"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Friday, December 16, 2011

New Hobby :)

Assalamualaikum.

Saya ada hobi baru~ Tengok video. Haaa, sesiapa yang cuti sekolah ni takde keje, yang boring duduk rumah tu tengok la video video kat youtube. Tapi tengoklah yang bermanfaat punya macam video yang dibuat oleh Malaysian's Vlogger. oh, tambah perkataan awesome sebelum vlogger tu. hee :D  Favourite vlogger saya Matluthfi and Maria Elena. Yang lain pon best jugak. Kalau boleh setiap hari nak tengok video yang tak tengok lagi nak habeskan. Tapi takde masa lah. Duduk rumah pon busy, tak boleh asyik bukak laptop. So, sesiapa yang nak tengok video yang best, tengok la video bawah ni. (suggestion je). Tapi ade beberapa yang tak berapa best lah. Sebenarnya takde la baru tau, dah lama dah tau pasal video video ni semua cuma busy je. Tak sempat nak buat post. Selamat menonton. heee :D



 VLOGGERS
Mat Luthfi - http://www.youtube.com/matluthfi90

Anwar Hadi - http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi

Maria Elena - http://www.youtube.com/user/shortnap

Aiman Azlan - http://www.youtube.com/aimanazlan90

Polkadot Doughnut - http://www.youtube.com/maccaboyz91

Shahrincool - http://www.youtube.com/shahrincool

Van Deanvar - http://www.youtube.com/VanDeanvar

Afiqsays - http://www.youtube.com/afiqsays

MentolPecah - http://www.youtube.com/mentolpecah

Kyopropaganda - http://www.youtube.com/kyopropaganda

Thursday, December 15, 2011

Bad News

Assalamualaikum.

Okay, tadi good news, sekarang bad news. Alaaah, rasenye semua orang dah tau kan? Result PMR keluar khamis depan. Serious takut nak ambik result. Macam cepat sangat. Harap harap lah dapat 9A. Amin. Haaa, korang pon doakan sekali tau. InsyaAllah saya akan doakan untuk semua form 3 SMIAAG. :D

Berita Gembira :D

Assalamualaikum

Ada berita gembira :D  Phone saya dah okay. Punyalah lama phone tu pergi baiki. Nak dekat 2 bulan baiki. Sejak minggu last sekolah kot tak silap. Sekarang dah dapat balek! :)  Sebelum ni pakai phone lain dulu. Rindu phone tuu. haha. Apelah, dapat phone pon nak kecoh :P  Dah tu, twitter kene hack, nak buat macamana. haha

 

Wednesday, December 14, 2011

Attention !

Assalamualaikum,





okay, kali ni saya post cuma nak bagitau yang twitter saya dah kene hack. Hackers are everywhere. Bahaya betul. Bukan twitter je, email pon. So, siapa yang follow saya tu, kalau nampak ade new tweet tu, tu bukan saya yang tweet.  Tapi facebook tak. Nasib baik lah. Kalau blog ni dengan facebook sekali kene, tinggal phone jelah. haha. Tu je saya nak bagitau. BE AWARE!

Monday, December 12, 2011

Jamuan Akhir Tahun Banat Nineteen96

Assalamualaikum,
hmm. rase malas nak cerita lah pulak. Cerita sikit sikit jelah eh? hehe
Time ni best. Jumpa kawan. Rindu gila kat diorang :D Dalam perancangan sepatutnya start pukul 9 dan habis time Zohor. Tapi ramai yang tak sampai lagi so kitorang yang ada ni prepare makanan dulu. Ada yang buat sushi. Saya dengan Aqilah potong oren dengan epal.  Tak lama lepas tu ramai yang dah sampai. Time makan tu kan, Min termakan Epal tu sekali dengan pelekat dia! hahaha. Tak, tapi tu Aqilah punya kerja. Dia tak buang pelekat tu. Saya dah buang. Kesian dia. hahaha. Time makan tu bising kot. Tapi best lah walaupon tak ramai sangat yang datang.

Lepas makan, Min, Maya, Syirah, Dila dengan Ummu tak silap pegi taman permainan. Saya nak ikut tapi time tengah panas lagipun perut dah penuh. Tak larat nak jalan jauh jauh. haha. Tau tak, diorang pegi cari taman punyalah jauh, padahal kat tepi rumah Fana je. hahaha. Saya pon mula mula sampai tak nampak taman tu. Tak perasan. Mungkin sebab ade pokok kot. Ntah laa. Tu yang pelik tu, kat fb Fana tulis tepi taman. haha.

Lepas makan kitorang tengok TV. Ade yang dah balek. Nashua sampai lambat sikit time kitorang dah habes makan sebab die kene mengaji sampai pukul 11 tak silap. Lepastu dia sesat nak cari rumah Fana. Sian dia. haha. Time Nashua datang semua macam serbu die. Patu Wany siap peluk die lagi. haha. yang bestnya dapat naik kereta yang Nashua drive. haha. Patu ingatkan nak naik motor sekali dengan Dila tapi dia dah balek. Tapi takpelah sebab sebelum ni dah pernah naik motor dah pon. haha. Tapi tumpang orang lah, takde lah naik sendiri. hee.

Ramai jugak yang balik petang. Hari tu makanan belambak gila. Takde satu pon yang habes. Kitorang siap tapau lagi bawak balek rumah. haha. Oh ya, yang sushi tu saya try makan. Okay la. Tapi seaweed dia je saya tak suka. Saya suka pon sebab diorang buat pakai resepi diorang sendiri. hehe. Tapi at least better daripada sushi yang sebelum ni saya cuba.


Ketam untuk buat sushi~ tak menjadi bentuk dia sebab bukak plastik dia. haha


Kucing Fana. Comel gilaaaaaaaaaaa! Tapi yang peliknye kucing ni suka sangat golek golek atas jalan tar tuh. Kucing lain pon. haha <3


Bii jalan sorang sorang. Sian die. Jahat betul kitorang. hehe. Time ni saya naik basikal dengan Min. Kitorang pegi kedai beli gula~


Makanan~ :D


Tengok tu. Aqilah potong oren pakai pisau mainan sebab tu la tak terpotong buah tu dari tadi xD  Saya potong pakai parang. Sekali potong terus terbelah 6 bahagian. hahaha. Menipulah tu. Takdelah. Maen maen je kitorang potong pakai pisau betullah. haha x)


Prepare air oren :)


The making of sushi~ 





Sushi sebelum kene potong. Nampak macam lemang pon ada jugak. haha

Inti sushi ; nasi + timun + ketam + seaweed (tu je kot)




Caramel Alin

Sushi


Kek coklat. Sepatutnye kek ini untuk birthday Kauthar semalam. Tapi die tak datang pulak. Syirah bawak :)


Satey daging & ayam. Fana order 200 batang kot. mula mula die nak order 240. Serious 200 batang ni pon ade lebih banyak gila sebab yang datang dalam 17 orang je kot daripada 60 lebih. 










Ummu tengok TV sorang sorang. Khusyuk gila. haha


Sushi + kicap




Dila bawak motor


Nashua bawak kereta. Time ni best. Saya naik kereta Nashua sampai dua kali. First sebab Kiera nak ambek barang kat rumah die kejap, lepastu bila nak balek saya tumpang die balek rumah. hehe





Saturday, December 10, 2011

Jom !

Assalamualaikum :)


 Saya di sini dengan sukacitanya.. (formal gila :P) nak ajak anda semua menggunakan internet ni sebagai salah satu medium dakwah. Senang je. Guna Facebook, Twitter, Blog dan apa apa sahaja. hehe. Tak, maksud saya, sambil sambil korang guna tulah. Lagi pon, belum confirm lagi setiap apa yang kita tulis tu orang nak baca betul tak? At least takdelah buang masa je. Boleh dapat pahala lagi. Tapi kalau tak nak pon takpe, saya tak paksa sebab tu akaun korang. Jadi saya tak berhak nak paksa paksa. Sebenarnya saya terdetik nak buat post macam ni lepas baca entry kat bawah ni. Dah baca? Kalau belum rajinkanlah diri anda untuk membaca ya. Penting sangat benda tu. Saya pon akan berusaha untuk buat benda tu. Lagi pon tujuan kita hidup ni bukan ke untuk beribadah kepada Allah? Lagi satu, manusia ni sebenarnya kerugian.. Dalam Al-Qur'an pon Allah ada sebut..

"Demi masa. Sesengguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh" 
(surah Al-Asr : 1-3)



Jadi, jom sahut cabaran saya dan buat perubahan :)


p/s : Perasan tak masa post ni kene tulis? hahaha. Tak boleh tidur sebenarnya. hehe. Serious tak ngantuk langsung. Saya post ni bukan bertujuan untuk berlagak alim atau baik, cuma nak mengingatkan semua termasuk diri saya sendiri yang banyak buat dosa dan selalu leka. & kalau ade yang terasa saya minta maaf. mana tau ade yang terasa ke. kalau ade lah. hehe.

Please Take Note !

Assalamualaikum.


Sorry pasal post sebelum ni sebab ade salah faham. Sebenarnya saya sendiri tak tahu kesahihan benda yang saya post tu. Kakak saya kata benda tu tak betul jadi saya delete balek post tu. Kalau sesiapa yang dah susah susah sebarkan benda tu maaf. Saya terburu buru