Tujuan hidup kita tidak lain tidak bukan adalah untuk mengabdi diri kepada Allah seperti dalam firman-Nya :
"Dan tidaklah kami menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"
Tapi hari ni ramai manusia yang lalai.. tergoda dengan keindahan dunia.. termasuk lah saya..
Poyo lah.. Saya memang poyo.. lol :P
Dalam menghadapi segala ujian hidup..
Seseorang itu perlukan kepada kehadiran seorang manusia..
Seorang teman, kawan, sahabat..
Sahabat sejati, kawan baik, teman sajati..
Untuk menguatkannya, memberi semangat kepanya, menasihatinya, membantunya, bersamanya..
Namun, kadangkala mereka juga adalah salah satu daripada ujian ujian tersebut.
Waktu itulah kesetiaan, kejujuran, kepercayaan, keikhlasan, ketulusan dan sebagainya diuji.
Waktu itulah ada yang merasa kehilangan, ketulusan dan kejujuran diragui dan sebagainya
Dalam berkawan,
Mesti ada aje masalah yang timbul
Sebab tu,
kadang kadang kita perlu bertolak ansur
Walaupun kita yang tak salah..
Walaupun orang lain yang bersalah
Walaupun agak pelik dan janggal kalau kita yang mengalah atau bertolak ansur.
Tapi kalau benda tu dah berlarutan terlalu lama.
Lebih baik mengalah aje
Kita tak tau bila ajal kita. Kita tak tau apa yang bakal terjadi
kita tak tahu
"Bertemu dan berpisah kerana Allah"
Kalau berpisah bukan kerana Allah tu macamana pulak.. hmm
Kalau tak berbaik lebih daripada 3 hari berdosa..
Apa masalah saya, bagi nasihat kat diri sendiri -,- hahaha
Tanpa mereka, perjalanan kita semakin susah untuk diharungi
Semakin memenatkan, memeritkan, melelahkan.
Mereka juga beperanan sebagai pembimbing. Membimbing kita ke jalan yang benar. Jalan yang lurus lagi diredhai-Nya
Kita juga perlu ingat bahawa. Semua benda adalah ujian. Nikmat juga adalah ujian.
"Jangan terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu akan datang kesedihan. Jangn terlalu bersedih kerana selepas kesedihan itu akan datang kegembiraan"
Jadi, berbaiklah.
Saya baru sedar.. Terima kasih kepada anda yang menyedarkan saya :')
Saya sangat menghargainya
No comments:
Post a Comment