"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Saturday, March 30, 2013

Tamrin Terakhir

Bismillah.

Nampaknya, post post tahun ni akan dipenuhi dengan perkataan 'terakhir'. tsk tsk tsk. Takpe, tahun ni je.. Tahun depan semuanya perkataan 'baru', mungkin?

3 minggu sebelum cuti - merentas desa
2 minggu sebelum cuti - tesper
1 minggu sebelum cuti - tamrin

Tahun ni, nama tamrin telah ditukar dengan Mukhayyam Dakhili~ Tapi saya still suka nama tamrin~ kenangan <3

Tamrin tahun ni, tamrin terakhir.. memang lah. Tapi saya rasa, tamrin tahun ni kurang best. takde lah tak best.. Cuma kurang sikit la.

Tahun ni, tamrin form 5 dan form 3 gabung. Katanya dah memang confirm dan tak boleh tukar tarikh dah. Mereka, termasuk saya, sedih sebab gabung. Ingatkan gabung tarikh dan tempat je mula mula. Rupa rupanya, gabung slot segala~ Yelah, tahun terakhir. Mana taknya. Nak jugak tamrin satu batch untuk tahun terakhir. Tapi apakan daya..

Untuk tahun ni, saya rasa memori saya mungkin tak cukup kuat untuk mengingati segala aktiviti sepanjang tamrin atau tesper atau apa apa event akan datang.. sebab tahun ni sangat sangat busy sampai benda semalam yang berlaku pun saya boleh lupa pada keesokan harinya. Sebab tu kalau korang perasaan, post tesper, saya tak cerita secara terperinci/ringkas. Memang saya tak cerita pun sebenarnya.. Nak tulis post kat blog ni pun kene cari masa tau..

Biar saya terangkan secara ringkas pasal tamrin. Rasanya tak ada orang pun yang sempat nak baca kesemua post terbaru saya ni. hehe. Anyway, time tamrin ni group kitorang bergabung dengan form 3. lepas tu, ada explorace, kursus sembelihan untuk f5 dan kursus jenazah untuk f3, dan.... saya dah tak ingat. oh slot.. See, saya tak berapa nak ingat pasal tamrin. Kepala dah masuk banyak sangat memory~~~

Pasal explorace tak berapa nak ingat, tapi yang pasti game die best. Time tamrin tu banyak kali kot main air. Lepastu... tak ingat dah. Yang saya ingat, ada game yang kene buat aksi seperti yang diminta oleh fasi untuk menjawab soalan kuiz, main pass belon air tanpa tangan, isi air dalam cawan atas kepala orang, debat dan... tak ingat. hehe. Saya suka part debat tu bila dia cakap pasal penambah baikan prasarana sekolah $$  hehehe.

Slot. Ada forum oleh panelis, Abang Sarip dan Abang Ammar b Sahrim. Slot dia menarik dengan tajuk, 'Keimanan Asas Kejayaan' kalau tak silap.

Malam terakhir, ada muhasabah. Mungkin muhasabah terakhir?

Part paling best dan menakutkan, sembelihan.
waktu ust minta tulis nama siapa yang nak sembelih dan bayar duit untuk beli ayam, saya dalam dilema..
Nak sembelih ke tak.. nak ke tak.. tak ke nak... Heisyh.. Akhirnya, fikir punya fikir, saya decide untuk beli je.. at least kalau saya tak dapat sembelih pun, boleh bawak ayam balik ke.. tk pun suruh orang lain sembelih kan. hehehe.

Saat saat kursus sembelihan pun tiba....
Sedang kitorang duduk duduk di pondok nun di hujung penjuru belakang luar kawasan surau, siap ada lagi yang tengah bergambar segala bagai. tiba tiba terdengar suara siapa ntah kata "ayam dah sampai!". OMG! kecut perut saya dengar. terus rasa nak lari time tu. patu saya mengintai ayam ayam yang comel tu dari jauh. tak sanggup.. eceh. padahal bukan masalah tak sanggup. tapi saya **********~ hehehe. lalu saya pergi ke arah 'syasya' yang baru je nak 'take a nap' selepas bangun di pagi hari. ku usap usap badannya yang gemuk lagi berbulu. nak bodek kononnya. dan saya 'make a deal' dengan dia. kalau saya tak dapat nak sembelih ayam tu, saya suruh dia makan..... krik krik krik.. buat lawak di pagi hari. hahaha.

tak lama lepas tu, kitorang disuruh untuk berkumpul kat dataran. ada taklimat penyembelihan daripada ust aziz dan demo sekali. serius time tengok demo tu muka saya dah macam... eeeer. macam tengah tengok sesuatu yang mengeghikan! memang ngeri pun. tapi tak sengeri cerita pembunuh bersiri la.. time ust pegang ayam tu, dia berbunyi. sian dia. bunyi dia sungguh menyayat hati. wuwu.

lepas tu, semua orang kene bahagi ikut group dan cabaran pun bermula.

Cabaran 1 : Ambil ayam daripada raga(?) dan pegang ayam tersebut
Ayam saya telah diambilkan oleh Afa. Thank you Afa :)  Lepas tu baru saya pegang.

Cabaran 2 : Pegang ayam selama beberapa minit sementara menunggu giliran.
Part ni macam macam style orang pegang ayam. Ada yang pegang kepak je, ada yang pegang kaki je. Saya pegang kaki dan kepak, sian cik ayam ni haa.

Cabaran 3 : Menghadapi kerenah ayam yang comel.
Ayam saya comel. Dia behave. Dia dengar cakap saya :)  Oh ya, memang sebelum dia kene sembelih saya cakap dengan dia. Sedih tau. Baru dapat ayam, dah kene sembelih. Tapi serious time pegang tu dia menggeletar sangat, sampai tangan saya pun menggeletar sekali. Kesian dia..

Cabaran 4 : Sembelih ayam kesayangan!
Saya orang ke 3 terakhir sembelih tak silap. Time tu saya ingat saya orang terakhir.. Sebenarnya saya nak sembelih last sekali sebab takut dan kesian kat ayam. Bila saya sembelih, saya tak reti nak sembelih kuat kuat. So, urat dia tu lambat sikit putus. Habis je sembelih ayam tu, saya tengok tangan dan pisau tu... dan tangan saya menggeletar.... lepas tu mulalah rasa sedih bila kehilangan ayam pertama dan terakhir.... mungkin?

Time ayam min kene sembelih, najis dia terpercik kat salah seorang daripada si kembar. Maaf, saya masih tak dapat bezakan yang mana satu Azmira dan yang mana satu Azrina. Dan saya masih tak tau siapa kakak. hehehe. Betapa menyakitkannya kematian tu........

Group lain pulak. Ada ayam tu dah kene sembelih, tapi boleh lagi terbang dalam palstik hitam tu. Ada satu group tu, semua baju ahli kumpulan dorang kotor. Terpercik darah ayam lah apa lah. haha. Ayam paling hebat, ayat Husna. Dah kene sembelih, siap terputus kepala lagi, tapi dia boleh melompat lompat lagi. Time tu agak seram. hahahaha.

Anyway ayam saya lagi seram. Tak, bukan seram, comel :)
Lepas kene sembelih, cg letak dia dalam plastik sampah besar yang hitam tu. Tiba tiba angin bertiup. So, saya betulkan balik plastik tu. Dan saya terkejut bila tengok ayam saya masih duduk dan tengok sekeliling macam biasa. Saya pun bgtau lah cg pasal benda tu. Kitorang pun check.. Cg kata urat dia dah memang putus dah... Lepas tu siapa ntah cakap, mungkin sebab ada aura penyayang kot... Seperti yang dikatakan ust sebelum sembelihan.. Biasanya ayam yang lambat mati ni sebab tuan dia ada aura penyayang. Mula mula saya ingatkan ust main main, tapi cara cakap macam serius. Rupaya betullah jugak.. Sebab sebelum ayam tu kene sembelih saya cakap dengan dia.. Sedihnyaaa.

Dan tak silap saya, ayam saya ialah ayam terakhir yang mati dalam group saya...
Sekejap je jumpa ayam tu, lepas tu terus mati. Menyedihkan.

Lepastu, kitorang kene cabut kulit ayam sekali dengan bulu bulunya dan beberapa ekor ayam kene lapah.... lapah eh yang keluarkan segala organ dalam badan tu?  tapi group kitorang tak buat yang melapah tu.. tapi seriously, saya sembelih, cabut kulit dan bulu ayam saya sendiri je. wuwu. sayang sangat kat ayam tu..

Dan group Farhana kalau tak salah, yang diorang dah siap cabut kulit, bulu semua kat seekor ayam ni tapi jantung dia masih berdegup. Subhanallah! Diorang kata nampak jelas. Tapi saya tak tengoklah benda tu.

Anyway, bravo kerana anda telah berjaya menyembelih ayam! Yeay! Alhamdulillah :)  Ya, saya dah pecah rekod! Berjaya mengatasi kelemahan, walaupun sementara, dengan menyembelih ayam! Dan lepas tu, baru saya tahu, sebenarnya ********** saya tak adalah teruk mana. Sikit je. hehehe.

Sehingga ke hari ini, saya masih gagal mencari nama untuk satu satunya ayam saya... hmm. Oh, mungkin saya patut cari nama untuk ikan keli yang saya tangkap waktu Wafa haritu sekali? mungkin....? :P


Overall, tamrin tahun ni tak berapa nak semangat & lain sikit daripada tahun tahun sebelum ni. Lagu  tema cuma dinyanyikan 2 kali iaitu pada majlis perasmian dan penutup. Dan kehadiran form 5, tak memberangsangkan.... takpelah, mungkin diorang ada alasan tersendiri. Dan slot terlalu sikit...


~THE END of Tamrin a.k.a. Mukhayyam Dakhili terakhir~
again. tsk tsk tsk



No comments:

Post a Comment