"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Monday, October 1, 2012

Hantaran Cinta-Nya




5, 10 tahun dahulu.. Kita masih mentah. Datang sekolah dengan tujuan untuk main main dengan kawan, menjelajah bumi Al-Amin yang dikelilingi hutan, menangkap belalang, main pondok pondok, main sampai gaduh gaduh lepastu berbaik balik. Indahnya waktu tu. Tak ada masalah, bebanan, tekanan. Semuanaya kebahagiaan. Kalau nak kata tahap syurga bagi kanak kanak tu boleh laa. Bagi diorang laa. Tapi sebenarnya tak sampai ke tahap syurga langsung! Syurga itu terlalu jauh lebih bahagia dan cantik menarik tertarik debom daripada apa yang kita sangka. Sampai tak tercapai dek akal memikirkannya. Subhanallah :)



Sekarang, kita dah semakin membesar.. dan menuju ke arah kematangan. Kerana hakikatnya, kita masih belum cukup matang. Untuk seseorang itu mencapai tahap kematangan, dia perlu lalui banyak cabaran dalam hidup. Dan kerana itu, Allah hantar ujian.. Bukan satu, tapi seribu.. Malah lebih banyak daripada itu. Tak percaya? Memang unbelievable.. *geleng geleng kepala* Sebenarnya sedarkah kita bahawa setiap masa kita diuji.. Walaupun selepas kita dilanda masalah, kebahagiaan datang, dan diikuti masalah kembali dan seterusnya.. Itulah lumrah kehidupan. Itu yang kita nampak, tapi sebenarnya kita tak sedar, nikmat kebahagiaan itu juga merupakan ujian dari Allah.

Kita masih mentah dan perlu belajar banyak perkara dan juga lepasi banyak ujian. Waktu muda ini lah kita boleh buat banyak benda. Sama macam daun. Daun dari pucuk hinggalah daun hijau yang dah matang banyak kegunaannya. Bila dah tua, dah tak boleh pakai dah. Pokok pun sama, dalam proses dia nak membesar, ada je halangan, tuan dia tak siram laa, (macam budak budak Al-Amin :P) ulat makan laa, terlalu banyak saingan, binatang makan, cuaca tak menentu, kene pijak kaki kaki besar gedabak.. kesian betul. tapi pokok tu tetap meninggi ke atas. berusaha!



"Ya Allah, banyaknya ujian yang Allah bagi! 24/7 pulak tu!" Memang lah banyak. Tau tak ujian tu tandanya apa? Tandanya Allah sayang <3 Lagi Allah sayang orang tu, lagi baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak ujian yang Allah bagi. Tapi untuk apa Allah bagi semua tu? Kata sayang.. Jawapannya, untuk menguatkan lagi hubungan kita dengan-Nya iaitu dengan menghantar ujian yang banyak supaya kita jadi lebih tabah dan lebih kuat hubungan kita dengan Allah. Tak ke sweet tu? kalau manusia, tanda sayang diorang ialah marah. Kalau marah Allah, maknanya lain pulak, tu tandanya murka. Bukan sayang lagi dah. Tanda sayang Allah ialah ujian. Kiranya macam hantaran lah. Eh? Boleh pulak.. Hmm, boleh lah~


5, 10 tahun lagi, kita akan nampak hasilnya dalam hidup kita

Sekarang, saya dah mula nampak rasional di sebalik masalah yang melanda. Sekarang saya dah mula fikir, patut ke saya buat benda itu, benda ini.. Saya dah mula berfikir lebih jauh. dan saya dah mula nampak hikmah hikmah di sebalik perkara yang berlaku dalam hidup saya. Kenapa itu dan begini.. Saya bersyukur sangat sangat. Sebenarnya, kita ni beruntung sangat, sebab kita diuji dan Allah sayang kita. Jadi, kepada anda yang sedang membaca post ini, bersyukurlah dan bergembiralah kerana Allah sayang kita :) 

Allah tidak akan membiarkan sesiapa yang menempuh jalan berliku ini sendirian.

"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah"


وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ 
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (QS. Qoof: 16).


La tahzan, innalaha ma'ana :')



No comments:

Post a Comment