Suatu hari, iaitu pada Rabu yang lepas bersamaan 30 May,
Saya pergi tahfiz.. setelah 2 hari tak datang sebab sakit perut dari malam kedua XPDC. Entah apelah yang saya makan.. padahal saya tak makan benda lain selain makanan yang kitorang sediakan.. Dah la saya AJK makanan tau, cam pelik pulak.. macamana boleh sakit perut.. orang lain okay je..
Sebenarnye saya masih lagi sakit perut.. Tapi disebabkan tak datang 2 hari, saya datang je lah.. Habis tahfiz, saya, adik saya dan ayah saya pergi ke Perpustakaan Negara seperti yang dirancang~ Kitorang dah bawak siap siap IC adik beradik semua sebab nak pinjam banyak banyak buku. hehehe. Siap ada yang photostat je tuh. Percaya tak? hahaha.
Saya tanya ayah saya..
S : Kita duduk sini lama ke sekejap?
P : Suka hatilah. Nak lama ke sekejap pun boleh..
Saya dengan adik saya apa lagi.. Happy gila! Bukan selalu dapat duduk lama lama dalam library tu.. Tau tak berjam jam duduk dalam tu hanya mencari buku SAHAJA! hehehe. Biasanye mesti datang sekejap je dalam setengah jam, lepastu balik.. Saya pergi cari dari satu rak ke satu rak yang lain.. Rajin gila cari buku.. Dan kali ni sasaran saya ialah buku karya Hilal Asyraf dan Ramlee Awang Murshid. hehehe. Nak baca buku hantu~ kalau baca buku dari Djah tu asyik buku cinta je tak habis habis.. Ceh, padahal saya yang over happy bila baca.. kantoi! saya pegang buku buku tu sampai tak muat tangan nak pegang! Terlalu penuh sampai nak terjatuh! hehehe.
Tapi last last saya pinjam 6 buah buku je. Sepatutnya 9, tapi disebabkan satu IC abang saya kene block, tak dapatlah.. Tapi tu pun tak taulah sempat tak habiskan baca sebelum cuti ni. hehehe. tajuk tajuk buku yang saya pinjam ialah... jeng jeng jengn jeng.. :P (perlu ke? lol)
1. Matahari
2. Pewaris Senja II
3. Single Unavailable
4. Wajah Seiras Cinta
5. Inigin Aku Menggapai-Mu
6. Weil China
Tapi best gilaaaaa. Saya embira bila dapat pinjam buku sebanyak tu dan duduk kat library berjam jam. bukan senang boleh duduk kat situ lama lama. hehe.
habis pinjam buku, pegi kedai dekat dengan rumah jap. cari barang..
masuk masuk je kereta tiba tiba ada orang tengah terjatuh dari basikal dia. abang tu tengah naik basikal, tiba tiba je dia langgar kereta kat depan lepas tu jatuh. lepastu badan dia terketar ketar. kitorang pun keluar. pastu ada orang kat situ kata dia memang selalu macam tu. mula mula ingatkan kereta tu yang undur, rupa rupanya dia tak boleh control diri.. kesian sangat. lepastu abang yang cakap tadi tu dengan abang yang jatuh tu masuk kereta kitorang. ayah saya hantar pergi rumah dia. rumah dia dekat je. pastu saya dengan djah jalan kaki pergi situ sambil bawak basikal. dah la pakai jubah tau. lawak gila. tapi sebenarnye saya sorang yang bawak, djah control ayuu. hahaha. orang dalam kereta semua pandang je. time tu saya buat buat tak tau je. lepas dah hantar tu, time nak pusing kereta nampak orang tu keluar rumah balik pegang basikal dia. lepas tu hilang.. dah keluar kot. ayah saya kata orang tu kene sawan. kesian dia..
kitorang pun nak balik rumah.. tiba tiba djah terjumpa topi.. lepastu patah balik, letak topi kat pagar rumah orang tu dan balik.. time tu baru perasan.. rumah orang tu dekat dengan rumah sorang banin... harap harap lah takde budak al-amin nampak kitorang bawak basikal haritu. haha. Oh, tapi memang ada pun. Kak Sakinah Aris dengan kak ape ntah nama dia. Diorang dari kedai area situ jugak beli barang. Diorang naik motor siap dengan baby lagi. haha
lepastu balik rumah dan baca buku~
sekarang saya dah habiskan 2 buku.. dan tangah baca lagi satu buku. patutnya dah habis dah pun, tapi tiba tiba saya rasa nak sambung menulis novel.. hehehe. tapi bukan start dari awal pun. saya buat part mana mana yang saya nak. haha. suka hati jee.
Oh, ya. dan buku Single Unavailable tuu. Saya dah habis baca.. Buku tu saya fikir islamik sepenuhnya. Tapi rupanya tak. Sebab penulis dia tu pun SMK jugak rupanya. Tapi kira bagus la sebab dia tu walaupun SMK tapi still selitkan benda benda islamik dalam novel tu :)
Takpe, insyaAllah beberapa tahun lagi.. saya pun akan buat benda sama. hahaha. perasan. Korang doakan lah.. hehe. Tapi saya rasa buku saya mesti tebal sebab saya ni jenis suka tulis panjang lebar macam dalam blog ni sebab saya suka panjang panjang. Selagi boleh huraikan, saya akan huraikan. lol. Lagipun saya suka mengahayati sesuatu cerita tu. Sebab tu kalau cerita yang boleh dikembangkan jadi lebih menarik tapi dia tak kembangkan saya tak suka. Sebab tak feeling langsung. Ceh.. feeling lah pulak. hahaha. Dah la, saya suka membebel kat sini. Bye~
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment