"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Friday, December 14, 2012

Wafdul Amin ; A Memory

Assalamualaikum :)

So... it's wafa post time!!!!!!!! yeay~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seperti yang anda semua sedia maklum.. we've done lots and lots of things untuk wafa. (oh, saya tahu saya tak buat banyak pun untuk wafa ni. hehehehehehehehehehehehehehhehe)

Sebenarnya saya nak cerita dari awal projek wafa ni bermula.. tapi...... malas lah. Dah habis kering idea sebab tak habis habis tulis style macam nak buat karangan SPM aje gayanye. So, kali ni, mungkin pendek sikit.. mungkin tahap karangan gaya ala ala karangan PMR tu ada lah kot.. har har har. Ulang suara. MUNGKIN B) Tapi saya tak dapat jamin kalau tetibe karangan saya ni masuk tahap SPM. eheh. takpelah, kira bonus lah tu. Lagipun tahun depan SPM.. ceh, poyo je :P

So, saya start tulis dari start preparation wafa iaitu pada cuti sekolah sem 2, 2012 lah yew.


November.

ekhem.......

Ku sangka cerah hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengahari,
Ku sangka cuti ni aku dapat bersenang lenang,
Rupanya hasrat terpaksa diketepi

uhuuuuu, dah pandai main pantun dah sekarang~ hasil tunjuk ajar Dato' Aqilah, Dr Insyirah dan Puan Safwah. lol :P

10rius agak terkejut bila cuti ni tak dapat cuti macam cuti tahun tahun sebelum ni. agak terkilan lah juga. tapi #DemiWafa , saya sanggup korbankan masa cuti saya. huuu, terharu tak? hahahaha. Oh ye, dan dalam bulan yang sama ada Hi Tea Wafdul Amin sama hari dengan Hari Kad Laporan. Seriously bila Cg Huda bagi laporan kewangan terkini wafa lepas Hi Tea tu.. Terkejut sangat sangat! Dari belas ribu jadi RM48 ribu! Bayangkan! Dan Alhamdulillah akhirnya Wafa lepas target :)


Disember
Masih seperti biasa, busy, sibuk. Malah, lebih sibuk lagi bila setiap hari pun dorang nak buat meeting. Dan saya dah macam...... memang macam ni ke meeting Wafa setiap tahun? Agak terkejut lah bila meeting dah gaya macam nak suruh tidur sekolah je kan. HAHAHAHAHA. tapi saya tak salahkan sesiapa, apatah lagi Wafa.. sebab saya sanggup berkorban demi Wafa. eceh, hahahaha. At least saya tak jadi Ajk Aktiviti yang kene datang sekolah setiap hari untuk meeting. Alhamdulillah. & at least meeting kitorang takdelah seteruk tahun lepas. Samapi ke mala diorang sanggup meeting. Itu kata ustaz lah.. #SemangatWAFA #DemiWAFA

Dan ini adalah pertama kali saya dapat satu tugasan, di mana, saya adalah ketuanya(bagi banat) dan... alhamdulillah saya dapat laksanakan tugas saya walaupun tak ada lah sesempurna mana. Itu pun nasib baiklah tiba tiba Cik Farisah dimasukkan jadi PIC Ceramah Perdana sekali. Fuhh~ Ada lah jugak kawan. Dah la pertama kali oh~ Ok, itu cerita lain..

Oh.. disebabkan saya dah jadi heartless sebab selalu tidur pagi buta atau tak tidur langsung, sebab kerja banyak sangat, sebab duedate kerja tu cepat sangat, sebab meeting terlalu kerap, sebab kesuntukan masa, jadi, saya.. tak.. kami, Pink, Orange, Panther & saya, buat kerja sambilan jual kerepek pagi pagi buta. Hampir setiap malam.. HAHAHAHAHA. believe me, I'm heartless. hahahahahaha. jk jk. (Jika anda tidak dapat menghadam kata kata di atas, sila baca frasa frasa di atas secara terbalik ye, terima kasih)


The Day Before : 4 Dis/Selasa
Malam sebelum tu, seperti biasa on fb dan tidur lambat a.k.a tak tidur langsung. tidur pagi tu je sebab buat kerja dan siapkan baju sambil jual kerepek. Dan tiba tiba encik ketua Ajk post.. suruh Ajk Logistik datang awal besok paginya. So, saya.. dengan bersemangatnya, buat kerja pagi pagi, jual kerepek, kemas beg segala bagai sambil melayan dialog kerepek... Punyalah semangat. Ceh, poyo je :P

Dan, saya tak tidur.. Pagi tu tidur 2 jam je kot. Lepastu packing, check segala kerja pasal wafa, basuh baju(baru nak basuh baju :P), seterika, lipat, naik turun tangga, menggelabah tak cukup baju................. dan akhirnya gerak pergi sekolah pukul............ 3 lebih tak silap. HAHAHAHAHA. kononnya nak datang awal. bila sampai, diorang dah habis buat kerja dah pun. hehehe. Dan, saya nampak Syaya buat gaya pura pura mati waktu dia tengah tidur. hahahaha. Siapa Syaya...? My bestfriend, takkan tak kenal kot~ Si kucing putih kat surau yang mengada ngada tu lah~ hahahaa. Nama Syasya tu diberi oleh... kak form 5 kita~ Sebenarnya tak pasti lah nama dia Syasya atau Sasya. haha. sekian~


 ni posing maut habis ni! :P


Lepas Asar, saya tolong Ajk Dokumentasi dengan tag nama Wafa nya~ Then, solat Maghrib, Isyak, hajat. Bawak beg naik kelas atas pejabat. Dan pada waktu yang sama, ada something pasal Syria dan Palestin kat surau, so beg terpaksa dikemas dan solat hajat terpaksa diawalkan~ Teringin nak join tapi... hmm, takde rezeki. And, Ust Soleh jadi translator!



Naik kelas. Ada meeting. The really feally rinal final touch! #Eh? Ada ke 'feally rinal'? hahaha. Abaikan. Dan... VIP terhormat, Dato' Aqilah merangkap Setiausaha Wafa pun tiba dengan selamat... tanpa pengiring lah tapi. dan saya dan dua orang lagi banat.. sape ntah, dengan rela paksanya terpaksa jadi pengiring tak bertauliah VIP tu haa. hahahaha. Punya lah lama orang tunggu. Dari asar lagi kata on the way..... sampai pengiring pun dah lari dah. HAHAHAHA.

Lepas tu, tolong tolong Ajk Hadiah buat kerja. Diorang balut hadiah, saya balut kucing. ehehehehe

tadaaaaaa~! cat delivery for family angkat! :D

Dan malam tu........... tiba tiba Maya datang......

jeng jeng jeng~

Dia hulurkan sesuatu.. cuba teka apa? ....................... ya, token! betul! triple yeay! 'yeay yeay yeay~~~~~~!' dia bagi saya token lrt~ happy gila! Al maklumlah baru first time naik lrt dan jumpa token tu. hehe. Okay, itu masuk post lain *tolak ke tepi*. Dan saya masih lagi simpan token tuuu. Rasa macam nak bingkaikan je. heee x)

Malam tu... beberapa orang peserta wafa, atau lebih tepat orang penting wafa tidak tidur malam. Bersembang katanya. Tak tahulah kalau ada buat kerja sekali. Saya tak ambik kisah pun, sebab saya teramat penat dan menantuk. yang penting saya nak tidur. HAHAHAHAHAHA.


1st Day : 5 Dis/Rabu

lebih kurang 4.30 pagi : bangun, mandi, bersiap siap.

Oh ye. Dan of course, kami datang dengan pakaian Wafdul Amin kami :)  Tapi, er.. ramai orang tak puas hati sebab baju tu tak lawaaaa. Dan yang peliknya, banin punya putih & banat punya biru. erk...... Tapi bila dah pakai nampak okay je sebenarnya baju tu. Cuma dia kecik la dan agak sempit. Dorang kata baju tu orang tu sponsor. So, dorang yang tetapkan letak warna apa. er... Tapi okay lah tu. At least kita kene bayar RM5 je sebab dorang dah sponsor~ Bersyukurlah :)

Pukul berapa ntah : roti dan air kotak diagihkan~ bertolak~
Bas 1 - Banin
Bas 2 - Beberapa orang banin & barang wafa
Bas 3 - Banat

Dalam bas, tertidur... bangun bangun, sampai kat stesyen minyak. Tidur lagi... bangun bangun.... waaaaaaaaaaaaah! Sawah padi! Time tu seriously excited sangat! Maklumlah orang bandar~ Itu kali kedua nampak sawah padi depan mata lepas tengah tahun haritu. Tapi sedih sebab time tu bukan musim menuai, hmmm. Kalau tak boleh tengok padi menguning :)


Tak lama lepas tu sampai kat perkarangan Masjid al-Mujahidin a.k.a. pusat aktiviti Program Wafdul Amin. Sampai kat sana, kitorang salam semua makcik makcik kat situ. Time salam tu terdengar "comelnya budak budak ni" dan "mana satu anak aku ni?". hahaha. Excited betul makcik makcik ni semua.

Majlis perasmian pun bermula~ Nama wakil keluarga angkat beserta anak angkatnya disebut. Setiap keluarga naik ke atas pentas sambil bergambar bersama duit sumbangan. Part saya dan Aqilah.. sangat pelik.. Sebab kitorang berdua sahaja. So macam... err.... Tapi okay lah walaupun sebelum tu kitorang asyik terfikir.. macamana lah agaknya bla bla bla... mesti pelik bla bla bla. hahaha. tapi okay je.. at least tak perlu berebut tandas!

Sebenarnya keluarga angkat kitorang ditukar last minute pada pagi sebelum bertolak ke Bagan Terap. Sebab Hanis sesat, nama dia tak ada dalam list... asalnya dia duduk sekali dengan kitorang.. tapi tak jadi...... dan dia duduk dengan Fatini dan Maryam. Maka, pertukaran keluarga pun berlaku kerana mak ayah angkat diorang nak dua anak angkat sahaja~ dan kami hanya berdua manakala mereka bertiga~ Begitulah kisahnya~ 

Habis tangkap gambar, mak ayah cari kitorang. Dan saya terus panggil dengan panggilan mak dan ayah. hehehe. Sebab macam tu je yang sesuai :P  Lepastu makan dan balik rumah. Mula mula ingatkan rumah mak kat bendang sebab mak kata ayah ada bendang. Baru nak excited. Rupa rupanya tak.. Tapi takpelah, at least dekat dengan masjid. Lebih kurang 5 minit je sampai lah rumah~ Tapi kalau jalan kaki jenuh la.. haha

Sampai rumah, okay excited sangat! Sebab rumah tu rumah kayu! yeay~ Saya pernah duduk rumah pakcik saya kat kampung. Rumah kayu jugak, cuba kayu jenis power punya lah kot.. dan suasana dia tak macam kampung. Masuk masuk, pijak lantai... "kreeeeeeeeek kreeeeeeeeeek kreeeeeeeeeeek" semat gila bunyi dia!!!! hahahaha. excited kot dapat rumah macam tu. setiap kali pijak lantai dia, mesti berbunyi! sampai orang kat tingkat bawah pun boleh dengar bunyi tu. cooooool kan? *angkat angkat kening*. letak beg kat bilik, turun bawah balik. Sembang dengan mak jap. Naik atas, tidur jap. Petang tu, still dengan baju wafa, kitorang ikut mak ayah keliling kampung. wohooooooooooooooooooooooo! Tapi naik kereta je lah :P

Keliling kampung sambil bukak tingkap. Dapatkan udara segar dari kampung! Lagipun kereta ayah memang takde air cond. Kitorang tengok sawah padi ayah.. Tapi tak ingat pun lah yang mana. Yang pasti dalam dalam. Sebab banyak sangat sawah padi lah kat situuu. hehe. Patu tengok rumah orang kampung, rumah tok sidang~ rumah sape ntah lagi. Banyak sangat sampai tak boleh nak hafal. hehehe.

  
kolam sungai lubuk pusing~~~~~~~

Haaa, kitorang ada lawat Lubuk Pusing! Sejarahnya macam ni. Dulu kat situ ada sungai. Ada bahagian sungai tu yang berpusing macam pusaran, tau tak? haha. Orang kata, kalau dengar orang jerit jerit dari sungai tu, maknanya ada kapal karam kat situ. Seram taaaaak? haha. Lepastu ada sorang syeikh ni, dia campak dia punya serban kat lubuk pusing tu. bila dia campak, lubuk pusing tu pun hilang. Air dia jadi tenang. Makam syeikh tu dengan anak dia ada lagi kat masjid tu. Saya tak putar belitkan sejarah~

Balik rumah. Tak silap saya, hari yang sama, Nashua datang rumah kitorang dengan Saidah tak silap. Naik mtotor tuu. haha. Tapi dorang datang melawat sekejap jee. Lepastu kitorang siap siap. Pergi masjid. Ada taklimat daripada pengarah wafa(pelajar & guru)~ Sesi pengenalan wafa~ dan, balik rumah~

Malam tu mak pasang kelambu. Saya excited nak tidur dalam kelambu sebab saya tak pernah tidur dalam kelambu. Kelambu pun tak pernah jumpa. hahaha. Aqilah dah pernah dah.. Setiap malam sebelum tidur, kitorang bercerita dulu.. patu tidur :)  Dan setiap malam, kawan Wani setia menemani kitorang dengan nyanyian dia yang boleh tahan laa kemerduannya tu. lol. Asal malam berlabuh je, mula lah konsert dia di malam hari... "krik krik krik.." kawan Wani menyanyi. sweeeeeet kan? hahaha. Tu kira okaylah tu.. daripada bunyi katak. hahaha.


2nd Day : 6 Dis/Khamis

8.30 : Sukan Rakyat
Sepatutnya sukan rakyat ni buat kat padang sekolah menengah kebangsaan depan masjid tu haa. Tapi disebabkan dorang SPM.. kene tukar tempat. PIC Sukan rakyat nak buat kat masjid, tapi disebabkan takut ada orang cedera, etc, jadi acara sukaneka dibawa ke sebelah masjid. Banin kat gelanggang futsal, manakala banat disebelahnya iaitu...... di padang lecak! wowow! Saya pun tak tahulah itu tempat apa sebenarnya, tapi yang penting ia sangat berlecak. hahaha.


Waktu sukaneka tu kerja saya jadi 'pegawai pendaftaran tak bertauliah tapi rasmi'~ hehehe. Saya kene jaga bahagian sekolah rendah. Dan waktu tu saya cuma ke sana ke mari untuk settle pasal pendaftaran. Sekali sekala saya ulang alik tengok diorang join acara sukan tu. Penyertaan daripada kategori menengah sangatlah menyedihkan. 100riusly~ Ada sorang je yang join, tu pun anak nazir kampung. Anak nazir ke timbalan nazir, entahla. So, diorang terpaksa gabung sekolah menengah dan dewasa. & setiap peserta kena masuk setiap acara. hahahaha. kesian dorang. sebab hadiah banyak, dan peserta sikit :P


kasut busuk diorang. kantoi! kaki ayam en time sukaneka? hahaha



see those pepatung? pemandangan yang cantik bila kawasan tu dikelilingi pepatung pepatung :)

random picture


testing tangkap gambar ulat gonggok dari sudut seorang manusia yang di zoom-in B)




testing tangkap gambar dari sudut seekor ulat gonggok lol :P

Disebabkan sorang je peserta dari kategori menengah dan kalau gabung dengan dewasa pun takde beza, maka diorang pun ajaklah peserta Wafa untuk join sukaneka tu. Diorang pun join lah~ saya hanya memerhatikan dari jauh. Naik join tapi..... itu lecak! Malas dan.... panas! Tapi nak join~~~ hehehe. Bila acara tangkap belut start, saya join~ Teringin nak main tangkap tangkap belut. Ceh, padahal awal awal tu geli tau bila pegang.. sebab badan dia macam berlendir~~~ Bila game start.. turn saya untuk tangkap belut tu dan letak dalam bakul kat hujung sana. Saya cuba tangkap... dapat! lepas... dapat! lepas.... dapat! lepas..... dapat! lepas...... begitulah seterusnya sehingga belut tu jatuh di atas lumpur dan mula melarikan ke dalam lumpur lumpur berlopak..... cis, kurang asam betul! tapi seriously lawak kot time nak kejar belut tu. Sampai saya terjatuh dan seluar dan tapak tangan saya kotor. hehehe. Daripada bersih bersih tadi, tiba tiba habis semua kotor. adessssss. Last last sape ntah yang dapat tangkap belut tu. Jauh gila kot dia lari. Masalahnya sebelum game start saya dah testing tangkap belut dah~ tak tergelincir pun. Tapi yang ni mungkin sebab banyak sangat tangan, so dia pun menggelabah lah nak larikan diri. So, dengan senangnya si belut tu terlepas dari genggaman saya. Cis, mentang mentang badan dia licin :P

 belut licin geli geleman oi~

bersama anak pakistan~ pakistan kan? :P  comel~ <3

Lepastu penyampaian hadiah. Oh ya, banyak acara makcik makcik yang menang kot. Seriously, bersemangat betul diorang main. haha. Kalah kitorang x)

Lepastu saya dengan agenda saya.. iaitu mengemas kerusi bawah khemah untuk ceramah malam tu sambil settlekan apa yang patut. Dan... saya balik rumah kejap, siap siap semua tu.

Pukul 3 camtu keluar rumah. Kononnya nak naik basikal tau. Tapi satu basikal tu besar sangat, satu lagi kitorang tak reti nak boncengkan orang kat belakang. Tiba tiba mak datang dengan motor.. yeay! Mak save the day! hahaha. akhirnya saya naik motor dengan mak... Aqilah naik basikal pergi masjid. Sampai sampai, kitorang orang paling lambat sekali sampai. Ni semua sebab mengada ngada nak naik basikal. hahaha. Yelah, tak dapat motor, basikal pun boleh lah~ Nasib baik tak kena tinggal untuk konvoi. haha. Tapi memang waktu tu kalau tak nak join konvoi pun boleh sebab takut ada yang kepenatan join sukaneka pagi tu.

bunga yang ada dekat dengan rumah orang yang diziarahi. cantik kan kan kan?

Salah satu rumah warga emas yang kitorang lawat.... Dia kurang pendengaran. dan.. anak dia dah berapa puluh ntah.. 20 lebih tak silap... banyakkan? dan ada beberapa yang dah meninggal.. innalillah.

Habis konvoi, balik rumah, siap siap, makan. Gerak pergi masjid balik.

Habis solat, ceramah perdana start. Dan saya tak duduk langsung sepanjang ceramah tu. Saya hanya duduk sekejap je dan waktu nak tulis benda je. Sebab saya sangat takut kalau kalau ada apa apa terjadi waktu ceramah tu. Kalau ada masalah ke apa ke. seriously, itu first time saya macam tu! hahaha. Yelah, first time diberi amanah untuk jadi ketua PIC(bagi banat)~ hehe. dan Alhamdulillah, ceramah tu berjalan dengan lancar. Cuma ada sikit sikit je masalah.

Dan Syafiqah datang waktu tu! Mula mula saya ingat dia tak datang, sebab nampak ayah dia dan PA ayah dia je. Baru nak sedih... Tiba tiba siapa ntah kata Syafiqah ada dalam kereta ayah dia. Punyalah happy waktu tu :)  Sempat sembang dengan Syafiqah sikit je.

Anyway Syafiqah, congratulations dah hafal 30 juzuk! Tahniah! Kitorang sangat bangga dengan nti & tumpang gembira :) 

Malam tu ada post-morterm. Ini sangat menyeksakan. Dah la pagi tu sukaneka, petang konvoi, malam, ceramah. Tak larat kot. Rasa nak je tidur time tu jugak. Tapi, apakan daya.. saya bukan jenis boleh tidur duduk macam tu. Kalau tertidur pun, itu mesti dah teramat amat amat ngantuk dah tu. Apa apa pun, benda dah lepas. Yang lepas, biarkan ia berlalu~


3rd Day : 7 Dis/Jumaat

Bangun pagi, dapat tau slot solat cancel~ So, mak dan ayah ajak pergi pekan Setengah Hari(nama pekan). Kitorang pun ikut je laa. Kat sana jumpa Basitah, Amirah & Liyana dengan mak angkat dorang. Dan kitorang baru dapat tau dari dorang yang jap lagi kene datang awal sebab ada taklimat abende ntah... hahahaha. Kitorang dengan belum sarapannya, seterika bajunya, ikut je lah mak~ lol. sesak jugak pekan tu. Tapi pekan tu sesak bukan sebab ramai orang, tapi sebab jalannya sempit, kereta dengan motor nak lalu pun susah. Pekan ni lagi ramai pengunjung dari pekan Bagan Terap dan nama dia setengah hari sebab memang setengah hari je dia bukak. 

10.30 : Sampai masjid. Hanis kata tak buat apa apa pun dari pagi tadi. Okay, memang aptut pun kitorang tak tergesa gesa tadi. hahahaha. Pertandingan hafazan, azan & fashion muslimah diadakan~ fashion muslimah buat kat surau tebuk binjai tak silap. Hafazan dan azan kat masjid je. Dan ku dipaksa masuk. hahaha. habis hafazan, kitorang duduk kat tempat makan luar masjid sambil menikmati 'ais krim Bagan Terap' bak kata gadis pilihan :P 

Lepastu, kitorang bergerak ke pekan untuk berjumpa dengan Dato Aqilah dan konco konconya. Then, bergerak ke surau tuu. On the way, nampak kura kura yang dah mati. Cengkerang dia dah pecah.. dan dalam cengkerang dia ada telur dan... ulat. err.. okay. hentikan. tapi menarik jugak.... bukan, bukan kura kura tu mati.. bukan. maksud saya, ia menarik sebab adanya kura kura sebesar lebih kurang dua tapak tangan saya, bermakna, ada keluarga kura kura di situ! dan.. itu adalah habitat kura kura! o yeah~ saya teringin nak tengok kura kura hidup kat situ dan nak tengok saiz moyang dia. hahahaha. melampau.


Sampai kat surau tu, tengah penyampaian hadiah~ kemas kemas sikit, lepastu bersurai~ Saya dan maya tunggu Ajk Logistik ambik barang barang logistik simpan kat balai. Manakala saya dan Maya balik naik basikal. Pengalaman yang seronok.. akhirnya saya dapat naik basikal kat kampung~~~~ Sampai kat masjid. Saya agak susah nak berhenti... sebab kaki saya takde lah panjang mana.. ehehe. Nasib baik bawak slow je. hehe. Lepas tu balik rumah~ Oh, dan banat lain yang balik jalan kaki singgah kat pekan beli ABC! RM1.50 je~~~ Dah la sedap. Seriously ONLY IN BAGAN TERAP punya ABC ni. Tapi saya dapat jugak merasa ABC hari lain :)


Kat rumah. Tolong mak masak sikit. Makan tengahari. Naik atas. Saya dan Aqilah tidur. Terjaga jap. Tidur... Terjaga lagi, tidur balik~ hahahaa. terukkan? kepenatan~ Tak sempat nak jalan jalan pergi sawah ke.. nak pergi kebun belakang rumah.... hmm. Tu lah, tidur lagi. bagus bagus~~~~ Belajar masak pun tak, belajar buat joran pun tak.. hehehe.

Waktu zohor macam tu.. mak buat bubur kacang hijau.. Tapi dia ada campur campur sayur sikit dan..... durian! Nyam nyam~ Pastu ada lagi satu benda yang mak buat. Benda tu kena sapu kat roti dan makan :)  Tapi tak tahulah nama dia apa. Tapi seriously sedap! Mak kata yang tu mak letak durian, gula dengan tepung je~ pastu...... bakar...... eh? tak ingat laaa~ 

Kalau makan kat situ.. Ayah selalu suruh tambah.. Nasi baru nak habis.. belum habis lagi tu.. Ayah dah suruh tambah. Dah tambah.. Ayah suruh tambah lagi.. Makanannya pulak selalu lebih dari 5 orang boleh makan.. Ada satu hari tu. Ayah beli nasi lemak dengan roti canai. Saya ambik nasi lemak.. Lepastu ayah suruh makan roti canai. Dan saya makan........ Dah la kalori 1 roti canai = kalori 3 pinggan nasi lemak wey. Gemuk gue nanti. HAHAHAHA. Seriously makan kat rumah mak ayah angkat tak pernah tak kenyang. Tu pasal la bila masuk camera, muka saya tembam semacam. HAHAHAHAHAHA. alasan~ :P  Tapi betul apa.. Rasanya kalau duduk sebulan kat situ, boleh tambah berapa kg entah. hahahaha.

Ada satu hari tu dapat merasa lontong~ Bila ntah, tak ingat. Salah satu makanan tradisional kat sana. Time makan tu, okay lah~ Boleh tahan rasa dia. Pecal tak sempat nak rasa lagi~ Dan tahu tak, kat sana first time saya makan ikan kering! hehehe. Dan saya baru tahu, sebenarnya ikan kering hanya masin di luar, tapi isi dia tak masin pun. hehehe. baru tau :P  Dan tahu tak, saya makan sayur~ wow! :O  Sebab sayur dia macam boleh diterima badan lah pulak.. boleh dihadam. hahahaha. Bila saya cerita kat adik saya.. dia kata. "Psychology je tu.." tiru ayat umi nampak :P  Anyway, saya tak rasa itu sebab psikologi~ sebab saya takde set pun nak makan sayur. cuma nak testing je time tuu. Mungkin sebab sayur kampung kot.. Fresh~ Tanpa sebarang bahan kimia~ Racun perosak atau apa apa sahaja bahan kimia yang lain...? Mungkin~

Pastu.. waktu malam ni tak silap.. Mak tunjuk album gambar gambar family mak. Dari situ, dapatlah kitorang kenal adik beradik angkat kitorang yang lain~ Sebabnya, semua anak mak ada kat merata Malaysia ni. 4 orang dah kahwin. Yang kelima baru habis belajar. Keenam, tengah belajar. Bongsu, form two. Sama umur macam adik saya~ Dia sorang je tinggal kat rumah dengan mak dan ayah. Kesian dia, kesunyian. Time sukaneka ke apa ke, dia tak ikut pun.. sebab dia kata kawan kawan dia tak ada yang tinggal dekat situ. Mesti dia kesunyian.. ditemani, cengkerik... "krik krik krik..." Baik betullah kawan Wani yang sorang ni kan.. hahahahaha.

Okay.. Setelah meneliti beberapa buah album.. Saya dah dapat cam yang mana kak ngah, kak long.. semua lah.. Itu pun saya kene tengok gambar setiap seorang banyak kali. Bila dah lekat muka tu dalam kepala, baru kitorang naik atas. Tapi itu saya je lah yang buat macam tu. Cik Aqilah tak, sebab dia nak tidur. Tidur je kerja. HAHAHAHAHAHA. gurau je, jangan marah~

Jadi, inilah keluarga angkat saya :)

Ayah : Haji Abu Bakar
Mak : Sunah
Adik beradik :
1. Kak Long (Kak Haslina a.k.a Asiah)
2. Kak Ngah (Kak Hafizah)
3. Kak Ton (Kak Hasraton)
4. Kak Sidah (Kak Hasidah)
5. Abg Murad
6. Kak Mizah (Kak Hamizah)
7. Hanisah

Nama kak long sama~~~~~~~~~ hehehe. Mak kata diorang panggil Kak Long, Asiah. Sebab dulu nenek kot.. nak bagi nama tu. Patu macamana ntah, kat surat beranak tu ayah kot dah terletak nama Haslina... Macam tu lah ceritanya~ Rasanya nama anak perempuan mak depan dia semua 'Ha', so saya letak je lah Ha kat depan tu. HAHAHAHAHA. boleh pulak kan.. Sebab mak sebut, 'Kak Sidah', 'Kak Mizah' dengan 'Kak Fizah'. So betul la tu kan~ hehe. Yang nama Kak Long tu kalau tak silap nama dia Haslina~ rasanya lah. Tapi lebih kurang camtu lah. haha.

Mak ada cerita pasal anak anak mak, menantu mak dengan cucu cucu mak.. Patu mak kata Abang Murad pandai masak! wow! menarik~ mak kata kalau catering apa, balik rumah ke, dia selalu masak. waaaaaah~ hebatnyaaaaa. kalah saya. hehehe.

'Kakak' angkat ku~ lol


Haaa, ni lagi sorang family kitorang~ nama dia kakak. eheh. Kucing angkat. Kitorang pun ada jugak tau Syi~ Bukan nti sorang jee. Kucing ni behave je. Mengiau ngiau kat luar rumah depan pintu. Tak masuk pun. Kalau dah lama sangat takde orang layan baru dia masuk. Baik kan? :P

4th Day : 8 Dis/Sabtu

7.00 : Rewang & Gotong Royong

Gotong royong ;
a) Masjid Al-Mujahidin
b) Surau Parit 12 Timur
c) Surau Tebuk Binjai

Rewang~

 

Saya dan Aqilah join rewang~ Tapi Aqilah busy dengan GD dia. haha. Tinggalah saya dengan banat yang lain menangis nangis potong bawang. hahahaha. Tapi saya tak menangis lah, sebab saya tak potong bawang tu. hee. Bila dah habis kupas bawang, saya check tangan saya.. Ia agak mengejutkan! Sebab biasanya lepas pegang bawang mesti tangan akan jadi kotor dan hitam. Tapi yang ni tak pun! Cuma ada sikit je.. Itu pun warna ungu! Warna bawang tu.. Oh, kenapa bawang kampung terlalu bersih....? hmmm

Kalau nak tau, tukang sembelih lembu tu lah ayah angkat kitorang :)  Itu pun kalau korang perasan sape yang sembelih lembu tu :P  Dan Dato Aqilah bersama pengiringnya secara tiba tiba hilang ghaib entah ke mana time rewang tu.. Rupa rupanya ke rumahnya datuk kepada Dato' aqilah rupanya. hahaha. tolong memasak. bagus! *thumbs up*. Boleh buat jadi bakal menantu ni :P

3.00 : Pertandingan memancing~

Pukul 3 macamtu ayah datang nak ambik saya dan Aqilah pegi memancing~ Ada dua joran yang ayah buat. Satu lagi memang pancing betul. Dan saya 'ter' rosakkan satu joran yang ayah buat tu T_T  Joran tu kene kipas bawah khemah bila saya nak angkat. hehe. Seriously tak sengaja dan rasa bersalah. nasib baik Aqilah tak memancing. Kalau tak kesian ayah. Nanti mesti dia bagi pancing tu kat Aqilah.. Tapi Aqilah tak ikut sebab sibuk dengan Grand Dinner nyer.


So, saya duduk di situ. Ayah pasangkan umpan belalang. Saya mula memancing. Sedang saya leka... tiba tiba terasa ada benda berat kat hujung joran. terus tersedar. terus saya bangun dan angkat joran. yeay~ alhamdulillah saya dapat seekor ikan keli! gembira tak terkata waktu tu. maklumlah, kali pertama memancing.. dan mungkin terakhir...? hmm, insyaAllah tak, kalau datang bagan terap lagi nak memancing lagi sekali. hehe. dan saya pun tak percaya secepat tu saya dapat ikan.. sebab baru je lebih kurang 10 saat saya letak joran tu.. tiba tiba dah dapat ikan :)  gembira bukan main waktu tu. lepastu saya dengar ada banin kata "weh, dia baru pancing 5 saat dah dapat ikan!"  hehe. nasib je tu. Allah yang tentukan rezeki kita.


Bagi saya, pancing ikan ni, dia ikut nasib dan rezeki. Tapi kadang kadang bergantung pada usaha jugak. Macam haritu, pakcik tu menjala kat parit tu... dapat ikan besar gedabak. haha. Apesallah time tu cameraman takde. Kenangan bersejarah tuuuuu. hahaha. Patu ikan kat sebelah tak habis habis gerak. Tengah memancing sikit, bunyi bergerak gerak. Lama jugak ikan nak mati rupanya eh..? hmm

Kat bahagian hujung hujung sikit ada sawah.. So, kitorang jalan ke sana... Cuba memancing lagi, tak dapat. Lepastu ayah angkat sape ntah tak ingat.. ayah angkat shefa kot.. dia suruh check ikan yang saya tangkap tu buta ke tak. ntah ntah buta, sebab tu senang sangat dapat :P  tapi time tu ikan tu dah bagi dorang dah~ haha. Ayah pun kata ikan semua tengah kenyang. Sebab tu tak dapat dapat. haha. Lepastu kitorang jalan jalan.. Dan tangkap gambar sikit je~ Ada satu gambar tu cantik sangat! Tapi malangnya, gambar tu kat hanis :/


Habis memancing, kitorang jalan kaki balik masjid. Lepastu Aqilah and the gang prepare untuk Grand Dinner~ Lebih kurang pukul 6.15 camtu, saya, Aqilah, dengan Nashua dan Saidah tak silap.. Balik naik van sewa yang disewa khas untuk Wafdul Amin. Sebelum tu kitorang ada nampak banin balik naik van tu dengan pintu belakang ternganga luas. Memang saja tak nak tutup rasanya. Kitorang pun pelik lah.. Bila kitorang sendiri naik van tu baru lah kitorang tau kenapa dorang buat macamtu.. Rupa rupanya van ni terlalu uzur.. Kesian dia.. Kalau nak tutup pintu dia pun dah macam tak boleh.. sebab pintu dia gaya dah macam nak tercabut dah tu. haha. Yang pintu belakang tu pulak, tak boleh nak bukak. Sampai banin terpaksa bagi keluar van, bagi arahan dari tingkap van tu. Nak dekat 5 minit pun ada kot nak bukak pintu van tu. haha. Sampai ayah pun datang nak bukakkan sekali. Last last dapat.. #Kenangan #VanSewa #WafdulAmin x)

Nasib baik ustaz hantar kitorang berdua first. Kalau last sekali, memang tak terkeluar keluar kitorang dari dalam van tu agaknya. hahaha. Ceh, padahal ade je pintu tengah tu tau :P  Time kitorang sampai rumah tu, ada orang yang tidak dikenali datang rumah mak. Ingatkan ayah, rupanya tak.. Lepas orang tu datang, baru ayah datang dengan motor~  Rupa rupanya tu Abang Murad~

Malam tu, grand dinner. Semua orang pakai baju ikut warna tema~ lawa je :)  tapi seriously penat sebab pagi tu rewang dan memancing. hehe. ada penyampaian hadiah, persembahan marhaban daripada orang kampung, persembahan daripada peserta Wafa dan makan malam. BBQ! tapi tak dapat nak merasa. hmm.

Malam tu, seperti biasa. Kalau dah lewat malam camtu kitorang akan balik tumpang cikgu cikgu. Sebenarnya kitorang teringin nak naik van tu buat kali terakhir, tapi tak dapat :(  So, kitorang pun naiklah kereta ustaz.. Saya, Aqilah, Saidah dan Nashua naik kereta Ustaz Shahrul. On the way tu, Saidah tanya ustaz pasal van tu. kenapa buruk sangatlah, sewa dari sape lah ape lah.. Lepastu, tiba tiba dia kata.. "Ustaz, baik guna Van Jenazah je.." Patu kitorang gelak.. Ada ke patut van jenazah.. Saidah, saidah.. Seram kot! Saya lagi rela naik van usang tu daripada naik van jenazah. seram!

Hari yang sama, Bii cerita kat saya pasal dia dengan Kauthar tidur kat rumah 'makcik' diorang, iaitu Makcik Basitah, Makcik Amirah dan Makcik Liyana. hahaha. Sebab mak angkat diorang ni ada connection. Tapi connection TM ke apa... saya tak tahu. haha :P  Bii cerita lah yang malam semalam diorang tidur rumah 'makcik diorang' tu.. diorang ada pergi pantai~ pakai inai daun yang ambik dari belakang rumah~ dan........ "kitorang pecahkan kepala.........." o.0?! OMG! Tak sangka Bii dah pandai buat benda macam tu! HAHAHAHAHA. lepastu saya dengan Bii gelak gila gila. boleh pulak main pecahkan kepala.. pecahkan kelapa lah Bii.. xD  apa pun, saya rasa sangat menyesal sebab tidur lama sangat harituuuuu. huuu


5th Day : 9 Dis/Ahad

9.30 : Majlis penutup
Okay, time ni teruk gilaaa. Kitorang bangun, tidur, bangun tidur sebab penat sangat pasal semalam. Bangun bangun pening kepala dan sakit perut. Nasib baiklah tandas nya ada satu, tempat mandi ada dua. Dan alhamdulillah, ketiga tiganya di dalam rumah. Kalau kat luar, terseksa weh. hahaha. Sebelum gerak pergi masjid, mak suruh tulis nama, no telefon dengan alamat rumah. Lepastu tangkap gambar dengan mak, ayah dan Hanisah guna camera antik dorang~ :)

Majlis Penutup. Sampai masjid, lewat setengah jam kot tak silap. Setiap keluarga kene tangkap gambar lagi kat atas pentas, tapi kali ini sampaikan frame gambar time majlis perasmian haritu. Time ni sedih kot. Dah la pasang lagu sedih habis. Saje nak bagi orang feeling. aduuuh. Lepastu mak mak bagi hadiah kat kitorang. Kitorang pun bagi hadiah kat mak~ Lepas tu kitorang makan nasi Ambeng. Mak kata memang kene makan dalam dulang~ hmm. Saya suka serunding diaaaaaaa. Sedap!


Tiba waktu perpisahan~ sedih gilaaaaaaaaaaaa. dah, tak nak cakap.

  
eh, they wave us goodbye! byeeeeeee~



On the way balik, kitorang berhenti melawat Kedai Bahulu dan Kerepek MASRI di Skincan. Gerai mangga dan kilang Nata Nandong, Sungai Limau, tak jadi pergi~ Kedai tu menarik~ Sebab kita perlu tanggal kasut untuk masuk kat situ. Yang lagi menariknya, dari kaki lima lagi kita dah kene bukak kasut! hehe. Dan yang lagi lagi menarik, kat situ ada restoran. dan restoran tu ada meja makan yang rendah dah panjang! Dan ada kusyen untuk kita duduk kat lantai! menarik kan kan kan? :)  tapi ni lagi lagi lagi menarik! kat situ ada cendol durian dan cendol pulut! saya teringin nak makan cendol durian. tapi tak dapat... dan kami membeli belah di kedai sebelah iaitu Kedai Bahulu dan Kerepek MASRI~ lepastu pergi kilang mini dia kat deretan kedai sebelah jee. Dapat makan bahulu free! manis ooooh~~~~ Untuk pengetahuan, secara rahsia, saya telah menjadi duta bahulu di situ. HAHAHAHAHA. tak percaya tengok gambar dalam album Aqilah. lol. hahaha. jk jk :P

 



Dan akhirnya.... kembali ke sekolah~
tsk tsk tsk

THE END
Happy Ending~ tsk tsk

p/s :

I told you my hobby is babbling in this blog. hahaha. Jangan menyesal pulak sebab post ni panjang sangat. hahahahaha

Sorry lah kalau korang tak faham post ni. Ada yang kene baca dari belakang kalau tak faham, ada yang songsang sikit ayat dia, typo lah apa lah. Maklum lah, post di tengah malam. hehehehe

Credits to budak yang copy paste muka saya yang bagi saya cilok gambar dia. har har har. gambar gambar lain, nanti saya upload, insyaAllah~  :)

Assalamualaikum

REPOSTED POST :)

Monday, December 3, 2012

The 5 Day Mission. eh?

Assalamualaikum.

Dah lama lama lama sangat tak update blog. Nak dekat seminggu. Saya tau tempoh itu tak lama. Tapi bagi saya yang suka meng-update blog, ianya adalah abnormal. 10ries! haha.

Hmm. Sedar tak sedar, tinggal lagi lebih kurang 2 hari je sebelum wafa. Oh sungguh cepat masa berlalu. Sampai tergendala segala 'haagen dasz' di waktu cutiku. Adoyaii. (Buku library dah sampai duedate tak pulangkan lagi! 4 buku lagi! Mak ai~) Tanpa ku sedari esok hari terakhir saya akan bermalam di rumhku syurgaku. Alooooooh. tidaaaak.

Tengok twitter, semua orang dah start cakap pasal packing. Dan saya yang baru tersedar... oh, okay.. Esok hari last tidur rumah, padan la semua pun dah start packing... and for me, mehehehehehhehehehehe. Of course will start my 'packing operation' on the last day! tehee. esok a.k.a. nanti sebab terlajak tak tidur lagi harini, will be going to shopping spreeeeeeeeee! hahaha. lawak, saya bukan kaki shopping. ulat buku sejati je. haha. anyway, betul la nak pergi beli barang pun sebenarnya. teka untuk siapa? Apa? A..... Aqilah? Salah! HAHAHAHA. hadiah Aqilah dah beli dah, cuma saja na main ugut ugut dia tak nak bagi sampai tahun depan :P  hehe.

Sebenarnya saya nak beli hadiah untuk.................. untuk.............. untuk dia~ ei! untuk dia~ ei! untuk dia~ untuk dia~ OMG! :O Siapakah si dia yang bertuah itu..? Ofkos la bakal.... ehem ehem.. hahahaha. Takdela, bakal family angkat je pun. heee. Untuk wafa nanti. tak sabar nak pegi. Tapi tak excited tahap tinggi lagi ni sebab seperti biasa, saya hanya akan rasa excited atau nervous atau rasa apa sahaja tentang sesuatu bila betul betul dekat dengan hari tersebut :)  Ceh, padahal 2 hari je lagi :P

Tapi disebabkan ditambah lagi dengan kerja kerja wafa yang telah mencuri hati saya ini, maka... I'm heartless! Saya dah tak ada perasaan lagi dah! Oh noooooooooooooo~ Serious ia berjaya mencuri hati saya sampai saya jadi takde perasaan dan tunggang langgang. Mana taknya, tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. eceh! Poyo jee :P  Hahaha. Kenapa dengan saya...? Oh, ni sebab dah heartless lah ni. Wafa, I'm coming~ hehehe. Anyway, anyhow. Kepada anda di luar sana, saya yang bakal keluar ke luar sana berharap agar anda mendoakan kejayaan kami semua dalam menjayakan Wafdul Amin 2012. Kalau yang tak dapat pergi tu jangan lah sedih, mesti ada hikmahnya punya. Anda yakin dengan Allah bukan? Bukan kah Allah itu sebaik baik perancang? Maha Perancang. Maha Mengetahui. Maha segala galanya. Percayalah :)

Doakan kejayaan kami untuk menyebarkan dakwah di sana! & semoga segala urusan kami dipermudahan-Nya :)

Sincerely,
Heartless, Cute Panda. (eh?)

Monday, November 26, 2012

Kenangan Lalu dan Kini

Bila tengok gamabr gambar lama, video kenangan zaman dulu.. Rasa nak menangis. Cuba mambayangkan keadaan bila semua gambar gambar dan video video tu dilihat buat kesekian kalinya, tapi pada beberapa tahun akan datang. Bila semua dah keluar daripada al-amon. Ya Allah. Mesti rindu gilaa. Sekarang pun, setiap kali bila tengok gambar gambar budak batch kita.. teringat.. yang tak lama lagi, semua ni hanya tinggal kenangan.. lebih kurang 2 tahun lago, semua dah berpisah.. fly jauh jauh.. mengejar cita cita dan harapan. meninggalkan sekolah al-amin. tak boleh bayangkan, hidup dalam dunia baru.. tanpa kawan kawan yang dah bertahun tahun di sisi menghadapi suka duka, pahit manis bersama.. Huh. Tahun depan, SPM. Lepas tu semua akan berpisah iku haluan masing masing. Cepatnya masa berlalu.

Walau apa pun yang terjadi, kita kan still berkawan hingga ke syurga, okay?
Ukhuwwah fillah till Jannah :')

 Nineteenth96.. <3

Friday, November 23, 2012

It's Jumuah!

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat juga kita bertemu di blog saya yang cantik ini. hahaha. *uhuk uhuk* Okay, perasan. hehehe.

So, hari ni hari Jumaat! Ya, hari yang mulia. Penghulu segala hari~ Dan saya tak tahu kenapa saya macam happy lah jugak. Entah kenapa. Badan rasa macam nak menggeletar je. Badan macam nak panas. Macam je.... Tapi panas sikit laa. Sebab ya.. seperti biasa.. Si Panda Comel kembali!

Saya tidur lambat lagi..... atau lebih tepat, tak tidur. har har har.-,-  Sebab menyiapkan kerja kerja wafa. Ceh..... alasan je tu. Padahal saja lambat lambatkan. Melayan perasan jiwang di malam hari. Cewah! mana adalah :P  Entah kenapa. Setiap kali buat kerja menjangkau pukul 12 malam, saya susah nak berhenti. Kalau sebab blog tu lain cerita, sebab saya memang addict dengan blog. hehe. tapi semalam, eh pagi tadi.. entah kenapa ntah.......... okay lupakan

Sebenarnya saya nak share satu video je sebenarnya. heheheheheheheheheehe. A video to start out Jumu'ah day :)  Harapan saya ialah. Toloooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooonglah dengar~ please please please *buat mata besar sambil kelip kelip mata*  Sebab lagu dia sedap sangat sangat sangat. jadi, saya nak share dengan  anda semua stalkies yang comel comel belaka di hari yang mulia ini :)  Dengar tau, dengar tau!





jangan lupa baca al-kahfi!
sealamat mendengar~
assalamualaikum :)

Cik Unique

Assalamualaikum

It's early in the morning. Yes! Pagi buta! Dan dengan ini, saya, ingin mengucapkan, tahniah kepada anda :)

Tahniah! Tahniah! Tahniah! :)

Kepada anda.. ya.. anda.. Eh, bukan. Perasan la korang ni. Saya nak ucapkan tahniah kepada anda, yang telah mencapai satu tahap dalam kehidupan, yang telah manceriakan hari kami,












Ops OPs OPS! Jap Jap! Scroll down se-low se-low siket biar nampak dramatik gitu~ :P Nak lebih dramatik? Tutup lagu di atas dan bukak lagu saspen! hahaha. Okay, dah? Teruskan meng'seke-roll' belog ni. hee :D






















orang tersebut ialah...................jeng jeng jeng jeng!













ops! tu paparazi! hee :D














orang itu ialah.............
















chakkkkkkkk!






huh? sape tu? Oh, lupa nak perkenalkan empunya diri. Nama diberi, Dato' Nurdina Aqilah bt. Zainal.

(posing gaya usahawan berjaya jap)



Umur dia baru 6 tahun............





Tapi dia rajin belajar!


(Lakonan semata mata. Posing je ni )




(Buat muka ayu)



dan suka bergaya.....





dan sangat sangat sangat sukakan pendrive berwarna hitam tu :P

 (nampak sangat ada rahsia di sebalik pendrive tu en..)



dan sentiasa ceria :)

 (mungkin ketawa adalah salah satu hobi dia? hmmm)



satu lagi hobi dia, menyempitkan gambar orang yang muat muat je untuk orang kurus macam kitorang :P

(seriously, suka gila gambar ni tahap tinggi! ops, macam kenal je ayat tu, hehehe. smart oh gambar ni~)



Ya, andalah orangnya! Tahniah! Kerana baru sahaja beberapa jam yang lalu anda telah menjadi budak 16 tahun~ yeay! Tahniah~~~~~~~~~ Hadiah, tuntut nanti :D

Actually, takde idea nak buat apa... Ini cumalah suatu idea yang mendadak masuk dalam minda. Tetibe je... hehehe. Dah la gambar semua cilok je. lol. Maaf, pendrive saya kene virus, semua gambar tak boleh bukak. hahaha.

Anyway, berbalik kepada tajuk. Anda, bukan, dia......... Pelik, tapi unik. (Bukan nak kutuk, sorry kalau terasa) Susah nak jumpa orang yang happy good lucky macam dia. Walaupun agak hyper tapi selalu buat kitorang ceria. hehehe. *kekeringan idea sebab ngantuk sangat*

Anyway, thank you sebab dah berkorban untuk kitorang semua, pegang 4 tugasan sekali gus, demi WAFA :')  Terharuuuuuuuuuuu~ eceh.. Itu membuktikan nti boleh hadapi semua tu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya"

Di kesempatan ini... skema lah pulak.. Ana nak minta maaf kalau ada buat salah. Tak, memang ada buat salah pun. Banyak kali. Sorry sangat sangat sangat sangat atas segala salah silap ana selama kita berkawan & maaf kalau ana tak dapat jadi kawan yang terbaik untuk nti :/  Sorry kalau post ni buat nti terasa ke apa ke & too simple pimple. hehe.

After every rainfall must come a rainbow!

Semoga ukhuwwah kita terus berkekalan hingga ke syurga~ Amin :')
Thank you for everything..

:')

Friday, November 16, 2012

The Not-So-School-Holiday Agendas~

 
Nama tajuk macam 'The Not-So-School-Holiday Haagen Dasz' pun ada. hahaha.
So, cuti kali ni sangatlah bukan cuti sebenarnya. Setiap hari ada aje benda nak kene buat. Keluar sana, keluar sini. Walaupun penat asyik keluar rumah, tapi still happy sebab hobi saya ialah jalan jalan. Saya tak berapa suka duk terperap dalam rumah. bazir masa je. Baik sumbangkan tenaga dan masa untuk wafa ke apa ke kan? Lagi bagus~ And these are the 'haagen dasz' for the whole 'cuti-sekolah-yang-tak-berapa-nak-cuti'.

1. Finish all 6 library books
2. Wafa
3. Hi-Tea
4. Tahfiz
5. Lawatans
6. Outing
7. Projek Cuti
8. Kelas Tambahan
9. Jalan sana sini

Novels
Seperti yang anda semua tahu. Cewah, bajet semua orang tau je. Saya ialah seorang ulat buku..? Ulat buku sejati. hahaha. 'seorang ulat'. Apa apa je lah. Jadi, library adalah ibarat rumah ketiga saya di dunia ini. Rumah first, rumahku syurga di gombak. Second, sekolahku di tepi sungai. Third Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur. hehehe. UIA pun boleh lah dikira rumah saya jugak sebab selalu sangat masuk dan duduk kat UIA tu. Dari sekolah rendah lagi :)

Haritu, lepas jualan hari sabtu dengan Yobi dan Fathimah, saya terus pergi library dengan ayah dan adik adik saya. Masuk tempat dewasa, ambik satu, duaa, tiga, empat, lima, dan berbelas belas buku. Amik dua kali tu. Bila duduk atas sofa, bangunan buku tinggi kiri kanan. Dah la angkut buku banyak banyak macam nak shopping buku sampai nak terjatuh semua. hahaha. Dan... ada orang pandang dan gelak. hahaha. Tapi saya kisah apa. Buku buku tu free untuk dicop dan dibaca ya. Siapa cepat dia dapat. hahaha. Boros gilaaaa. Semenjak kecik lagi ayah saya selalu bawak kitorang pergi library. dan setiap kali masuk library, saya rasa bahagia sangat sebab dikelilingi buku buku. tapi malangnya, limit untuk pinjam buku ialah 3 buah SAHAJA -,-  Walau bagaimanapun, saya tak rasa saya dapat habiskan 6 buah buku dalam masa 3 minggu. Tulah padahnya bila pakai 2 IC untuk pinjam buku. hahaha.

Wafa & Hi Tea
Hi Tea, kerja saya senang la jugak. Ajk Protokol je. Itu pun sebelum ni tak tau jadi ajk ke tak. Meeting apa semua pun tak tau. Dan besok kerja saya ialah mengiringi para VIP dari meja pendaftaran ke lif. hahaha. Wafa. Tugasan time wafa dah dibahagi tadi, cuma job scope je belum. Tak sabar rasanya nak mula bekerja. Walaupun penat.

Lawatansss
Cuti ni je ada 3 lawatan. Biologi ke Hutan Paya Laut. Kelab Masakan ke Cameron Highland. & 4 Salahuddin ke Melaka. Post pasal lawatan........ saya akan post insyaAllah nanti nanti. Sebab saya busy.

Outing
Saya nak sangat keluar outing dengan anak usrah. Tapi kene cari masa yang sesuai. Dan saya nak buat dekat tempat yang dekat & murah.

Projek Cuti
InsyaAllah cuti ni saya akan cuba untuk ulang balik silibus form 4 sampai habis supaya tahun depan tak ada lah ketinggalan.

Kelas tambahan
2 minggu sebelum bukak sekolah... Harap dapat mulakan sesi pembelajaran dengan lebih baik tahun ni :)

Saya................ penat sangat.
Bye.

Thursday, November 15, 2012

Maal Hijrah ; 1434hijrah

Assalamualaikum. Tak jawab dosa.

Salam maal hijrah :)
alhamdulillah, kita dapat hidup hingga ke hari ini. Oh, bukan. malam. atau lebih tepat, pagi buta. hee :D  Start hari ni dah masuk 1434 hijrah, kan? hehe. So, saya tak nak cakap banyak sebab nanti ada meeting pukul 9 dan saya tak tidur lagi. terlalu bersemangat nak post. Azam saya belum set lagi dan insyaAllah akan disertakan sekali dengan azam tahun masihi, iaitu 2013.

Semoga tahun baru ni, kita dapat menghayati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat 1434 tahun dahulu. dan kita pun, kena lah berhijrah sama. Bukan dari Malaysia ke Mekah, dari Mekah ke Madinah. Tapi hijrah diri. Ubah diri. Dari malas kepada rajin, bertatih ke berlari. tapi sedikit demi sedikit supaya kita dapat istiqamah. Istiqamah itu yang penting. Sikit sikit lama lama jadilah bukit! Yang penting jangan berhenti! :)

Apapun, setiap perubahan perlu kepada paksaan/kerelaan, istiqamah & kadangkala pengorbanan. sama macam ulat beluncas yang terpaksa puasa berhari hari untuk transform menjadi rama rama yang cantik :)



 Walau bagaimanapun, kita kena ingat,

"Sesungguhnya setiap amal itu bergantung pada niat"

Oleh itu, sesiapa yang berhijrah kerana populariti, nakkan perhatian, populariti dan perhatianlah yang dia akan dapat. Akan tetapi, sesiapa yang berhijrah kerana redha Allah, redha Allah lah yang dia akan dapat. Sekarang ni pun ramai artis yang dah mula bertudung. semoga penghijrahan mereka itu betul niatnya. Amin :)

"Celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam dan rugilah orang yang hari esok sama dengan hari ini"


Jom transform jadi rama rama! hahaha
Selamat berhijrah dan bertransform :)
Assalamualaikum & tak jawab dosa~

Sakit ; Kafarah Dosa

Assalamualaikum. tak jawab dosa :D

Hari Rabu haritu lepas habis exam. Saya on the way nak pergi ke arah kereta kesayangans. Time tu sedang jalan bersama adikku di lobi sekolah rendah. Sedang kami berjalan, tiba tiba saya terjatuh sebab longkang. Bukan jatuh longkang, tapi jatuh sebab kaki saya terpijak penutup longkang yang tak stabil dan *dush!*. Saya landing atas jalan dengan bergayanya. Gaya macam nak melamar orang pun ada. Nasib baik Djah ada kat sebelah. Lepastu dia terus tengok sekeliling dan angkat saya. Apa? Malu ke kakak sendiri jatuh? Haiyaa. Dan saya berjalan terhinjut hinjut dengan seluar yang koyak bahagian lutut. Nasib baik kereta dah sampai dan 2-3 orang je yang nampak. Tapi itu kata Djah la.

Time tu masih tak rasa lagi sakit. Time terseret tu je rasa sikit. Masuk kereta, tengok luka. Berdarah. Rasa nak nangis dan secara serta merta rasa sakit menjalar ke seluruh bahagian lutut yang luka tadi. Dan saya menangis kesakitan. Sakit dan pedih teramat. Bila nak turun dari kereta, susah nak bergerak. Dan kebetulan rumah sebelah tengah renovate halaman ruman dia. Jadi, pekerja pekerja kat rumah sebelah nampak keadaan saya dan tanya kat mak saya. Malu. Ya, memang malu. Tapi waktu tu memang sakit tak tahan sangat. Masuk rumah, semua orang kat rumah dengar. Saya ambik ubat dan sapu. Dan part yang mengharukan pun tiba. Abang saya datang mencangkung kat tepi dan tolong saya. Terharu gilaaa. Rupanya simpati jugak abang saya ni. Mesti la, berperikemanusiaan kot.

Disebabkan luka yang kecik tu, saya jalan terhinjut hinjut, disebabkan luka tu, saya sakit, disebabkan luka tu, saya tak boleh nak lari, disebabkan luka tu, saya terpaksa mengerang kesakitan selama beberapa minit setiap kali cuci luka dan sapu ubat sampai tahap tak boleh nak bangun sebab kaki tak boleh bagi straight lagi, disebabkan luka tu, kaki saya sensitif sangat. Dan disebabkan luka tu, saya sedar saya banyak dosa, disebabkan luka tu, saya sedar, mesti ada dosa yang saya dah buat, disebabkan luka tu, saya semakin berhati hati, disebabkan luka tu, saya dapat elak dari buat dosa, disebabkan luka tu, dosa dosa saya terhapus :')  Banyakan hikmah dia?

Suatu hari, saya cuci luka saya macam biasa. Tiba tiba terfikir, saya tengah cuci luka. Dalam masa yang sama, hati saya dicuci, bintik bintik hitam disingkirkan, dosa dosa terhapus. Sungguh, Allah itu Maha Penyayang. Ingat, MAHA = teramat/paling penyayang :)  Bahkan setiap kali seorang muslim itu sakit walaupun kerana terpijak duri, dosanya akan diampunkan :)

Satu lagi hikmah yang saya dapat. Luka yang kecik ni mengingatkan saya kepada saudara saudara seislam kita yang setiap hari nyawa mereka bagai telur di hujung tanduk. Kita kat sini boleh goyang kaki, ber'buenno' lagi~ gelak gelak segala bagai. Saya yang luka sikit ni je pun dah sakit sangat sampai tahap tak boleh nak berdiri untuk beberapa ketika, apatah lagi orang orang kat luar sana. Saya terfikir jugak, entah entah diorang tu memang dah bersih daripada dosa kan? Penyucian diri daripada dosa memerlukan suatu pengorbanan yang besar & mereka memang layak mendapatkannya :)



"Wahai tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami setelah engkau beri petunjuk kepada kami dan anugerahkanlah sebanyak mungkin kerahmatanMu Sesungguhnya engkaulah yang sentiasa memberi apa sahaja kepada hambaMu"

"Wahai tuhan kami, janganlah engkau hukum kami sekiranya kami terlupa atau tersalah. Wahai tuhan kami, janganlah engkau pikulkan ke atas kami sesuatu yang kami tidak berdaya untuk memikulnya."


Sakit itu, kafarah dosa(penghapus dosa)


Bukankah Allah itu Maha Adil? :)


p/s : nak letak gambar budak menangis kesakitan sebenarnya, tapi bila tengok gambar gambar yang keluar. semua.... sadis gilaaa. tak jadi ambik lah :P  & kalau ada salah tafsir ke apa ke, sila tegur ya :)
Assalamualaikum & tak jawab dosa :)

Wednesday, November 14, 2012

Cuti Tapi Tak Cuti

Assalamualaikum. tak jawab dosa. (start daripada post ni insyaAllah saya akan istiqamah untuk ucapkan salam & memberi peringatan 'tak jawab dosa' supaya korang tak terlupa nak jawab. hehehe)

So, hari ni, hari yang panjang. Malam tadi bukak internet setelah beberapa hari internet di rumah kena potong sebab bil telefon rumah tak bayar. Dan baru sekarang, pada jam 9.38pm, kalau ikut jam laptop ni lah, saya dapat mula menge'pos' entry baru yang memang dah lama tertunda. Cerita cerita yang dah basi pun ada kot. hehehe.

Eh, sabar sabar. Saya tau korang dah start boring sebab saya punya mukaddimah panjang lebar. eheh. Itu menunjukkan minat saya pada bidang penulisan dan bebelan dalam bentuk tulisan. haha. I may not be the peramah one, but at least I can express good things through writing. That's one of my ability and may be speciality. Maybe. And I know I'm not good in public speech or what ever that needs a high self-confidence, that's why I express all of it in writings :)

Ya. Baik. Sebenarnya. Belakangan ini, saya busy dengan wafa. Hi tea wafa. Di mana, ada jualan, meeting, ceh... Cakap macam busy gila je kan. Padahal orang lain yang sibuk call sana, call sini. Dan saya di sini nak buat sedikit perenggan penghargaan... takdelah perenggan. Terima kasih yang tak terhingga kepada mak ayah saya, family, kawan kawan. Saya tau jualan haritu saya modal banyak sangat. Minta maaf sangat sangat sebab buat untung jadi sikit. dan terima kasih sebab dapat bertolak ansur. Minta maaf kalau dalam mesej ke apa ke saya terkasar bahasa, terasa ke apa ke. Dan the most thank you kepada abangku yang baik hati sebab bagi pakai phone canggih dia tu untuk kegunaan saya. hehehe. Yelaa, kebelakangan ni asyik keluar je. Cuti tak macam cuti pun. Sikit sikit kena keluar. pening kepala jugak fikir nak pakai baju apa semua. Dah la sebab wafa saya guna kredit dia dari berapa puluh ntah, tinggal 20 camtu je. hehehe. Tapi serious semua mesej tu pasal wafa SAHAJA. Tu pun nasib baiklah plan sim dia plan yang dia punya tempoh tamat guna kredit bergantung pada jumlah top up. Lagi banyak top up, lagi banyak masa. tapi tu pun berapa hari je kalau top up 30 sekali pun. Dan saya agak terkejut bila saya start pakai phone abang saya, saya mesej banyak gilaaaaaa! call pun sama. hehe.

Tanpa disedari.. bukan tanpa disedari, tak tau pun.. yang Hi Tea Wafa sebenarnya sabtu ni! hahaha. Ni semua sebab surat yang diorang bagi time exam haritu semua tak sempat nak baca. haha. Kad laporan pun sama. Baru sedar. dan saya tak rasa apa apa. Sebab saya cuma akan rasa gementar beberapa hari sebelum hari tu :)

Esok ada meeting lagi. Meeting semalam pun bukan dengar pun apa ustaz cakap. Saya sibuk kira duit modal jualan sabtu ahad, duit wafa, bla bla bla. Busy gila. Sepanjang meeting pulak tu. dan saya dah serik dengan duit. Dah la pening kepala. Saya benci kira kira.

Oh, post lain banyak lagi ni. hehehe
Salam alaikum :)
Sekali lagi, tak jawab dosa :)

Monday, November 5, 2012

Belajar yang Sia Sia

Tatkala aku sedang sibuk mengulang kaji subjek PSI, tiba tiba kakakku datang memuji kerajinanku yang jarang sekali dilihat.. Omg! Dia sempat memerliku dengan berdoa semoga aku dapat istiqamah dalam melakukannya sebelum berlalu pergi.

Tidak berapa lama kemudian, ibuku pula datang dan menanyakan perihal kerajinanku mengulang kaji pelajaran yang jarang sekali dilihat walaupun ketika musim peperiksaan sebegini. Tiba tiba suatu soalan yang membuatkan aku tersentak dilontarkan. "Study kerana Allah ke?". Aku terhenti daripada belajar dan hanya mampu tersengih. Baru kini ku sedar niatku salah, segala usaha ku sia sia. Iajuga menyedarkan aku tentang hikmah mengapa Allah membuatkan otakku 'jam' tatkala memikirkan exam..


p/s : Kisah benar yang berlaku pada empunya blog yang cuba diceritakan dalam bentuk cerpen. Akan tetapi, cerpennya terlalu pendek dan tuan punya blog tetap nak letak perkatan 'OMG!' di atas biar nampak menarik sikit. eheh. Anyway, semoga dapat manfaat :)

Terima kasih ya Allah :')

Tawakkal ; Prince Charming vs Chipsmore

Exam = Tekanan --> Emosi tak stabil + Tidur tak cukup --> Penat & Mengantuk & Pening kepala & Rasa nak demam --> Jawapan Exam mengarut

(satu equation jihad terbaru dapat dihasilkan~)

Penat kan exam? Siapa kata exam tak perlukan jihad? Exam pun perlukan jihad tau tak. Atau kata lainnya, ikhtiar. Tak, menempuhi exam itu sendiri adalah jihad. hmm. Apa apa ajelah.

Setiap benda yang dibuat akan ada hasilnya. Akan tetapi, hasil tak akan datang bergolek macam bola, turun dari langit macam hujan, muncul mengejut depan mata macam magic. Tapi hasil akan menyorok macam katak di bawah tempurung, macam udang di sebalik batu, macam cip coklat kat biskut Chipsmore yang kejap ada kejap takde, macam gunting dalam lipatan... err, melampau lah tu.. Itu musuh dalam selimut namanya. Jangan cari hasil kat situ pulak.. hah. Haaa, macam tu lah perumpamaan bagi hasil. Susah kan nak jumpa.. Oleh itu berusahalah untuk mendapatkan hasil. Katak takkan melompat keluar dari tempurung kepada anda.. Udang takkan main acah acah dengan anda macam dalam cerita Hindustan.. dan coklat cip.. coklat cip takkan main 'chak pikkebu' dengan anda.. Tolonglah, sape nak main lompat lompat, acah acah, polis & thief, sorok menyorok segala bagai dengan korang? Tolonglah.. hahaha. Takdelah, katak tu mesti nak main lompat lompat dengan korang punya lah~ hahaha :P

Jadi~ untuk cari semua tu, kita perlukan tangga.. iaitu tangga berwarna hijau di kelas 4 Sal. Tangga? Hijau? 4 Sal? hehehe. Yep, tepat sekali~ Nanti kalau rajin pergilah melawat kelasku yang cantik dan simple tu eh. hehe. "Jap, kenapa dengan tangga hijau kat 4 Sal?". I knew it. I can read your mind you know~ hihi. Jawapannya ialah... alamak, takde gambar lah pulak. Takpe, kat tanggat tu, ada perkataan usaha, doa & tawakkal menaiki anak tangga tu. Atau dikenali sebagai D.U.I.T. (Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal) naiklah anak tangga itu nescaya anda akan mendapati kejayaan sedang mendepakan tangannya mendapatkan anda. hee.

Tapi jangan terkejut kalau kat atas tanggau tu tiba tiba Prince Charming datang melompat kat korang. Inche Prince Charming a.k.a. Katak Hensem. Hahaha. Jangan terkejut sampai tergolek pulak~ Redha jelah dapat Inche Katak tu.. prince tu, takkan nak tolak pulak~ lol :P  haha. Tapi boleh jadi korang akan jumpa biskut Chipsmore! Sama ada satu paket atau sekeping je. Tapi awas! Biksut tu mungkin beracun! Kalau bukan dua dua, dapat udang~ hmm. Understood miss? Nehi? Eisyh.. Tak boleh jadi ni..

Haa, meh sini baca~


 (hensem apa katak ni. haha)

1. Inche Katak Hensem a.k.a. Prince Charming = Hasil yang tidak memuaskan (Nama je prince dengan hensem, tengok tengok katak. hampeh.. reject! :P)

2. Tergolek ke bawah = Sedih sampai salahkan semua orang, hilang semangat


(Jadilah macam cookie monster yang suka makan biskut~)

3. Chipsmore = Kejayaan. hasil yang baik
\
4. Awas! Beracun! = hati hati, jangan sampai timbul sifat riak, takabbur & lupa diri


(Okay apa udang~ boleh buat sambal sotong! Pandai pandailah korang goreng nak buat apa dengan udang tu)

5. Udang = hasil pertengahan. Bersyukurlah~

fahimtum? Tak faham lagi? hah, fikir lah sendiri yew. hahaha. Macam tu lah analogi nyer~ "Tapi apa kene mengena dengan  tawakkal?" Macam ni, tawakkal sangat sangat penting lepas naik anak tangga bernama D.U.I.T. tu. Time nak bukak pintu untuk dapatkan hasil, kita kena tawakkal sungguh sungguh. Berserah je. Tawakkal ni boleh dikira satu jenis benda yang kurangkan kesan 'shock' bila kita tengok hasil tu nanti laa..

Bila kita bukak pintu, kita akan dapat satu 'shock' atau 'renjatan eletrik' sumbangan TNIBB iaitu Tenaga Nasional Ikan Belut Berhad, kalau ada lah~ hahaha. 'eletric shock' yang kena kat korang tu akan menyebabkan sama ada kita jatuh terguling atau melompat kegirangan sampai nak terjatuh ke bawah. So, siapa yang tak ada tawakkal siap siap, memang bahaya.. bersedia lah untuk say goodbye~ xD  Tuntasnya, gunakanlah formula D.U.I.T. untuk mendapatkan hasil sama ada putera katak, udang atau chipsmore. Bila dah dapat tu redha je lah. Allah tak tengok hasil korang tu hensem, ke hodoh, sedap ke, comel ke.. tapi Allah tengok usaha. Macamana usaha kita untuk mendapatkan sesuatu hasil yang di sebailknya terselit hikmah. Walaupun kemungkinan untuk dapat hasil yang baik tu sikit je, tapi macaman usaha kita tu? Itu yang Allah tengok :)

So, that's the point. Dapat? Sekarang ni kita dah terlepas dari usaha, ikhtiar exam(survival exam), kita tinggal doa dan TAWAKKAL je. Jom belajar untuk tawakkal, serahkan semuanya pada Allah dan redha untuk menerima segala result yang bakal keluar :)

Selamat bertawakkal~
Assalamualaikum :)