"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Wednesday, February 29, 2012

Pelawat Baru? :O

Busy.
Ya, saya busy. Tolong jangan ganggu. Cewah, takde lah. hehe. Sekarang ni baru saya tau macamana kehidupan sebagai f4. Betapa busynya kitorang. Lagi busy dari f3 tau tak. Sebab time f3 dulu at least ada lagi masa untuk facebooking etc.. Ingat lagi time buat kerja kursus sambil sambil tu bukak fb. hehe :P  Tahun ni nak cari masa kosong punyalah susah. Kalau nak blogging ke , facebooking ke, terpaksa lah curi masa sikit. hehe. Tu pun tak boleh lama. Kerja belambak menunggu untuyk dihabiskan. Lagi lagi sekarang ni musim sukan. Dan tahu tak. Hampir setiap hari saya ada 'PELAWAT BARU' yang setia untuk melawat saya setiap hari. Nama dia 'Stress'. Mana taknya, setiap hari kerja sana sini, nak kene hafal, nak kene buat homework, nak kene study balik apa yang tak faham, nak kene study untuk exam, latihan sukan, campur kerja rumah lagi, dengan adik adik kat rumah yang suka kacau orang.. T_T   Rasa macam nak menangis je. Tapi apapun, saya kene tempuh jugak sebab saya tau, benda ni untuk kebaikan saya jugak dan saya tau yang saya boleh tempuh benda ni. Dalam Qur'an pun ada sebut :

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Dan disebabkan 'pelawat baru' tu asyik jenguk saya hampir setiap hari, saya tak boleh nak buat homework dan kerja kerja lain. Jadi hampir setiap hari saya akan bukak laptop dan dengar lagu sambil buat kerja. Barulah happy sikit. Kalau tak bengang je. Dah la tak faham, tak boleh nak buat, takde orang nak ajar, homework belambak lah, apa lah.. Dan kalau saya rasa sangat sangat tertekan, saya akan tulis kat blog ni dan lepas habis tulis saya akan rasa lebih relax. Macam baru lepaskan bebanan :)  Itulah gunanya blog. Bila takde orang nak dengar bebelan kita, kita still ada blog, betul tak? Kalau korang perasan pun, saya suka bebel memanjang kat blog ni. Betul tak? heheh. Tu sebab takde sesiapa nak dengar bebelan saya dan takde siapa ada masa untuk dengar. So, baik saya bebel kat blog sendiri je kan? hehehe x)

Dah la tu, nak pergi buat homework. Bye, Assalamualaikum ;)

Sunday, February 26, 2012

MRSM

Assalamualaikum.

Harini hari terakhir Syafiqah kat KL dan dia akan bertolak pergi Terengganu. Dia masuk MRSM. Sedih gila. Dah 8 tahun sekolah sama dengan dia. Tiba tiba pindah. Tak boleh bayangkan bila sekolah tanpa dia. Nanti mesti pelik. Petang petang dah takde die dah time tahfiz. Sorang demi sorang pindah. Dah, lepas ni cukuplah. Jangan sesiapa pindah dah. Melainkan korang memang nak tengok saya menangis. Takpelah, kita tak boleh nak buat apa apa. Dia yang nak pergi sana. Kita tak berhak nak halang dia pun. haritu mula mula saya ingatkan dia tak serious nak pindah, rupa rupanya betul betul. Takpelah, kitorang akan sentiasa ingat nti, doakan nti dan tunggu kedatangan nti kat pintu pagar Al-Amin. Datang lah kalau ada masa. Jangan pulak lupakan kitorang. Semoga nti dapat sesuaikan diri kat sana dan dapat kawan kat situ. Semoga nti berjaya jadi hafizah.

Oh ye. Maru pun pindah sekolah baru. Mula mula kat sungai Pusu, lepastu masuk asrama. Patut lah minggu ni tak nampak dia langsung kat sekolah. Biasanya petang petang dia mesti datang sekolah. Tapi asrama dia tu kat sungai Pusu jugak.

Assalamualaikum :')

ZERO NEW POST ABOUT SCHOOL FOR YOU


Minngu ni saya malas nak post pasal sekolah, sebab saya tau saya akan post gila panjang sebab saya suka bebel kat blog. Lagi satu ada sesuatu yang buat mood saya turun. Dan sekarang mood saya nak buat homework dah hilang! tau tak, bukan senang nak dapat mood rajin tu. Padahal setiap hari saya ada mood tu, tetibe hari ni mood tu hilang! -,-  Bagus SANGAT. takpelah, bye. Tunggu je la post baru cuti nanti. Sekarang ni tengah musim ujian. bye


Problems


"Sesiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan untuknya, nescaya Allah  akan mengujinya"

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal kamu masih belum diuji"

"Orang yang merungut dan menegluh ialah orang yang tidak bersabar"


Ya Allah. Tahun ni banyak sangat saya kene uji. Baru bukak sekolah, dah kene uji. tahun ni tak pernah balik awal melainkan sekali je. Bayangkan?! Bukan tu je. Banyak lagi sebenarnya. Sampai saya rasa setiapa rasa macam nak menangis. Saya rasa macam nak menjerit jerit kat dalam rumah ni. Saya tak nak merungut. Tapi dah merungut dah pun. Saya asyik fikir, orang lain kat Palestin semua tu lagilah teruk ujian diorang. Saya yang kene ujian yang takdelah besar mana pun kalau nak dibandingkan dengan diorang, tapi saya dah rasa nak putus asa. saya rasa benda ni macam besar sangat. Saya malas nak tulis memanjang kat sini. Tak suka lah emotional emotional kat blog. Hisyhh. Apelah. Dah dah. Okay, STOP. Mlas lah pulak nak update blog pasal benda nih. Dah, baik simpan sorang sorang je :(
bye.

Tuesday, February 21, 2012

Days at School part 2

Assalamualaikum.
So, dah lama gila tak post kat blog ni. Takdela lama mana sebenarnye. 2 minggu je. hehe. Rindu nak post kat blog ni~  :)

Minggu lepas
Saya tak berapa ingat apa yang berlaku. Tapi apa yang saya ingat ada perlawanan bola baling Khamis. Lawan punya lawan, akhirnya dapat tempat first. Alhamdulillah. Tapi rasanya kitorang lah yang buat latihan paling sikit sekali. Kitorang buat 4 kali je kot tak silap. Mungkin sebab stratergi kot. Lepas tu Jumaat tu saya tak datang sekolah sebab pening kepala dan sakit perut. Penangan bola baling ke apa. haha. Kesian Aqilah sorang sorang kat situ. Sorry, bukan sengaja taknak datang. Oh yaaaaaa. Selasa tu time PJK ada meeting WAFA. Ustaz buat waktu tu sebab kalau buat petang tak ramai yang dapat datang. Lagi lagi sekarang ni musim sukan. Dan keputusannya... jeng jeng jeng...

Pengarah : Aziz
Timbalan Pengarah : Alya
Setiusaha 1 : Don
Setiusaha 2 : Aqilah
Bendahari 1 : Safwan
Bendahari 2 : Hanis

Terkejut tak? hahaha. Alya time diorang kene keluar sebab nak buat undian confirm je tak dapat. Last last die yang kene. Perasan tak MT banat semua bekas 3 Syafie oh. haha.

Minggu ni
Okay, minggu ni pecah rekod. First time tahun ni balik awal. Tapi tu pun dalam 5, 5.30 camtu. Saya masih lagi menunggu hari pertama saya balik 3.30 tahun ni. Tapi rasanya takkan kot sebab mak saya takkan ambik pukul 3.30 tepat sebab time tu banyak kereta. Paling awal pukul 4. hmm. Tapi macam takde harapan je sebab adik saya yang darjah 6 tu ada kelas tambahan SETIAP HARI. Jadi setiap hari dia akan balik 4.30.  kalau balik awal tahun depan agaknya. haha. 

Hari yang sama saya balik lambat tu kebetulan ada debat antara kelas, LAGI. Mula mula cikgu suruh banin masuk, lepastu tiba tiba banin suruh banat pulak. Dan cikgu suruh Afa, Syirah, Fatin & Saya masuk debat tu. Saya pun macam 'cikguuuuuuuuuuu. Saya ada latihan bola tampar petang ni' Tapi saya senyap je. err. Bila kelas habis saya tanya diorang siapa yang boleh masuk. Lepastu semua macam ada hal masing masing. Afa "Ana kene pegi latihan bola tampar kat UIA", Fatin "Ana ada usrah", Syirah... Dia, balik awal. kebetulan pulak latihan bola tampar dibatalkan. Lepastu semua orang paksa saya masuk debat tu dengan sorang banin kelas kitorang. Say tolak mentah mentah. Saya ni dah la tak reti debat. Tapi yang tu takpe lagi. Masalah yang lagi besar ialah, 'suara saya perlahan'. Okay, bayangkan macamana saya nak berdebat kalau macam tu. Saya rasa kalau saya terpaksa masuk debat tu connfirm menangis. Nak kata saya lembik kata lah. Perempuan, biasa lah tu. Bila diorang dah paksa saya. Saya terus lari ikut Aqilah pergi bawah. Dalam hati, 'Apesalla latihan bola tampar cancel. Aduuh.. '  Kalau tak ada lah jugak alasan nak buat :P

Serious. Saya.Tak.Boleh.Debat!  Dan saya larikan diri pergi surau. Bila jumpa Maru saya happy sebab saya ada kawan nak sembang sembang sementara tunggu adik saya habis kelas tambahan dia tu. Time tu MT WAFA ada meeting. lepas diorang habis meeting kitorang duduk kat kantin belakag surau. Tiba tiba banin tu datang. Dia kata dia sorang je wakil kelas. Okay, saya dah takut tengok dia marah macam tu. Dia bukan lah marah sampai menjerit jerit, tapi muka dia serious oh. Saya rasa bersalah. Tapi, saya memang tak boleh debat. Betul! Lagi lagi kalau dengan banin. Nak cakap je pun susah, kalau nak bekerjasama dengan diorang lagi lah.

Esoknya, ada perjumpaan rumah sukan waktu kelab. Ganti lah kiranya. Tau tak, tahun ni semua rumah sukan macam bersemangat gila. Semua nak tukar lagu bola. Solah lagu bola yang mana satu ntah, tak ingat. Tapi yang pasti ada perkataan ni banyak 'ole-ole-ole-ole-ole-ole-ole-ole~~~' Part tu je yang ingat. haha. Najah lagu bola Manchester United. Falah lagu bola FIFA World Cup tu yang Knan nyanyi, Wavin' Flag tak silap. Fatah? Lagu coca-cola versi Melayu yang Tomok nyanyi tu. Lagu tu banin form 5 yang cadangkan. Serious tak sedap. Dah la coca cola. Boikot ooh. hahaha. Bila buat undian, banat takde sorang pun yang undi. Banin beberapa je. Last last tak jadi ambik lagu tu. So, tahun ni Fatah je lah yang pakai lagu lama~ tapi at least lagu tu lagi okay daripada lagu baru tu. Falah memang patut tukar lagu diorang sebab lagu diorang tak best. heheh :P  Solah, lagu sebelum ni sedap apa. Tapi lagu yang baru tu pun okay jugak sebab bersemangat. Tapi 'ter'lebih semangat lah pulak sebab diorang siap lompat lompat dengan tepuk tangan lagi time nyanyi tu. Banat tak lah kot. Bergegar stadium tu nanti. hahaha. Najah tak dengan lagi macamana lagu baru diorang. Tapi lagu lama diorang serious sedap. Nak cilok boleh? :P  haha.

Setakat ni baru dengar lagu Solah je. Falah punya rasanya sedap jugak sebab diorang pakai lagu FIFA World Cup tu kan. Time perjumpaan rumah sukan tu semua rumah sukan kene buat latihan nasyid. Fatah kat surau, Solah Dewan Seminar belah kiri, Najah Dewan Seminar belah kanan tak silap. Time latihan tu Solah nyanyi kuat gila. Dah la lompat lompat pulak tu. Bergegar surau tau tak. hahaha. Takdelah, melampau lah tu x) 

Time latihan tu kat luar mula mendung. Lepastu hujan. Bila hujan dah redha kitorang pergi tukar baju. Punyalah semangat kitorang tukar baju. Sampai sampai kat situ diorang kata cancel. Lepastu ada orang pegi jumpa cikgu mintak nak buat haritu jugak. Time tu saya rasa saya nak jugak main. Tak kira. dah la orang tengah bersemangat, siap tukar baju lagi. Nak pegi tahfiz, mals sebab belum hafal lagi~  Last last cancel betul betul. Cikgu kata tak nak ada orang cedera. Saya dengan sedihnya, pergilah tukar balik baju KRS tuu. Dan saya mula menghafal~~~ Dan Alhamdulillah saya dapat 3 page untuk murajaah walaupun saya tak hafal dari rumah :O  Mungkin sebab saya hafal express sangat kot. Serious kalau korang tengok mulut saya time tu laju gila macam train! hahaha. Tapi saya tak tasmi' hari tu sebab cikgu dah nak balik dan kurang lancar lagi. hehe.

Esoknya, (lagi? :P)  cuaca cerah~  Dan saya sangat gembira sebab boleh main bola~~  :D  Mula mula Fatah & Solah under 15 lawan dulu sebab haritu diorang lawan tak tau siapa yang menang, seri kot :P  Dan Alhamdulillah Fatah menang :)  lepastu under 18 pulak lawan. Turn Fatah & Falah lawan. Time kitorang nak masuk gelanggang tu tiba tiba akak tu kata Najah dengan Solah lawan dulu sebab Falah kata panas dengan apa ntah. Kitorang pun pegi balik. Tiba tiba akak tu panggil balik. Dia kata Fatah & Falah lawan dulu. Falah mintak nak lawan balik pulak. Kitorang pun lawan lah. Time tu barulah start rasa macam takut. Sebelum tu takde perasaan langsung. Rileks je. hehe.

Time lawan tu ntah kenapa kitorang macam tak buat betul betul. Padahal time latihan okay je. Tiba tiba pulak tak menjadi. Time saya pukul bola asyik asyik sikit lagi nak lepas net tapi tak lepas. Asyik kene tangan je. Bukan tapak tangan yang kene. Lepastu macam banyak kali kitorang tak dapat balas dengan serve tak betul. haritu saya serve semua tak masuk kecuali sekali. tapi tu pun out sebab senget. Asal orang serve lepas je senget, asal orang serve straight je tak masuk. Haih. Lepastu semua pun macam muka serious je. Maya kata kitorang serious gila. Diorang enjoy je. Last last kitorang kalah. Sedih gila. Tapi takpe, menang kalah adat perlawanan kan? Sekali sekala kalah. Daripada menang sebab menipu lebih baik kalah, betul tak? (ayat kat sebelah ni hanyalah statement semata mata. Saya tak maksudkan sesiapa ye. Harap maklum)  Redha. lagipun apa yang Allah bagi tu adalah terbaik buat buat kita. Percayalah. Mana tau kalau kitorang menang kang nanti riak pulak. Takpelah, yang penting main tu main jugak. Jangan sebab kalah game tu nak berdendam, bermusuh dengan orang rumah yang menang. Tujuan kita bersukan pun sebab nak rapatkan ukhuwwah, betul tak? Bukannya menghancurkan ukhuwwah.

Oh yaa. Kitorang kalah pun rasanya bermula dengan perlawanan Fatah under 15 tu. Sebab time kitorang tengok tu diorang macam nak kalah dah. Lepastu kitorang pun rasa macam agak down. Lagi lagi bila tengok muka diorang yang serious tu. So, bila kitorang nak lawan pun benda tu effect kat kitorang. Semua macam serious. Kesimpulannya, apa yang kita buat akan effect orang yang tengok tu sekali.

Haritu kitorang lawan lama gila sampai 6. 30 kot tak silap. Najah dengan Solah tak sempat nak lawan. So, diorang sambung besok. Esoknya, Najah menang lawan Solah. Jadi kitorang lawan lah Solah. Disebabkan haritu hari lain. Kitoranng macam lebih relaks. Tak stress stress dah macam semalam tu. Set 1 diorang menang. Set 2, kitorang. Set 3, ada 11 mata. Time last last tu Fatah 8, Solah 9. Time tu turn saya pulak pukul bola. Dayah sangat mengharapkan saya pukul bola betul betul sebab saya pukul tak pernah dapat mata dan kitorang nak kejar lagi 3 mata. Time saya nak pukul tu ada beberapa orang bagi semangat kat saya. 'Nti boleh' bla bla bla.. (malas nak tulis sebenarnya)  Wany bagi kata kata semangat paling lawak. Dia kata 'bayangkan tu kepala..............'  Err, saya tak lah sekejam tu. hahaha. dan bila saya baling..... Lepas! Alhamdulillah :)  Lepastu Dayah lari dan peluk saya :)  dan saya pukul kali kedua, lepas lagi. Kali ketiga saya nak pukul. Dayah suruh saya dapatkan mata terakhir tu. Saya baling dan....... lepas, tapi out. Lepastu bola Solah. Diorang serve lepastu tak past. Dan automatik kitorang dapat mata. Alhamdulillah :') 

Walaupun dapat tempat ketiga, tapi still happy. Bersyukur sangat sangat :)  Lepastu Wany kata 'Taktik ana berhasil'  Macam tu eh Wany? Tak ingat lah. Tapi lebih kurang macam tu lah ayat die. haha. Tapi sebenarnya saya takdelah fikir itu kepala orang 'tu'. Itu kejam namanya. hahaha. Lepastu diorang sujud syukur. Lepastu giliran Najah & Falah lawan. Dan Najah menang, kan? Tahniah Falah & Najah :)  Solah, usaha lagi. Takpe, game je pun. Bukan ana sangat pun.

Okay, sebenarnya time diorang tengah lawan ada I'dad Murabbi. Saya ingatkan belum start lagi sebab tu lah saya pegi tengok diorang lawan. Rupa rupanya benda tu kat Dewan Seminar. Nasib baiklah saya pakai baju sukan. Boleh lah cover cover sikit. hehe :P 

Oh yaaa. time I'dad Murabbi tu ada tetamu 'Istimewa'. 6 orang kot form 5 daripada sekolah khas. Semua perempuan. Tak pastilah diorang ni Murabbi jugak ke apa, tak ingatlah. Tapi kat sekolah diorang pun ada usrah jugak kot. diorang 'Istimewa' sebab diorang cacat penglihatan. Kesian oh tengok diorang.

Sabtu tu pulak ada taklimat pembelajaran luar negara....? Lebih kurang macam tu lah nama dia. Ingat kan nak pegi sebab saya nak belajar luar negara jugak. Tapi disebabkan mak saya ambik saya pukul 9 lebih, saya pun mals lah nak pegi sebab dah start dah pun. Lagipun saya kepenatan. Dan la tunggu dari pukul 7 lebih, tak sampai sampai. Nasib baik lah sekolah tu tak sunyi. dah la pak guard tu menakutkan xD  Serious! Haritu time saya sorang sorang kat depan tu dia buat pandang je. Macam nak terkam orang je pakcik ni. Lepastu terus blah. Bahaya ooh duduk situ sorang sorang.

time dalam kereta tu saya ajak mak saya pegi taklimat tu. Tapi saya tak nak pegi sebab penat dan malas. heheh. Pastu mak saya kata "macam lah Papa bagi belajar luar negara" T_T  Lepastu saya jawab "Alaaah, orang kawen lah awal awal" Lepas tu umi kata "Masalahnya macam lah mak ayah orang tu bagi anak dia kawen awal. Umi Papa bagi je kalau nak kawen awal" U.U  Nak belajar luar negara~~~ Takpe, masih ada peluang! Paksa abang ikut saya belajar luar negara, best tu~ hehehe xD  Lepastu Umi tak pegi pun taklimat tuu :(

Lepastu saya tanya ayah saya boleh tak nak pegi rumah Nashua nak buat study group. Abang dia nak ajar Add Math, Bio, Fizik, Chem. Subjek kritikal tuh! Time tu ayah saya takde kat rumah, jadi saya mesej die. Ayah saya tanya macam macam "Rumah kat mana? Berapa orang? Papa kenal tak mak ayah dia?" last last bila ayah dah balik rumah baru dapat jawapan. Boleh. Saya pun 'Yes! Yes!'  Lepastu saya kata saya tidur rumah Nashua. Lepastu terus dia tukar jawapan. Tak boleh. Dan macam biasa saya tanya 'kenapa?'. Saya bagilah alasan, family diorang tu baik lah bla bla bla. Tapi ayah saya tetap tak bagi. Dia kata 'Awak bukan anak kucing.', 'Awak tu perempuan, kene jaga maruah diri', 'Papa sayang sangat kat korang semua. Nanti kalau apa apa terjadi macamana?' 'kalau awak nak belajar boleh, tapi tidur kat sana tak boleh. Papa boleh hantarkan besok pagi lepas Subuh' dan banyak lagi.. (perhatian : awak tu bukan bahsa kasar ye. Family saya memang guna kata ganti nama diri awak. harap maklum) Akhirnya saya putus asa dan saya kata 'Yelah..'. Lepastu saya naik atas, merajuk.

Lepastu tu Nashua call, die kata buat esok pagi 8.30 sebab Latifah takde transport. saya pon, 'hmm okay'. Tiba tiba malam tu saya ubah fikiran, saya tak nak pegi sebab homework belambak. Baik siapkan homework dulu baru study. Pagi esok tu baru saya bagitau Nashua. Kesian dia, dia punyalah bersemangat ajak kitorang datang. Kejap kejap call. Bazir kredit dia je.

Bila saya tak pergi saya rasa menyesallah pulak sebab saya memang perlukan orang untuk ajar saya 4 subjek kritikal tu. Lagi lagi ada certain cikgu yang ajar macam laju je. Saya pulak duduk kat situ tengok whiteboard dengan blurrnya. Kadang kadang tu tak paham satu hapak pun. huh.. takpe, minggu depan saya akan usahakan untuk datang jugak. hee. Sambung yang tadi. Malam tu ayah saya pujuk saya. Time tu saya macam dah okay sikit. takpelah, redha je. Mana boleh langgar arahan mak ayah betul tak? Lagipun bukan semua yang kita suka baik untuk kita dan bukan semua yang kita tak suka tu tak baik untuk kita. Ya, saya bukannya anak kucing yang boleh merayau nak pergi mana mana je dia suka. Saya anak manusia. Takpelah, ada hikmahnya.

Wow. Panjangnya cerita saya. Macam biasa. hehe. Okay, esok sekolah. nak kene tidur dah. Assalamualaikum :)

Saturday, February 18, 2012

Newwwwwwwwww x)

Assalamualaikum.

So, dah jumpa blog ni? Tahniah diucapkan kepada anda. Ya, anda yang dah berjaya jumpa blog ni. hahaha. Masalahnya macam lah ada sekarang ni. Saya tau takde sesiapa yyang jumpa blog ni lagi~ hehe. Saya menunggu  orang pertama yang akan jumpa blog saya ni. Tapi yang saya maksudkan ialah kawan saya. hehe. I'm waiting~  Oh ye, Nabila. I'll keep on searching your blog. haha. btw, mana awak dalam mimpi saya? Kata nak muncul haritu. haha. lol xD  Bloggers, keep on searching my blog~ Selamat mencari xD

Wednesday, February 8, 2012

P e n g u m u m a n !

Assalamualaikum.


Attention! Blog ni akan ditutup tak lama lagi. Kemungkinan hujung minggu ni atas sebab nama blog ni dan url blog ni yang tak dapat dipastikan apa maksudnya. Takut maksud dia teruk pulak. Sekian, terima kasih :P

Harap Maklum :)

Sunday, February 5, 2012

Days at School part 1

Assalamualaikum.

Minggu lepas, dah masuk minggu ke 3 persekolahan untuk budak budak form 4 Al-Amin. Tahu tak? Minggu tu minggu pertama kitorang belajar dalam kelas baru, minggu pertama belajar tanpa Husna, dan budak budak yang masuk MRSM dan jugak minggu pertama kitorang belajar daripada hari Isnin sampai hari Jumaat dan minggu pertama dalam tahun ni ada food poisoning dan yang paling penting sekali. First time nabila datang sekolah tahun ni, dalam baju sekolah dia! Dan itu first time saya jumpa die untuk tahun ni dan first time saya jumpa dia lepas outing banat nineteen96 tahun lepas. Wow! haha. Dan saya peluk dia 3 kali~~~~~ Be jelly, bak kata Husna. haha.

Dia datang hari Jumaat. Dan pada hari yang sama saya baru terfikir, bilalah agaknya nabila nak datang Al-Amin. Time tu saya dari surau nak pergi latihan bola tampar kat gelanggang. On the way time kat tempat park motor tu tiba tiba nampak seseorang.... Nabila! Lepastu terus macam jerit "Nabilaaaaaaa!" Lepastu peluk dia dan saya terpijak kasut dia. Sorry Nabila~ hehe. Lepas peluk tu, pusing kiri, ada ustaz pandang. Lepastu terus blah dari situ.. Malu gilaa. haha. Kuat sangat ke saya jerit? hehe

Dan sepeti yang dijangkakan, minggu ni seperti biasa, saya balik lambat setiap hari. Tapi bagus lah sebenarnya. Sebab sebenarnya kalau kita busy, lagi susah kita nak buat benda benda lagha, betul tak? Sebab tu lah biasanya orang orang yang baik ni dia selalu busy memanjang. Tapi walaupun saya suka, saya tetap menunggu nunggu bila hari pertama saya akan balik awal tahun ni.  Boleh pecah rekod lah ni! haha.

Busy sangatlah seronok sebenarnya sebab daripada ke'busy'an kita tu kita dapat banyak benda.
1. Dapat isi masa lapang
2. Dapat elak daripada buat benda benda tak berfaedah dan lagha
3. Dapat menguruskan badan? xD
4. Dapat kenal & menghargai nikmat masa lapang
5. Tak membazir masa
dan banyak lagi sebenarnya.

Setiap minggu mesti kene prepare untuk Usrah, Tahfiz, Homework dan kene balik lambat. Wow~ Sekarang saya dah mula belajar utuk think positive selalu.. Benda benda yang saya rasa susah pun bila belajar saya tak nak kata susah kalau boleh sebab apa yang kita cakap tu effect kerja yang kita nak buat tu.

Sekarang ni pun banyak benda yang clash. Dan Alhamdulillah setakat ni saya tak rasa stress sebab sentiasa busy memanjang, tapi saya suka. Mungkin sebab saya asyik think positive kot. dan sekarang saya asyik rasa rajin nak buat homework, tak tau kenapa. Rasa bahagia gila bila semua homewrok dah siap. Tapi biasanya kalau saya siapkan homework, yang saya tak faham atau takde idea nak buat, saya tinggal. Tapi sikit je la yang tinggal.

Minggu ni, ada perlawanan~ Bola baling - Rabu & Khamis, Jumaat - Bola Tampar. 3 hari berturut turut tuh. Harap harap takdelah penat sangat nanti. Bola baling tak buat latihan banyak pun, kalau campur Selasa ni 3 kali je. Hmm. Harap harap time perlawanan nanti okay je.

Oh yaaaaaaaa. Isnin lepas, birthday anak Usrah saya~ Dan kitorang buat birthday suprise untuk dia, dan lagi dua orang. Birthday suprise sangat lah kan sebenarnya. haha. tak menjadi pun suprise tu. Diorang macam dah tau je ada benda tu. Ni mesti sebab saya terlepas cakap ooh. haha. Ada ke patut, saya pegi kat anak usrah saya yang lain, lepas tu saya kata "Eh, besok nak buat birthday suprise untuk Wafaa, Sofiya dengan Dewi tau. Jangan bagitau diorang eh"  Lepastu bila saya nampak Sofiya saya pergi kat dia saya kata "Sofiya, besok ada birrthday suprise tau" Lepastu dia tanya "Untuk siapa?"  Time dia cakap tu baru saya teringat, saya nak buat birthday suprise tu untuk dia lah, aduuuuh! Lepas tu saya terus macam gelabah "Eh, eh.. Silap lah. Nampak... emm... eh, takde pape lah" Lepas tu terus pergi dari situ. Sofiya pulak senyum je, macam dah tau je. Hahaha. Bagus gila kan? Tapi sebenarnya saya tak tahu kenapa, asal nampak muka dia je, saya nak bagitau dia. Bahaya betul. haaha.

Baru perasan, tahun ni saya macam dah berubah sikit. Kan, kan, kan? Dah matang sikit. Matang? hehehe. Nampaknya, kemungkinan azam tahun ni dapat tercapai. Yeay~ Okay, dah tak ada idea nak post apa. Hihi. Assalamualaikum :D

Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Salam Maulidur Rasul



So, harini Maulidur Rasul. Hari kelahiran seorang manusia yang mulia. Perasan tak, kebanyakan manusia zaman sekarang mengagung agungkan idola diorang yang sebenarnya tak sepatutnya dijadikan idola. ramai manusia dah lupa, apa tujuan hidup kita ni yang sebenarnya. Kita diciptakan kat dunia hanyalah untuk beribadah semata mata kan?

"Dan tidaklah kami menciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada kami"

Sedar tak? Ramai manusia yang dah terpesong dari matlamat hidup mereka yang sebenarnya. Setiap hari leka dengan benda duniawi. Nama pun manusia kan? NASIA yang bermaksud lupa. Manusia = pelupa. Sebab tulah kita kene saling ingat mengingati betul tak? Manusia ni kan lemah. Hari ni, ramai manusia yang ingat birthday 'Idola' diorang, tapi lupa birthday Nabi kita sendiri, betul tak? Ya, saya mengaku saya pun kadang kadang lupa jugak.

Dan saya nak post satu video ni. Banat banat Al-Amin semua dah tengok dah kan video ni? Benda yang baik kalau diulang ulang kan bagus. Video ni sangat sedih. Video ni pasal seorang pelajar UIA yang mimpi jumpa Rasulullah. So, dipersilakan untuk tengok video ni. Tengok tau! Oh ya, bila nak tengok video ni sila tutup lagu kat sidebar tu eh.








Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah. 

Sempena Maulidur Rasul ni, jom kita buat perkara perkara sunat yang biasa Rasulullah buat. Tapi jangan buat harini je, biarlah istiqamah/berterusan. Banyakkan selawat ke atas nabi.

Suatu hari Aisyah tengah menjahit. Waktu tu tengah malam sebelum subuh. Lepas tu tiba tiba jarum tu terjatuh. Aisyah tak dapat nak ambik jarum tu sebab gelap. Rumah diorang takde lampu tak silap. Tiba tiba bila Rasulullah datang. Aisyah pun dapat ambik jarum tu sebab ada cahaya kat muka Rasullah.

Aisyah pun kata "Ya Rasulullah, siapakan yang tidak dapat 
melihat wajahmu ketika di akhirat(rasanyalah) nanti?  

 "Orang yang bakhil" 

"Siapakah orang yang bakhil itu?"  

"Orang yang tidak mahu berselawat ke atasku"


KERINDUAN RASULULLAH


Sahabat Hikmah...
Dalam sebuah riwayat Rasulullaah shalallaahu 'alaihi wa sallam mengungkapka kepada para sahabatnya ketika sedang duduk:
"Aku rindu... Aku rindu..." 

Dan sahabatpun bertanya, "Kepada siapa engkau rindu ya Rasulullah?,"

"Aku rindu kepada saudara-saudaraku.."

"Bukankah kami ini saudara-saudaramu? Ya Rasulallah?"

" Kalian sahabat-sahabatku dan Aku mencintai kalian, namun Aku Rindu kepada saudara-saudaraku"

.... Sahabat makin penasaran dan bertanya lagi, "Siapa mereka ya Rasulallah yang Engkau panggil mereka dengan sebutan Saudaramu dan Engkau Rindukan itu?"

Rasulallah menjawab.. "Mereka adalah ummatku kelak yang belum pernah melihat wajahku, belum pernah bertemu denganku, belum pernah berbincang-bincang denganku tapi mereka merindukanku, mereka melanjutkan perjuanganku dan tak jarang mereka meneteskan airmata karena menahan rindu padaku, Aku rindu pada mereka dan Aku ingin bertemu dengan mereka.."

Salaam bagimu Wahai Rasulallah
Salaam bagimu Wahai Kekasih Allah,
Salaam bagimu wahai kekasih kami..
Turut bergembira atas kelahiran Manusia Suci yang Karenanya diciptakanya Alam semesta beserta isinya.

اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سيّدنامُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَ عَÙ„َÙ‰ آلِ سيّدنا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ

Allahumma sholli alaa syaidina Muhammad wa alaa aliy wassahbihhi wabaarrik wasallim'.



More info? Pilih kat bawah ;)

http://pakarhowto.com/info-berguna/sejarah-asal-usul-sambutan-maulidur-rasul-dan-hukum-menyambutnya.html

http://pondokhabib.wordpress.com/

http://tazkirah.smart2u.com/


Kalau ada apa apa info yang salah tegur ye. Assalamualaikum ;)

Saturday, February 4, 2012

Happy Belated Birthday Bloggy




This blog is currently 1 year old and about 1 month already~ Yeay :D  And this blog had developed from a useless blog to a not-too-useful blog. hehe. Good job bloggy~ hihi