"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Thursday, November 15, 2012

Sakit ; Kafarah Dosa

Assalamualaikum. tak jawab dosa :D

Hari Rabu haritu lepas habis exam. Saya on the way nak pergi ke arah kereta kesayangans. Time tu sedang jalan bersama adikku di lobi sekolah rendah. Sedang kami berjalan, tiba tiba saya terjatuh sebab longkang. Bukan jatuh longkang, tapi jatuh sebab kaki saya terpijak penutup longkang yang tak stabil dan *dush!*. Saya landing atas jalan dengan bergayanya. Gaya macam nak melamar orang pun ada. Nasib baik Djah ada kat sebelah. Lepastu dia terus tengok sekeliling dan angkat saya. Apa? Malu ke kakak sendiri jatuh? Haiyaa. Dan saya berjalan terhinjut hinjut dengan seluar yang koyak bahagian lutut. Nasib baik kereta dah sampai dan 2-3 orang je yang nampak. Tapi itu kata Djah la.

Time tu masih tak rasa lagi sakit. Time terseret tu je rasa sikit. Masuk kereta, tengok luka. Berdarah. Rasa nak nangis dan secara serta merta rasa sakit menjalar ke seluruh bahagian lutut yang luka tadi. Dan saya menangis kesakitan. Sakit dan pedih teramat. Bila nak turun dari kereta, susah nak bergerak. Dan kebetulan rumah sebelah tengah renovate halaman ruman dia. Jadi, pekerja pekerja kat rumah sebelah nampak keadaan saya dan tanya kat mak saya. Malu. Ya, memang malu. Tapi waktu tu memang sakit tak tahan sangat. Masuk rumah, semua orang kat rumah dengar. Saya ambik ubat dan sapu. Dan part yang mengharukan pun tiba. Abang saya datang mencangkung kat tepi dan tolong saya. Terharu gilaaa. Rupanya simpati jugak abang saya ni. Mesti la, berperikemanusiaan kot.

Disebabkan luka yang kecik tu, saya jalan terhinjut hinjut, disebabkan luka tu, saya sakit, disebabkan luka tu, saya tak boleh nak lari, disebabkan luka tu, saya terpaksa mengerang kesakitan selama beberapa minit setiap kali cuci luka dan sapu ubat sampai tahap tak boleh nak bangun sebab kaki tak boleh bagi straight lagi, disebabkan luka tu, kaki saya sensitif sangat. Dan disebabkan luka tu, saya sedar saya banyak dosa, disebabkan luka tu, saya sedar, mesti ada dosa yang saya dah buat, disebabkan luka tu, saya semakin berhati hati, disebabkan luka tu, saya dapat elak dari buat dosa, disebabkan luka tu, dosa dosa saya terhapus :')  Banyakan hikmah dia?

Suatu hari, saya cuci luka saya macam biasa. Tiba tiba terfikir, saya tengah cuci luka. Dalam masa yang sama, hati saya dicuci, bintik bintik hitam disingkirkan, dosa dosa terhapus. Sungguh, Allah itu Maha Penyayang. Ingat, MAHA = teramat/paling penyayang :)  Bahkan setiap kali seorang muslim itu sakit walaupun kerana terpijak duri, dosanya akan diampunkan :)

Satu lagi hikmah yang saya dapat. Luka yang kecik ni mengingatkan saya kepada saudara saudara seislam kita yang setiap hari nyawa mereka bagai telur di hujung tanduk. Kita kat sini boleh goyang kaki, ber'buenno' lagi~ gelak gelak segala bagai. Saya yang luka sikit ni je pun dah sakit sangat sampai tahap tak boleh nak berdiri untuk beberapa ketika, apatah lagi orang orang kat luar sana. Saya terfikir jugak, entah entah diorang tu memang dah bersih daripada dosa kan? Penyucian diri daripada dosa memerlukan suatu pengorbanan yang besar & mereka memang layak mendapatkannya :)



"Wahai tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami setelah engkau beri petunjuk kepada kami dan anugerahkanlah sebanyak mungkin kerahmatanMu Sesungguhnya engkaulah yang sentiasa memberi apa sahaja kepada hambaMu"

"Wahai tuhan kami, janganlah engkau hukum kami sekiranya kami terlupa atau tersalah. Wahai tuhan kami, janganlah engkau pikulkan ke atas kami sesuatu yang kami tidak berdaya untuk memikulnya."


Sakit itu, kafarah dosa(penghapus dosa)


Bukankah Allah itu Maha Adil? :)


p/s : nak letak gambar budak menangis kesakitan sebenarnya, tapi bila tengok gambar gambar yang keluar. semua.... sadis gilaaa. tak jadi ambik lah :P  & kalau ada salah tafsir ke apa ke, sila tegur ya :)
Assalamualaikum & tak jawab dosa :)

No comments:

Post a Comment