"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Monday, November 26, 2012

Kenangan Lalu dan Kini

Bila tengok gamabr gambar lama, video kenangan zaman dulu.. Rasa nak menangis. Cuba mambayangkan keadaan bila semua gambar gambar dan video video tu dilihat buat kesekian kalinya, tapi pada beberapa tahun akan datang. Bila semua dah keluar daripada al-amon. Ya Allah. Mesti rindu gilaa. Sekarang pun, setiap kali bila tengok gambar gambar budak batch kita.. teringat.. yang tak lama lagi, semua ni hanya tinggal kenangan.. lebih kurang 2 tahun lago, semua dah berpisah.. fly jauh jauh.. mengejar cita cita dan harapan. meninggalkan sekolah al-amin. tak boleh bayangkan, hidup dalam dunia baru.. tanpa kawan kawan yang dah bertahun tahun di sisi menghadapi suka duka, pahit manis bersama.. Huh. Tahun depan, SPM. Lepas tu semua akan berpisah iku haluan masing masing. Cepatnya masa berlalu.

Walau apa pun yang terjadi, kita kan still berkawan hingga ke syurga, okay?
Ukhuwwah fillah till Jannah :')

 Nineteenth96.. <3

Friday, November 23, 2012

It's Jumuah!

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat juga kita bertemu di blog saya yang cantik ini. hahaha. *uhuk uhuk* Okay, perasan. hehehe.

So, hari ni hari Jumaat! Ya, hari yang mulia. Penghulu segala hari~ Dan saya tak tahu kenapa saya macam happy lah jugak. Entah kenapa. Badan rasa macam nak menggeletar je. Badan macam nak panas. Macam je.... Tapi panas sikit laa. Sebab ya.. seperti biasa.. Si Panda Comel kembali!

Saya tidur lambat lagi..... atau lebih tepat, tak tidur. har har har.-,-  Sebab menyiapkan kerja kerja wafa. Ceh..... alasan je tu. Padahal saja lambat lambatkan. Melayan perasan jiwang di malam hari. Cewah! mana adalah :P  Entah kenapa. Setiap kali buat kerja menjangkau pukul 12 malam, saya susah nak berhenti. Kalau sebab blog tu lain cerita, sebab saya memang addict dengan blog. hehe. tapi semalam, eh pagi tadi.. entah kenapa ntah.......... okay lupakan

Sebenarnya saya nak share satu video je sebenarnya. heheheheheheheheheehe. A video to start out Jumu'ah day :)  Harapan saya ialah. Toloooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooonglah dengar~ please please please *buat mata besar sambil kelip kelip mata*  Sebab lagu dia sedap sangat sangat sangat. jadi, saya nak share dengan  anda semua stalkies yang comel comel belaka di hari yang mulia ini :)  Dengar tau, dengar tau!





jangan lupa baca al-kahfi!
sealamat mendengar~
assalamualaikum :)

Cik Unique

Assalamualaikum

It's early in the morning. Yes! Pagi buta! Dan dengan ini, saya, ingin mengucapkan, tahniah kepada anda :)

Tahniah! Tahniah! Tahniah! :)

Kepada anda.. ya.. anda.. Eh, bukan. Perasan la korang ni. Saya nak ucapkan tahniah kepada anda, yang telah mencapai satu tahap dalam kehidupan, yang telah manceriakan hari kami,












Ops OPs OPS! Jap Jap! Scroll down se-low se-low siket biar nampak dramatik gitu~ :P Nak lebih dramatik? Tutup lagu di atas dan bukak lagu saspen! hahaha. Okay, dah? Teruskan meng'seke-roll' belog ni. hee :D






















orang tersebut ialah...................jeng jeng jeng jeng!













ops! tu paparazi! hee :D














orang itu ialah.............
















chakkkkkkkk!






huh? sape tu? Oh, lupa nak perkenalkan empunya diri. Nama diberi, Dato' Nurdina Aqilah bt. Zainal.

(posing gaya usahawan berjaya jap)



Umur dia baru 6 tahun............





Tapi dia rajin belajar!


(Lakonan semata mata. Posing je ni )




(Buat muka ayu)



dan suka bergaya.....





dan sangat sangat sangat sukakan pendrive berwarna hitam tu :P

 (nampak sangat ada rahsia di sebalik pendrive tu en..)



dan sentiasa ceria :)

 (mungkin ketawa adalah salah satu hobi dia? hmmm)



satu lagi hobi dia, menyempitkan gambar orang yang muat muat je untuk orang kurus macam kitorang :P

(seriously, suka gila gambar ni tahap tinggi! ops, macam kenal je ayat tu, hehehe. smart oh gambar ni~)



Ya, andalah orangnya! Tahniah! Kerana baru sahaja beberapa jam yang lalu anda telah menjadi budak 16 tahun~ yeay! Tahniah~~~~~~~~~ Hadiah, tuntut nanti :D

Actually, takde idea nak buat apa... Ini cumalah suatu idea yang mendadak masuk dalam minda. Tetibe je... hehehe. Dah la gambar semua cilok je. lol. Maaf, pendrive saya kene virus, semua gambar tak boleh bukak. hahaha.

Anyway, berbalik kepada tajuk. Anda, bukan, dia......... Pelik, tapi unik. (Bukan nak kutuk, sorry kalau terasa) Susah nak jumpa orang yang happy good lucky macam dia. Walaupun agak hyper tapi selalu buat kitorang ceria. hehehe. *kekeringan idea sebab ngantuk sangat*

Anyway, thank you sebab dah berkorban untuk kitorang semua, pegang 4 tugasan sekali gus, demi WAFA :')  Terharuuuuuuuuuuu~ eceh.. Itu membuktikan nti boleh hadapi semua tu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya"

Di kesempatan ini... skema lah pulak.. Ana nak minta maaf kalau ada buat salah. Tak, memang ada buat salah pun. Banyak kali. Sorry sangat sangat sangat sangat atas segala salah silap ana selama kita berkawan & maaf kalau ana tak dapat jadi kawan yang terbaik untuk nti :/  Sorry kalau post ni buat nti terasa ke apa ke & too simple pimple. hehe.

After every rainfall must come a rainbow!

Semoga ukhuwwah kita terus berkekalan hingga ke syurga~ Amin :')
Thank you for everything..

:')

Friday, November 16, 2012

The Not-So-School-Holiday Agendas~

 
Nama tajuk macam 'The Not-So-School-Holiday Haagen Dasz' pun ada. hahaha.
So, cuti kali ni sangatlah bukan cuti sebenarnya. Setiap hari ada aje benda nak kene buat. Keluar sana, keluar sini. Walaupun penat asyik keluar rumah, tapi still happy sebab hobi saya ialah jalan jalan. Saya tak berapa suka duk terperap dalam rumah. bazir masa je. Baik sumbangkan tenaga dan masa untuk wafa ke apa ke kan? Lagi bagus~ And these are the 'haagen dasz' for the whole 'cuti-sekolah-yang-tak-berapa-nak-cuti'.

1. Finish all 6 library books
2. Wafa
3. Hi-Tea
4. Tahfiz
5. Lawatans
6. Outing
7. Projek Cuti
8. Kelas Tambahan
9. Jalan sana sini

Novels
Seperti yang anda semua tahu. Cewah, bajet semua orang tau je. Saya ialah seorang ulat buku..? Ulat buku sejati. hahaha. 'seorang ulat'. Apa apa je lah. Jadi, library adalah ibarat rumah ketiga saya di dunia ini. Rumah first, rumahku syurga di gombak. Second, sekolahku di tepi sungai. Third Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur. hehehe. UIA pun boleh lah dikira rumah saya jugak sebab selalu sangat masuk dan duduk kat UIA tu. Dari sekolah rendah lagi :)

Haritu, lepas jualan hari sabtu dengan Yobi dan Fathimah, saya terus pergi library dengan ayah dan adik adik saya. Masuk tempat dewasa, ambik satu, duaa, tiga, empat, lima, dan berbelas belas buku. Amik dua kali tu. Bila duduk atas sofa, bangunan buku tinggi kiri kanan. Dah la angkut buku banyak banyak macam nak shopping buku sampai nak terjatuh semua. hahaha. Dan... ada orang pandang dan gelak. hahaha. Tapi saya kisah apa. Buku buku tu free untuk dicop dan dibaca ya. Siapa cepat dia dapat. hahaha. Boros gilaaaa. Semenjak kecik lagi ayah saya selalu bawak kitorang pergi library. dan setiap kali masuk library, saya rasa bahagia sangat sebab dikelilingi buku buku. tapi malangnya, limit untuk pinjam buku ialah 3 buah SAHAJA -,-  Walau bagaimanapun, saya tak rasa saya dapat habiskan 6 buah buku dalam masa 3 minggu. Tulah padahnya bila pakai 2 IC untuk pinjam buku. hahaha.

Wafa & Hi Tea
Hi Tea, kerja saya senang la jugak. Ajk Protokol je. Itu pun sebelum ni tak tau jadi ajk ke tak. Meeting apa semua pun tak tau. Dan besok kerja saya ialah mengiringi para VIP dari meja pendaftaran ke lif. hahaha. Wafa. Tugasan time wafa dah dibahagi tadi, cuma job scope je belum. Tak sabar rasanya nak mula bekerja. Walaupun penat.

Lawatansss
Cuti ni je ada 3 lawatan. Biologi ke Hutan Paya Laut. Kelab Masakan ke Cameron Highland. & 4 Salahuddin ke Melaka. Post pasal lawatan........ saya akan post insyaAllah nanti nanti. Sebab saya busy.

Outing
Saya nak sangat keluar outing dengan anak usrah. Tapi kene cari masa yang sesuai. Dan saya nak buat dekat tempat yang dekat & murah.

Projek Cuti
InsyaAllah cuti ni saya akan cuba untuk ulang balik silibus form 4 sampai habis supaya tahun depan tak ada lah ketinggalan.

Kelas tambahan
2 minggu sebelum bukak sekolah... Harap dapat mulakan sesi pembelajaran dengan lebih baik tahun ni :)

Saya................ penat sangat.
Bye.

Thursday, November 15, 2012

Maal Hijrah ; 1434hijrah

Assalamualaikum. Tak jawab dosa.

Salam maal hijrah :)
alhamdulillah, kita dapat hidup hingga ke hari ini. Oh, bukan. malam. atau lebih tepat, pagi buta. hee :D  Start hari ni dah masuk 1434 hijrah, kan? hehe. So, saya tak nak cakap banyak sebab nanti ada meeting pukul 9 dan saya tak tidur lagi. terlalu bersemangat nak post. Azam saya belum set lagi dan insyaAllah akan disertakan sekali dengan azam tahun masihi, iaitu 2013.

Semoga tahun baru ni, kita dapat menghayati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat 1434 tahun dahulu. dan kita pun, kena lah berhijrah sama. Bukan dari Malaysia ke Mekah, dari Mekah ke Madinah. Tapi hijrah diri. Ubah diri. Dari malas kepada rajin, bertatih ke berlari. tapi sedikit demi sedikit supaya kita dapat istiqamah. Istiqamah itu yang penting. Sikit sikit lama lama jadilah bukit! Yang penting jangan berhenti! :)

Apapun, setiap perubahan perlu kepada paksaan/kerelaan, istiqamah & kadangkala pengorbanan. sama macam ulat beluncas yang terpaksa puasa berhari hari untuk transform menjadi rama rama yang cantik :)



 Walau bagaimanapun, kita kena ingat,

"Sesungguhnya setiap amal itu bergantung pada niat"

Oleh itu, sesiapa yang berhijrah kerana populariti, nakkan perhatian, populariti dan perhatianlah yang dia akan dapat. Akan tetapi, sesiapa yang berhijrah kerana redha Allah, redha Allah lah yang dia akan dapat. Sekarang ni pun ramai artis yang dah mula bertudung. semoga penghijrahan mereka itu betul niatnya. Amin :)

"Celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam dan rugilah orang yang hari esok sama dengan hari ini"


Jom transform jadi rama rama! hahaha
Selamat berhijrah dan bertransform :)
Assalamualaikum & tak jawab dosa~

Sakit ; Kafarah Dosa

Assalamualaikum. tak jawab dosa :D

Hari Rabu haritu lepas habis exam. Saya on the way nak pergi ke arah kereta kesayangans. Time tu sedang jalan bersama adikku di lobi sekolah rendah. Sedang kami berjalan, tiba tiba saya terjatuh sebab longkang. Bukan jatuh longkang, tapi jatuh sebab kaki saya terpijak penutup longkang yang tak stabil dan *dush!*. Saya landing atas jalan dengan bergayanya. Gaya macam nak melamar orang pun ada. Nasib baik Djah ada kat sebelah. Lepastu dia terus tengok sekeliling dan angkat saya. Apa? Malu ke kakak sendiri jatuh? Haiyaa. Dan saya berjalan terhinjut hinjut dengan seluar yang koyak bahagian lutut. Nasib baik kereta dah sampai dan 2-3 orang je yang nampak. Tapi itu kata Djah la.

Time tu masih tak rasa lagi sakit. Time terseret tu je rasa sikit. Masuk kereta, tengok luka. Berdarah. Rasa nak nangis dan secara serta merta rasa sakit menjalar ke seluruh bahagian lutut yang luka tadi. Dan saya menangis kesakitan. Sakit dan pedih teramat. Bila nak turun dari kereta, susah nak bergerak. Dan kebetulan rumah sebelah tengah renovate halaman ruman dia. Jadi, pekerja pekerja kat rumah sebelah nampak keadaan saya dan tanya kat mak saya. Malu. Ya, memang malu. Tapi waktu tu memang sakit tak tahan sangat. Masuk rumah, semua orang kat rumah dengar. Saya ambik ubat dan sapu. Dan part yang mengharukan pun tiba. Abang saya datang mencangkung kat tepi dan tolong saya. Terharu gilaaa. Rupanya simpati jugak abang saya ni. Mesti la, berperikemanusiaan kot.

Disebabkan luka yang kecik tu, saya jalan terhinjut hinjut, disebabkan luka tu, saya sakit, disebabkan luka tu, saya tak boleh nak lari, disebabkan luka tu, saya terpaksa mengerang kesakitan selama beberapa minit setiap kali cuci luka dan sapu ubat sampai tahap tak boleh nak bangun sebab kaki tak boleh bagi straight lagi, disebabkan luka tu, kaki saya sensitif sangat. Dan disebabkan luka tu, saya sedar saya banyak dosa, disebabkan luka tu, saya sedar, mesti ada dosa yang saya dah buat, disebabkan luka tu, saya semakin berhati hati, disebabkan luka tu, saya dapat elak dari buat dosa, disebabkan luka tu, dosa dosa saya terhapus :')  Banyakan hikmah dia?

Suatu hari, saya cuci luka saya macam biasa. Tiba tiba terfikir, saya tengah cuci luka. Dalam masa yang sama, hati saya dicuci, bintik bintik hitam disingkirkan, dosa dosa terhapus. Sungguh, Allah itu Maha Penyayang. Ingat, MAHA = teramat/paling penyayang :)  Bahkan setiap kali seorang muslim itu sakit walaupun kerana terpijak duri, dosanya akan diampunkan :)

Satu lagi hikmah yang saya dapat. Luka yang kecik ni mengingatkan saya kepada saudara saudara seislam kita yang setiap hari nyawa mereka bagai telur di hujung tanduk. Kita kat sini boleh goyang kaki, ber'buenno' lagi~ gelak gelak segala bagai. Saya yang luka sikit ni je pun dah sakit sangat sampai tahap tak boleh nak berdiri untuk beberapa ketika, apatah lagi orang orang kat luar sana. Saya terfikir jugak, entah entah diorang tu memang dah bersih daripada dosa kan? Penyucian diri daripada dosa memerlukan suatu pengorbanan yang besar & mereka memang layak mendapatkannya :)



"Wahai tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami setelah engkau beri petunjuk kepada kami dan anugerahkanlah sebanyak mungkin kerahmatanMu Sesungguhnya engkaulah yang sentiasa memberi apa sahaja kepada hambaMu"

"Wahai tuhan kami, janganlah engkau hukum kami sekiranya kami terlupa atau tersalah. Wahai tuhan kami, janganlah engkau pikulkan ke atas kami sesuatu yang kami tidak berdaya untuk memikulnya."


Sakit itu, kafarah dosa(penghapus dosa)


Bukankah Allah itu Maha Adil? :)


p/s : nak letak gambar budak menangis kesakitan sebenarnya, tapi bila tengok gambar gambar yang keluar. semua.... sadis gilaaa. tak jadi ambik lah :P  & kalau ada salah tafsir ke apa ke, sila tegur ya :)
Assalamualaikum & tak jawab dosa :)

Wednesday, November 14, 2012

Cuti Tapi Tak Cuti

Assalamualaikum. tak jawab dosa. (start daripada post ni insyaAllah saya akan istiqamah untuk ucapkan salam & memberi peringatan 'tak jawab dosa' supaya korang tak terlupa nak jawab. hehehe)

So, hari ni, hari yang panjang. Malam tadi bukak internet setelah beberapa hari internet di rumah kena potong sebab bil telefon rumah tak bayar. Dan baru sekarang, pada jam 9.38pm, kalau ikut jam laptop ni lah, saya dapat mula menge'pos' entry baru yang memang dah lama tertunda. Cerita cerita yang dah basi pun ada kot. hehehe.

Eh, sabar sabar. Saya tau korang dah start boring sebab saya punya mukaddimah panjang lebar. eheh. Itu menunjukkan minat saya pada bidang penulisan dan bebelan dalam bentuk tulisan. haha. I may not be the peramah one, but at least I can express good things through writing. That's one of my ability and may be speciality. Maybe. And I know I'm not good in public speech or what ever that needs a high self-confidence, that's why I express all of it in writings :)

Ya. Baik. Sebenarnya. Belakangan ini, saya busy dengan wafa. Hi tea wafa. Di mana, ada jualan, meeting, ceh... Cakap macam busy gila je kan. Padahal orang lain yang sibuk call sana, call sini. Dan saya di sini nak buat sedikit perenggan penghargaan... takdelah perenggan. Terima kasih yang tak terhingga kepada mak ayah saya, family, kawan kawan. Saya tau jualan haritu saya modal banyak sangat. Minta maaf sangat sangat sebab buat untung jadi sikit. dan terima kasih sebab dapat bertolak ansur. Minta maaf kalau dalam mesej ke apa ke saya terkasar bahasa, terasa ke apa ke. Dan the most thank you kepada abangku yang baik hati sebab bagi pakai phone canggih dia tu untuk kegunaan saya. hehehe. Yelaa, kebelakangan ni asyik keluar je. Cuti tak macam cuti pun. Sikit sikit kena keluar. pening kepala jugak fikir nak pakai baju apa semua. Dah la sebab wafa saya guna kredit dia dari berapa puluh ntah, tinggal 20 camtu je. hehehe. Tapi serious semua mesej tu pasal wafa SAHAJA. Tu pun nasib baiklah plan sim dia plan yang dia punya tempoh tamat guna kredit bergantung pada jumlah top up. Lagi banyak top up, lagi banyak masa. tapi tu pun berapa hari je kalau top up 30 sekali pun. Dan saya agak terkejut bila saya start pakai phone abang saya, saya mesej banyak gilaaaaaa! call pun sama. hehe.

Tanpa disedari.. bukan tanpa disedari, tak tau pun.. yang Hi Tea Wafa sebenarnya sabtu ni! hahaha. Ni semua sebab surat yang diorang bagi time exam haritu semua tak sempat nak baca. haha. Kad laporan pun sama. Baru sedar. dan saya tak rasa apa apa. Sebab saya cuma akan rasa gementar beberapa hari sebelum hari tu :)

Esok ada meeting lagi. Meeting semalam pun bukan dengar pun apa ustaz cakap. Saya sibuk kira duit modal jualan sabtu ahad, duit wafa, bla bla bla. Busy gila. Sepanjang meeting pulak tu. dan saya dah serik dengan duit. Dah la pening kepala. Saya benci kira kira.

Oh, post lain banyak lagi ni. hehehe
Salam alaikum :)
Sekali lagi, tak jawab dosa :)

Monday, November 5, 2012

Belajar yang Sia Sia

Tatkala aku sedang sibuk mengulang kaji subjek PSI, tiba tiba kakakku datang memuji kerajinanku yang jarang sekali dilihat.. Omg! Dia sempat memerliku dengan berdoa semoga aku dapat istiqamah dalam melakukannya sebelum berlalu pergi.

Tidak berapa lama kemudian, ibuku pula datang dan menanyakan perihal kerajinanku mengulang kaji pelajaran yang jarang sekali dilihat walaupun ketika musim peperiksaan sebegini. Tiba tiba suatu soalan yang membuatkan aku tersentak dilontarkan. "Study kerana Allah ke?". Aku terhenti daripada belajar dan hanya mampu tersengih. Baru kini ku sedar niatku salah, segala usaha ku sia sia. Iajuga menyedarkan aku tentang hikmah mengapa Allah membuatkan otakku 'jam' tatkala memikirkan exam..


p/s : Kisah benar yang berlaku pada empunya blog yang cuba diceritakan dalam bentuk cerpen. Akan tetapi, cerpennya terlalu pendek dan tuan punya blog tetap nak letak perkatan 'OMG!' di atas biar nampak menarik sikit. eheh. Anyway, semoga dapat manfaat :)

Terima kasih ya Allah :')

Tawakkal ; Prince Charming vs Chipsmore

Exam = Tekanan --> Emosi tak stabil + Tidur tak cukup --> Penat & Mengantuk & Pening kepala & Rasa nak demam --> Jawapan Exam mengarut

(satu equation jihad terbaru dapat dihasilkan~)

Penat kan exam? Siapa kata exam tak perlukan jihad? Exam pun perlukan jihad tau tak. Atau kata lainnya, ikhtiar. Tak, menempuhi exam itu sendiri adalah jihad. hmm. Apa apa ajelah.

Setiap benda yang dibuat akan ada hasilnya. Akan tetapi, hasil tak akan datang bergolek macam bola, turun dari langit macam hujan, muncul mengejut depan mata macam magic. Tapi hasil akan menyorok macam katak di bawah tempurung, macam udang di sebalik batu, macam cip coklat kat biskut Chipsmore yang kejap ada kejap takde, macam gunting dalam lipatan... err, melampau lah tu.. Itu musuh dalam selimut namanya. Jangan cari hasil kat situ pulak.. hah. Haaa, macam tu lah perumpamaan bagi hasil. Susah kan nak jumpa.. Oleh itu berusahalah untuk mendapatkan hasil. Katak takkan melompat keluar dari tempurung kepada anda.. Udang takkan main acah acah dengan anda macam dalam cerita Hindustan.. dan coklat cip.. coklat cip takkan main 'chak pikkebu' dengan anda.. Tolonglah, sape nak main lompat lompat, acah acah, polis & thief, sorok menyorok segala bagai dengan korang? Tolonglah.. hahaha. Takdelah, katak tu mesti nak main lompat lompat dengan korang punya lah~ hahaha :P

Jadi~ untuk cari semua tu, kita perlukan tangga.. iaitu tangga berwarna hijau di kelas 4 Sal. Tangga? Hijau? 4 Sal? hehehe. Yep, tepat sekali~ Nanti kalau rajin pergilah melawat kelasku yang cantik dan simple tu eh. hehe. "Jap, kenapa dengan tangga hijau kat 4 Sal?". I knew it. I can read your mind you know~ hihi. Jawapannya ialah... alamak, takde gambar lah pulak. Takpe, kat tanggat tu, ada perkataan usaha, doa & tawakkal menaiki anak tangga tu. Atau dikenali sebagai D.U.I.T. (Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakkal) naiklah anak tangga itu nescaya anda akan mendapati kejayaan sedang mendepakan tangannya mendapatkan anda. hee.

Tapi jangan terkejut kalau kat atas tanggau tu tiba tiba Prince Charming datang melompat kat korang. Inche Prince Charming a.k.a. Katak Hensem. Hahaha. Jangan terkejut sampai tergolek pulak~ Redha jelah dapat Inche Katak tu.. prince tu, takkan nak tolak pulak~ lol :P  haha. Tapi boleh jadi korang akan jumpa biskut Chipsmore! Sama ada satu paket atau sekeping je. Tapi awas! Biksut tu mungkin beracun! Kalau bukan dua dua, dapat udang~ hmm. Understood miss? Nehi? Eisyh.. Tak boleh jadi ni..

Haa, meh sini baca~


 (hensem apa katak ni. haha)

1. Inche Katak Hensem a.k.a. Prince Charming = Hasil yang tidak memuaskan (Nama je prince dengan hensem, tengok tengok katak. hampeh.. reject! :P)

2. Tergolek ke bawah = Sedih sampai salahkan semua orang, hilang semangat


(Jadilah macam cookie monster yang suka makan biskut~)

3. Chipsmore = Kejayaan. hasil yang baik
\
4. Awas! Beracun! = hati hati, jangan sampai timbul sifat riak, takabbur & lupa diri


(Okay apa udang~ boleh buat sambal sotong! Pandai pandailah korang goreng nak buat apa dengan udang tu)

5. Udang = hasil pertengahan. Bersyukurlah~

fahimtum? Tak faham lagi? hah, fikir lah sendiri yew. hahaha. Macam tu lah analogi nyer~ "Tapi apa kene mengena dengan  tawakkal?" Macam ni, tawakkal sangat sangat penting lepas naik anak tangga bernama D.U.I.T. tu. Time nak bukak pintu untuk dapatkan hasil, kita kena tawakkal sungguh sungguh. Berserah je. Tawakkal ni boleh dikira satu jenis benda yang kurangkan kesan 'shock' bila kita tengok hasil tu nanti laa..

Bila kita bukak pintu, kita akan dapat satu 'shock' atau 'renjatan eletrik' sumbangan TNIBB iaitu Tenaga Nasional Ikan Belut Berhad, kalau ada lah~ hahaha. 'eletric shock' yang kena kat korang tu akan menyebabkan sama ada kita jatuh terguling atau melompat kegirangan sampai nak terjatuh ke bawah. So, siapa yang tak ada tawakkal siap siap, memang bahaya.. bersedia lah untuk say goodbye~ xD  Tuntasnya, gunakanlah formula D.U.I.T. untuk mendapatkan hasil sama ada putera katak, udang atau chipsmore. Bila dah dapat tu redha je lah. Allah tak tengok hasil korang tu hensem, ke hodoh, sedap ke, comel ke.. tapi Allah tengok usaha. Macamana usaha kita untuk mendapatkan sesuatu hasil yang di sebailknya terselit hikmah. Walaupun kemungkinan untuk dapat hasil yang baik tu sikit je, tapi macaman usaha kita tu? Itu yang Allah tengok :)

So, that's the point. Dapat? Sekarang ni kita dah terlepas dari usaha, ikhtiar exam(survival exam), kita tinggal doa dan TAWAKKAL je. Jom belajar untuk tawakkal, serahkan semuanya pada Allah dan redha untuk menerima segala result yang bakal keluar :)

Selamat bertawakkal~
Assalamualaikum :)

Sunday, November 4, 2012

Exam... (akhirnya kau pergi jua!)

Pertama sekali, sekalung penghargaan saya tujukan buat Dato' Aqilah yang memberi cetusan inspirasi dan idea tajuk post ini melalui karya terbarunya, 'Husna... (akhirnya kau tewas jua!)'. saya akan sentiasa menyokong Dato' dalam pengeluaran buku buku terbaru Dato'. :)

Berbalik kepada topik.. (Okay, dah.. berhenti mengarut.) hahaha. *serious*

So...............................................
Exam kali ni.. ada aperubahan. Meningkat, menurun, steady, semua ada. Eheh. Musim exam memang musim merana. Semua orang pun tak cukup tidur lah apa lah. Siap ada yang kata tak sempat nak cuci muka segala bagai. Penangan exam lah katakan. Kecuali orang orang yang masih di awang awangan, awan nano nano, masih belum berpijak di bumi nyata. Ada ke? InsyaAllah batch kita tak ada. Harap semuanya tak jadi macam saya yang last minute baru terjaga dari lamunan, baru mendarat ke bumi dari entah planet mana. hahaha. Suka sangat letak personafikasi, hiperbola~ hehehe.

Sebenarnya entah kenapa saya suka sangat menggunakan kosa kata yang tinggi. Guna hiperbola, personafikasi.. dan latest, latest lah jugak.. Berbalas balas pantun bersama Dato' Aqilah, Dr. Insyirah & Puan Safwah. Walaupun dua rangkap pertama tak ada pembayang, dan bahasa pun tunggang langgang, tapi at least sedikit banyak saya dapat lah jugak try apply dan belajar nak buat pantun. Bab bab pantun ni lemah sikit. Time saya kecik dulu saya tak suka buat pantun sebab tak reti. Tapi sebenarnya belajar BM ni best jugak. Dan walaupun saya tak berapa suka, entah kenapa markah BM saya selalu tinggi tahun ni. Padahal time buat tus serious macam pakai hentam je. Tapi tinggi jugak markah.

Anyway, berbalik kepada exam. Seperti yang ditulis dalam post yang lepas, saya ada kata yang saya sangat sangat tension & stress dengan exam kan? Tapi last day exam, iaitu pada hari Selasa.. Time tu kan ada kelas Fizik. So, saya tanya kawan kawan saya. Tak stress ke exam. Diorang kata, "buat apa nak stress exam?" Saya pun terfikir. Betul jugak.. Kenapa nak stress? kalau stress pun bukannya kerja jalan pun. So, saya buat keputusan untuk berhenti rasa stress dan tenangkan diri. tapi untuk tenangkan diri bukan senang. Jadi, saya start study dan iringinya dengan alunan radio~ All the time~ dan Alhamdulillah, rasa stress tu dapat dibuang akhirnya.

Minggu first exam, okay lah. Sebab semua subjek bahasa je kan. Second week, malam study paper Kimia serious tak tidur langsung kecuali terlelap beberapa minit. Itu pun datang sekolah tertidur sambil duduk banyak kali. Nasib baiklah duduk depan sekali. Balik rumah terus terlelap sampai besok pagi. Terbaik~ bangun pun sekajap je. Lepastu bangun memang pening kepala sangat. Time tu memang tawakkal je la. Sampai sekolah baru nak study, itu pun masuk tak masuk je kepala Fizik tu. Dah la Fizik, bayangkan. Tapi time tu nak mengamuk, menangis semua pun tak guna dah. Lagipun tengah pening kepala, tak boleh nak buat apa pun. Time tu memang bergantung pada apa yang saya fokus time cikgu mengajar je lah. Third week, math okay lah jugak. Sempat study sikit sikit. Bio ehm, tak boleh nak masuk. Ntah kenapa, mungkin sebab terlalu banyak fakta..? PQS dengan Sejarah aisyh.. Teruk la jugak. Baca sikit je. Add Math, ehehe. Paling teruk sekali dan confirm fail. Time paper 2, masuk masuk kelas, nampak kertas kajang. "Eh, pahal tebbal semacam kertas ni" Rupa rupanya ada 5 helai. eheh, ni memang nak suruh orang pulun ni. Time buat tu memang 90% hentam. tapi at least tinggal kosong sikit je. Memang time tu rasa macam nak telan je kertas tu biar hilang. hahaha. tapi disebabkan perasaan belas kasihan pada kertas exam tu, niat tu terpaksa dibatalkan demi menjaga hak hak kertas exam. hehehe. Oh, dah paper ni paling teruk sekali sebab dua dua paper saya tidur lebih dari setengah jam dek kebuntuan dan kepeningan kepala. hihi. Serious, minggu ketiga paling teruk, dah la cuti minggu kedua yang empat hari tu sibuk prepare abang kahwin. Tapi takpe, saya tak salahkan benda tu. Lagipun saya bahagia tengok abang kahwin :)

Exam kali ni lain daripada yang lain. Saya belajar untuk tenangkan diri menghadapi exam, saya belajar untuk ambil pengajaran dari apa yang berlaku. Belajar yang semua tu mesti ada hikmahnya. Lagipun gagal sekali tak bermakna gagal selama lamanya kan? Dan yang paling penting, saya belajar untuk tawakkal :)  Walaupun doa belum, tapi saya dah skip tawakkal sebab saya selalu lupa nak doa pasal exam. hehehe. Kalau dulu saya selalu stress sampai rasa nak menjerit sebab tension tak buat elok elok time exam. haha. Sekarang, Alhamdulillah saya tak macam tu dah. Macam time Fizik tu saya takde lah nak sedih sangat :)

Bukan kah Allah itu sebaik baik perancang? Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :)


bersama post ini, saya selitkan sebuah video. Moga dapat manfaat. enjoy this video~


Semoga kita semua dapat result yang terbaik sesuai dengan usaha kita. (Terbaik di sini bukan bermaksud cemerlang, tapi sesuai dengan hikmah yang terselit di sebaliknya)

Assalamualaikum :)