Assalamualaikum :)
hehe. Harini ialah hari yang bersejarah dalam family saya :) Nak tau apa? jeng jeng jeng... Abang saya kahwin! hehehe. Alhamdulillah pagi tadi dua pasangan pengantin telah selamat diijab kabulkan. Satu, abang saya, Abu Bakr & kak 'Atifah. Pasangan kedua, Kak Syakirah & Abang Zulkarnain :) Kak Syakirah dengan Kak 'Atifah ni adik beradik. Kiranya kahwin serentak lah. Majlis belah kitorang dengan pengantin perempuan pun sekali tadi lepas akad nikah :) Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Time akad nikah tu terharu, rasa nak nangis pun ada. (Ceh, padahal orang tak lafazkan lagi dah terharu. haha :P) Lepas tu bila dah habis tu tengok diorang solat kat kawasan yang tertutup. Menghendap eheh :P Part kawan dia tangkap gambar time tu tak boleh tahan. Ada ke semua pakat tangkap gambar sorok sorok dari celah celah tu. haha. Lepastu memang lawak lah. Nampak sangat kekok. Tapi tu yang sweeeeeeeeeeeeeet sangat tu! Sebab tu la orang kata bercinta lepas nikah lagi indah kan? :) hmm. Lepas ni Abu dah takde dah. Tinggallah 8 of the siblings at home~ Dah la kalau hari hari biasa pun saya je lah adik beradik yang paling tua yang setia di rumah. huhu. Tak sangka kot secepat macam ni.
Anyway, hari yang memenatkan dan amat membahagiakan :)
Saya sangat gembira dapat kakak ipar, yeay!
Nanti time diorang dating nak kacau daun lah, bak kata Pakcik Nazri a.k.a. ayah Basitah.
hehehe. Next post, tunggu nest week eh? Post raya haji pun tak kesampaian nak post. Terlalu busy sampai tak sempat nak study pon. Besok Math & Tajwid. hmm. Saya akan cuba study apa yang mampu, eheh. Lagipun ustaz Hafiz pun ada kot time kenduri tu. Ustaz mesti faham kan~ hehehe. Chiayyok!
Do the best nineteenth96s' :D
Salam alaikum.
"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)
Sunday, October 28, 2012
Monday, October 15, 2012
Stressed Out!
"Here I come~ hehehe"
"Aiyaa, why you still come although no one misses you?"
"Because I will and I like.. ha ha ha ha"
Dialog between me and the exam. eh? Bole pulak~
Exam oh exam. Benda yang sama berlaku setiap kali exam nak datang. Dia akan bawak sekali bestfriend dia si tension dan si stress. Sakit hati betul. Dah la datang mengejut! (mengejut la sangat..) Saya selalu macam ni. Kalau stress otak jadi jam. Semua benda tak jadi.. Ya Allah. Dan saya TAK BOLEH STUDY KAT RUMAH. tolong~ Saya kene study dalam keadaan tenang, aman, damai dan harmoni~ Contohnya kat pdang rumput yang luas~ Okay, melampau. Nanti termenung tak habis habis sampai tak perasan lembu kat sebelah. hahaha.
Serious, kalau buku teks ditransform menjadi novel.. mesti saya dah khatam dah sebelum bukak sekolah lagi~ Tapi masalahnya bukunya tebal, tak berwarna pulak tu, faktanya pulak berlambak.. Tapi kalau jadi novel pun, fakta fakta tu tak dijamin 100% la masuk. hehehe
Pergilah stress,
Pergilah tension,
Bawak pergi sekali exam,
Pergilah exam~
-,-
Masih tak berpijak di bumi nyata.
Masih melayang entah ke mana
Masih tak sedar, exam sedang memanggil manggil, menghulurkan tangannya.
Err..
insyaAllah saya akan cuba berpuasa internet sepanjang exam.
Bye.

One Thing
"Dah lama ana nak bagitau benda ni.. Cuma tunggu masa je.."
That. Seriously curious. or. Curiosly serious. haha..
Bila dia kata macam tu, saya cuma senyum. Tak tahu apa yang nak diberitahu. Tak tahu apa lagi yang tertinggal, yang diri ini belum mengetahuinya. Tak tahu apa yang disembunyikan sekian lama. & tak tahu sama ada ia akan menyakitkan, melukakan atau.. entah lah. Saya cuma tunggu dan akan tunggu bila dia nak bagitau perkara tu. Tapi kalau benda tu menyakitkan, saya harap janganlah bagitau waktu waktu macam ni. Musim exam. Lagipun sekarang ni saya tengah berserabut fikir pasal exam. Tension sangat tau tak? Takpelah, at least satu hari nanti saya akan tau jugak kan..? Dan yang penting, saya takkan tanya pasal benda tu buat masa sekarang. Saya tak tau apa lagi yang akan jadi lepas ni. Yang pasti sekarang benda tu memang masih lagi menyakitkan hati, tapi pasal orang tu. Serious dah tak kisah langsung, cuma sakit hati je. Dan yang menambahkan masam di muka setiap hari adalah sebab sakit hati dengan benda lain pulak + sakit hati tengok anda tu yang bergembira, bergelak ketawa dengan orang lain. Ingat orang tak ada perasaan ke apa? Sebenarnya, salah saya jugak.. Terlalu lama membisu.
:')
Bahagia
"Dapat tak mesej ana?"
"Bila anti mesej?"
"Semalam"
"Ana tak ada phone lah.."
"Eh, kenapa tak ada pulak?"
"Hilang. Dah lama dah.."
"Apesal tak beli phone?"
"malas........"
Dialog yang selalu berlaku antara saya dan mereka. Kenapa pulak tajuk saya bahagia? hehehe. Jawapannya.. sebab saya bahagia bila tak ada phone~ Nak tau kenapa? Sebab, bila saya tak ada phone, saya tak ada kredit(memanglah~), bila tak ada phone, tak boleh nak contact orang, bila ada kerja yang perlukan muamalat antara banin dan banat, diorang tak akan dapat nombor saya, sebab.. saya tak ada phone! hehehe. jalan pintas untuk mengelakkan daripada nombor sampai kepada mana mana banin~ peace! :D Sebab tu bila orang tanya bila nak beli, saya kata malas =) Sebenarnya rindu jugak nak main mesej mesej ni, forward forward mesej. hmm.
Tapi malangnya.. Tak lama lagi semuanya akan hilang~ kebahagiaan tu tetap akan terbang~ sebab saya akan beli sim card dan pakai phone yang dah ada. habis lah.. habis lah.. Dah la nanti ada kerja wafa yang sekali dengan banin. Nasib baiklah saya cumalah anak buah sahaja, bukan ketua.. Jadi macam okay jugak lah kan. Boleh tak nanti kalau diorang mintak nombor nak bagi alasan lagi...? hehehe. Lagipun logistik je pun~ bukannye kena contact sangat~ Sebab nombor ni mahal sikit, sekali dapat kat banin, boleh main pass pass lagi. huh, memang bahaya..
Anyway, doakan lah nombor saya selamat oh dan saya jugak :D
Sayangilah handset anda.. :P

Monday, October 1, 2012
Segenggam Tabah - In Team
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
:)
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
:)
Chakk!
Selama ni pelangi ada rupa rupanya,
Cuma dia suka sangat main sorok sorok dengan saya.
Oooo, nak main sorok sorok eh..
Takpe, kita tengok siapa jumpa siapa dulu nanti.
hehehe
Mungkin dia tengah tunggu waktu yang sesuai untuk keluar,
Waktu tu.. bila segalanya dah selesai..
hmm
Dah la muncul kat Al-Amin time Mabit form 1,
orang ada jugak kat situ..
Tapi apesal tak sedar pun?
Pandai dia menyorok
:P
gambar yang dicilok daripada group andalus. heheh x)
Hantaran Cinta-Nya
5, 10 tahun dahulu.. Kita masih mentah. Datang sekolah dengan tujuan untuk main main dengan kawan, menjelajah bumi Al-Amin yang dikelilingi hutan, menangkap belalang, main pondok pondok, main sampai gaduh gaduh lepastu berbaik balik. Indahnya waktu tu. Tak ada masalah, bebanan, tekanan. Semuanaya kebahagiaan. Kalau nak kata tahap syurga bagi kanak kanak tu boleh laa. Bagi diorang laa. Tapi sebenarnya tak sampai ke tahap syurga langsung! Syurga itu terlalu jauh lebih bahagia dan cantik menarik tertarik debom daripada apa yang kita sangka. Sampai tak tercapai dek akal memikirkannya. Subhanallah :)
Sekarang, kita dah semakin membesar.. dan menuju ke arah kematangan. Kerana hakikatnya, kita masih belum cukup matang. Untuk seseorang itu mencapai tahap kematangan, dia perlu lalui banyak cabaran dalam hidup. Dan kerana itu, Allah hantar ujian.. Bukan satu, tapi seribu.. Malah lebih banyak daripada itu. Tak percaya? Memang unbelievable.. *geleng geleng kepala* Sebenarnya sedarkah kita bahawa setiap masa kita diuji.. Walaupun selepas kita dilanda masalah, kebahagiaan datang, dan diikuti masalah kembali dan seterusnya.. Itulah lumrah kehidupan. Itu yang kita nampak, tapi sebenarnya kita tak sedar, nikmat kebahagiaan itu juga merupakan ujian dari Allah.
Kita masih mentah dan perlu belajar banyak perkara dan juga lepasi banyak ujian. Waktu muda ini lah kita boleh buat banyak benda. Sama macam daun. Daun dari pucuk hinggalah daun hijau yang dah matang banyak kegunaannya. Bila dah tua, dah tak boleh pakai dah. Pokok pun sama, dalam proses dia nak membesar, ada je halangan, tuan dia tak siram laa, (macam budak budak Al-Amin :P) ulat makan laa, terlalu banyak saingan, binatang makan, cuaca tak menentu, kene pijak kaki kaki besar gedabak.. kesian betul. tapi pokok tu tetap meninggi ke atas. berusaha!
"Ya Allah, banyaknya ujian yang Allah bagi! 24/7 pulak tu!" Memang lah banyak. Tau tak ujian tu tandanya apa? Tandanya Allah sayang <3 Lagi Allah sayang orang tu, lagi baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak ujian yang Allah bagi. Tapi untuk apa Allah bagi semua tu? Kata sayang.. Jawapannya, untuk menguatkan lagi hubungan kita dengan-Nya iaitu dengan menghantar ujian yang banyak supaya kita jadi lebih tabah dan lebih kuat hubungan kita dengan Allah. Tak ke sweet tu? kalau manusia, tanda sayang diorang ialah marah. Kalau marah Allah, maknanya lain pulak, tu tandanya murka. Bukan sayang lagi dah. Tanda sayang Allah ialah ujian. Kiranya macam hantaran lah. Eh? Boleh pulak.. Hmm, boleh lah~
5, 10 tahun lagi, kita akan nampak hasilnya dalam hidup kita
Sekarang, saya dah mula nampak rasional di sebalik masalah yang melanda. Sekarang saya dah mula fikir, patut ke saya buat benda itu, benda ini.. Saya dah mula berfikir lebih jauh. dan saya dah mula nampak hikmah hikmah di sebalik perkara yang berlaku dalam hidup saya. Kenapa itu dan begini.. Saya bersyukur sangat sangat. Sebenarnya, kita ni beruntung sangat, sebab kita diuji dan Allah sayang kita. Jadi, kepada anda yang sedang membaca post ini, bersyukurlah dan bergembiralah kerana Allah sayang kita :)
Allah tidak akan membiarkan sesiapa yang menempuh jalan berliku ini sendirian.
"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah"
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (QS. Qoof: 16).
La tahzan, innalaha ma'ana :')
Subscribe to:
Posts (Atom)