Salam maal hijrah :)
alhamdulillah, kita dapat hidup hingga ke hari ini. Oh, bukan. malam. atau lebih tepat, pagi buta. hee :D Start hari ni dah masuk 1434 hijrah, kan? hehe. So, saya tak nak cakap banyak sebab nanti ada meeting pukul 9 dan saya tak tidur lagi. terlalu bersemangat nak post. Azam saya belum set lagi dan insyaAllah akan disertakan sekali dengan azam tahun masihi, iaitu 2013.
Semoga tahun baru ni, kita dapat menghayati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat 1434 tahun dahulu. dan kita pun, kena lah berhijrah sama. Bukan dari Malaysia ke Mekah, dari Mekah ke Madinah. Tapi hijrah diri. Ubah diri. Dari malas kepada rajin, bertatih ke berlari. tapi sedikit demi sedikit supaya kita dapat istiqamah. Istiqamah itu yang penting. Sikit sikit lama lama jadilah bukit! Yang penting jangan berhenti! :)
Apapun, setiap perubahan perlu kepada paksaan/kerelaan, istiqamah & kadangkala pengorbanan. sama macam ulat beluncas yang terpaksa puasa berhari hari untuk transform menjadi rama rama yang cantik :)
Walau bagaimanapun, kita kena ingat,
"Sesungguhnya setiap amal itu bergantung pada niat"
Oleh itu, sesiapa yang berhijrah kerana populariti, nakkan perhatian, populariti dan perhatianlah yang dia akan dapat. Akan tetapi, sesiapa yang berhijrah kerana redha Allah, redha Allah lah yang dia akan dapat. Sekarang ni pun ramai artis yang dah mula bertudung. semoga penghijrahan mereka itu betul niatnya. Amin :)
"Celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam dan rugilah orang yang hari esok sama dengan hari ini"
Jom transform jadi rama rama! hahaha
Selamat berhijrah dan bertransform :)
Assalamualaikum & tak jawab dosa~
No comments:
Post a Comment