(satu equation jihad terbaru dapat dihasilkan~)
Penat kan exam? Siapa kata exam tak perlukan jihad? Exam pun perlukan jihad tau tak. Atau kata lainnya, ikhtiar. Tak, menempuhi exam itu sendiri adalah jihad. hmm. Apa apa ajelah.
Setiap benda yang dibuat akan ada hasilnya. Akan tetapi, hasil tak akan datang bergolek macam bola, turun dari langit macam hujan, muncul mengejut depan mata macam magic. Tapi hasil akan menyorok macam katak di bawah tempurung, macam udang di sebalik batu, macam cip coklat kat biskut Chipsmore yang kejap ada kejap takde, macam gunting dalam lipatan... err, melampau lah tu.. Itu musuh dalam selimut namanya. Jangan cari hasil kat situ pulak.. hah. Haaa, macam tu lah perumpamaan bagi hasil. Susah kan nak jumpa.. Oleh itu berusahalah untuk mendapatkan hasil. Katak takkan melompat keluar dari tempurung kepada anda.. Udang takkan main acah acah dengan anda macam dalam cerita Hindustan.. dan coklat cip.. coklat cip takkan main 'chak pikkebu' dengan anda.. Tolonglah, sape nak main lompat lompat, acah acah, polis & thief, sorok menyorok segala bagai dengan korang? Tolonglah.. hahaha. Takdelah, katak tu mesti nak main lompat lompat dengan korang punya lah~ hahaha :P
Jadi~ untuk cari semua tu, kita perlukan tangga.. iaitu tangga berwarna hijau di kelas 4 Sal. Tangga? Hijau? 4 Sal? hehehe. Yep, tepat sekali~ Nanti kalau rajin pergilah melawat kelasku yang cantik dan simple tu eh. hehe. "Jap, kenapa dengan tangga hijau kat 4 Sal?". I knew it. I can read your mind you know~ hihi. Jawapannya ialah... alamak, takde gambar lah pulak. Takpe, kat tanggat tu, ada perkataan usaha, doa & tawakkal menaiki anak tangga tu. Atau dikenali sebagai D.U.I.T. (Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal) naiklah anak tangga itu nescaya anda akan mendapati kejayaan sedang mendepakan tangannya mendapatkan anda. hee.
Tapi jangan terkejut kalau kat atas tanggau tu tiba tiba Prince Charming datang melompat kat korang. Inche Prince Charming a.k.a. Katak Hensem. Hahaha. Jangan terkejut sampai tergolek pulak~ Redha jelah dapat Inche Katak tu.. prince tu, takkan nak tolak pulak~ lol :P haha. Tapi boleh jadi korang akan jumpa biskut Chipsmore! Sama ada satu paket atau sekeping je. Tapi awas! Biksut tu mungkin beracun! Kalau bukan dua dua, dapat udang~ hmm. Understood miss? Nehi? Eisyh.. Tak boleh jadi ni..
Haa, meh sini baca~
(hensem apa katak ni. haha)
1. Inche Katak Hensem a.k.a. Prince Charming = Hasil yang tidak memuaskan (Nama je prince dengan hensem, tengok tengok katak. hampeh.. reject! :P)
2. Tergolek ke bawah = Sedih sampai salahkan semua orang, hilang semangat
(Jadilah macam cookie monster yang suka makan biskut~)
3. Chipsmore = Kejayaan. hasil yang baik
\
4. Awas! Beracun! = hati hati, jangan sampai timbul sifat riak, takabbur & lupa diri
(Okay apa udang~ boleh buat sambal sotong! Pandai pandailah korang goreng nak buat apa dengan udang tu)
5. Udang = hasil pertengahan. Bersyukurlah~
fahimtum? Tak faham lagi? hah, fikir lah sendiri yew. hahaha. Macam tu lah analogi nyer~ "Tapi apa kene mengena dengan tawakkal?" Macam ni, tawakkal sangat sangat penting lepas naik anak tangga bernama D.U.I.T. tu. Time nak bukak pintu untuk dapatkan hasil, kita kena tawakkal sungguh sungguh. Berserah je. Tawakkal ni boleh dikira satu jenis benda yang kurangkan kesan 'shock' bila kita tengok hasil tu nanti laa..
Bila kita bukak pintu, kita akan dapat satu 'shock' atau 'renjatan eletrik' sumbangan TNIBB iaitu Tenaga Nasional Ikan Belut Berhad, kalau ada lah~ hahaha. 'eletric shock' yang kena kat korang tu akan menyebabkan sama ada kita jatuh terguling atau melompat kegirangan sampai nak terjatuh ke bawah. So, siapa yang tak ada tawakkal siap siap, memang bahaya.. bersedia lah untuk say goodbye~ xD Tuntasnya, gunakanlah formula D.U.I.T. untuk mendapatkan hasil sama ada putera katak, udang atau chipsmore. Bila dah dapat tu redha je lah. Allah tak tengok hasil korang tu hensem, ke hodoh, sedap ke, comel ke.. tapi Allah tengok usaha. Macamana usaha kita untuk mendapatkan sesuatu hasil yang di sebailknya terselit hikmah. Walaupun kemungkinan untuk dapat hasil yang baik tu sikit je, tapi macaman usaha kita tu? Itu yang Allah tengok :)
So, that's the point. Dapat? Sekarang ni kita dah terlepas dari usaha, ikhtiar exam(survival exam), kita tinggal doa dan TAWAKKAL je. Jom belajar untuk tawakkal, serahkan semuanya pada Allah dan redha untuk menerima segala result yang bakal keluar :)
Selamat bertawakkal~
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment