believe,
and if you strive to be among those who gets his mercy
eh rahmat Allah ni luas tau,
mintalah,
bukan orang yang dijamin syurga je dapat,
pendosa macam kita pun insyaAllah boleh dapat,
so, minta lah :)

If Allah is with you, nothing can harm you,
and you won't be sad or feel afraid.
cause everything is in the hands of Allah
everything was already planned and laid to mould the best of you out of it



memang pun,
sebab tu sahabat Nabi jadi generasi terhebat
sebab diorang bukan setakat baca & hafal Quran
tapi diorang faham mesej Quran tu
& amal (Ya, amal awakkkk -tengah cakap kat diri sendiri 😭😭😭😭😭)

Benda tu lah yang buat diorang sangat tergila-gilakan syurga,
hingga diorang tak kisah walau kena siksa

waktu perang, dah nak mati pun,
sanggup lagi utamakan sahabat yang lain untuk minum air dulu,
hingga semuanya mati syahid sebelum sempat teguk air tu 😭

Khabbab, sanggup kena siksa, dipanggang
sampai punggung dia jadi rata,

Bilal, sanggup kena hempap batu
banyak lagi cerita yang kalau kita baca

kalau orang biasa akan fikir,
gila ke diorang ni,
demi benda yang tak nampak,
diorang sanggup kena siksa


entah apa yang diorang tergila-gilakan sangat tu kan



sebab tu lah setiap apa yang berlaku,
diorang mampu lalui
sebab yakin dengan kuasa Allah yang melebihi manusia yang peling berkuasa sekali pun
kerana mereka punya kaca mata akhirat yang sangat jelas
kerana hubungan mereka dengan Quran yang begitu akrab,
bukan sekadar sebagai bahan bacaan, tetapi juga penghibur ketika duka, penawar ketika sakit dll
dan kerana tingginya keyakinan mereka pada kata-kata "Allah kan ada"
maka, mereka tidak bersedih hati dan tidak takut pada apa pun


Related image



--------------------------------------------------------------------------
hmm, moga Allah redha :)

p/s : lamanya ya Allah tak post panjang macamni. impressed haha.
Alhamdulillah 'ala kulli hal <3

No comments:

Post a Comment