"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Saturday, December 10, 2011

Jom !

Assalamualaikum :)


 Saya di sini dengan sukacitanya.. (formal gila :P) nak ajak anda semua menggunakan internet ni sebagai salah satu medium dakwah. Senang je. Guna Facebook, Twitter, Blog dan apa apa sahaja. hehe. Tak, maksud saya, sambil sambil korang guna tulah. Lagi pon, belum confirm lagi setiap apa yang kita tulis tu orang nak baca betul tak? At least takdelah buang masa je. Boleh dapat pahala lagi. Tapi kalau tak nak pon takpe, saya tak paksa sebab tu akaun korang. Jadi saya tak berhak nak paksa paksa. Sebenarnya saya terdetik nak buat post macam ni lepas baca entry kat bawah ni. Dah baca? Kalau belum rajinkanlah diri anda untuk membaca ya. Penting sangat benda tu. Saya pon akan berusaha untuk buat benda tu. Lagi pon tujuan kita hidup ni bukan ke untuk beribadah kepada Allah? Lagi satu, manusia ni sebenarnya kerugian.. Dalam Al-Qur'an pon Allah ada sebut..

"Demi masa. Sesengguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh" 
(surah Al-Asr : 1-3)



Jadi, jom sahut cabaran saya dan buat perubahan :)


p/s : Perasan tak masa post ni kene tulis? hahaha. Tak boleh tidur sebenarnya. hehe. Serious tak ngantuk langsung. Saya post ni bukan bertujuan untuk berlagak alim atau baik, cuma nak mengingatkan semua termasuk diri saya sendiri yang banyak buat dosa dan selalu leka. & kalau ade yang terasa saya minta maaf. mana tau ade yang terasa ke. kalau ade lah. hehe.

No comments:

Post a Comment