Salam Maulidur Rasul
So, harini Maulidur Rasul. Hari kelahiran seorang manusia yang mulia. Perasan tak, kebanyakan manusia zaman sekarang mengagung agungkan idola diorang yang sebenarnya tak sepatutnya dijadikan idola. ramai manusia dah lupa, apa tujuan hidup kita ni yang sebenarnya. Kita diciptakan kat dunia hanyalah untuk beribadah semata mata kan?
"Dan tidaklah kami menciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada kami"
Sedar tak? Ramai manusia yang dah terpesong dari matlamat hidup mereka yang sebenarnya. Setiap hari leka dengan benda duniawi. Nama pun manusia kan? NASIA yang bermaksud lupa. Manusia = pelupa. Sebab tulah kita kene saling ingat mengingati betul tak? Manusia ni kan lemah. Hari ni, ramai manusia yang ingat birthday 'Idola' diorang, tapi lupa birthday Nabi kita sendiri, betul tak? Ya, saya mengaku saya pun kadang kadang lupa jugak.
Dan saya nak post satu video ni. Banat banat Al-Amin semua dah tengok dah kan video ni? Benda yang baik kalau diulang ulang kan bagus. Video ni sangat sedih. Video ni pasal seorang pelajar UIA yang mimpi jumpa Rasulullah. So, dipersilakan untuk tengok video ni. Tengok tau! Oh ya, bila nak tengok video ni sila tutup lagu kat sidebar tu eh.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
Sempena Maulidur Rasul ni, jom kita buat perkara perkara sunat yang biasa Rasulullah buat. Tapi jangan buat harini je, biarlah istiqamah/berterusan. Banyakkan selawat ke atas nabi.
Suatu hari Aisyah tengah menjahit. Waktu tu tengah malam sebelum subuh. Lepas tu tiba tiba jarum tu terjatuh. Aisyah tak dapat nak ambik jarum tu sebab gelap. Rumah diorang takde lampu tak silap. Tiba tiba bila Rasulullah datang. Aisyah pun dapat ambik jarum tu sebab ada cahaya kat muka Rasullah.
Aisyah pun kata "Ya Rasulullah, siapakan yang tidak dapat
melihat wajahmu ketika di akhirat(rasanyalah) nanti?
"Orang yang bakhil"
"Siapakah orang yang bakhil itu?"
"Orang yang tidak mahu berselawat ke atasku"
KERINDUAN RASULULLAH
Sahabat Hikmah...
Dalam sebuah riwayat Rasulullaah shalallaahu 'alaihi wa sallam mengungkapka kepada para sahabatnya ketika sedang duduk:
"Aku rindu... Aku rindu..."
Dan sahabatpun bertanya, "Kepada siapa engkau rindu ya Rasulullah?,"
"Aku rindu kepada saudara-saudaraku.."
"Bukankah kami ini saudara-saudaramu? Ya Rasulallah?"
" Kalian sahabat-sahabatku dan Aku mencintai kalian, namun Aku Rindu kepada saudara-saudaraku"
.... Sahabat makin penasaran dan bertanya lagi, "Siapa mereka ya Rasulallah yang Engkau panggil mereka dengan sebutan Saudaramu dan Engkau Rindukan itu?"
Rasulallah menjawab.. "Mereka adalah ummatku kelak yang belum pernah melihat wajahku, belum pernah bertemu denganku, belum pernah berbincang-bincang denganku tapi mereka merindukanku, mereka melanjutkan perjuanganku dan tak jarang mereka meneteskan airmata karena menahan rindu padaku, Aku rindu pada mereka dan Aku ingin bertemu dengan mereka.."
Salaam bagimu Wahai Rasulallah
Salaam bagimu Wahai Kekasih Allah,
Salaam bagimu wahai kekasih kami..
Turut bergembira atas kelahiran Manusia Suci yang Karenanya diciptakanya Alam semesta beserta isinya.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّدٍ
Allahumma sholli alaa syaidina Muhammad wa alaa aliy wassahbihhi wabaarrik wasallim'.
More info? Pilih kat bawah ;)
http://pakarhowto.com/info-berguna/sejarah-asal-usul-sambutan-maulidur-rasul-dan-hukum-menyambutnya.html
http://pondokhabib.wordpress.com/
http://tazkirah.smart2u.com/
Kalau ada apa apa info yang salah tegur ye. Assalamualaikum ;)
No comments:
Post a Comment