Assalamualaikum. tak jawab dosa. (start daripada post ni insyaAllah saya akan istiqamah untuk ucapkan salam & memberi peringatan 'tak jawab dosa' supaya korang tak terlupa nak jawab. hehehe)
So, hari ni, hari yang panjang. Malam tadi bukak internet setelah beberapa hari internet di rumah kena potong sebab bil telefon rumah tak bayar. Dan baru sekarang, pada jam 9.38pm, kalau ikut jam laptop ni lah, saya dapat mula menge'pos' entry baru yang memang dah lama tertunda. Cerita cerita yang dah basi pun ada kot. hehehe.
Eh, sabar sabar. Saya tau korang dah start boring sebab saya punya mukaddimah panjang lebar. eheh. Itu menunjukkan minat saya pada bidang penulisan dan bebelan dalam bentuk tulisan. haha. I may not be the peramah one, but at least I can express good things through writing. That's one of my ability and may be speciality. Maybe. And I know I'm not good in public speech or what ever that needs a high self-confidence, that's why I express all of it in writings :)
Ya. Baik. Sebenarnya. Belakangan ini, saya busy dengan wafa. Hi tea wafa. Di mana, ada jualan, meeting, ceh... Cakap macam busy gila je kan. Padahal orang lain yang sibuk call sana, call sini. Dan saya di sini nak buat sedikit perenggan penghargaan... takdelah perenggan. Terima kasih yang tak terhingga kepada mak ayah saya, family, kawan kawan. Saya tau jualan haritu saya modal banyak sangat. Minta maaf sangat sangat sebab buat untung jadi sikit. dan terima kasih sebab dapat bertolak ansur. Minta maaf kalau dalam mesej ke apa ke saya terkasar bahasa, terasa ke apa ke. Dan the most thank you kepada abangku yang baik hati sebab bagi pakai phone canggih dia tu untuk kegunaan saya. hehehe. Yelaa, kebelakangan ni asyik keluar je. Cuti tak macam cuti pun. Sikit sikit kena keluar. pening kepala jugak fikir nak pakai baju apa semua. Dah la sebab wafa saya guna kredit dia dari berapa puluh ntah, tinggal 20 camtu je. hehehe. Tapi serious semua mesej tu pasal wafa SAHAJA. Tu pun nasib baiklah plan sim dia plan yang dia punya tempoh tamat guna kredit bergantung pada jumlah top up. Lagi banyak top up, lagi banyak masa. tapi tu pun berapa hari je kalau top up 30 sekali pun. Dan saya agak terkejut bila saya start pakai phone abang saya, saya mesej banyak gilaaaaaa! call pun sama. hehe.
Tanpa disedari.. bukan tanpa disedari, tak tau pun.. yang Hi Tea Wafa sebenarnya sabtu ni! hahaha. Ni semua sebab surat yang diorang bagi time exam haritu semua tak sempat nak baca. haha. Kad laporan pun sama. Baru sedar. dan saya tak rasa apa apa. Sebab saya cuma akan rasa gementar beberapa hari sebelum hari tu :)
Esok ada meeting lagi. Meeting semalam pun bukan dengar pun apa ustaz cakap. Saya sibuk kira duit modal jualan sabtu ahad, duit wafa, bla bla bla. Busy gila. Sepanjang meeting pulak tu. dan saya dah serik dengan duit. Dah la pening kepala. Saya benci kira kira.
Oh, post lain banyak lagi ni. hehehe
Salam alaikum :)
Sekali lagi, tak jawab dosa :)
No comments:
Post a Comment