Berbalik kepada topik.. (Okay, dah.. berhenti mengarut.) hahaha. *serious*
So...............................................
Exam kali ni.. ada aperubahan. Meningkat, menurun, steady, semua ada. Eheh. Musim exam memang musim merana. Semua orang pun tak cukup tidur lah apa lah. Siap ada yang kata tak sempat nak cuci muka segala bagai. Penangan exam lah katakan. Kecuali orang orang yang masih di awang awangan, awan nano nano, masih belum berpijak di bumi nyata. Ada ke? InsyaAllah batch kita tak ada. Harap semuanya tak jadi macam saya yang last minute baru terjaga dari lamunan, baru mendarat ke bumi dari entah planet mana. hahaha. Suka sangat letak personafikasi, hiperbola~ hehehe.
Sebenarnya entah kenapa saya suka sangat menggunakan kosa kata yang tinggi. Guna hiperbola, personafikasi.. dan latest, latest lah jugak.. Berbalas balas pantun bersama Dato' Aqilah, Dr. Insyirah & Puan Safwah. Walaupun dua rangkap pertama tak ada pembayang, dan bahasa pun tunggang langgang, tapi at least sedikit banyak saya dapat lah jugak try apply dan belajar nak buat pantun. Bab bab pantun ni lemah sikit. Time saya kecik dulu saya tak suka buat pantun sebab tak reti. Tapi sebenarnya belajar BM ni best jugak. Dan walaupun saya tak berapa suka, entah kenapa markah BM saya selalu tinggi tahun ni. Padahal time buat tus serious macam pakai hentam je. Tapi tinggi jugak markah.
Anyway, berbalik kepada exam. Seperti yang ditulis dalam post yang lepas, saya ada kata yang saya sangat sangat tension & stress dengan exam kan? Tapi last day exam, iaitu pada hari Selasa.. Time tu kan ada kelas Fizik. So, saya tanya kawan kawan saya. Tak stress ke exam. Diorang kata, "buat apa nak stress exam?" Saya pun terfikir. Betul jugak.. Kenapa nak stress? kalau stress pun bukannya kerja jalan pun. So, saya buat keputusan untuk berhenti rasa stress dan tenangkan diri. tapi untuk tenangkan diri bukan senang. Jadi, saya start study dan iringinya dengan alunan radio~ All the time~ dan Alhamdulillah, rasa stress tu dapat dibuang akhirnya.
Minggu first exam, okay lah. Sebab semua subjek bahasa je kan. Second week, malam study paper Kimia serious tak tidur langsung kecuali terlelap beberapa minit. Itu pun datang sekolah tertidur sambil duduk banyak kali. Nasib baiklah duduk depan sekali. Balik rumah terus terlelap sampai besok pagi. Terbaik~ bangun pun sekajap je. Lepastu bangun memang pening kepala sangat. Time tu memang tawakkal je la. Sampai sekolah baru nak study, itu pun masuk tak masuk je kepala Fizik tu. Dah la Fizik, bayangkan. Tapi time tu nak mengamuk, menangis semua pun tak guna dah. Lagipun tengah pening kepala, tak boleh nak buat apa pun. Time tu memang bergantung pada apa yang saya fokus time cikgu mengajar je lah. Third week, math okay lah jugak. Sempat study sikit sikit. Bio ehm, tak boleh nak masuk. Ntah kenapa, mungkin sebab terlalu banyak fakta..? PQS dengan Sejarah aisyh.. Teruk la jugak. Baca sikit je. Add Math, ehehe. Paling teruk sekali dan confirm fail. Time paper 2, masuk masuk kelas, nampak kertas kajang. "Eh, pahal tebbal semacam kertas ni" Rupa rupanya ada 5 helai. eheh, ni memang nak suruh orang pulun ni. Time buat tu memang 90% hentam. tapi at least tinggal kosong sikit je. Memang time tu rasa macam nak telan je kertas tu biar hilang. hahaha. tapi disebabkan perasaan belas kasihan pada kertas exam tu, niat tu terpaksa dibatalkan demi menjaga hak hak kertas exam. hehehe. Oh, dah paper ni paling teruk sekali sebab dua dua paper saya tidur lebih dari setengah jam dek kebuntuan dan kepeningan kepala. hihi. Serious, minggu ketiga paling teruk, dah la cuti minggu kedua yang empat hari tu sibuk prepare abang kahwin. Tapi takpe, saya tak salahkan benda tu. Lagipun saya bahagia tengok abang kahwin :)
Exam kali ni lain daripada yang lain. Saya belajar untuk tenangkan diri menghadapi exam, saya belajar untuk ambil pengajaran dari apa yang berlaku. Belajar yang semua tu mesti ada hikmahnya. Lagipun gagal sekali tak bermakna gagal selama lamanya kan? Dan yang paling penting, saya belajar untuk tawakkal :) Walaupun doa belum, tapi saya dah skip tawakkal sebab saya selalu lupa nak doa pasal exam. hehehe. Kalau dulu saya selalu stress sampai rasa nak menjerit sebab tension tak buat elok elok time exam. haha. Sekarang, Alhamdulillah saya tak macam tu dah. Macam time Fizik tu saya takde lah nak sedih sangat :)
Bukan kah Allah itu sebaik baik perancang? Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :)
bersama post ini, saya selitkan sebuah video. Moga dapat manfaat. enjoy this video~
Semoga kita semua dapat result yang terbaik sesuai dengan usaha kita. (Terbaik di sini bukan bermaksud cemerlang, tapi sesuai dengan hikmah yang terselit di sebaliknya)
Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment