"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Sunday, January 15, 2012

Kejutan

Assalamualaikum.

Kejutan Pertama
Hari Khamis haritu, 12 Januari 2012 saya datang sekolah. Rabu tu saya dapat mesej dari Fatin, die kata "Anda dijemput bla bla bla.." So saya datang je lah. Saya memang bersemangat nak pergi sebab nak jejakkan kaki kat sekolah. Rindu sangat sekolah <3  Mula mula saya ingatkan nak datang 7.30 sekali dengan adik adik saya dan saya ajak kawan kawan saya datang sekali sekolah sebab sebelum dan selepas program tu saya nak jumpa diorang. Borak borak sambil lawat sekolah. Tapi tak jadi, sorang je yang boleh pegi. Jadi saya cancel terus. Jadi saya datang pukul 9 camtu.

Sampai sampai saya call Fatin, Husna. Takde siapa angkat. Time tu saya kat tempat park kereta dan diorang (SMIAAGians) tengah rehat. Belakang surau dijadikan kantin baru :O  Saya nak lalu sorang sorang segan lah pulak, sebab tu saya call diorang nak kepastian. Tapi diorang tak angkat. Patu ada budak cam pandang pandang saya sebab bawak phone. haha. Kitorang tak start sekolah lagi lah. Bila tak ada orang jawab saya pun pergi surau. Masuk masuk jumpa Fana, Husna, Min & Fathimah.

Saya datang kat situ serious saya kata saya tak tau tujuan kenapa kene datang. Yang saya tau saya nak pergi sekolah. Diorang kata benda ni lebih kurang macam usrah laa. Memang usrah pun. Kitorang kene handle usrah :O  Fana kata saya handle usrah dengan Putri tapi Putri tak datang. Patu saya macam, 'Hah????  Kenapa Putri tak datang? Boleh ke saya handle sorang sorang nanti?' Lepastu saya ajak Min teman saya tengok list usrah kat papan kenyataan kat lab. Sampai sampai tak sempat nak tengok, cikgu suruh kumpulkan yang lain bawah kanopi depan pejabat. Kitorang pun pergi.

Lepas taklimat sekejap, kitorang pergi surau kumpul sekali dengan form lain. Lepas tu cikgu bagitau nama usrah & mentor dia.. Cikgu sebut dari form 5 sampai lah form 1 dan selang seli banin banat. Dan group saya group yang terakhir sekali. haha. Group 10. dan bila cikgu sebut tu saya bangun dan tanya budak budak tu, "Siapa group 10, bla bla bla.." Tapi diorang macam pandang je, tak jawab. Ada yang tak dengar. So, saya pun macam. 'Hmm, pergi kelas tu dulu lah baru panggil' Dalam kelas tu (1 At-Tabari) ada 3 usrah. Usrah Fana, Min dan saya. So, saya pun panggillah diorang.. Saya tengok bila saya panggil diorang ada yang macam pandang saya pelik. Mungkin diorang tak percaya saya adalah 'MENTOR' diorang sebab, semua orang pun tau, saya pendek, muka budak budak, tak matang. huh..

Lepastu saya duduk, bila saya duduk, saya kira baru 7 orang. Saya tak sempat nak salin nama nama ahli usrah saya dan tengok berapa bilangan diorang. So saya tanyalah berapa ahli kumpulan diorang yang sebenarnye. Ada kata 10, 9, 8. Saya pun tak taulah. So, saya pergi kat luar kelas tu saya tanya budak budak tu siapa kumpulan 10, lepastu diorang cam pandang pandang je. Lepastu saya tanya budak form 1 kat dalam kelas tu pulak, saya tanya "SIAPA group 10?" lepastu sorang budak ni jawab "Group 10 kat sana"  Lepastu saya macam...  . . . . . . . . . .  Saya tanya siapa sebab saya yang kene jaga diorang, bukan saya ahli usrah group 10 tu. dah la dia lagi tinggi. tapi saya tak perasan siapa budak tu sebab saya tak pandang muka dia. Lepastu saya terus duduk. Dan saya tengok dah ada 8 orang, tambah lagi satu.

Saya tengok kat luar dan dalam kelas, dah tak ada orang yang berdiri. Jadi saya fikir nak start usrah tu dulu. 'Mungkin memang 8 je kot ahli usrah ni' So, saya buka majlis dan perkenalkan diri saya. Lepastu saya suruh diorang kenalkan diri masing masing dan tulis nama, kelas dan tarikh lahir. Nak suruh tulis banyak banyak pun tak sempat, masa dah habis. Kat luar kelas pun budak budak tu dah tunggu. Time diorang tengah tulis dalam buku tu saya senyap.. takde idea nak cakap apa. So, saya pergi kat Min & Fana tanya nak buat apa. Saya pergi sampai dua kali! Serious takde idea. Saya ni dah la bukan jenis orang yang boleh cakap spontan. Kalau pidato memang kalah habis lah.. nak kene prepare dulu.. huhu.

Tapi Alhamdulillah la saya tak tergagap gagap depan diorang. Kalau tak buat malu je. Nasib baik lah saya baru perasan kenapa budak budak tu pandang saya semacam je time kat rumah. hmm. Saya. Nak. Tinggi. Cepat. Pleaseeeeee. tapi tak nak terlampau tinggi. Tapi rasanya kalau saya tinggi pun tetap tak ubah muka saya yang kebudak budakan ni. hmm. Terima jelah. Tapi kan, usrah kitorang ni macam cute je, sebab mentor die comel comel je. haha. Saya dengan Putri kan rendah. haha. Comel kan? :P  Oh ye, teka siapa anak usrah saya... hehe. Ada 8 orang. Yang saya kenal, adik Bii, adik Sarah Nabilah dan budak famous, Izzah Kamarul Bahrin~ :O  Tak sangka pulak dapat die.. haha. tau tak, ahli usrah saya 3 orang Al-Amin Gombak, 4 orang Al-Amin KL dan sorang lagi mula mula Al-Amin KL lepastu Al-Amin Gombak. Semuanya budak budak Al-Amin. Nasib baik. Senang sikit nak jaga. Saya takut je kalau dapat budak sekolah kebangsaan tak boleh nak handle. hehe.

Bila dah habis usrah tu kitorang turun. Lepastu banin bagi kertas list nama usrah tu untuk kitorang tanda kehadiran ahli usrah kitorang. Time tengah tanda tu ada sorang lagi nama dia takde dalam buku saya dan sorang lagi dalam buku saya tak ada nama kat situ. Diorang tertukar kot, tak pun budak tu yang silap masuk dan yang lagi sorang ni tak datang. haha.

tahu tak, bila saya dapat tanggungjawab ni saya rasa happy sebab saya memang teringin sebenarnye nak try ada adik usrah sendiri. hehe. cam best je sebab saya pun suka usrah. hihi. Saya excited walaupun saya agak terasa sebab ramai budak form 1 yang macam rasa saya ni baya diorang. sebenarnye tahun sebelum ni pun, budak form 3 tahun ni time diorang form 1 pun pernah tanya saya form berapa. tak boleh agak kot. haha. Takpelah, ada hikmahnye. Lagi pun ada akak tu pernah cakap "Allah tidak menciptakan satu kekurangan itu dengan sia sia" maksudnya adalah hikmahnye tu kan? So, be happy dengan kekurangan masing masing. Terima lah seadanya. Allah kan sebaik baik perancang. Dia tau apa yang dia buat.

sambung balik yang tadi. Saya rasa bersemangat bila ada adik usrah sendiri, rasa excited. Saya asyik fikir nak belikan diorang ni lah tu lah, sebagai hadiah usrah. Nanti time outing nak pegi sana lah sini lah. haha. Semangat gila. Tapi masalahnya baru je awal tahun dan usrah yang kitorang dapat sekarang ni tak kekal sampai akhir tahun, sampai bulan 3 je. Nanti diorang akan diberi borang untuk diorang pilih nak join usrah ke taklim. taklim ni sama macam tahun lepas lah yang kita duduk dalam Halaqah lepastu ada cikgu yang masuk bagi tazkirah. Sedihnyaaa. Walaupun baru first perjumpaan usrah tapi dah rasa sayang dah dekat diorang. Kalau boleh rasa nak je ahli tu kekal. Tapi nak jugak try handle budak budak lain. Tapi kan, yang pasal usrah & taklim tu, form 1 sampai form 5 ke? Kalau ye, saya taknak sebab saya suka dua dua.. huhu. Tak best lah kalau boleh pilih satu je :(

Kejutan Kedua
nak tahu tak apa? Ni pasal jawatan jugak sebenarnye. Tapi taknak lah bagitau korang. hehe. Rahsia. Sebenarnye semua orang tak tahu kecuali beberapa orang. Serious kalau saya betul betul dapat jawatan tu mesti, gerenti semua orang terkejut beruk lah. Betul.. Okay, err. Panjangnye post ni. haha. Excited gila. haha. Yelah, first day datang sekolah kan. haha. hmm. Lepas ni dah tak boleh selalu post dah, lagi lagi post panjang cam ni sebab besok sekolah~ yeay!!! Saya dah terseksa asyik duduk kat rumah, online, tengok orang cerita pasal sekolah. Huh.. Ok lah, dah panjang sangat ni. Over limit. macam esei pun ada. haha. Sekolah, jumpa esok! heee :D

p/s : Rajin ke korang nak baca post ni? Siapa yang rajin memang 'salute' lah. haha. Lagi lagi siapa yang baca habis malam ni jugak. Macam lah ada. haha :P  

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment