"Perumpamaan orang yang mengingat(berzikir kepada) Rabbnya dengan yang tidak mengingat Rabbnya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati" (HR Al-Bukhari)

Monday, April 9, 2012

MyGmJ

Assalamualaikum :)

Yeay~ post lambat lagi~ hehe :D




30 March bersamaan dengan hari Jumaat lepas, ada GmJ atau Global March to Jerusalem kat Stadium Malawati, Shah Alam. Banyak sekolah dan universiti hantar rombongan~ Al-Amin pun ada sekali, 3 buah bas. Alumni pun join. Sepatutnya benda tu start 5-10.30, tapi ntah kenapa start lepas solat maghrib. Diorang nak tunggu budak budak Al-Amin sampai la tuu. haha. boleh pulak :P  Bas yang hantar kitorang pun lambat sampai~ kitorang naik bas lebih kurang 6.30 lebih camtu. Budak budak pun dah balek. lambat kan? time tu Min, Sarah K, Afa, dengan kakak diorang dah sampai dah pun. haha. Adik-adik & kakak saya dah bertolak pegi sana pukul 4 lebih.


Wakil form 4 banat, 7 orang jee termasuk saya. Ada Maya, Wany, Tpah, Amirah, Maryam & Aimi~ Sebenarnya ada lagi, tapi diorang datang sebagai wakil family, Ikram pun ada~ Banin tak tau lah berapa ramai. Tapi yang pasti banin 2 kali ganda lah kot rasanya dari banat. Sebab ramai~ banat form 1, sorang. form 2, dua orang, form 5, tak tahu, form 3 paling ramai. sampai buat dua baris. Semangat! Tapi yang pergi tu budak budak yang biasa biasa je. Niat diorang tak tahulah apa sebenarnya. Tapi Alhamdulillah lah diorang pergi, kita tak tau hati diorang kan? Oh yaa, wakil Al-Amin kene pakai headband hitam (kain sebenarnya) dan tulis Palestine pakai liquid. haha. Banin ramai jugak pakai mafla dengan pegang bendera Palestin. bestnyaaaaa. kalau saya tau diorang bawak mafla, saya pun nak pakai jugak.. tapi banat takde pun yang bawak :(

Time naik bas tu saya macam excited gila. Lepastu Tpah kata saya macam budak budak. haha. Saya memang macamtu bila excited. Lagipun saya kan memang tak matang, kan? Kalau buat buat matang pun still orang ingat saya sekolah rendah. Awet muda, lol :P  haha. Kalau nak nampak matang sikit kene pakai spek. Tapi tu nampak tua terus, bukan matang lagi dah tu.Sebab bila saya pakai spek nampak macam nenek oh. haha.

On the way tu, bas berhenti kat petronas untuk solat maghrib. takut tak sempat nanti. Kat situ jumpa Bii~ kan Bii? haha. kitorang kat situ agak lama lah jugak. tak la lama sangat. Tapi yang peliknya banat ambik masa lagi sekejap dari banin. Maybe sebab banin terlalu ramai kot. Yelah, biasanya kan banat lambat. Lepastu kitorang beli makanan kat petronas. dah naik tu, tiba tiba cikgu cakap boleh beli makanan lagi, saya dengan Tpah turun lagii. heheh. dua kali~ heee :D  lagipun banin ada lagi yang belum habis solat.

so, this is how the stadium look in the morning

tak lama lepas tu, sampai~  Saya macam 'Waaaaaaaaaaaah~'  Okay, first time pergi stadium. Jakun la sikit. haha. Tiba tiba saya teringin nak pergi stadium bola. 0.o?  hahaha. Pelik... Persembahan persembahan dia serious best gila! Semua macam ada kelainan. dan orang orang kat situ semua bersemangat. Saya join sekali time diorang jerit jerit tu. Percaya tak? hehehe...dan perkataan ni, 'From the Rivers to The Sea, Palestine Will Be Free' dah macam trademark kat situ.

......From the rivers........
.........to the sea,.............
...  Palestine will be free. 

To show my support to Palestine, I made this~ hehe


Pengacara dia Ally Iskandar dengan siapa ntah.. tak kenal dan tak nampak siapa gerangannya. haha. skema la pulak.Ada orang kata dia tu penagacara TV Al-Hijrah~ 0.o  heheh. sorry, tak kenal.. Astro problemmmm.

Okay, mula mula sekali ada ucapan sape ntah. Tapi bila bukak blog Maya... Dr. Mahathir bagi ucapan.....? 0.o? betul ke? ke, salah baca ni? hahah. lantak lah. Time kitorang sampai tu Ally Iskandar dengan pengacara lagi sorang tu tengah cakap. Lepastu tiba tiba.. *woooooooosh!* Pentas dipenuhi kabus... dan tiba tiba cahaya melilau ke sana sini. Ada orang menyanyi atas tu. Bila kabus dah kurang, baru nampak ada orang. Lepastu semua macam.. 'Siapa tu? Siapa tu?' Rupa rupanya Yassin. Dia nyanyi lagu Nur Kasih dengan apa ntah.. Baru tahu dia yang nyanyi lagu tu, eh? hehe.

 
tak silap nak dekat semua persembahan diselang seli dengan ucapan. lepastuuuu... *bukak blog Maya jap*  hehehe. oh, choral speaking... yaaaa, choral speaking (tak ingat langsung ada persembahan tu. hehe) lepastu ada sajak daripada sekolah yang sama kut.. 3 orang perempuan.. (err, adakah saya terkasar bahasa....? nak panggil diorang banat kang pelik pulak. haha)



Then, ada lagi 2 orang penyajak, perempuan jugak. Sekolah lain rasanya. Time ni semangat! Sebab diorang punya speech tu memang diorang mengahayati~ gaya cakap pun, fuuuuuh! entah entah diorang tu pernah masuk pertandingan sajak peringkat antarabangsa......? err, wujud ke pertandingan sajak....? hehehe. pape je lah.. *bisik* Mayaaaaa, speech ek? bukan sajak ke? hahaha. lantak lah.. bila diorang dah habis tu datang 2 orang perempuan, nyanyi

"ooooh, sing children of the world~
come together and here the call
sing children of the world~
palestine will unite us all
from the rivers to the sea, (2x)
palestine will be free"

sebenarnya lagu dia lain, tapi diorang ubah lirik~
saya tak pasti betul tak lirik tuu, heheh. tapi kan, sebenarnya kan. mana boleh diorang nyanyi~ sebab suara kan aurat. lagi lagi bila diorang keluarkan suara diorang yang merdu tu. orang boleh kenal kot siapa yang nyanyi.. tak patut.. tak patut.. patutnya suruh lah budak budak ke gantikan diorang, lagi comel~ <3




Lepastu Muaz! yeay~ dia nyanyi lagu Stand Up dengan ape ntah lagi satu tuu. best~ Tapi kalau dia menjerit lagi best, baru semangat. Sama ada dia yang jerit kuat lagi atau speaker kene tinggikan lagi frekuensi tu bagi gegar sikit stadium. baru semangat! haha.




Then, ucapan daripada Malaysian boy~ he's race is Chinese actually.

"So, you're Chinese.."
"No, I'm Malaysian.."

lepastu stadium riuh dengan bunyi sorakan. haha. 1 Malaysia nampak. tapi betul jugak. Orang yang tinggal kat Malaysia is Malaysian dan orang yang tinggal kat negara China is Chinese. haha. Dia menyokong pembebasan Palestin jugak.

"Isu palestin, bukan isu agama tapi isu kemanusiaan"

"Kita sebagai manusia cintakan kebebasan, bila ada bahagian dunia yang ditindas, kita akan bangkit bersama sama menentang"



Lebih kurang macam tu lah, apa yang dia cakap haritu. Lepastu ada orang India pulak bagi ucapan. Dia cakap pendek je. Tak ingatlah pulak apa yang dia cakap haritu. Kat dalam stadium tu bukan semua muslim, ada jugak bangsa lain rupa rupanya..



Next, persembahan daripada student UIA yang berasal dari Palestin. Bila diorang start start tu saya dah tahu dah... Diorang tengah buat tarian tradisional diorang sebab sebelum ni kakak saya pernah tunjuk video tarian orang Arab. Penonton semua bila tengok mesti macam... "Apa yang diorang buat tu? Siapa tuuu?" haha. Nama tarian tu 'Dakka' kan? maksud dia ialah hentak kaki..



Lepastu, ni paling lawak sekali.. Pesembahan sajak daripada pensyarah UITM, kan? Short-form, orang panggil dia Pak Agi. sajak dia memang best, banyak lawak, tapi saya tak dapat mesej yang dia nak sampaikan. Sebab bahasa dia macam berbelit belit ooh. haha. Cuab tengok video. Part last sekali tu paling lawak. Boleh pulak macam tu. haha.


gambar ni kat tempat lain sebenarnya


Lepastu ada beberapa orang drummer datang depan pentas tu. Lepastu diorang nyanyi lagu bolaaaaaaaa~ yang lagu Wavin Flag tu

"oooooh, ooooooooooh, ooooo ooooooooooh.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~"

part lagu ni tak ingat la diorang ada tukar lirik ke tak, rasanya ada. lepastu diorang ada nyanyi lagu An-Najah? 0.o? Tak ingat langsung~ hehe. Sambil sambil diorang gendang & nyanyi tu, ada Flash Mob sekali.. Oooh, dengan ada lagu Harimau Malaya

"Selamanya, selamanya.. Selamanya, hidup Palestina
eleleleleeeeee aaaaaaa, eleleleleeeeeee uuuuuuu"

part tu agak kelakar, haha.


lawa kan?

Dan, Mirwana~! Diorang nyanyi beberapa buah lagu.. dan semuanya macam lagu baruuu. ahli pun ramai baru antaranya, Manifetasi Cinta. Kalau diorang nyanyi lagu 'Itu Ini Begitu Begini' serious best~~~~ tapi takde kene mengena dengan GMJ pun sebenarnya. haha. Time diorang nak start nyayi diorang kata "semua ada phone kan?" Lepastu diorang nyanyi.. Saya macam dok pandang pandang phone..Dalam hati kata 'apesal dia tanya ada phone ke tak? nak buat apa dengan phone?' tiba tiba Tpah suruh goyang goyangkan phone macam orang lain sambil dia tunuk kat belah kanan stadium. Bila saya tengok, "waaaaaaaaaaaaah~ " lawanyaaaaaaa <3  nampak macam ribuan bintang kat lagit~





Dan yang terakhir.. Flash Mob daripada student UIA~ dan adik saya dan kakak saya dan adik saya dan kakak saya masuk~ ceh, bangga eh..? haha. Falsh Mob tu smart! Lagi lagi bunyi hentakan kaki Israel tuu. bunyi dia smart.. haha. Scene dia macam ni, ada tiga kumpulan orang Palestin di tempat tempat yang berbeza. Satu tengah baca buku, satu tengah main bola, satu budak budak tengah main anak patung, lelaki solat jemaah. Tiba tiba Israel datang kat group first, lepastu group second dan third. Lepas dah habes tu ada pulak siapa ntah datang tolong Israel serang sekali. Tiba tiba... orang Palestin datang dengan bendera segala, pergi serbu diorang. Takdelah serbu, cuma datang ramai ramai lah.. sambil sebut 'From the Rivers To The Sea, Palestine Will Be Free' banyak kali.. Last last diorang terkepung.. dan akhirnya mati..

Lepas tu ramai ramai naik atas pentas nyanyi lagu 'Freedom' tapi tak menjadi. haha. yang naik tu semua lelaki je. Tapi okay la tuu. Dan saya baru tahu yang menyanyi tu alumni Al-Amin bila blik. Dan saya baru tahu alumni tu Nawi :o  haha. Lepastu balik~ Tapi saya balik sendiri, tak ikut bas.. kakak dan adik adik saya semua duduk line depaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan sekali. Tapi kitorang yang duduk kat beberapa barisan paling atas sekali lagi best. Nampak semua benda. Tapi asyik jadi mangsa lampu yang melilau tu setiap kali persembahan start. tu yang tak best tuh. haha. Time nak balik tu, ramai orang nak tangkap gambar dengan adik adik saya.. Famous diorang. haha

panjangnyaaaaaaaa. dah saya suka bercerita dan menulis, nak buat cemana kan? haha






sesiapa nak tengok dari awal sampai akhir, ni dia



credits to ; Maya. Ana ambik beberapa gambar daripada blog nti, tapi sikit je. hehe
Salam alaik ;)



No comments:

Post a Comment