"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Thursday, December 22, 2011

Keputusan PMR (edited)

Assalamualaikum,

Pukul 12 tengahari tadi hingga pukul 2.30 petang tadi result PMR & PMRI keluar.. Alhamdulillah. Saya dapat apa yang saya nak.. sesuai dengan usaha saya :)  Saya tak sangka dapat macam tu. Sebelum ambik result saya asyik rasa takut je.. dan rasa takut tu berakhir dengan kegembiraan kedua ibu bapa saya. Sebelum ni bila fikir pasal result saya rasa gelisah, takut.. Tapi entah kenapa pagi tadi saya rasa happy nak ambik result.. Rupa rupanya result saya sangat menggembirakan :)  Terima kasih Ya Allah kerana telah memberikan keputusan yang baik.. walaupun saya rasa saya tak layak dapat result macam tu..

Percayalah apa yang Allah bagi tu terbaik untuk korang, percayalah.. Ada hikmah di sebalik semua ni

Lupa pulak, kejayaan saya ni bukan je atas usaha saya seorang, tapi disokong oleh anda semua :)   So, dikesempatan ini.. (ayat skema dah keluar dah.. :P) saya nak ucapkan berjuta juta juta juta juta terima kasih kepada anda semua. Ibu bapa saya yang sentiasa menyokong dan memahami saya. Cikgu cikgu semua.. Tanpa bantuan cikgu, saya tak akan dapat capai result sehebat macam ni. Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang :')  Saya sangat sangat gembira bila dapat result tu sampai semua benda yang saya cadang nak buat waktu ambik result saya terlupa. Happy sangat. Kawan kawan saya yang yang sentiasa membantu saya, memberikan sokongan, menceriakan hari saya time belajar.. Adik beradik saya.. Terutamanya djah.. Dia banyak tolong saya.. Dia buatkan nota, buat itu ini. Dan sebagai balasan saya kata bila dia form 3 nanti saya tolong dia.. Padahal tahun tu kita kene ambik SPM. hahaha.

Kepada semua warga nineteen96 dana kawan kawan yang berjaya dapat keputusan yang baik, tahniah.. yang tak dapat tu, takpe.. usaha lagi.. PMR bukan lah segala galanya kan? Jadikan kegagalan sebagai motivasi untuk berusaha lebih lagi.  Jangan lah sedih sedih.. SENYUM! hee :D

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment