Fuhh~ Akhirnya, saya dapat buka blog yang dirindui lagi disayangi ni~ hehehe. Terasa macam dah lama gila tak blogging :) Berbalik pada tajuk post. Iaitu, TESPER terakhir....... Tajuk 10rius menyedihkan. tsk tsk. hahaha.
Sukan yang paling tak best bagi saya.... mungkin? Sejujurnya, saya tak berapa suka sukan tahun ni. Sebab...
1. Ini Senior Year. Jadi semua(menunjukkan maksud random) pun ambik kesempatan ni untuk conquer segala benda yang ada, segala permainan, segala kesempatan, segala...... segala galanyalah!
2. Oleh itu, segala perkara diketepikan. Cikgu dah tetapkan syarat untuk Tesper kali ni, hanya 3 permainan dibenarkan untuk banat. Tapi, still ada yang buat tak endah. Mana pergi sifat amanah?
3. Kata main kerana Allah. Tapi kenapa waktu main, bila sorang buat salah sikit, terus marah dia/pegi kat dia dan goncang goncang bahu dia/etc? Kenapa? Kalau main kerana Allah, kalah ke menang, kenalah redha kan? Menang dan kalah tu kan adat pertandingan. Kalau takde siapa kalah, permainan pun takde lah kan?
4. Main tipu. Sebab nak menang, sanggup menipu..
Okay, tetiba mood marah la pulak..........
Ni mesti tak menghayati lagu sukan sekolah ni kan... kantoi~ Oleh itu, izinkan saya untuk menaip butir butir lirik lagu sukan sekolah tercinta~
Kini tibalah masanya melaksanakan amanah,
membangunkan ummah..
Semangat kesukanan suatu perjuangan,
mencapai kejayaan..
Hari sukan sekolah,
dengan biah solehah..
Kemenangan kegagalan,
adat dalam perjuangan..
Akhlak dalam kesukanan,
jangan kita abaikan..
Bersukan sihatkan badan,
berakhlak sihatkan iman..
Yang menang merendah diri,
yang kalah usaha lagi..
That's it! The bolded one~
Tahun terakhir.... Hayatilah lagu yang membosankan ini, kelak anda akan merinduinya. Serious tak tipu!
oh dan, merentas desa~
Tahun ni, first time sepanjang 5 tahun merentas desa, saya dapat nombor 10 terakhir untuk form 5~ hehehe. Ini semua sebab lari waktu baru lepas nak sihat. 2 hari sebelum tu saya tak datang sekolah buat pertama kalinya tahun ni. haha. tak sihat. time lari tu gaya dah macam nak pengsan. saya ni jenis tak suka nak paksa diri ni sikit. hehe. so, saya berjalan kaki sepanjang tu, kecuali waktu turun bukit je lari sikit. Tak larat. Sebab kalau saya lari, rasa sesak dada.
Moral of The Last TESPER, tsk tsk tsk... :
1. Hayati lah lirik lagu sukan kita~ sebab lagu sukan kita unik, tak macam lagu sukan lain~ maksudnya mendalam! :D
2. Betulkan niat kerana Allah
3. Bersukan dengan bersungguh sungguh, kita kan dah berikrar~ lupa ke? lupa la tuu
Kalau niat kita memang betul betul punya betul betul, insyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar~ Walaupun kene marah ke, kalah ke, terlalu sibuk ke, insyaAllah okay punya :)
Teringat kata kata salah seorang ust yang mengajar di kelas tempoh hari..
"masa antum dah berlalu, sekarang giliran junior pulak untuk main. Antum ni tak habis habis nak conquer semua game.. Bagilah adik adik pulak.."
~THE END of TESPER TERAKHIR~
tsk tsk tsk
No comments:
Post a Comment