"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Monday, October 15, 2012

Bahagia

"Dapat tak mesej ana?"
"Bila anti mesej?"
"Semalam"
"Ana tak ada phone lah.."
"Eh, kenapa tak ada pulak?"
"Hilang. Dah lama dah.."
"Apesal tak beli phone?"
"malas........"

Dialog yang selalu berlaku antara saya dan mereka. Kenapa pulak tajuk saya bahagia? hehehe. Jawapannya.. sebab saya bahagia bila tak ada phone~ Nak tau kenapa? Sebab, bila saya tak ada phone, saya tak ada kredit(memanglah~), bila tak ada phone, tak boleh nak contact orang, bila ada kerja yang perlukan muamalat antara banin dan banat, diorang tak akan dapat nombor saya, sebab.. saya tak ada phone! hehehe. jalan pintas untuk mengelakkan daripada nombor sampai kepada mana mana banin~ peace! :D  Sebab tu bila orang tanya bila nak beli, saya kata malas =)  Sebenarnya rindu jugak nak main mesej mesej ni, forward forward mesej. hmm.  

Tapi malangnya.. Tak lama lagi semuanya akan hilang~ kebahagiaan tu tetap akan terbang~ sebab saya akan beli sim card dan pakai phone yang dah ada. habis lah.. habis lah.. Dah la nanti ada kerja wafa yang sekali dengan banin. Nasib baiklah saya cumalah anak buah sahaja, bukan ketua.. Jadi macam okay jugak lah kan. Boleh tak nanti kalau diorang mintak nombor nak bagi alasan lagi...? hehehe. Lagipun logistik je pun~ bukannye kena contact sangat~ Sebab nombor ni mahal sikit, sekali dapat kat banin, boleh main pass pass lagi. huh, memang bahaya..

Anyway, doakan lah nombor saya selamat oh dan saya jugak :D
Sayangilah handset anda.. :P



No comments:

Post a Comment