"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Saturday, June 23, 2012

The Result

Tengok blog Aqilah.
Okay, saya lupa nak update pasal result terbaru saya..
Jeng jeng jeng jeng...

Seperti yang disangka sangka dan tak disangka sangka..
(Ayat apa tu? haha :P)
Result saya, yeah.. average je.. kot?
Sebenarnye average tu macamana?
hmm

Tapi result kali ni memang..
result paling buruk saya pernah dapat.
Hampir semua gred ada kot.
Oh, dan Alhamdulillah..
Saya tak menangis sebab result tu..
kot lah, tak ingat ah..

Time hari kad laporan tu serious saya nak mak ayah saya datang
dan tengok result saya..
saya nak diorang tau yang saya tengah menurun sekarang ni..
Yeah, teruk kan?
Tapi diorang tak dapat datang :(

Serious saya kata, form 4 tak sama macam menengah rendah
TAK SAMA LANGSUNG!
Saya tak pernah dapat fail lebih daripada satu subjek

Tapi saya terima je lah,
Ada hikmahnya :)


Life has it's up and down
That's how it goes~


Just. Smile.
:)

Old Friend

Azan Isyak baru berkumandang sebentar tadi.
Sedang aku memakai kain solat, tiba tiba telefon rumahku berdering
'kring kring!'
Tiba tiba suara abangku yang sememangnya duduk di tepi telefon itu kedengaran memanggil namaku.
Kusangka Aqilah, rupanya bukan.

"Hello..?"
"Hello. Aseeyah" 
Macam ku kenal suara tu. Macam suara Husna..
"Ni siapa ni?"
"Mahirah"
"Mahirah?!" 
Rasa macam nak menjerit je waktu tu. Tapi tak boleh, nanti kene marah. hehe
"Ha'ah. Eh, rumah nti kat mana?" 
0.o
"Kenapa?"
"Ana kat kedai makan depan rumah nti ni"
"Eh?! Buat apa kat sana?"
"Makan lah"
"Ooh. Eh, datang lah sini"
"Tak nak lah. Malu"
"Eh takpelah. Nti tunggu kat luar rumah ana. Nak bagi benda"
"Okay"

Tukar baju. Telefon rumah berdering lagi. Aku berlari mendapatkan telefon.

"Hello?"
"Haa, ana dah ada kat depan rumah nti ni. Kot"
"Oooh, okay okay. Jap. Tengah nak tukar baju"

Masuk bilik. Tengok kat tingkap bilik.
Lari lari turun tangga. Ambik kunci rumah. Bukak pintu pagar.

Banyak benda kitorang bual. Tapi takdelah lama sangat. Sebab dia nak makan actually. Hehe
Oh, dan saya bagi hadiah birthday dia tahun lepas. Okay, lambat gila bagi~~

So, kesimpulannya.. Saya rindu sangat kat diaa. Lama gila tak jumpa. Dan, oh.. Tanpa disangka sangka.. Saya dah tinggi~ :O  Nampak macam saya lagi tinggi je dari dia. hehehe. Dan, dia kirim salam kat korang semua yang kenal dia :)

Ooh, dia kata dia dah dapat lesen motor.. Dan saya suruh dia datang rumah saya naik motor nanti. heheh. Dah lama tak naik motor~ Tapi naik motor serious menakutkan+best. hehe. Saya harap kita dapat berkumpul lagi macam dulu. Pergi keluar sama sama :D

Sampai sekarang saya asyik tersenyum jee :D

Eh, ayat kat atas tu macam novel tak? hahaha.
Okay lah, bye.
Assalamualaikum :D

Ramadhan



Ramadhan tinggal kurang sebulan je lagi..
Tak sabar nak masuk bulan Ramadhan.
Harap harap kita semua sempat masuk bulan Ramadhan. Amin :)
Tengoklah video tuu.

Opick - Ramadhan tiba 
Lagu ni serious best! hehehe.
Tapi bagi saya laa.
Sekarang ni saya selalu teringat bila bulan puasa dan raya~
Bestnye. Tak sabar nak balik kampung :D
Bila dengar je asyik teringat aerobik Solah haritu, haha
Dan bila saya teringat Ramadhan je saya akan nyanyi lagu ni~

Semoga kita dapat sampai pada bulan Ramadhan nanti!
InsyaAllah, amin :)


Thursday, June 21, 2012

The Panda



"Selamat pagi~ Nama saya panda" :O


Eh, awalnye saya bangun? Saya bangun awal..? Er..
Sebenarnya saya tak tidur langsung malam ni sebab saya kene siapkan presentation Sejaraah. Okay, menyesal mintak nak buat presentation tuu. Tulah, menggedik sangat tak nak present kat depan. Padan muka -,-  Sebenarnya tinggal beberapa page je lagi nak siap.. Tapi disebabkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan.. haisyhh, sabar je lah

Dah la waktu cuti saya tak ingat langsung ada presentation! Bukak sekolah, tiba tiba ada banyak benda nak kene buat.. T.T  Dan hari ni, adalah hari yang saya tak sabar nak datang.. sebab ada usrah......... Tapi.. yeah.. tengoklah nanti saya datang dengan muka panda comel~ bawah mata hitam. hehehehe. *Tiba tiba terfikir, agak agaknya macamana muka saya sekarang?* Saya pernah tengok muka saya bila tidur lambat sangat, tapi tak ingat lah tidur lambta ataupun tak tidur langsung.. Muka macam hantu! hahaha.
Okay, dah lah.. Saya ada belambak lagi homework nak kene buat. Bye~

Tadi kan, bila saya tengah khusyuk menaip, tiba tiba laptop mati. Punyalah bengang. Dah la pendrive dah penuh, benda tu pulak save dalam laptop tu. Nak kene buat baru lagi.. -,-  dah la tiba tiba je mati. tak nak bukak langsung pulak tu. orang dah stand by cooler pun dia tak nak bukak jugak. dah la laptop tu lembab... asyik tersekat sekat jee. lepastu saya give up.. dan terus beralih ke laptop lain. baru bukak laptop, ingatkan nak buat baru.. tiba tiba tuan laptop tu datang dan selesaikan laptop tu dan... hidup balik -,-  saya pun sambung balik.. dan baru tadi siap.. setelah berjam jam.. penat tau



Yang benar, Panda Comel. *peace!*

Sunday, June 10, 2012

Habis dah

Assalamualaikum

Saya baru balik daripada program semalam. Sebenarnye semalam sebab sekarang dah pagi~ 0.o  hehe. Biasa lah saya suka tidur lambat :P  Sebenarnye saya ada banyak cerita, tapi terlalu panjang.. dan, saya baru teringat sebenarnye banyak benda tak settle lagi! :O  Habis lah.. dah la cuti tinggal sehari je lagi.. bagus! -,-  jadi saya tak sempat nak post panjang panjang kat sini. hmm :(  takpelah, lain kali ada masa saya post lagi, insyaAllah

Salam alaikum ;)

Tuesday, June 5, 2012

Ukhuwwah Fillah



Tujuan hidup kita tidak lain tidak bukan adalah untuk mengabdi diri kepada Allah seperti dalam firman-Nya :

"Dan tidaklah kami menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"


Tapi hari ni ramai manusia yang lalai.. tergoda dengan keindahan dunia.. termasuk lah saya..
Poyo lah.. Saya memang poyo.. lol :P

Dalam menghadapi segala ujian hidup..
Seseorang itu perlukan kepada kehadiran seorang manusia..
Seorang teman, kawan, sahabat..
Sahabat sejati, kawan baik, teman sajati..
Untuk menguatkannya, memberi semangat kepanya, menasihatinya, membantunya, bersamanya..

Namun, kadangkala mereka juga adalah salah satu daripada ujian ujian tersebut.
Waktu itulah kesetiaan, kejujuran, kepercayaan, keikhlasan, ketulusan dan sebagainya diuji.
Waktu itulah ada yang merasa kehilangan, ketulusan dan kejujuran diragui dan sebagainya

Dalam berkawan,
Mesti ada aje masalah yang timbul

Sebab tu,
kadang kadang kita perlu bertolak ansur
Walaupun kita yang tak salah..
Walaupun orang lain yang bersalah

Walaupun agak pelik dan janggal kalau kita yang mengalah atau bertolak ansur.
Tapi kalau benda tu dah berlarutan terlalu lama.
Lebih baik mengalah aje

Kita tak tau bila ajal kita. Kita tak tau apa yang bakal terjadi
kita tak tahu

"Bertemu dan berpisah kerana Allah"

Kalau berpisah bukan kerana Allah tu macamana pulak.. hmm

Kalau tak berbaik lebih daripada 3 hari berdosa..

Apa masalah saya, bagi nasihat kat diri sendiri -,-  hahaha

Tanpa mereka, perjalanan kita semakin susah untuk diharungi
Semakin memenatkan, memeritkan, melelahkan.

Mereka juga beperanan sebagai pembimbing. Membimbing kita ke jalan yang benar. Jalan yang lurus lagi diredhai-Nya



Kita juga perlu ingat bahawa. Semua benda adalah ujian. Nikmat juga adalah ujian.

"Jangan terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu akan datang kesedihan. Jangn terlalu bersedih kerana selepas kesedihan itu akan datang kegembiraan"



Jadi, berbaiklah.

Saya baru sedar.. Terima kasih kepada anda yang menyedarkan saya :')
Saya sangat menghargainya

Monday, June 4, 2012

Kenapa?

Tadi.. Saya bukak akaun ******* saya..
Tiba tiba saya tengok ******** ******* saya bertambah..
Bila saya bukak..
Rupa rupanya.. dia..
Saya rasa nak menangis dan sebenarnye ****** *** ***....
Kenapa baru sekarang? Kenapa?
Kenapa bukan dulu waktu saya mula mula ****** **** dulu?
Kenapa? :'(

A Day

Suatu hari, iaitu pada Rabu yang lepas bersamaan 30 May,
Saya pergi tahfiz.. setelah 2 hari tak datang sebab sakit perut dari malam kedua XPDC. Entah apelah yang saya makan.. padahal saya tak makan benda lain selain makanan yang kitorang sediakan.. Dah la saya AJK makanan tau, cam pelik pulak.. macamana boleh sakit perut.. orang lain okay je..

Sebenarnye saya masih lagi sakit perut.. Tapi disebabkan tak datang 2 hari, saya datang je lah.. Habis tahfiz, saya, adik saya dan ayah saya pergi ke Perpustakaan Negara seperti yang dirancang~ Kitorang dah bawak siap siap IC adik beradik semua sebab nak pinjam banyak banyak buku. hehehe. Siap ada yang photostat je tuh. Percaya tak? hahaha.

Saya tanya ayah saya..
S : Kita duduk sini lama ke sekejap?
P : Suka hatilah. Nak lama ke sekejap pun boleh..

Saya dengan adik saya apa lagi.. Happy gila! Bukan selalu dapat duduk lama lama dalam library tu.. Tau tak berjam jam duduk dalam tu hanya mencari buku SAHAJA! hehehe. Biasanye mesti datang sekejap je dalam setengah jam, lepastu balik.. Saya pergi cari dari satu rak ke satu rak yang lain.. Rajin gila cari buku.. Dan kali ni sasaran saya ialah buku karya Hilal Asyraf dan Ramlee Awang Murshid. hehehe. Nak baca buku hantu~ kalau baca buku dari Djah tu asyik buku cinta je tak habis habis.. Ceh, padahal saya yang over happy bila baca.. kantoi! saya pegang buku buku tu sampai tak muat tangan nak pegang! Terlalu penuh sampai nak terjatuh! hehehe.

Tapi last last saya pinjam 6 buah buku je. Sepatutnya 9, tapi disebabkan satu IC abang saya kene block, tak dapatlah.. Tapi tu pun tak taulah sempat tak habiskan baca sebelum cuti ni. hehehe. tajuk tajuk buku yang saya pinjam ialah... jeng jeng jengn jeng.. :P (perlu ke? lol)
1. Matahari
2. Pewaris Senja II
3. Single Unavailable
4. Wajah Seiras Cinta
5. Inigin Aku Menggapai-Mu
6. Weil China

Tapi best gilaaaaa. Saya embira bila dapat pinjam buku sebanyak tu dan duduk kat library berjam jam. bukan senang boleh duduk kat situ lama lama. hehe.

habis pinjam buku, pegi kedai dekat dengan rumah jap. cari barang..
masuk masuk je kereta tiba tiba ada orang tengah terjatuh dari basikal dia. abang tu tengah naik basikal, tiba tiba je dia langgar kereta kat depan lepas tu jatuh. lepastu badan dia terketar ketar. kitorang pun keluar. pastu ada orang kat situ kata dia memang selalu macam tu. mula mula ingatkan kereta tu yang undur, rupa rupanya dia tak boleh control diri.. kesian sangat. lepastu abang yang cakap tadi tu dengan abang yang jatuh tu masuk kereta kitorang. ayah saya hantar pergi rumah dia. rumah dia dekat je. pastu saya dengan djah jalan kaki pergi situ sambil bawak basikal. dah la pakai jubah tau. lawak gila. tapi sebenarnye saya sorang yang bawak, djah control ayuu. hahaha. orang dalam kereta semua pandang je. time tu saya buat buat tak tau je. lepas dah hantar tu, time nak pusing kereta nampak orang tu keluar rumah balik pegang basikal dia. lepas tu hilang.. dah keluar kot. ayah saya kata orang tu kene sawan. kesian dia..

kitorang pun nak balik rumah.. tiba tiba djah terjumpa topi.. lepastu patah balik, letak topi kat pagar rumah orang tu dan balik.. time tu baru perasan.. rumah orang tu dekat dengan rumah sorang banin... harap harap lah takde budak al-amin nampak kitorang bawak basikal haritu. haha. Oh, tapi memang ada pun. Kak Sakinah Aris dengan kak ape ntah nama dia. Diorang dari kedai area situ jugak beli barang. Diorang naik motor siap dengan baby lagi. haha

lepastu balik rumah dan baca buku~
sekarang saya dah habiskan 2 buku.. dan tangah baca lagi satu buku. patutnya dah habis dah pun, tapi tiba tiba saya rasa nak sambung menulis novel.. hehehe. tapi bukan start dari awal pun. saya buat part mana mana yang saya nak. haha. suka hati jee.

Oh, ya. dan buku Single Unavailable tuu. Saya dah habis baca.. Buku tu saya fikir islamik sepenuhnya. Tapi rupanya tak. Sebab penulis dia tu pun SMK jugak rupanya. Tapi kira bagus la sebab dia tu walaupun SMK tapi still selitkan benda benda islamik dalam novel tu :)

Takpe, insyaAllah beberapa tahun lagi.. saya pun akan buat benda sama. hahaha. perasan. Korang doakan lah.. hehe. Tapi saya rasa buku saya mesti tebal sebab saya ni jenis suka tulis panjang lebar macam dalam blog ni sebab saya suka panjang panjang. Selagi boleh huraikan, saya akan huraikan. lol. Lagipun saya suka mengahayati sesuatu cerita tu. Sebab tu kalau cerita yang boleh dikembangkan jadi lebih menarik tapi dia tak kembangkan saya tak suka. Sebab tak feeling langsung. Ceh.. feeling lah pulak. hahaha. Dah la, saya suka membebel kat sini. Bye~

Assalamualaikum :)

Sunday, June 3, 2012

Mood



Tengah exam : "Cuti ni tak kira, nak keluar jugak. Tak nak asyik duk terperap kat rumah je. Nak release tension."

Habis exam : xpdc, tahfiz, menganggur..

Cuti : "Nak keluar dengan korang ramai ramai.. release tension.. tapi, bila fikir balik pasal benda tu.. hmm, takpelah.." :/

dan, akhirnya saya duduk terperap kat rumah kebosanan..



THE END

Friday, June 1, 2012

Topeng




1. Baca buku banyak banyak
2. Tulis panjang lebar (yang pasti bukan esei)
3. Jadikan diri sibuk
4. Tengok TV
5. Buat kerja
6. Chatting
7. Buat lawak mengarut
8. Gelak banyak banyak

It's just the way that I can do to forget..

Smile can hides sadness
Kesedihan bertopengkan senyuman

Because.. nobody understands..
I mean, really understands..
You're in your shoes, not mine..