Assalamualaikum.
Minggu lepas sesi persekolahan untuk f4 dah pun start. Mula mula saya memang excited gila nak pergi sekolah. Esoknya, hari Isnin kitorang join perhimpunan, rehat lepastu ada taklimat kat dewan seminar. Lepastu ada list nama kelas dan borang pemilihan kelab.
Saya dapat kelas 4 SAL. Yang pasal kelas tu saya tak puas hati sebab ada beberapa benda yang buat saya tak nak masuk kelas tu. First, kelas tu memang rombak habis! Dan saya sangat rindukan 3 Syafie. Tapi tu saya tak kisah sangat sebab saya pun nak try jugak campur campur macam tu. Second, saya dengan Alya terpisah, tapi yang ni pun saya tak kisah sangat sebab ada Aqilah dengan Safwah (budak budak 3 syafie) Lagi pun kitorang sama pakej dan sama kelas, Alya pakej lain. Hmm. Yang ketiga, saya tak biasa dengan budak budak kelas tu. Yelah, mana taknya, dah tiga tahun kelas sama tiba tiba kene pindah pulak. Dan last sekali, saya sangat tak selesa nak belajar dalam kelas tu sebab ada ***** **** **** **** & ***** ***** ****. (Tu bukan nama orang) Dan benda ni adalah penyebab utama yang buat saya nak tukar kelas. Lagipun saya baru je berazam tahun ni tak nak **** *******. Dan saya memang mengharapkan saya tak sekelas dengan orang tu. Kalau tak susah saya nak belajar. Tahun ni dah banyak benda yang saya tak nak berlaku, tapi jadi jugak. Dan benda yang saya nak tak dapat.
Mula mula bila tengok list nama tu saya nampak nama saya sorang je, saya tak tengok nama orang lain. Padahal nama diorang punyalah dekat. Lepastu Aqilah kata kelas kitorang sama. Dan dia yang bagitau diorang sama kelas dengan kitorang. lepas tu saya terus macam, 'nak pindah kelas.. nak pindah kelas.. nak pindah kelas.. (x100) nak pindah sekolah..' (ops,pindah sekolah tu main main je, melampau lah tu kan xD) Tapi saya rasa semangat saya dah berkurang. nasib baiklah tak start belajar lagi haritu.
Oh, lupa. Yang kelab tu kitorang berempat pilih kelab sama, Penerbitan & Majalah Sekolah, lagi satu Masakan :O Cam pelik je tiba tiba masuk kelab masakan. hahaa. Sebenarnya ada kelab masakan 1 & 2, tapi kitorang tak tau mana satu western, mana satu eastern (padahal tradisional. lol xD) so kitorang tulis jelah western sebab Husna kata kalau western bahan bahan dia lagi sikit dari tardisional. Mana taknye, tak habes habes beli, goreng. Beli, goreng. haha. Kitorang pilih pun sebab pilihan kelab lain cam tak best je. Kelab penerbitan ni pun saya tak berapa minat sangat sebenarnya. Tapi okay lah sebab saya pun suka guna komputer ni. Tapi kalau dapat kelab tu kang nanti masuk pulak muka kitorang dalam majalah sekolah. haha.
Lagipun kitorang memang nak sama kelab. Selama 3 tahun, saya tak pernah sama kelab dengan diorang. Sedih je.
Esoknya, kitorang masuk kelas. 4 NAZ kat library, 4 IMAD (Imaduddin) kat dewan zawiyyah tu, 4 SAL kat makmal Fizik, 4 TIZ (nama famous die 4 Tor :P) kat Dewan Seminar. Tak aci, diorang dapat kelas, yang memang macam kelas, siap ada yang ada aircond lagi. Kitorang, aircond takde, kerusi dah la tinggi (stool, apa ntah nama die dalam BM :P) Lepastu setiap hari rasa mengantuk sebab atas kitorang (meja kedua) takde
kipas sebab nak letak projector, tapi wayar je ada. Projector nya takde pulak. Nak tidur pun tak boleh, kalau sandar jatuh lah.. haha. Tapi at least ada lah jugak kelas kan, daripada tak ada. Bersyukur..
Kelas 4 Imad kan, mula mula kitorang ingatkan Imanuddin, rupa rupanya ImaDuddin. Maksud dia, tiang agama. Kelas ni paling meriah sekali sebab budak budak bising ada kat situ. haha. Tak macam kelas kitorang, senyap sunyi je.. Siap dengar bunyi cengkerik lagi (ceh, mana ada lah.. bunyi meletup ada lah. lol :P) Kelas 4 Nuruddin budak budak dia cam baik je, rasenye lah. 4 Tor, hmm. No comment. 4 Sal, senyap sunyi. Malaikat lalu setiap masa ke apa? haha. Time kat 3 Syafie dulu selalu je time tengah bising tiba tiba je semua senyap. Lepas tu diorang kata, "Malaikat lalu". Maru (Maru kot) pulak kata "Maru lalu". Lepas tu semua orang gelak. hahaha xD
Hari selasa haritu, subjek first Kimia. Sampai sampai saya dengan Aqilah pergi bengkel dulu nak beli buku. Kitorang tak letak beg lagi. Kat situ agak lama lah. Lepastu, kitorang dengan Basitah & Iman masuk kelas. Tak lama lepastu Nashua masuk. Cikgu pun cakap lah pasal Kimia. Time cikgu cakap tu semua orang diam je. Kitorang yang kat belakang je yang jawab soalan cikgu & macam bising. Siap gelak lagi. Banin meja
sebelah siap suruh senyap lagi. haha. Tapi ada lah beberapa orang banin yang jawab soalan cikgu. Nasib baik cikgu tak marah sebab kitorang budak baik. haha :P
Kalau time 3 Syafie dulu best je. Sebab kitorang semua rapat sangat sangat. Sampai rahsia pun satu kelas tau. Tapi banat dengan banat je lah. Kalau cikgu takde, mulalah kitorang berkumpul. Kadang kadang kat belakang kelas, kadang kadang kat meja. Lepas tu cerita macam macam. Kedudukan kelas kitorang pun best jugak, tengah tengah. Tempat saya dalam kelas tu lagi best, saya duduk betul betul kat tengah tengah kelas tu. Bawah kipas tak silap. Tapi tu pun dari bulan satu sampai tengah tahun rasanya. Lepastu tukar. Lagi satu kelas kitorang orang dia macam gila gila sikit. Kelas kitorang takde geng geng dan saya lagi suka present dalam kelas tu sebab saya tak biasa dengan banin kelas lain. Kalau banat okaylah jugak. Ni tiba tiba kalau kene buat presentation dalam kelas 4 Sal tu macamana? Dah la saya tak biasa dengan banin banin dalam kelas tu. Semua yang jenis macam matang. (err, matang? boleh lah) Kalau banin 3 Syafie saya dah biasa sebab diorang macam tak serious sangat....? Entah lah, tapi diorang ni jenis main main lah jugak (Sorry, jangan marah :P) Maksud saya banin kelas lain berbeza dengan banin kelas 3 Syafie. Haa, baru betul..
Oh ya, Al-Amin dah buat banyak rules baru. Takde lah banyak sangat sebenarnye. Antaranya, tak boleh bawak liquid paper, tak boleh stay kat kelas lepas waktu sekolah melainkan ada cikgu sekali. Nak buat meeting ke apa ke semua tak boleh. Lepastu tak boleh tinggal buku bawah meja dah, tak boleh bawak novel dan kalau bawak phone denda akan digandakan jadi RM200 kalau nak tuntut. Lagi tak ingat lah ada lagi ke tak. Novel tu dulu ustaz Hasni kata boleh bawak, tapi sekarang dah tak boleh. Sedih nye
Al-Amin dah berwajah baru oh sekarang. Kantin ada dua, kat kantin satu, kat belakang surau satu. Yang kat belakang surau tu orang orang die sekolah import dari restoran Al-Khidmah ohh. Haritu time makan kat situ tengok pekerja die, 'Macam kenal..'. Diorang pun cam pandang pandang jugak. haha. Kantin baru tu makanan die best! Ada chicken chop, fish & chips dengan apa ntah. Sedap~
Form 4 tahun ni banat tambah 4 ke 5 orang je. Yang sorang lagi tu tak confirm lagi
Sekarang ni bila saya dah masuk kelas tu dan belajar selama 4 hari saya rasa saya boleh kot belajar walaupun sekelas dengan diorang. Tapi tu setakat ni lah, sebab kitorang duduk macam kat bahagian depan, senang lah nak fokus. Tapi nanti bila dah dapat kelas betul betul tu tak taulah macamana. Sekarang ni saya rasa saya dah boleh terima kelas tu. Lagipun semua benda ada hikmahnya kan? Dan kita mesti percaya apa yang Allah bagi
tu adalah yang terbaik buat kita. So, terima je lah. Lagipun, siapa kita untuk tolak kehendak Allah, betul tak? Kita ni cuma hamba yang hina je. Kalau kita dapat apa yang kita nak tu pun mungkin ada buruknya.
Saya teringat ayat dalam al-qur'an :
"Tak semestinya apa yang kita suka itu baik untuk kita dan tak
semestinya apa yanag kita tak suka tu tak baik untuk kita"
Dan kata kata dalam cerita kung fu panda ^^ :
"There are no accidents in life"
Maksudnya SEMUA yang berlaku dalam hidup kita tak ada yang
kebetulan, semua tu Allah dah rancang.
“Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka
tidak ada yang menghilangkannya melain Dia dan jika Dia
mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu,” (al-An’am: 17)
So, semua orang kene terima apa yang diorang dapat dengan redha sebab Allah pencipta kita, jadi Dia tau apa yang terbaik untuk kita. Belajarlah untuk redha dengan ketentuan Allah :)
Oh, ya. Minggu ni sukan dah start. Bukan sukan, silap. Haa, perjumpaan sukan lah. Ada orang yang tukar rumah sukan ohh.. Tahun ni saya nak masuk banyak banyak sukan sebab dah 3 tahun saya tak masuk apa apa. Tu pun sebab ada yang saya nak masuk tapi tak dapat. So saya pun malaslah nak masuk sukan. Tahun ni
saya nak masuk 4 sukan. Bola Tampar, Bola Baling insyaAllah, Dart & Olahraga!
Saya paling tak sabar sekali nak masuk olahraga sebab ada acara lumba lari. Dah lama tak main lumba lari. Last sekali masuk time darjah 6. Diorang kata ada 100, 200, 400 & 800 meter! Tapi kan, tak ke penat 400 dengan 800 meter tu. Bukan ke 400 tu sama dengan 1 stadium UIA tu? Sorang lari 400? Kalau 800 tu lagi lah. Siapa yang menang tu memang terrer gila lah. 100 meter pun dah penat. Tapi tu dulu, time darjah 6. Tapi
rasanya mestilah still penat kan. Saya nak masuk yang 100 meter je. 400 & 800 memang tak laratlah. Boleh semput. Kalau pengsan macamana. Tapi apa pun saya nak jugak masuk empat empat tu. Lagipun saya kene exercise lah tahun ni. Saya makin gemuk. Lagi lagi cuti sekolah haritu asyik duduk rumah je. Tapi kalau tak dapat semua takpelah. Tapi insyaAllah saya akan usahakan untuk seimbangkan tahfiz dengan sukan.
Saya nak ingatkan semua orang yang baca post ni, termasuk diri saya sendiri. Kalau kita nak participate dalam apa apa acara, betulkan niat dulu. Buang semua niat yang tak baik, niat nak main semata mata nak menang, nak balas dendam lah apa lah. Buang semua niat tu. Perbaharui niat kita. Sebab niat tu penting. Jangan lah sebab sukan je kita nak bermusuh musuhan, betul tak?
So, one more new word to learn, REDHA.
Assalamualaikum :}