Tatkala aku sedang sibuk mengulang kaji subjek PSI, tiba tiba kakakku datang memuji kerajinanku yang jarang sekali dilihat.. Omg! Dia sempat memerliku dengan berdoa semoga aku dapat istiqamah dalam melakukannya sebelum berlalu pergi.
Tidak berapa lama kemudian, ibuku pula datang dan menanyakan perihal kerajinanku mengulang kaji pelajaran yang jarang sekali dilihat walaupun ketika musim peperiksaan sebegini. Tiba tiba suatu soalan yang membuatkan aku tersentak dilontarkan. "Study kerana Allah ke?". Aku terhenti daripada belajar dan hanya mampu tersengih. Baru kini ku sedar niatku salah, segala usaha ku sia sia. Iajuga menyedarkan aku tentang hikmah mengapa Allah membuatkan otakku 'jam' tatkala memikirkan exam..
p/s : Kisah benar yang berlaku pada empunya blog yang cuba diceritakan dalam bentuk cerpen. Akan tetapi, cerpennya terlalu pendek dan tuan punya blog tetap nak letak perkatan 'OMG!' di atas biar nampak menarik sikit. eheh. Anyway, semoga dapat manfaat :)
Terima kasih ya Allah :')
No comments:
Post a Comment