"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Friday, November 16, 2012

The Not-So-School-Holiday Agendas~

 
Nama tajuk macam 'The Not-So-School-Holiday Haagen Dasz' pun ada. hahaha.
So, cuti kali ni sangatlah bukan cuti sebenarnya. Setiap hari ada aje benda nak kene buat. Keluar sana, keluar sini. Walaupun penat asyik keluar rumah, tapi still happy sebab hobi saya ialah jalan jalan. Saya tak berapa suka duk terperap dalam rumah. bazir masa je. Baik sumbangkan tenaga dan masa untuk wafa ke apa ke kan? Lagi bagus~ And these are the 'haagen dasz' for the whole 'cuti-sekolah-yang-tak-berapa-nak-cuti'.

1. Finish all 6 library books
2. Wafa
3. Hi-Tea
4. Tahfiz
5. Lawatans
6. Outing
7. Projek Cuti
8. Kelas Tambahan
9. Jalan sana sini

Novels
Seperti yang anda semua tahu. Cewah, bajet semua orang tau je. Saya ialah seorang ulat buku..? Ulat buku sejati. hahaha. 'seorang ulat'. Apa apa je lah. Jadi, library adalah ibarat rumah ketiga saya di dunia ini. Rumah first, rumahku syurga di gombak. Second, sekolahku di tepi sungai. Third Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur. hehehe. UIA pun boleh lah dikira rumah saya jugak sebab selalu sangat masuk dan duduk kat UIA tu. Dari sekolah rendah lagi :)

Haritu, lepas jualan hari sabtu dengan Yobi dan Fathimah, saya terus pergi library dengan ayah dan adik adik saya. Masuk tempat dewasa, ambik satu, duaa, tiga, empat, lima, dan berbelas belas buku. Amik dua kali tu. Bila duduk atas sofa, bangunan buku tinggi kiri kanan. Dah la angkut buku banyak banyak macam nak shopping buku sampai nak terjatuh semua. hahaha. Dan... ada orang pandang dan gelak. hahaha. Tapi saya kisah apa. Buku buku tu free untuk dicop dan dibaca ya. Siapa cepat dia dapat. hahaha. Boros gilaaaa. Semenjak kecik lagi ayah saya selalu bawak kitorang pergi library. dan setiap kali masuk library, saya rasa bahagia sangat sebab dikelilingi buku buku. tapi malangnya, limit untuk pinjam buku ialah 3 buah SAHAJA -,-  Walau bagaimanapun, saya tak rasa saya dapat habiskan 6 buah buku dalam masa 3 minggu. Tulah padahnya bila pakai 2 IC untuk pinjam buku. hahaha.

Wafa & Hi Tea
Hi Tea, kerja saya senang la jugak. Ajk Protokol je. Itu pun sebelum ni tak tau jadi ajk ke tak. Meeting apa semua pun tak tau. Dan besok kerja saya ialah mengiringi para VIP dari meja pendaftaran ke lif. hahaha. Wafa. Tugasan time wafa dah dibahagi tadi, cuma job scope je belum. Tak sabar rasanya nak mula bekerja. Walaupun penat.

Lawatansss
Cuti ni je ada 3 lawatan. Biologi ke Hutan Paya Laut. Kelab Masakan ke Cameron Highland. & 4 Salahuddin ke Melaka. Post pasal lawatan........ saya akan post insyaAllah nanti nanti. Sebab saya busy.

Outing
Saya nak sangat keluar outing dengan anak usrah. Tapi kene cari masa yang sesuai. Dan saya nak buat dekat tempat yang dekat & murah.

Projek Cuti
InsyaAllah cuti ni saya akan cuba untuk ulang balik silibus form 4 sampai habis supaya tahun depan tak ada lah ketinggalan.

Kelas tambahan
2 minggu sebelum bukak sekolah... Harap dapat mulakan sesi pembelajaran dengan lebih baik tahun ni :)

Saya................ penat sangat.
Bye.

No comments:

Post a Comment