"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Tuesday, December 31, 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa jam lagi 2013 bakal melambaikan tangannya ditukar ganti dengan si 2014 yang dah tak sabar sabar untuk berlari lari dan membuka tirainya. menyingkap seribu satu kisah kehidupan kita yang telah pun ditakdirkan untuk kita. Entah apa yang bakal kita lalui tahun depan..

Tahun baru, bermakna buku baru, pintu baru, hidup baru, muka baru, segala galanya baru. Segala yang dah berlalu tak mungkin akan dapat diputar kembali, ia akan berlalu dan terus berlalu, makin jauh...

Rabithah - Ku Ingin Berubah | Official Lyric Video




KU INGIN BERUBAH - Rabithah
Lirik dan lagu : Adninroslan
Muzik : Adninroslan & Syafiqkzaman
Mixing & Mastering : Usamah Kamaruzaman
Allah,entah sampai bila?
ku di ulit gelisah,
diriku seakan rebah,
bagai tiada arah,
Allah, aku mengakui,
aku hamba hina,
penuh dengan dosa,
namun sampai bila?
KORUS:
Allah ku ingin berubah,
namun amat payah,
kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
betapa seksanya,
tikaku berdosa,
di ulit resah gelisah...
Oh,aku pernah cuba
namun tak berjaya,
ku masih ulangi,
dosa dosaku lagi.
Allah,entah sampai bila?
ku rebah bangkit rebah bangkit
ku ingin bangkit selamanya!
tiada lagi rebah!
KORUS 2:
Allah ku ingin berubah,
namun amat payah,
kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Di sudut hatiku,
ku cinta dirimu,
hatiku rindu padamu..
Aku tidak tenang,
selagi ku tak berlinang,
air mata keinsafan...

Monday, August 12, 2013

Raya

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, kita dah berjaya melepasi suatu bulan yang penuh keberkatan :)  Anyway, macamana dengan Ramadhan anda? Saya harap Ramadhan yang ada tak disia siakan. Aduh, formal sangat lah pulak :P  hahaha. Dah lama tak blogging punya pasal. Pfttttttttttttttt xP

Ramadhan kali ni, alhamdulillah, prestasi saya, ada peningkatan...... dan pengurangan. eheh. okay la jugak. Beberapa azam sepanjang Ramadhan dapat dicapai, alhamdulillah..

Selamat Hari Raya semua :)  dan saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki :P kalau saya ada buat silap dan salah sepanjang saya hidup di muka bumi ini :P  Oh, ucapan ni ditujukan khas untuk semua yang mengenali diri ini, tak kisah lah sesiapa..





*KRIK KRIK KRIK*




Okay, disebabkan dah jarang sangat tak post, dan idea asyik kering je.. huh. I'll share something with you then. hehe..

Watch this!


oh, dan ni~
baca post latest, kalau rajin lah. dana kalau terasa bosan. hee :D

hehehehehehehehehehehe. :P


Saturday, June 22, 2013

Tok Penghulu nak datang....!

Marhaban Ya Ramadhan Al-Karim :)


"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya. Pada bulan ini, pintu-pintu Syurga dibuka, pintu pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat. Juga pada bulan ini terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa yang tidak memperoleh kebaikannya, mak dia tidak memperoleh apa-apa"


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim) 


17 hari lagi, kita akan memasuki 'Madrasah Tarbiyyah Ramadhan'.
bersediakah kita?

barangsiapa yang tidak membuat persediaan yang rapi dan mencukupi, maka akan terasa lemah lah segala sendi otot untuk terus bertahan dalam madrasah ini. Apatah lagi ketika melalui 'penapis' Madrasah Ramadhan yang sungguh haybat! 

Oleh itu, persediaan rapi & semat mestilah dibuat :)  Actually, kita.. tak, saya sorang mungkin.. Patut start buat preparation waktu Rejab lagi~ Aduh~ Tapi takpe, insyaAllah masih boleh cuba istiqamah ni haa. InsyaAllah insyaAllah. Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin. 

Anyway, seperti biasa. InsyaAllah saya akan puasa fb, twitter,blog & segala bagai account saya... InsyaAllah :)  Mungkin kah ini Ramadhan terakhir? Sempatkah untuk kita bertemu Ramadhan kali ini? Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Amiiiiiiiiiiiin :)

Kali ni tak boleh nak cakap banyak banyak sebab dah ngantuk dan tak cukup idea sebab dah lama sangat tak mencurah idea, so otak macam 'dah tepu' dan..... macam tu lah. hehe

Sekian, jumpa lagi!
Assalamualaikum :)

Thursday, May 30, 2013

Hari Hari

Assalamualaikum.

Fuhhhh~
Dah terlalu lama saya menahan rasa rindu.. Rindu untuk menulis panjang lebar sambil membebel dalam blog kesayangan ni <3 hehehe

Alhamdulillah, hari ni saya diberi kesempatan untuk menulis lagi dalam blog yang dah berhabuk dan mula dihuni labah labah. hahaha. Dah mula dah dengan hiperbola tu~ hahaha. Dah jadi hobi, nak buat macamana. heee.

Alhamdulillah jugak sebab saya dah berjaya melaksanakan agenda 'puasa internet' saya dengan grade A-! yeay! hahahaha. Okay, perasan~ :P  Seperti yang saya nyatakan pada post saya yang terakhir tak silap, saya  ada tulis yang saya akan cuba untuk 'puasa internet' start dari cuti sem 1 sampailah cuuti tengah sem yang sekarang ni sebab saya nak fokus pada pembelajaran saya, kononnya. lol. haha. So, saya bagi grade A minus sebab saya dah berjaya tak bukak blog langsung, twitter bukak dua kali je & fb.......... 5 kali tak silap. Alhamdulillah~  :)  Pencapaian yang memuaskan. hehe. Boleh lah. Bukak fb pun nak dapat info dan contact orang yang tak dapat detect, lol. hahaha. Sebab tu lah rasa rindu semacam nak post kat blog ni. mehehehe. selama ni kalau bukak pun, tak sign in dan saya cuma tengok dari jauh je.. (berdiri jauh dari laptop sambil tengok blog) lol, hahaha :P

Hmm. Anyway, macamana dengan cuti korang setakat ni? Sejujurnya, cuti saya agak teruk.. Entah kenapa, saya masih lagi tak boleh nak belajar walaupun exam dah habis, walaupun tak ada tekanan. Lepas tu pulak, kalau saya nak buat sesuatu macam belajar atau buat homework, atau guna komputer sekalipun, saya mesti, MESTI kena tolong mak saya dulu. kalau saya tak tolong, mesti kerja tu tak jadi atau apa yang saya belajar tak masuk. serious. Yelah, bukan ke redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa? kalau mak ayah tak redha, apa yang kita buat mesti tak jadi. So, benda ni sebenarnya buat saya agak stress lah sebab saya tak berapa reti nak bahagi masa, disiplin/paksa diri dan kawal emosi. Kerja harian saya senang terganggu bila saya ada masalah. Waktu tu lah kepala akan berserabut, jam dan stress sangat. tapi alhamdulillah, ada beberapa ketika yang saya dapat kawal fikiran saya.

Bila saya cuti saya akan lebih susah nak buat kerja sebab waktu cuti jadual tak padat. So, segala benda, masalah semua akan berebut nak masuk dalam kepala. serious. haha. Sampai setiap hari mesti je mimpi. Dah la semua benda saya nak mimpi. Pasal exam, sekolah, rumah, semua masuk. haha. 

Yes, post panjang lebar lagi. hehehe. Sorry la kalau saya membuang masa kat sini, membebel dan bercerita pasal hari hari kat sekolah yang semakin hari macam semakin membosankan....

Ini lah hakikatnya. Hari hari kat sekolah semakin hari terasa semakin memenatkan dan membosankan. Terasa hidup kadang kala seperti robot..



Suatu hari, kita akan sedar tujuan sebenar kita ditakdirkan untuk menjalani hari hari yang semakin lama semakin memenatkan dan membosankan.

2013, tahun terakhir. Tahun SPM. tahun meninggalkan sekolah. tahun meninggalkan alam persekolahan. tahun perpisahan dengan mereka.

Hakikat yang mesti ditelan hidup hidup. 


Sunday, March 31, 2013

Keputusan SPM

Bismillah,

21 Mac, tarikh keluarnya keputusan SPM untuk generasi yang lahir pada tahun 1995.
Hari Rabu. Waktu  result tu keluar, kebetulan cg Tahirah terlibat sekali dalam pengambilan result SPM tu. So, time Bio cg takde. Dan kitorang dibenarkan untuk keluar tengok sekali abang dan kakak kakak yang ambik result SPM.

Mula mula memang kitorang bercadang nak tengok, last last tak jadi. Sebab macam sikit je orang yang nak tengok. Dan akhirnya saya tertidur dengan buku fizik menjadi bantal~  Ya, kitorang ada test fizik pada haritu.

Anyway, dengan keluarnya keputusan SPM pada tahun ini, maka para guru pun sibuk menberitahu kami tentang result SPM. SPM. suatu perkataan yang saya tak pernah nak kisah sebelum ni. Walaupun abang saya ambik result SPM dulu, saya tak pernah kisah. Tapi bila tahun ni 3 huruf tu dah jadi macam penting dalam hidup saya sampai kat blog pun letak jugak 3 huruf tu. hahaha.

Bila dengar result SPM.. terasa macam susah sangat je SPM ni. lagi lagi bila ada cikgu yang kata SPM tu lebih susah daripada degree ke apa ke... OMG! yeke? dan diorang kata kalau nak cari kerja, dia akan tanya result SPM. bukan dapat degree atau apa apa selain SPM. adakah itu suatu kebenaran? tidaaaaaak. SPM penting untuk masa depan~~~~`

Tak silap saya, tak ada orang dalam family saya yang pernah dapat straight A's. paling tinggi pun 8A kot. *gulp*  Nampaknya saya kena berusaha betul betul dan betulkan niat kerana Allah. kalau kita berusaha sekuat mana pun, tapi niat tak betul apa gunanya kan? Oh, dan saya rasa lepas ni maybe saya akan bukak segala account saya sewaktu cuti pertengahan semester, mungkin? kalau bukak pun maybe sekali sebulan je dan hanya untuk check updates kat fb.

Anyway, jangan lupa dalam menghadapi peperangan besar ni, kita kena buat preparation yang besar juga lah :)

1. Betulkan niat kerana Allah 
(sesungguhnya suatu amalan itu bergantung pada niatnya!)

2. Perbaiki hubungan kita dengan Allah 
(bukankah Allah itu si pemberi keputusan yang sebenar?)

3. Perbaiki hubungan kita dengan manusia 
(minta maaf dengan cikgu, kawan kawan, mak ayah, keluarga, etc..)

4. Berikan hak manusia yang sepatutnya
(kalau mak minta tolong kemas rumah etc, try to spent some times to help, nanti dapat berkat tu berkat!)

5. Usaha
(Dalam belajar, kita perlukan pengorbanan dan usaha yang banyak untuk berjaya. Chayyok!)

6. Doa
(Doa senjata mukmin!)

7. Tawakkal!
(Percaya dan berserah pada Allah)


Berkat & Redha pun penting jugak dalam menghadapi SPM :)

Kalau tiba tiba mak ayah mintak tolong buat sesuatu, berhenti dan luangkan masa untuk tolong sekejap. Bila, kita dah tolong tu, kita dapat pahala dan redha mak ayah kita. Bila mak ayah kita redha, Allah pun akan redha. Lepastu kita akan dapat doa daripada mak ayah kita :)  Bukan ke doa mak tu antara doa yang makbul? Dan kita jugak dapat keberkatan. Kita akan sedar keberkatan tu bila suatu keadaan berlaku. Contohnya, senang masuk apa yang cikgu ajar/tak sempat nak study pun tapi dapat A bila exam/tiba tiba cikgu tunda waktu submit homework.. etc. Kita cuma kena yakin je yang Allah sentiasa bantu kita :)

Benda ni pernah berlaku kat saya sendiri. kalau korang ada ingat rahsia kejayaan kak Diyana Nas Tamimi waktu dia cakap time perhimpunan, salah satunya ialah dia luangkan masa untuk tolong mak dia setiap hari. Dia bahagikan masa.

Walau sibuk macamana pun, kita kena jugak spent time untuk orang yang berhak dapat masa untuk diluangkan bersama kita kan? Sedangkan mak ayah kita lagi sibuk dari kita. Lagi lagi kalau ada adik yang kecik lagi. Hargailah masa kita bersama mereka. Kita tak tahu bila nyawa mereka akan diambil semula. Jangan pulak menyesal di kemudian hari sebab tak spent masa dengan diorang :)

Ya Allah panjangnya post. hehehe. InsyAllah ni adalah post terakhir sebelum cuti pertengahan tahun nanti. SPM candidates 2013, berusaha! jangan asyik dengan laptop/komputer/handphone anda yang melekakan tu eh~


Saturday, March 30, 2013

Tamrin Terakhir

Bismillah.

Nampaknya, post post tahun ni akan dipenuhi dengan perkataan 'terakhir'. tsk tsk tsk. Takpe, tahun ni je.. Tahun depan semuanya perkataan 'baru', mungkin?

3 minggu sebelum cuti - merentas desa
2 minggu sebelum cuti - tesper
1 minggu sebelum cuti - tamrin

Tahun ni, nama tamrin telah ditukar dengan Mukhayyam Dakhili~ Tapi saya still suka nama tamrin~ kenangan <3

Tamrin tahun ni, tamrin terakhir.. memang lah. Tapi saya rasa, tamrin tahun ni kurang best. takde lah tak best.. Cuma kurang sikit la.

Tahun ni, tamrin form 5 dan form 3 gabung. Katanya dah memang confirm dan tak boleh tukar tarikh dah. Mereka, termasuk saya, sedih sebab gabung. Ingatkan gabung tarikh dan tempat je mula mula. Rupa rupanya, gabung slot segala~ Yelah, tahun terakhir. Mana taknya. Nak jugak tamrin satu batch untuk tahun terakhir. Tapi apakan daya..

Untuk tahun ni, saya rasa memori saya mungkin tak cukup kuat untuk mengingati segala aktiviti sepanjang tamrin atau tesper atau apa apa event akan datang.. sebab tahun ni sangat sangat busy sampai benda semalam yang berlaku pun saya boleh lupa pada keesokan harinya. Sebab tu kalau korang perasaan, post tesper, saya tak cerita secara terperinci/ringkas. Memang saya tak cerita pun sebenarnya.. Nak tulis post kat blog ni pun kene cari masa tau..

Biar saya terangkan secara ringkas pasal tamrin. Rasanya tak ada orang pun yang sempat nak baca kesemua post terbaru saya ni. hehe. Anyway, time tamrin ni group kitorang bergabung dengan form 3. lepas tu, ada explorace, kursus sembelihan untuk f5 dan kursus jenazah untuk f3, dan.... saya dah tak ingat. oh slot.. See, saya tak berapa nak ingat pasal tamrin. Kepala dah masuk banyak sangat memory~~~

Pasal explorace tak berapa nak ingat, tapi yang pasti game die best. Time tamrin tu banyak kali kot main air. Lepastu... tak ingat dah. Yang saya ingat, ada game yang kene buat aksi seperti yang diminta oleh fasi untuk menjawab soalan kuiz, main pass belon air tanpa tangan, isi air dalam cawan atas kepala orang, debat dan... tak ingat. hehe. Saya suka part debat tu bila dia cakap pasal penambah baikan prasarana sekolah $$  hehehe.

Slot. Ada forum oleh panelis, Abang Sarip dan Abang Ammar b Sahrim. Slot dia menarik dengan tajuk, 'Keimanan Asas Kejayaan' kalau tak silap.

Malam terakhir, ada muhasabah. Mungkin muhasabah terakhir?

Part paling best dan menakutkan, sembelihan.
waktu ust minta tulis nama siapa yang nak sembelih dan bayar duit untuk beli ayam, saya dalam dilema..
Nak sembelih ke tak.. nak ke tak.. tak ke nak... Heisyh.. Akhirnya, fikir punya fikir, saya decide untuk beli je.. at least kalau saya tak dapat sembelih pun, boleh bawak ayam balik ke.. tk pun suruh orang lain sembelih kan. hehehe.

Saat saat kursus sembelihan pun tiba....
Sedang kitorang duduk duduk di pondok nun di hujung penjuru belakang luar kawasan surau, siap ada lagi yang tengah bergambar segala bagai. tiba tiba terdengar suara siapa ntah kata "ayam dah sampai!". OMG! kecut perut saya dengar. terus rasa nak lari time tu. patu saya mengintai ayam ayam yang comel tu dari jauh. tak sanggup.. eceh. padahal bukan masalah tak sanggup. tapi saya **********~ hehehe. lalu saya pergi ke arah 'syasya' yang baru je nak 'take a nap' selepas bangun di pagi hari. ku usap usap badannya yang gemuk lagi berbulu. nak bodek kononnya. dan saya 'make a deal' dengan dia. kalau saya tak dapat nak sembelih ayam tu, saya suruh dia makan..... krik krik krik.. buat lawak di pagi hari. hahaha.

tak lama lepas tu, kitorang disuruh untuk berkumpul kat dataran. ada taklimat penyembelihan daripada ust aziz dan demo sekali. serius time tengok demo tu muka saya dah macam... eeeer. macam tengah tengok sesuatu yang mengeghikan! memang ngeri pun. tapi tak sengeri cerita pembunuh bersiri la.. time ust pegang ayam tu, dia berbunyi. sian dia. bunyi dia sungguh menyayat hati. wuwu.

lepas tu, semua orang kene bahagi ikut group dan cabaran pun bermula.

Cabaran 1 : Ambil ayam daripada raga(?) dan pegang ayam tersebut
Ayam saya telah diambilkan oleh Afa. Thank you Afa :)  Lepas tu baru saya pegang.

Cabaran 2 : Pegang ayam selama beberapa minit sementara menunggu giliran.
Part ni macam macam style orang pegang ayam. Ada yang pegang kepak je, ada yang pegang kaki je. Saya pegang kaki dan kepak, sian cik ayam ni haa.

Cabaran 3 : Menghadapi kerenah ayam yang comel.
Ayam saya comel. Dia behave. Dia dengar cakap saya :)  Oh ya, memang sebelum dia kene sembelih saya cakap dengan dia. Sedih tau. Baru dapat ayam, dah kene sembelih. Tapi serious time pegang tu dia menggeletar sangat, sampai tangan saya pun menggeletar sekali. Kesian dia..

Cabaran 4 : Sembelih ayam kesayangan!
Saya orang ke 3 terakhir sembelih tak silap. Time tu saya ingat saya orang terakhir.. Sebenarnya saya nak sembelih last sekali sebab takut dan kesian kat ayam. Bila saya sembelih, saya tak reti nak sembelih kuat kuat. So, urat dia tu lambat sikit putus. Habis je sembelih ayam tu, saya tengok tangan dan pisau tu... dan tangan saya menggeletar.... lepas tu mulalah rasa sedih bila kehilangan ayam pertama dan terakhir.... mungkin?

Time ayam min kene sembelih, najis dia terpercik kat salah seorang daripada si kembar. Maaf, saya masih tak dapat bezakan yang mana satu Azmira dan yang mana satu Azrina. Dan saya masih tak tau siapa kakak. hehehe. Betapa menyakitkannya kematian tu........

Group lain pulak. Ada ayam tu dah kene sembelih, tapi boleh lagi terbang dalam palstik hitam tu. Ada satu group tu, semua baju ahli kumpulan dorang kotor. Terpercik darah ayam lah apa lah. haha. Ayam paling hebat, ayat Husna. Dah kene sembelih, siap terputus kepala lagi, tapi dia boleh melompat lompat lagi. Time tu agak seram. hahahaha.

Anyway ayam saya lagi seram. Tak, bukan seram, comel :)
Lepas kene sembelih, cg letak dia dalam plastik sampah besar yang hitam tu. Tiba tiba angin bertiup. So, saya betulkan balik plastik tu. Dan saya terkejut bila tengok ayam saya masih duduk dan tengok sekeliling macam biasa. Saya pun bgtau lah cg pasal benda tu. Kitorang pun check.. Cg kata urat dia dah memang putus dah... Lepas tu siapa ntah cakap, mungkin sebab ada aura penyayang kot... Seperti yang dikatakan ust sebelum sembelihan.. Biasanya ayam yang lambat mati ni sebab tuan dia ada aura penyayang. Mula mula saya ingatkan ust main main, tapi cara cakap macam serius. Rupaya betullah jugak.. Sebab sebelum ayam tu kene sembelih saya cakap dengan dia.. Sedihnyaaa.

Dan tak silap saya, ayam saya ialah ayam terakhir yang mati dalam group saya...
Sekejap je jumpa ayam tu, lepas tu terus mati. Menyedihkan.

Lepastu, kitorang kene cabut kulit ayam sekali dengan bulu bulunya dan beberapa ekor ayam kene lapah.... lapah eh yang keluarkan segala organ dalam badan tu?  tapi group kitorang tak buat yang melapah tu.. tapi seriously, saya sembelih, cabut kulit dan bulu ayam saya sendiri je. wuwu. sayang sangat kat ayam tu..

Dan group Farhana kalau tak salah, yang diorang dah siap cabut kulit, bulu semua kat seekor ayam ni tapi jantung dia masih berdegup. Subhanallah! Diorang kata nampak jelas. Tapi saya tak tengoklah benda tu.

Anyway, bravo kerana anda telah berjaya menyembelih ayam! Yeay! Alhamdulillah :)  Ya, saya dah pecah rekod! Berjaya mengatasi kelemahan, walaupun sementara, dengan menyembelih ayam! Dan lepas tu, baru saya tahu, sebenarnya ********** saya tak adalah teruk mana. Sikit je. hehehe.

Sehingga ke hari ini, saya masih gagal mencari nama untuk satu satunya ayam saya... hmm. Oh, mungkin saya patut cari nama untuk ikan keli yang saya tangkap waktu Wafa haritu sekali? mungkin....? :P


Overall, tamrin tahun ni tak berapa nak semangat & lain sikit daripada tahun tahun sebelum ni. Lagu  tema cuma dinyanyikan 2 kali iaitu pada majlis perasmian dan penutup. Dan kehadiran form 5, tak memberangsangkan.... takpelah, mungkin diorang ada alasan tersendiri. Dan slot terlalu sikit...


~THE END of Tamrin a.k.a. Mukhayyam Dakhili terakhir~
again. tsk tsk tsk



Friday, March 29, 2013

TESPER Terakhir

Bismillah.

Fuhh~ Akhirnya, saya dapat buka blog yang dirindui lagi disayangi ni~ hehehe. Terasa macam dah lama gila tak blogging :)  Berbalik pada tajuk post. Iaitu, TESPER terakhir....... Tajuk 10rius menyedihkan. tsk tsk. hahaha.


Sukan yang paling tak best bagi saya.... mungkin? Sejujurnya, saya tak berapa suka sukan tahun ni. Sebab...

1. Ini Senior Year. Jadi semua(menunjukkan maksud random) pun ambik kesempatan ni untuk conquer segala benda yang ada, segala permainan, segala kesempatan, segala...... segala galanyalah!
2. Oleh itu, segala perkara diketepikan. Cikgu dah tetapkan syarat untuk Tesper kali ni, hanya 3 permainan dibenarkan untuk banat. Tapi, still ada yang buat tak endah. Mana pergi sifat amanah?
3.  Kata main kerana Allah. Tapi kenapa waktu main, bila sorang buat salah sikit, terus marah dia/pegi kat dia dan goncang goncang bahu dia/etc? Kenapa? Kalau main kerana Allah, kalah ke menang, kenalah redha kan? Menang dan kalah tu kan adat pertandingan. Kalau takde siapa kalah, permainan pun takde lah kan?
4. Main tipu. Sebab nak menang, sanggup menipu..

Okay, tetiba mood marah la pulak..........

Ni mesti tak menghayati lagu sukan sekolah ni kan... kantoi~ Oleh itu, izinkan saya untuk menaip butir butir lirik lagu sukan sekolah tercinta~

Kini tibalah masanya melaksanakan amanah,
membangunkan ummah..
Semangat kesukanan suatu perjuangan,
mencapai kejayaan..
Hari sukan sekolah,
dengan biah solehah..

Kemenangan kegagalan,
adat dalam perjuangan..
Akhlak dalam kesukanan,
jangan kita abaikan..
Bersukan sihatkan badan,
berakhlak sihatkan iman..
Yang menang merendah diri,
yang kalah usaha lagi..

That's it! The bolded one~
Tahun terakhir.... Hayatilah lagu yang membosankan ini, kelak anda akan merinduinya. Serious tak tipu!

oh dan, merentas desa~
Tahun ni, first time sepanjang 5 tahun merentas desa, saya dapat nombor 10 terakhir untuk form 5~ hehehe. Ini semua sebab lari waktu baru lepas nak sihat. 2 hari sebelum tu saya tak datang sekolah buat pertama kalinya tahun ni. haha. tak sihat. time lari tu gaya dah macam nak pengsan. saya ni jenis tak suka nak paksa diri ni sikit. hehe. so, saya berjalan kaki sepanjang tu, kecuali waktu turun bukit je lari sikit. Tak larat. Sebab kalau saya lari, rasa sesak dada.

Moral of The Last TESPER, tsk tsk tsk... :
1. Hayati lah lirik lagu sukan kita~ sebab lagu sukan kita unik, tak macam lagu sukan lain~ maksudnya mendalam! :D
2. Betulkan niat kerana Allah
3. Bersukan dengan bersungguh sungguh, kita kan dah berikrar~ lupa ke? lupa la tuu

Kalau niat kita memang betul betul punya betul betul, insyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar~ Walaupun kene marah ke, kalah ke, terlalu sibuk ke, insyaAllah okay punya :)


Teringat kata kata salah seorang ust yang mengajar di kelas tempoh hari..

"masa antum dah berlalu, sekarang giliran junior pulak untuk main. Antum ni tak habis habis nak conquer semua game.. Bagilah adik adik pulak.."

Lebih kurang macam tu lah ayatnya. Maaf kalau salah. hehe. Bila ust kata, masa kita dah habis, tsk tsk, sedih tau.. Lagi lagi bila ada orang keluarkan ayat 'tahun terakhir' tu.. Tapi, saya rasa macam saya seorang je yang cakap ayat tu. Tak habis habis dok ulang sorang sorang.. Tamrin terakhir... sukan terakhir..... tsk tsk tsk...



~THE END of TESPER TERAKHIR~
tsk tsk tsk

Sunday, March 24, 2013

Holi-study-Day

Bismillah.

Alhamdulillah, at last. This holiday had arrived. Thinking when is the right time to make a new post. Cause I'm not well. I had been sleeping for hours in the morning. and I have not start my study at all. Except a few pages of Add Math. hehe. Anyway, wish me luck. Don't forget to pray for my health ^^

Hope I can use this opportunity wisely. And you too.
Have a nice holiday and happy studying~

Assalamualaikum~

Monday, March 18, 2013

Kerinduan dan Kesibukan

Bismillah.

Belakangan ni, sangat busy. First dengan TESPER 'terakhir' dan diikuti dengan Ujian Sem 1. Dan semalam, baru habis Tamrin + Kursus Sembelihan 'terakhir'. tsk tsk.




Ahahaha, dah tahu busy, pegi update blog. hehehe. Okay, rasanya blog ni macam 'perlu' ditutup awal je. huhu. Sedihnya~ Takpe, takpe. Apa yang penting! SPM! oh tidak, maksud saya, Allah. Kita belajar kerana..? Allah. bukan SPM ye murid murid.

Nah, kepada anda~ Kalau belum pernah jumpa la~ hehe




Ehehehe, so bye bye blog yang sentiasa dirindui. (Sampai duk ternyanyi nyanyi je lagu lagu kat blog~ terlalu rindu nak blogging~ tolong~~~~)




Ah, good luck semua. Good luck good luck. Jangan lupa betulkan niat.
Assalamualaikum :)

Monday, March 4, 2013

Rahsia

Rahsia.

Salah satu perkataan yang boleh menggambarkan perkataan tersebut ialah, 'menyakitkan'.

Lebih baik seseorang tu sedih, patah hati, meraung, kecewa dengan kebenaran
daripada bahagia dengan penipuan, kepalsuan.

Itu lebih menyakitkan.

Tapi kadangkala, rahsia itu perlu disimpan, dipendam jauh dalam lubuk hati yang paling dalam.
Sehinggalah tiba waktu yang betul betul tepat untuk diberitahu.

Jangan terlalu mengharap sesuatu itu akan menjadi kenyataan.
Jangan letak harapan yang terlebih tinggi
Jangan suburkan lagi harapan tu

Kalau suka, berpada padalah. Boleh jadi suatu hari dia akan dibenci.
Kalau benci, berpada padalah. Boleh jadi suatu hari nanti dia akan disukai.



 ÙˆَعَسَÙ‰ Ø£َÙ† تَÙƒْرَÙ‡ُواْ Ø´َÙŠْئاً ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّواْ Ø´َÙŠْئاً ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَاللّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ لاَ تَعْÙ„َÙ…ُونَ


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"




Bukan semua yang kita suka itu milik kita.
Bukan semua yang kita suka itu kita dapat.
Bukan, bukan.
Semuanya milik Allah yang hakiki.


Jagalah pandangan anda, jagalah hati anda.

Berbekas

Bismillah.

Ya Allah, sesungguhnya ujian ini berat buatku.
Engkau Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hatiku ini.
Bantulah aku ya Allah.

Sesungguhnya luka itu masih berbekas.
Masih terkesan.
Pedih.

Ya Allah.

Thursday, February 21, 2013

What for?

Bismillah.

Satu lagi dugaan tiba.
Untuk menguji dan menguatkan.

Ya Allah,
saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Betul ke macam tu?
Betul ke apa yang saya sangka kan?
Betul ke?

motif tidak diketahui.
niat apatah lagi.

tak sanggup untuk membiarkan ianya membuai ke alam mimpi
hingga harapan dijulang setinggi langit ke tujuh




"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!"




"Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."

[ As-Saff : ayat 2&3 ]


Sedarlah. SPM sedang menari nari di skrin laptop anda sekarang.

[ Mode : Focusing on SPM ]

Byebye luvly blog~ tata.

Sunday, January 6, 2013

Perjalanan Masih Panjang

This. New Year. A new beginning. To create a new ending......

Anda tahu? anda tahu? taak, anda tak tahuu. sila geleng kepala sekarang.... ha ha ha
haisyh...... tahun baru, muncul satu benda yang baru. satu masalah baru. Sama macam tahun lepas. dah la orang baru set azam. tiba tiba nak jugak memunculkan diri dalam hidup orang.

Maka, bila masalah ini menimpa saya, muncul dalam hidup saya, mengejar saya.. ia membuatkan saya berhenti. dan berfikir sejenak.

"kenapa? mengapa? bagaimana? bila? berapa? siapa?" dan macam macam lagi soalan muncul dalam benak..
Jawapannya hanya satu,


"Apakah kamu mengira bahawa setiap orang beriman itu tidak akan diuji?"

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


Masalah masalah ini membuatkan saya sedar, punca masalah masalah itu..
Ya, semestinya Allah yang mendatangkan masalah itu, mengatur, merancang perjalanan hidup kita.. Tak, saya tak kata "Allah lah yang buat hidup saya bermasalah macam ni". Tidak! Tetapi apa yang ingin saya katakan ialah, Allah merancang perjalanan hidup saya, dan menyelitkan permasalahan di situ. Dan masalah itu adalah tanda kerinduan-Nya untuk mendengar rintihan si hamba dan untuk menguatkan saya. Itulah puncanya.. saya perlu dekatkan lagi diri dengan Allah :)

Lagi satu, datangnya masalah untuk menguji dan menguatkan. Sama ada dengan kemunculan masalah itu seseorang itu akan menjadi lebih lemah atau kuat. dan terbukti.. saya lemah. Setelah sekian lamanya saya diuji.. saya gagal. Kini ujian itu datang untuk kali kedua, untuk menguji dan menguatkan lagi diri saya. Saya takut saya akan tewas untuk kali kedua.

Punca saya tewas dalam ujian itu pada mulanya ialah, lemahnya iman. Baru saya sedar. Iman saya rapuh, lemah. Sebab tu saya mudah putus asa, kecewa, tewas. Astagfirullah.


"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah"

image
"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2 : 153)


Sungguh, disebalik sesuatu pasti ada hikmah.

Maka, misi 'top-up iman' akan segera dilancarkan! Apa guna setiap hari duk menghadap buku Top-Up English kalau iman kita tak pernah nak top-up top-up? SPM pun SPM juga, jangan lupa Si Pemberi Result SPM iaitu Allah.

Selamat tahun baru. Selamat berazam baru. Selamat berubah! :)
Assalamualaikum

Friday, January 4, 2013

Ku Berlari - Firdaus ft Cat Farish & Akbar


Firdaus:
Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu
Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan
Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati
Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi..
Berlari...

Lagi ni ada kat playlist di atas. Try lah dengar eh~ oh & hayati maksud disebaliknya ^^

It's 2012 and 2013!

Assalamualaikum.

So, it's 2013 already... dan latest post saya ialah pasal wafa. bermakna............. dah terlalu lama saya tak main blogging. hehe. sebenarnya takdelah mana mana pun. tapi bagi saya itu dikira lama.

Padahal banyak je benda yang saya nak cerita. Siap buat draft tajuk lagi. Belambak oo. Tapi disebabkan cuti haritu tak cuti pun sangat, jadi idea idea tu semua pun berterbangan hilang~ tata! manakala sebab yang lagi satu ialah..  sebab post Wafa. HAHAHAHAHA. Ni semua sebab post panjang gila berjela jela ala esei universiti punya pasallah ni. muahahaha. Habis hilang terus segala mood dan idea nak post untuk lebih kurang setengah bulan. har har har. Tapi bagus jugak sebenarnya bila mood tu hilang.. sebab saya tak boleh nak buat post dalam keadaan 'feelingless' :P  lagipun tahun ni kene fokus untuk SPM hmm.. kita mestilah beremosi dalam setiap post, supaya setiap orang yang baca pun akan feeling sama. lol. HAHAHAHA. takdelah.. 

Actually, sebenarnya, for your information, saya nak sangat sangat sangat sangat sangat buat post pasal lawatan kelas Bio ke Hutan Paya(Perak), lawatan kelab masakan ke Cameron Highland & lawatan kelas 4 Salahuddin Al-Ayubi ke Melaka. Sangat sangat sangat nak buat. Walaupun dah basi dah pun cerita tu. Sebab kalau boleh, saya nak rakamkan setiap kenangan saya sepanjang hidup kat blog ni. Lagi lagi bila saya tak ada kamera. At least boleh lah saya ingat setiap apa yang berlaku waktu zaman sekolah menengah dulu.. segala kenangan, memori.. Sebab tu saya sanggup tulis berjela jela panjangnya post pasal wafa. Sebab saya tahu, suatu hari nanti saya akan rindu untuk ingat semua kenangan kenangan tu.

Ahah! dan rasanya, cuma saya seorang sahaja yang pergi kesemua lawatan lawatan tu dan wafa. HAHAHAHAHAHA. cuti sakan oh~

Ah, sebenarnya boleh je kalau saya nak buat tiga tiga post tu sekarang. Saya ada gambar gambar dia dalam phone abang saya. Masalahnya..... MASALAHNYA, wayar usb tu mengada nak rosak time tu jugak ades..

Cuti ni serious cuti paling best sekali! Sebab sambil menyelam minum air~ Melawat sambil belajar sambil bercuti! yeay~ 3 in 1~  Yang bestnya bila kita cuti dengan kawan kawan. Sebab tu kalau boleh setiap program anjuran sekolah saya tak nak miss. Kenangan tu. Sambil bercuti dapat eratkan silaturrahim, dapat tambah ilmu~ ^^

Anyway, this is my Azam for 2013
1. Banyakkan puasa sunat. (diet diet! hahaha :P)
2. Banyakkan solat malam
3. Dapat tambah at least 2 juzuk untuk 1/2 tahun ni
4. Dapat urus masa dengan sebaiknya
5. Study setiap minggu
6. Siapkan kerja on time
7. Fokus on SPM! (no play play~ :P)

Bila baca balik, tak nampak macam azam pun sebenarnya kan? hehe. oh, dan insyaAllah, saya akan deactivate segala akaun saya by bulan 6. eceh, demi menunggu wish pada 11 haribulan 5 lol. hahahahaha. jangan lupa birthday saya! hehe. lambat sangat ke? saya pasti ada lagi budak form 5 tahun ni yang lambat deactivate fb tahun ni eheh. time PMR pun ada yang siap bukak fb lagi. haha

Anyway, selamat tahun baru! Semoga tahun ni lebih baik dari tahun tahun sebelumnya! Ianya bergantung pada anda. Hadapilah segala ujian hidup ini dengan tenang dan banyakkan bersabar. Peringatan buat diri ini juga :) 

Marilah kita sama sama buka buku baru pada tahun baru ini. Eh, eh, bukan muka buku laa. Buku novel pun bukan bukan. Lembaran baru~ Buku teks.. hahaha. Takdelah, hidup baru la maksudnya. haha. macam korang ni tak faham je :P







InsyaAllah kalau ada masa saya akan cuba post pasal kelab baru~ 5 Suhaib Ar-Rumi


 
2013. A new year. A new beginning. New challenges. Same journey. Life still goes on :)